Apa tidaknya, cadangan Datuk Johan itu seolah-olah macam orang sedar
dari pengsan, orang kena langgar lori lalu pengsan dan bila sedar,
hilang ingatan pula, merepek tak tentu pasal.
Soalannya apakah sebelum ini kalau seseorang jadi Menteri atau
Menteri Besar, lalu dia beri kontrak kerajaan kepada kaum keluarga dan
suku sakatnya, itu tidak salah?
Kalau tak salah mengapa pula nak dicadangkan agar anggota keluarga
jemaah Menteri dan Menteri Besar termasuk juga kumpulan anggota
jawatankuasa negeri dicadangkan supaya dilarang daripada terbabit dengan
kontrak kerajaan?
Dah, kalau sebelum ini ia sudah menjadi suatu perlanggaran,
kuatkuasakan sahaja, tangkap Menteri dan Menteri Besar yang beri kontrak
kepada kaum keluarga dan suku sakat tu, siasat betul-betul, siasat
sungguh-sungguh, lepas tu dakwa dimahkamah, masukkan yang salah ke dalam
jel.
Kata datuk Johan cadangan itu bagi mengelakkan pandangan serong
rakyat terhadap mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa
dalam mempengaruhi keputusan kerajaan.
Haha………bukan serong lagi, pandangan dah naik juling, dah terbalik
biji mata, nak terkeluar……….. kalau tak percaya kita semak semula
Kontrak kerajaan Pakej ke 12 LPT Fasa 2 (LPT2) bermula dari Bukit
Petiti, di Manir sehingga ke Kampung Gemuroh, Tepoh Kuala Terengganu.
Yang dapat projek itu adalah TSR Bina Sdn Bhd (TSR) yang bukanlah
syarikat pembida yang paling tinggi kerana bidaan TSR adalah nombor yang
ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 98 juta sedangkan harga
kos sebenar pakej ini melebihi RM 100 juta.
kalau Datuk Johan nak tahu TSR dimiliki 100% oleh syarikat TSR
Capital Bhd (TSRCap), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan
Pengarah-pengarah TSRCap dan berdasarkan Director’s Report, TSR
Capital, 2004, Pengarah-pengarah TSRCap adalah seperti dibawah;
1. Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim
2. Dato’ Lim Kang Yew
3. Tengku Datuk Mustapha bin Tengku Mohamed
4. Rahaimi bin Abdul Rahman
5. Tan En Chong
6. Hj. Mohamad Shfri bin Ab. Aziz
‘Acu’ tengok dua nama dalam senarai itu, iaitu yang nombor satu,
Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim dan yang ‘last’ sekali, Hj. Mohamad Shfri
bin Ab. Aziz, siapakah mereka berdua ini?
Semasa memenangi kontrak kerajaan itu, Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim
adalah Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional dan juga Senator yang masih
berkhidmat, Ahli Dewan Rakyat yang dilantik melalui DUN Kedah.
Semasa syarikat TSR mendapat tender itu juga, Mohamad Shfri bin Abd.
Aziz adalah Yang Berhormat, ADUN N40 Bukit Ibam, Pahang yang memenangi
kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004.
Yang paling juling sampai nak tertonjol keluar mata kita adalah bila
kita mengetahui bahawa Mohamad Shfri bin Abd. Aziz adalah anak sepupu
Pak Lah, iaitu dua pupu kepada Nori dan Khairi Jamaludin.
Jadi………. cadangan Datuk Johan tu simpan ajalah dalam perpustakaan, jadi bahan akademik, untuk kajian masa depan!
Kita bukan kata cadangan itu tak molek…..memang molek cadangan Datuk
Johan tu, bahkan bukan setakat molek, cuma cadangan tu setakat buat
‘comel’ sajalah kerana kakitangan SPRM sendiri pun masih diikat kaki dan
tangannya!
Siapa kakitangan SPR yang berani nak persoalkan pemberian tender
kepada TSR? Siapa yang berani ketika itu dan sekarang pergi siasat Dato’
Yaakob dan Hj. Mohamad Shfri? Siapa berani nak ‘keber’ anak sepupu Pak
Lah, dua pupu Khairy………nak mampusss?
Itu belum lagi kisah Menteri Pelajaran masakini, Dato’ Seri Idris
Jusoh, bekas timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Bekas Meenteri
Besar Terengganu.
Pada tahun 2007, ketika Idris masih memegang jawatan Menteri Besar
Terengganu, menurut Butiran Laporan CIDB tentang Projek Diawad Menurut
Lokasi Dan kategori Projek, Syarikat milik keluarga Idris, Jusoh
Enterprise Sdn Bhd telah mendapat kontrak kerajaan projek infrastruktur
di negeri Terengganu berjumlah RM17, 918, 098.00 [klik sini]
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?
-
(1) TAFSIRLAH sendiri sama ada kerajaan PN hari ini kerajaan pintu belakang
atau kerajaan melalui bumbung. Masing-masing mempunyai rasional tersendiri
untu...
4 years ago