Wednesday, March 31, 2010

strategi

skang ni dapat juga makan nasik skit, dgn syarat ade air oren. kalau dpt oren sunquick dibancuh super pekat tanpa gula, mesti sedap.

lauk mesti kering kontang tak berkuah. masak lemak, sori. bau dia saje dah menyengat sistem paru2 sy :p

lauk di kedai, langsung takde selera nak makan. akibat, hari2 kena pikir nak masak ape, huwaaa..malas!

bila rasa loya, kunyah gula2 guava (kaler hijau yg chewy2 tu), minum vitagen (pun kaler hijau jugak). maaf hijau bukan warna feveret sy, kebetulan sj tu.

kalau rasa nak muntah, buat bodo saja. kecuali dah tak bleh tahan lagi

alhamdulillah, berat dah naik balik 1 kg kot. okla tu drp turun lg dan kena bebel ngan nurse nnt.

skang ni tgh teringin nasik kerabu lauk daging bakar dan solok lada (amboi, td baru cite pasal loya2 :p)

Friday, March 26, 2010

vitagen

surprisingly, minum vitagen bleh mengurangkan rasa loya (pd tekak sy la, org lain sy tatau).

plg berkesan, vitagen kaler hijau. (perisa apple)





takpe kan minum vitagen tgh2 pregnant ni?

*teringat zaman skolah dulu van vitagen dtg skolah. berebut-rebut nak beli, sebotol 50 sen

Tuesday, March 23, 2010

@ 6 weeks +

skang dah mula rasa loya-loya, muntah jarang2 skali tp skali dah muntah sampai luka tekak.bila ludah ade kuar darah skit. eii ngeri. nak telan air liur pun rasa sakit.

pening-pening tu ade, tp bleh tahan lagi. maybe sbb mengidap migraine, so sakit kepala skit2 tu masih bleh tahan tanpa perlu sapu minyak angin dan sbgainya. harap2 macam ni je sampai bila2. jgn kena migraine time2 camni dah la.

dah mula tak lalu makan especially nasik. isk, nak telan pun rasa susah. yg peliknya kalau dpt makan steamboat ke char kueteow ke western food ke bleh plak bantai, loya2 semua hilang. ceh memilih btul. hahha

penyakit tido masih kekal. pas maghrib je mesti dah tumbang. terpaksa bgn seawal kul 5 pagi utk solat isya'.

blum bukak kad lagi di klinik kesihatan. kat skolah ni bz je, asik meeting tak abis2. ari2 balik lambat. plan nak pegi minggu ni tp minggu ni bz gile. ahad pun keje, ding dong!

p/s: mummy2 sekalian tolong suggest apa yg patut dimakan during early pregnancy ni. at the moment just amik obumin n acid folic.6 weeks dah bleh start minum susu?

Thursday, March 18, 2010

berdua lebih baik?

bertiga pun baik gak kan?


:)

Thursday, March 11, 2010

i feel u..

sungguhpun kamu jauh, tp terasa dekat

*kamu = lakiku


nak muntah? silakan. :p

Wednesday, March 10, 2010

penyakit

skang ni ade penyakit baru. penyakit banyak tido. no matter what time i go to bed, end up keesokan harinya di tempat keje, aku tetap mengantuk. kadang2 sampai out of control. bleh tertido dgn senang2 nya walaupun cuma letak kepala atas meja. balik keje, mesti nak tido lagi kurang2 sejam atau dua jam.

untuk menambah cerita, tido sejak pukul 9 mlm sehingga 1 tghari keesokan harinya di hujung minggu yg lalu adalah satu kenikmatan yg jarang2 dapat dirasai. (ketika itu suami di KL, sy di Kulai)

badan tak rasa letih, tp mata berat tak dpt kawal la.

nih mesti keje setan ni. mari hambat setan. hehe

Saturday, March 6, 2010

belum ada berita

em belum lagi dgr apa2 berita mengenai permohonan pindah antara negeri untuk cikgu2. tah la bila nak kuar permohonan online tu. maybe awal april kot. rasa dah tak sanggup nak duduk sini lagi. makin lama, emosi makin terganggu. duit pun dah byk abis asik ulang alik kulai-kl @kulai-seremban. pegi balik pun mau RM70-80, seminggu. tu pun dgn bus. kalau balik ngan kete, campur tol campur minyak..haa.bila dah selalu balik weekend, badan plak penat tak bermaya. bayangkan lah, ari jumaat, abis skolah pukul 12. kalau nasib kami baik dapat la trus cabut. kalau nasib kurang baik, sekurang kurangnya setengah jam atau 45 minit ada taklimat guru. dekat2 kul 1 baru nak kuar dari skolah. perjalanan dari skolah ke rumah sewa dah hampir 20 minit. tu pun kalau tak payah tunggu lama dekat traffic light ataupun bagi laluan org melintas jalan depan masjid utk solat jumaat. kurang-kurang setengah jam baru nak sampai. kira balik, 1.30 baru la ade di rumah sewa. mandi ala2 kerbau, kurang2 pun 10 minit. nak bersiap lagi, mau paling cepat 15 minit. 10+15 = 25 minit. tu maknanya aku dpt kuar dari rumah nak ke stesen bas pukul 1.55 tghari. dan bas aku pukul 2 ptg! nasib baik stesen bas hanya sekangkang kera dari rumah. sampai stesen, tercungap cungap jugakla. naik bas, belum masuk tol lagi, konpem dah tertido sampai ke kl.

mggu ni aku rasa rilek skit sbb tak balik. tp tak bermaksud aku tak rindukan suami. gila ke tak rindu suami sendiri.

apa pun, aku masih perlu pindah. aku rasa emosi aku dah makin teruk skang ni. walaupun diluar org nampak hepi, tp dlm hati aku je tau. dan sampai ati GB aku ckp, sayangkan suami, tinggal-tinggalkan. tak semudah itu, encik, kecuali kalau aku kena kahwin paksa!
 
suka.hati - by Templates para novo blogger