January 31, 2011
RM 10
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Eyman tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Eyman saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Eyman pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Eyman kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Eyman minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Eyman ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Eyman sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Eyman nak beli sejam dari masa ayah. Eyman nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Dengan linangan air mata, baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….
July 08, 2010
Bicara Kata
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
Ilmu - IKHLAS
IKHLAS (1)
GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)
GURU: “Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
MURID: “Cukup?”
GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
GURU: “Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kelelahan).
RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu).
ORANG PASAR: “Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli, Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,”
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
MURID: “Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
GURU: “Tak buat apa-apa.”
MURID: “Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,”.
GURU: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
MURID: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
GURU: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
MURID: “Dengan memikul batu-batu ini?”
GURU: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak’. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
MURID: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
GURU: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
MURID: “Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) .”
(An-Nisa’: 142)
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
(Al-Baiyinah: 5)
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Riya’”.
Jauhi Perasangka
Seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa mencari kesalahan orang lain.
Sebenarnya syak wasangka adalah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain.
Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting.
Rasa ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak wasangka.
Permulaannya, seseorang itu menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapan.
Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 12 yang bermaksud"Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang"
Menurut hadis, Nabi bersabda, "Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk".
'Abdullah ibnu Mas'ud r.a. mengatakan bahawa, "Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama".
Muawwiyah mengaitkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa , "Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah di dalam menghancurkannya."
(*muhasabah buat diri yang penuh kudus ini juga..)
June 22, 2010
Renungkanlah sedalam-dalamnya. ...
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun
belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2
lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau
mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain
membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang
pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan
sembuh selagi iman terselit didada...`
April 21, 2010
Perjuangan hari ini untuk masa hadapan
kenapa tiba-tiba terasa gundah gulana.mungkin ada sesuatu yang terjadi @ akan terjadi..
Minggu dan bulan yang cukup-cukup mencabar.
Alhamdulillah,selesai sebagai pekerja latihan industri yang tak bergaji..huhu..terima kasih abg-abg Tnb ku,banyak mendidik dan mengajarku erti hidup sebagai seorang jurutera.macam-macam jenis orang dapat jumpa,menunjukkan dalam realiti sebenar cukup ramai manusia menantikan manusia-manusia yang bergelar mahasiswa untuk mendidik mereka dan anak-anak mereka nanti.
hmmmm~ kata-kata yang dihambur oleh pak cik tnb buat ku terfikir sampai sekarang
'korang belajar rajin-rajin dan jadi graduan yang berguna,berguna untuk menjadi pemimpin masa depan..bukan untuk pak cik,tapi untuk anak-anak dan cucu-cucu pak cik.kalau nak tahu akhlak cucu cicit pak cik nanti,boleh tengok pada akhlak korang hari ni'
pinggg!!! terasa sampai ke tulang perkataan pak cik tu.betul jugak tu.kita berdakwah hari ini sebenarnya bukan untuk kita,tapi untuk adik-adik,anak-anak kita nanti.
bak kata seorang ustaz yang saya hanya kenal pada nama,belum ada rezeki bertegur sapa..katanya
'ana sibuk-sibuk mencari pelapis dakwah,berdakwah sana-sini,bukan untuk apa-apa tapi untuk anak-anak nanti,ana nak supaya mereka ini lahir dan membesar dalam keadaan biah solehah,mempunyai rakan-rakan yang mengajak kepada Allah'
dan baru sebentar tadi Ustaz saya dalam kuliahnya menyebut
'salah satu cara untuk menjaga hidayah yang dikurnia Allah adalah dengan bersama-sama dengan kawan-kawan yang baik.cahaya hidayah lama kelamaan akan terpadam sekiranya tidak dibaja dengan baik'
Kehidupan sebagai seorang jurutera cukup mencabar.lihat pada mentor saya dan beberapa jurutera lain di tnb,hidup mereka sibuk dengan kerja-kerja,sehingga kadang-kadang waktu tgh malam dan cuti hujung minggu pun bekerja..hmmm~ bak kata orang 'takde life'.
Tapi saya tertarik dengan kata-kata ketua jurutera Tnb Negeri Melaka ketika pertemuaan bersama..katanya
'kerja sebagai jurutera memang 'takde life' tetapi ia bergantung kepada individu tersebut.kita telah diajar untuk menghargai dan mensyukuri apa yang kita dapat.dengan itu kita akan gembira dan puas hati dengan apa yang kita dapat,niatkan kerana Allah,insyaAllah kita akan bahagia setiap masa walaupun mereka memandang kita seperti robot,tetapi hakikat nya kita berbahagia dengan tugas yang kita lakukan'
Ketua jurutera ni seorang yang mempunyai kekuatan motivasi yang hebat,dalam keadaan yang sangat sibuk tapi masih ceria dan bersemangat.Kunci nya adalah Islam. dia seorang yang 'Islamic person'.
Tuan Haji Rosman, special thanks to you, nice to meet you.
Dah selesai Praktikal,perjuangan menyiapkan laporan pulak.due date dah semakin hampir.moga-moga dapat menghantar dalam keadaan selamat.
p/s: doakan kesihatan ibu.tengah mencari waktu untuk pulang.maafkan saya..sungguh teruji dengan pelbagai perkara dan manusia~
April 18, 2010
Keluhan si dia
Letih..
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?
Kecewa..
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?
Sibuk..
Sibuk menjalankan amanah-amanahyang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.
Pedih..
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapi ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?
Hampa..
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?
Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)
~selamat menempuhi ujian bagi yang menghadapi final exam~
ingatlah ~hidup ini merupakan ujian terbesar~ teruji ~