Ia hanya reaksi spontan, kata Tengku Zaihan, apabila ditanya
pemberita tentang tindakannya mempamerkan kertas undi yang telah
dipangkah pada petak berlogokan ‘dacing’, semasa mengundi pada
pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai lalu.
“Anda tahu, saya tidak mendapat tidur yang cukup untuk 12 hari yang
lalu, saya letih. Mungkin itulah sebab mengapa saya bertindak balas
secara spontan(mempamerkan kertas undi),
“saya
sedang mahu melipatkan kertas undi dan mahu memasukkannya ke dalam peti
undi apabila jurugambar dipanggil nama saya dan ketika itu saya tidak
sengaja menunjukkan kertas undi dalam tindak balas kepada mereka,”
katanya.
Itu alasan calon BN yang telah diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK Kuala Besut, yang penuh kontroversi.
BN hanya mendapat 158 undi lebih dari keputusan pada pilihanraya umum
(PRU) lalu, dengan perbelanjaan yang diisytiharkan hampir setengah
bilion.
Pada PRU kali ke-13 lalu, tempoh kempen lebih panjang, lebih 2 hari berbanding tempoh kempen PRK Kuala Besut.
Selepas 14 hari berkempen, pastinya ramai calon-calon yang bertanding letih dan tidak cukup tidur.
Berbanding PRK Kuala Besut yang menurunkan jentera Umno dan jentera
kerajaan 1 Malaysia, PRU-13 lebih memenatkan kerana kerja-kerja kempen
bertumpu kepada calon dan jentera tempatan sahaja.
Pemerhatian yang dibuat, sepanjang kempen PRK Kuala Besut, Tengku
Zaihan tidak banyak mana kerjanya, semuanya diatur oleh ‘command centre’
BN yang berpusat di kem Damai di Kampung Raja [Gambar kanan atas].
Perjalanan calon BN itu pun tidak dilihat sukar kerana setiap
kempennya diapit oleh hampir keseluruhan menteri-menteri kerajaan
persekutuan.
Dengan
sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membelanjakan RM10.4 juta
membina MARTEK [Gambar kiri bawah] dengan 2,789 pegawai dan anggota
polis dari seluruh negara, untuk menjaga keselamatan dan keamanan
sepanjang tempoh kempen pilihan PRK Kuala Besut.
Apabila bersama pak menteri tentulah Tengku Zaihan bergerak ke mana-mana dengan iringan ‘siren’ yang meraung!
Publisitinya pula, Tengku Zaihan ‘tak lelah’ mahu memikirkan apa siaran media atau kenyataan media yang perlu dibuat.
Dengan kerahan lebih 200 orang wartawan dari pelbagai media perdana,
stesyen televisyen dan puluhan pemblog upahan Umno, apa yang sebenarnya
meletihkan calon BN itu?
Bagaimana keadaannya, sekiranya BN kalah dan PAS menang, sebaliknya
calon PAS Che Long yang menayangkan kertas undi tersebut kepada pihak
media?
Bolehkah Che Long mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau
mempamerkan kertas undi ‘tanpa hasrat’ untuk menunjuk-nunjuk dan tanpa
niat untuk melanggar Seksyen 5(2) and (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?
Seksyen tersebut menyatakan;
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis
atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di
tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau
telah di undi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila
masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat
mengundi tentangcalon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana
pengundi ditempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor
kertasundi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?
-
(1) TAFSIRLAH sendiri sama ada kerajaan PN hari ini kerajaan pintu belakang
atau kerajaan melalui bumbung. Masing-masing mempunyai rasional tersendiri
untu...
4 years ago