SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, September 29, 2011

SUASANA DALAM RUMAH BERSAMA KELUARGA DI WAKTU MALAM


Acik adalah seorang budak yang sangat jujur. Dia memang di ajar untuk bercakap jujur dengan semua orang.
  Ayah acik adalah seorang petani yang miskin. Mereka sekeluarga hanya tinggal di sebuah pondok yang buruk di sawah bendang.
  Suatu hari, di sekolah Acik sedang belajar mata pelajaran Lukisan. Cikgu Lukisan menyuruh semua murid-murid melukis suasana di dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.

Seketika kemudian.

  Apabila sampai masa, semua murid-murid di suruh menghantar hasil kerja seni masing-masing. Cikgu lukisan sangat hairan apabila lihat hasil lukisan Acik. Lalu cikgu pun memanggil Acik untuk bertanya.

Cikgu: Acik mari sini..
Acik : Kenapa cikgu?
Cikgu: Acik… kamu faham tak apa yang cikgu suruh kamu lukis.
Acik: Faham cikgu.
Cikgu: Apa yang kamu faham?
Acik: Cikgu suruh kami semua lukis “Suasana dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.
Cikgu: Habis tuu..?
Cikgu: Kenapa kamu hantar lukisan yang hanya berwarna hitam.
Acik: Rumah saya tak ada elektrik. Jadi itulah yang saya nampak.
Cikgu:??????!!!!!!!!


MAAF...AMPUN


Image:Google


Maaf ya kawan-kawan… Tak dapat terjah Blog korang.  Lepas ni mungkin dah tak boleh aktif macam dulu..
  Sekadar Post entri tu boleh laaa… Nak blogwalking lama-lama dah tak ada masa dah… Mungkin laa.. Tapi ada juga laa sehari atau dua hari dalam seminggu…
  Sorry laaa…

Wednesday, September 28, 2011

AZAM


  Entri ini aku tuju khas buat member aku(di alam maya). Azam. Baru – baru ini aku terbaca tajuk “PENAT DAN LETIH”.
  Aku betul-betul faham perasaan Azam. Walaupun aku tak pernah alami situasi sebegitu. Biasa laa Suami Mithali laa katakan. Mesti laa faham perasaan orang lain sebagai suami juga.
  Marilah sama-sama kita beri semangat pada Azam.

Selain itu jika korang nak tambah traffic dalam Blog korang. Korang boleh baca tajuk “MACAM MANA NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS”. Juga dalam Blog Azam.

Azam… Good Luck...

Tuesday, September 27, 2011

KEBENARAN BUKAN SEPERTI YANG SELALU KITA LIHAT

Image:Google

Monday, September 26, 2011

PEGANGLAH TANGAN KU


Image:Google
  Ini adalah cerita pendek bersama message yang besar.
Si anak gadis kecil menyeberangi jambatan kayu bersama bapanya.

Ayahnya agak ketakutan lalu memberitahu anak kecilnya,
“Peganglah tangan ayah agar kamu tidak jatuh ke dalam sungai”.
Anak kecil itu menjawab.. “Tidak ayah.. ayah lah pegang tangan saya”.
“Apakah perbezaannya?” Tanya ayah kehairanan,
“Perbezaannya sangat besar ayah”.. Jawab si anak kecil,
“Kalau saya pegang tangan ayah, jika ada apa-apa berlaku,
Saya mungkin akan terlepas dari pegang tangan ayah.”Sambung anaknya lagi,
“Jika ayah yang pegang tangan saya,  walau apa pun akan terjadi, saya pasti ayah tak akan lepaskan tangan saya."

  Di dalam mana-mana hubungan, ikatan adalah tidak penting. Tapi apakah pandangan kita terhadapnya adalah yang paling penting.
Jadi, peganglah tangan orang yang anda sayang dari mengharap mereka untuk memegang tangan anda.

Jangan hanya tunggu dan meminta, pergilah cari dan berilah kasih sayang itu.


Kalau tak ada sapa-sapa yang sudi... Beri saja pada WuMing....Mua..ha..ha..ha..!!!!


Sunday, September 25, 2011

8 JENIS MAKANAN YANG WANITA TAK PATUT TINGGAL



Image:Google
Pertama: Susu
  Susu adalah makanan yang kaya dengan sumber Protien dan Kalsium. Badan wanita memerlukan Kalsium pada kadar yang lebih tinggi dari lelaki untuk memelihara kesihatan tulang(Terutama ketika mengandung, menyusu bayi dan selepas putus Haid). Juga untuk mengelak masalah Osteoporosis di kemudian hari. Jadi wanita digalakkan untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Pilihlah susu yang rendah lemak.

Image:Google
Kedua:Yogurt
  Yogurt mempunyai Bakteria yang membantu system Imun badan kita untuk berjalan dengan lebih sempurna. Tetapi Yogurt haruslah yang asli. Yang tidak mengandungi awetan buah-buahan dan gula tambahan. Kerana bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengemukkan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.

Image:Google
Ketiga: Minyak Zaiton
  Ia mengandungi Lemak tak tepu yang berfaedah kepada kesihatan kita. Ia membantu mengurangkan Kolesterol-Kolesterol LDL dalam arteri. Di mana ia merupakan Lemak berbahaya yang ada dalam arteri kita.
  Ia membantu mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Malah ia mengandungi Vitamin E dan bahan Antioksidan yang membantu untuk menyegarkan warna kulit.

Image:Google
Keempat: Biji Bunga Matahari
  Yang sangat kaya dengan Vitamin E dan bahan Antioksidan. Di mana bahan ini akan membantu mengurangkan kadar kedutan atau memperlahankan proses penuaan pada kulit. Jadi ia membantu untuk kulit kelihatan cantik dan berseri.
  Kandungan Vitamin E juga membantu menghilangkan parut-parut pada wajah kita.

Image:Google
Kelima: Brokoli
  Sayur yang lazat ini mempunyai Vitamin C, Kalsium dan zat Besi. Yang merupakan zat-zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
  Selain dari itu, ia mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang membantu dalam proses penghadaman dan pembuangan.
  Yang penting Brokoli itu tidak perlu dimasak dengan keterlaluan. Kerana pemanasan yang melampau akan merosakkan atau menghilangkan zat-zat makanan yang ada.

Image:Google
Keenam: Tomato
  Sebagai satu sumber Beta Karotena, Vitamin C dan bahan Antioksidan. Membantu organ-organ dalam badan bertugas dengan lebih sempurna, terutamanya system pencernaan. Kajian mandapati bahawa makan tomato (segar berserta kulit) boleh mengelakkan risiko mengidap kanser payudara.

Image:Google
Ketujuh: Tauhu
  Merupakan sumber Protien tumbuh-tumbuhan. Mempunyai lemak yang kurang tapi kandungan Kalsium yang tinggi. Sangat baik untuk system pencernaan. Baik untuk kesihatan perut juga memberi keselesaan pada perut.
  Selain dari itu ia juga membantu untuk menyeimbangkan Hormon Estrogen dalam badan.

Kelapan: Air Bersih
  60 % dari bahagian badan adalah terdiri dari air. Maka air adalah merupakan keperluan asas untuk system dalam badan kita berfungsi.
  Kita perlu minum air sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.

Di atas adalah 8 jenis makanan asas yang kita perlu untuk mengekalkan kesihatan badan kita..

Selamat mencuba…dan cantik selalu…
  

Thursday, September 22, 2011

AKU PUNYA LAKARAN...

Sebenarnya banyak yang aku Lukis... malah pakai Cat Minyak pun ada... tapi tak ada dalam bentuk soft copy.

ENTRI AKU YANG KEDUA UNTUK HARI INI


5 LANGKAH UNTUK MENGGELAKKAN DIRI DARI MENGANTUK DI WAKTU PETANG


Image:Google


  1. Senaman ringan untuk meregangkan otot-otot badan.
  2. Makan Serat chocolate
  3. Letakkan wangian Pepper Mints di tepi meja kerja.
  4. Berjalan-jalan di luar ofis atau di halaman rumah.
  5. Minum secawan teh.


Kalau lima langkah di atas tu tak Berjaya juga… Hangpa pi tidoq laa senang….



Wednesday, September 21, 2011

HASIL KERJA TANGAN ISTERI AKU



  Ini merupakan entri aku yang kedua untuk hari ini.
Entri yang pertama adalah:PILIHAN DITANGAN KITA

  Ini adalah gambar kasut dan topi yang isteri aku buat… Ok tak…? Sebenarnya aku banyak membantu ni… Seperti memerhati dan komen…
 Berat tu kerja aku……




PILIHAN DITANGAN KITA

KITA TAK BOLEH PILIH UNTUK
DILAHIRKAN SEBAGAI ORANG MISKIN ATAU KAYA
TETAPI,
KITA BOLEH PILIH 
UNTUK BERUSAHA ATAU TAK MAHU BERUSAHA

Dari: WuMing

Tuesday, September 20, 2011

3 BULAN SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN




















Photo Shot by Kyodo News via the Associated Press. -- Lloyd Young


Monday, September 19, 2011

AKU DI BULI OLEH ANAK DAN ISTERI AKU


Image:Google

Sedih betul bila aku baca tajuk ini. Sebenarnya entri ini agak personal laa… Tapi aku dah tak tahu nak bagitahu siapa. Korang lah tempat aku mengadu… Tempat untuk menagih simpati.
  Aku harap korang memahami hati dan perasaan aku sebagai seorang suami dan bapak yang Mithali ini. Segalanya aku buat untuk keluarga aku. Tapi aku pula dibuli.
  Aku harap kawan-kawan aku kat sini menyokong aku. Aku harap korang beri semangat kepada aku yang merupakan seorang Bapa dan Suami  yang Mithali ini.
  Ceritanya bermula begini. Suatu hari… Aku bawa isteri aku balik kampung aku. Dalam perjalanan itu. Isteri aku cerita bahawa cikgu yang mengajar anak aku di sekolah Tadika dah nak berhenti.
  Mari baca perbualan kami, aku percaya korang akan menangis kerana kesian kan aku…

ISTERI AKU: Abang… tahu tak cikgu yang mengajar mata pelajaran Matematik anak kita dah nak berhenti?

WUMING: Yang mana satu.. Abang kenal tak..?

ISTERI AKU: Kenal… Yang selalu berdiri depan pintu pagar tunggu budak-budak masuk..

WUMING: Cantik tak?

  Isteri aku dan anak aku yang berusia lima tahun jawab serentak…

“Cantiiiikkkkk”

WUMING: Hah… kalau macam tu Isnin ni Abang nak pi tengok lah.. Kalau tak kenal nak kenal… Kalau dah kenal, nak lebih-lebih kenal…

  Isteri aku terus suruh anak aku pulas telinga aku…. Hu..hu..hu.. Korang tengok… mereka buli aku… Kesian tak kat aku…..?

Sunday, September 18, 2011

LAIN KALI BAGI BOSS MINTA DULU


Image:Google



  Satu rehat tengah hari. Seorang Pengurus besar telah membawa dua orang kanannya pergi makan tengah hari.Iaitu pengurus besar bahagian sumber manusia  dan seorang lagi adalah pengurus besar bahagian kewangan. Mereka bertiga pergi makan di sebuah restoran makanan laut yang berkonsepkan tradisional.
  Dalam kedai itu dihiasi penuh dengan barang-barang lama. Sementara menunggu makanan yang di pesan sampai. Tangan pengurus besar bahagian kewangan telah tersentuh satu lampu ajaib..
  Terkeluarlah satu Jin yang besar.

    Jin: Ha..ha..ha…. Kerana kamu telah lepaskan aku… Aku akan tunaikan 3 permohonan kamu.

  Tanpa berlengah pengurus besar bahagian sumber manusia terus membuat permintaan.
“Saya nak pergi melancong di Hawaii selama sebulan.” Dalam sekelip mata saja dia telah berada di Hawaii.”
  Tanpa berlengah Pengurus Besar Bahagian Kewangan pula terus membuat permohonan tanpa menghiraukan bossnya.
  “ Saya ingin jadi seorang wanita yang sangat Mewah. Kaya raya dan berada di kota Paris.”
  Apabila melihat dua permintaan kedua-dua orang kanannya telah Berjaya. Pengurus besar syarikat yang sangat gilakan kerja pun terus membuat permintaan.
  “Sekarang saya pula buat permintaan, saya nak kedua-dua pengurus itu berada di ofis sebelum habis waktu rehat tengah hari..” 

Wednesday, September 14, 2011

BAHAYA MENDIDIHKAN AIR MINUM BERKALI-KALI


Image:Google

  Dalam air terdapat berbagai jenis garam galian dan banyak lagi unsur-unsur lain seprti Plumbum. Apabila air di tapis, banyak bendasing yang dapat ditapis keluar. Namun masih ada juga yang tak dapat ditapis. Jadi bendasing ini akan turut diminum oleh kita.
   Dengan mendidihkan air,berbagai jenis mikro organisma akan mati. Ia merupakan cara yang biasa untuk kita mempastikan air yang kita minum itu selamat diminum.
  Tetapi air yang dimasak berkali-kali akan menyebabkan kelikatan air itu bertambah. Karana air akan menjadi wap dan hilang di udara. Sebaliknya unsur-unsur bendasing yang berbahaya untuk kesihatan yang terdapat dalam air masih sama banyak.
Semakin banyak bendasing dalam air akan menjadi semakin tinggi risikonya air itu diminum. Jadi elakkan lah dari masak air minuman yang sama berkali-kali.

Tuesday, September 13, 2011

JUGA BLOGGER HEBAT


INI ADALAH ENTRI AKU YANG KEDUA UNTUK HARI INI


Yang Pertama: GUGURKAN KANDUNGAN



NAMA TUAN TANAH: SUHA
NAMA BLOG: SUHA SIMPLE LIFE
BLOG URL: suhasimplelife.blogspot.com
  Hah… dah lama kami berkenalan dan support each other. Dia juga selalu komen entri aku. Sama juga lah aku.
  Tapi sejak akhir-akhir ni dia menghilangkan diri. Dah kahwin kot… eh..eh.. tak… dia sibuk agaknya. Orangnya kelakar…


NAMA TUAN TANAH: LIA
NAMA BLOG: ALWAYS SATY THE SAME
BLOG URL: tazzzlia.blogspot.com

  Aku terlepas ni… Blog Lia berkonsepkan rumah papan. Cantik dan kemas. Aku suka. Entri nya pula berbagai-bagai. Dia juga suka support kawan-kawan. Dah follow blog aku. Malah dia juga listkan URL Blog aku dalam Blog dia.
  Kami baru saja berkenalan. Tapi dah support each other. Ini laa yang dikatakan kawan-kawan.


GUGURKAN KANDUNGAN


Image:Google

  Semalam aku layan satu filem seram dari Thailand. Ia mengisahkan kes gugurkan anak yang berleluasa di Thailand.
  Ia mengisahkan hantu bayi yang datang membalas dendam terhadap mereka yang terlibat.
  Kerana pergaulan yang terlalu bebas di kalangan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi di Thailand. Maka banyaklah kes-kes seperti ini. Mereka telah terjebak dan melakukan perbuatan yang terlarang ini.
  Apabila dah mengandung. Biasa laa… Jantan yang melakukan itu mesti tak mahu mengaku. Dengan alasan belum bersedia… Tetapi semasa nak melakukan perbuatan terkutuk itu mereka bersedia pulak.
  Juga jantan-jantan yang dah berumah tangga. Apabila perempuan simpanan mereka mengandung. Dengan senang saja mereka suruh gugurkan kandungan itu. Juga dengan alasan yang lebih kurang sama.
  Sedih aku tengok cerita ini(bukan seram). Apa nak jadi dengan generasi akan datang. Manusia semakin tidak bertanggung jawab. Senang saja nak membunuh.
  Bagi adik-adik perempuan yang sedang membaca entri ini. Aku berharap korang jangan mudah terpedaya dengan helah jantan-jantan ini. Mereka hanya seronok dan pandai buat saja. Tapi mereka akan menghilangkan diri bila dah ada masalah.
  Ikhlas dari WuMing.

Monday, September 12, 2011

AKU TAKUT HANTU?


Image:Google


  Ada siapa takut hantu tak di sini? Tak ada… ok laa tuu.. Dalam hidup aku, aku jumpa seorang yang paling takut hantu. Dalam rumah sendiri(tingkat atas) di siang hari pun tak berani masuk seorang diri. Orang itu tak lain dan tak bukan. Kakak aku sendiri.
  Ok… masuk tajuk kita. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku… Masa itu aku di kampung. Aku baru saja berusia 17 tahun kot masa itu. Lepas SPM. Sementara aku tunggu result. Aku bekerja laa di sebuah restoran fast food. Korang mesti tau laa kan.. Kerja fast food ini mesti kena balik kerja lewat malam.
  Kebetulan jalan nak masuk kampung aku agak gelap. Dalam 2 KM nak sampai rumah aku pula, aku terpaksa lalu tanah perkuburan. Tanah perkuburan ini pula penuh dengan semak. Penuh dengan pokok-pokok besar. Ramai pula orang kampung cerita, mereka nampak macam-macam  apabila melalui kawasan ini di waktu malam.
  Hari pertama aku kerja shift petang. Aku habis kerja pukul 2330. Keluar minum dengan kawan-kawan lagi. Sementara nak sampai di kawasan tanah kubur itu dah pukul 1 pagi.
 Malam pertama aku lalu di situ aku rasa semacam saja. Aku tak pasti perasaan itu. Aku balik fikir sepanjang malam. Adakah aku takut? Adakah aku tak takut? Apakah perasaan itu?
  Aku bernekad untuk find out apakah perasaan itu. Jadi pada malam ke 2 seperti biasa habis kerja kami pergi lepak dulu sambil minum teh tarik. Kawan pula cerita pasal hantu. Mereka dah tahu apa yang akan aku lalui. Tapi mereka tak tahu apa yang aku nak buat malam itu.
  Hampir pukul 1 pagi aku pun minta diri. Dalam hati aku tak fikir apa-apa. Aku hanya fikir tentang apa yang akan aku lakukan saja nanti. Sampai di kawasan perkuburan itu dah pukul 0130 pagi. Suasana sangat gelap. Tidak ada langsung cahaya. Hanya cahaya dari motor aku sahaja.
  Betul-betul di tengah jalan di depan tanah perkuburan itu aku pun berhenti. Bila aku off switch motor aku. Gelap… tak nampak apa langsung. Aku tak jalan jauh dari motor. Takut cari motor tak jumpa. Bila aku diam. Juga tak dengar apa langsung. Aku relax lebih kurang 5 minit…
  Bila dah tenangkan fikiran, aku pun toleh ke arah kebun getah bersebelahan dengan tanah perkuburan dan berdiri kencing di situ. Sebab aku tahu selagi tak selesai, apa-apa bunyi pun aku tak boleh lari. Dalam fikiran aku, aku cuba fikir benda macam-macam seperti hantu yang putus kepala, keluarkan lidah panjang-panjang, tinggi lampai dan macam-macam lagi..
  Aku ulangi aktiviti itu setiap kali aku kerja malam. Sampai kak aku kata aku gila. Aku sengaja cerita kat dia supaya dia kuat semangat macam aku. Tapi dia kata kalau orang bagi duit berjuta pun dia tak mau…
  Di sini bukan aku nak berlagak… Tapi Cuma aku nak buktikan pada orang kampung dan kak aku bahawa kita tak perlu takut… Ia cuma perasaan kita saja. Kita takut pada kegelapan sebenarnya.

Sunday, September 11, 2011

BLOGGER HEBAT

Entri Aku yang kedua untuk hari ini...
SHEEMA DEAN


Cerita Oleh Aku..Kisah Anak Aku..Kehidupan Korga Aku..


  Sheema ni juga angkatan kawan baru aku.. Dia dah berumahtangga dan dah punyai anak.. Sheema juga rajin jengok ke Blog aku.. Sama lah juga. Dia juga ada dalam Bloglist aku.
  Blog dia simple saja. Kemas dan cantik. Entri dia seperti yang tercatat pada tajuk. Tentang kehidupan seharian dia dan keluarga.
  Sheema juga akan update tentang tempat dia pergi beriadah atau makan. Sebenarnya bukan saja tentang peribadi. Ada juga tentang resepi dan sebagainya.
  Kesimpulannya tak boring juga kita menjengok Blog dia.
Jom… kita terjah dan Follow : Sheema Dean.



Nama Pena: FIQ
Nama Blog: From My Fingertip

  Aku  baru saja berkenalan dengan FiQ. Blog dia best jugak. Ada kepelbagaian dalam penulisan. Salah satu blog yang aku rajin kunjung.
  Dia juga rajin kunjung dan komen dalam blog aku.



  Misya juga orang Utara macam aku. Dia juga dah berumah tangga.
Blog dia ada macam-macam. Dari kisah tentang diri sendiri, makanan, petua dan macam-macam lagi. Entri dia pun seronok di baca. Aku memang suka. Sebab utama adalah simple dan pendek.
JomTerjah: SERI



  Blog dia simple saja. Dah berumahtangga.
  Blog dia ada macam-macam. Tidak terlekat pada satu cerita saja. Dari cerita-cerita tentang diri sendiri. Ada juga sedikit tentang agama, petua dan sebagainya.
Jom Terjah : HAFISHA



Nama Pena: SUE
Nama Blog: SETIAP ADA KAMU
Blog URL: imanja-list.blogspot.com

  Sue adalah rakan baru. Blog Sue juga ada pelbagai cerita. Blog dia warna putih. Kemas dan tak caca merba macam blog aku.
  Dia ada bua blog. Blog pertama adalah blog biasa yang menceritakan perkara biasa dan luar biasa. Blog kedua pula hanya Bloglist kawan-kawan dia yang dia selalu kunjung.
  Aku juga tersenarai.
Jom Terjah : setipa ada kamu.


IEKA




  Ieka juga adalah kawan baru. Blog dia juga macam orang lain. Simple dan ada kepelbagaian dalam penulisan.
  Orangnya juga comel macam GEE.



  Mereka adalah di antara Blogger yang add URL Blog aku kat Bloglist mereka. Ada lagi… sebenarnya. Nanti aku akan buat entri untuk mereka…
  Bagi yang aku tertinggal… tolong tinggalkan message kat ruang komen… Nanti aku akan buat.. Maaf laa.. Skarang agak sibuk… Nanti aku akan buat slow-slow.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABATKU:

HANA SOFFELIA