Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

30 Ogos, 2016

Kek Mentega Keju

Marble Butter Cheesecake
Assalamualaikum w.b.t
Harini kita kongsi resepi kek mentega/marble berkeju yang senang ni, lembut, lembab & tidak terlalu manis untuk dicuba. Sangat sesuai untuk minum petang atau juadah untuk tetamu yang bertandang..


Resepi Marble Butter Cheesecake
Sumber : Pn.Hafizah Yahaya @ fizalgk /Rohaimi Ahmad(FB)
Bahan-bahan :
  • 150g butter tatura
  • 200g krim keju
  • 200g gula castor
  • 4 biji telur Gred A
  • 250g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
  • 100ml susu cair
  • 4 sdb susu tepung (tak letak pun tak apa)
  • 2 sdb serbuk koko (utk.marble)
Cara-cara:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 150'c.
  • Dalam sebiji mangkuk, masukkan butter, keju & gula castor. Putar sampai kembang.
  • Masukkan telur 1 per 1. putar lagi.
  • Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder & soda bikarbonat, selang seli dengan susu cair. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
  • Bahagia 2 adunan, 1 adunan dibiarkan kosong, 1 adunan lagi dicampur dengan serbuk koko, sebatikan.
  • Gris & alas loyang bersaiz 8inc.taburkan sedikit tepung di sekeliling loyang & hentak2kan supaya tepung tidak terlalu tebal. (biasanya cara ni saya buat untuk mengelakkan kek melekat ditepi loyang)
  • Sendukkan adunan berselang seli hingga habis. Ambil lidi & lorekkan ikut suka.
  • Bakar pada suhu 150'c selama 45 minit @ sehingga masak 

Nota kaki : Sooner 4MF/suhu 160'c/water bath/api bawah sahaja/50minit

28 Jun, 2015

KEK MARBLE CHEF ASMA

Assalamualaikum..Alhamdulillah bertemu kembali...hari ke-10 kita berpuasa..


Kali ni kongsi resepi sangat mudah & pasti menjadi dari Chef Asma. BASIC BUTTER CAKE. Tapi kena ikut method dia la kan, main semberono je takut kelaut jugak akhirnya..cubalah ya..rasa sedang2 manisnya, elok guna PLANTA untuk rasa dulu-dulu, guna 100% PURE BUTTER untuk rasa berlemak susu, terpulang nak guna yang mana, InsyaAllah sedap..boleh cuba untuk hidangan Hari Raya nanti..

BASIC BUTTER CAKE CHEF ASMA
Bahan A
  • 200g marjerin PLANTA
  • 50g mentega Anchor/Tatura
  • 150g gula castor
  • 100g gula icing
 Bahan B
  • 250g telur (timbang telur tanpa kulit)
  • 1/4 sudu teh esen vanila
 Bahan C - ayak
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara :
  • Satukan bahan A & putar hingga berkrim & putih
  • Masukkan bahan B, putar sebati
  • Masukkan bahan C sedikit demi sedikit sambil terus diputar dengan kelajuan perlahan.
  • Sebatikan & tutup mixer, jangan putar terlampau lama.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & warnakan ikut suka hati, boleh masukkan juga perasa jika suka.
  • Sudukan ke dalam loyang 8inc. berselang seli hingga habis
  • Bakar 45minit-1 jam dengan suhu 160'C atau sehingga masak (bergantung kpd.oven masing2)
SELAMAT MENCUBA

09 April, 2015

RESEPI BUTTERCREAM 3S

Bissmillah..Assalamualaikum..
Mulai hari ini dengan Al-Fatihah, sedekahkan buat arwah Makcik Alfiah (adik arwah mertua saya) yang meninggal petang semalam(8 April 2015). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman & beramal soleh. Alhamdulillah sempat menziarahi arwah semasa hayatnya minggu lepas kat Hospital Teluk Intan.

Harini berkesempatan menulis disini, resepi krim2 yang sering digunakan untuk melepa & membuat hiasan kek saya. Antara resepi pilihan yang selalu digunakan la..& yang sedap pasti menjadi kalau buat tu. Nanti cubalah ya, untuk anda yang tak berkesempatan nak ke kelas2 deco kek boleh mula dengan resepi ni. InsyaAllah tidak menghampakan.


3s = SENANG, SEDAP, SHANTEK(CANTIK)..Boley gitu? hehe..
Cantik tu means adunan krim tu cantik sedang-sedang la sesuai utk hiasan & makan2, bukanlah kek aku ni yang cantik..aih..

RESEPI BUTTERCREAM (SPREAD/LAYER/SALUTAN KEK)
(Azie Kitchen)
Bahan2 : 

  • 150g butter
  • 350g krimwell
  • 180g susu pekat
  • 3 sudu besar gula icing (ayak)
  • perasa rose (saya tambah)*optional untuk bau wangi krim

Cara2 : 

  • Satukan butter & krimwell, putar laju sampai putih, lebih kurang 10 minit, guna ballon whisk ya.
  • Masukkan susu pekat & gula icing, putar lagi sebati lebih kurang 5 minit.
  • Siap untuk digunakan. (boleh tambah apa2 perisa yang anda suka jika mahu)
  • Sesuai untuk digunakan sebagai salutan kek, layer tengah2 kek, hiasan2 mudah tepi2 kek. Rasanya juga sedap tau.


RESEPI BUTTERCREAM :( BUNGA & HIASAN) 
(Juicy Cafe)
Bahan : 

  • 300g shortening
  • 350g gula icing (ayak)
  • **tambah sikit susu pekat manis jika adunan terlalu kasar & bunga patah2 ketika mendeco. sikit je tau.
Cara2 :
  • Satukan bahan2 tersebut dalam mangkuk, gaul sebati guna senduk kayu sahaja.
  • Asal sebati jangan lebih gaul atau terlajak gebu nanti susah nak handle bunga. 
  • Boleh tambah perasa atau pewarna kesukaan.

Contoh2 hiasan boleh tengok di blog saya satu lg ya..sambil2 kot nak tempah hehe
http://annabakedathome.blogspot.com

SELAMAT MENCUBA

23 Mac, 2015

KEK MARBLE KOPI SUSU

Assalamualaikum..awak-awak sihatkah? saya macam biasa Alhamdulillah, sihat walafiat, baru balik dari kampung ni, lemau lagi nak masuk dapur tapi order dah menanti untuk dikerjakan..

Sebulan sekali update blog..pheww!! Apapun lebih baik dari tak terupdate langsung..hehe..

Kek mentega yang saya buat untuk buah tangan keluarga kat kampung minggu lepas, mak saya kalau pesan nak kek apa dia akan mintak kek biasa2 je, coklat2 ke krim2 ke tak mau..jadi kek mentega lah yang dimaksudkannya..kali ni cuba resepi dari blog FIZA'S COOKING . sedap bau harum kopi..meh skodeng resepi mudah ni..tq Fiza..


KEK KOPI SUSU
Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A - di ayak
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
Bahan B
  • 1 cawan mentega
  • ½ cawan gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 3biji telur - Gred A
  • 1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe - di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.
2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.
3. Didalam bekas yang lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.
6. Tuang adunan di dalam loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar dengan api 150'c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut kesesuaian.

10 Mei, 2014

KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE

Assalamualaikum..bersua lagi di hujung minggu..

Hasil mengugel alam maya..saya mencuba resepi dah agak lama gak ni, akhirnya berhasil walaupun tak pasti rasa tu menepati piawaian orang lain ke tak....Sebenarnya kek ni tempahan daripada Puan Yasmin, jiran saya, beliau minta saya buatkan kek tiramisu, tapi yang biasa beliau beli kek yang menggunakan span biskut tu. Setakat yang saya jumpa biskut jejari untuk buat tiramisu tak ada tanda halal, kat tempat lain tak taula..halal JAKIM takde, HALAL luar negara pon takde, tiap kali nak membeli kat bakery sini, saya akn tanya tokey tu, HALAL TAK? Kalau ada pengesahan Halal dia akan tunjuk surat pengesahan, ada tampal kat dinding tepi kaunter dia, kalau dia sdri tak pasti halal ke tak sesuatu benda yang kita tanya tu, dia akan geleng2 senyum2 kata "tak tau lorr..tak ada cop.." hehe..betul2 dia menjaga kastemer dia..maklomle rasanya kastemer dia 95% beragama Islam..


Kek span coklat sebagai dasar kek..boleh guna mana2 resepi kek ya..saya guna resepi kek span coklat dari Nina... mari kita cuba, pasti anda buat lebih sedap & cantik hasilnya dari saya buat ni..InsyaAllah

KEK SPAN COKLAT
Sumber: Nina Bake House

bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan
Cara :
  • dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga betul2 gebu. putar menggunakan kelajuan maksimum.. 
  • mesti kembang, pekat dan berwarna putih , bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
  • terus ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan.. seeloknya ayak bhn2 kering kat bekas lain dulu.. tapi kalau korang pun rasa malas.. buat je cam ni...
  • Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ye..
  • adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - haku lebih suka bakar kek span guna suhu ni selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.
  • kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

RESEPI KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE
Sumber : umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200g cream cheese 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


SELAMAT MENCUBA

05 Mei, 2014

KEK MENTEGA 'MARBLE'

Assalamualaikum.
Perkongsian dr Ustazah Ani kat fb. rasanya makan tahun gak tak buat kek2 yang tak berkrim ni..sekali buat habis terus..dapatla agih sana sikit sini sepotong..Alhamdulillah lepas kepingin makan kek butter..

Sangat lembut, nak lagi sedap boleh guna butter yang berkualiti. Anchor pon dah ok tu...mahal gak kan..saya guna buttercup je kebetulan ada dalam simpanan..eh jangan mintak2 kek ni dah masuk "Big Tank"..hekhek..


RESEPI KEK MENTEGA MARBLE
Sumber : Ustazah Ani (Facebook)
Kek Mentega Marble AnnaQawina
  • 220 gram butter
  • 230 gram gula kastor
  • 200 gram tepung naik sendiri @ tepung gandum **
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sd kecil esen vanila
  • 1 sd kecil baking powder **kalau guna tepung gandum letak 1 sd besar b.powder
  • 2 sd besar susu segar / susu cair
  • 2 sd besar serbuk koko

CARA2 :
  • Panaskan oven 180'C. Alas loyang 8inc.petak@9inc.bulat dengan baking paper.
  • Ayak tepung dengan baking powder.
  • Pukul butter & gula castor sampai kembang & putih.
  • Masukkan telur yang dipukul dgn.garfu terlebih dahulu sebiji-sebiji sampai habis.
  • Masukkan esen vanila dan susu segar.
  • Kemudian baru masukkan tepung sedikit2 sampai habis.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  • Tuang adunan putih dulu ke dalam loyang, sendukkan pula adunan koko, selang seli buat sampai habis.
  • Bakar adunan kek sampai masak lebih kurang 40 minit atau bergantung kepada oven masing2.
Selamat Mencuba..

03 Januari, 2014

KEK COKLAT ANIS - ACMC

Satu hari yg agak lama dahla..saya cuba nak menerai resepi yg agak femes kat Facebook ni..yela dok kata sedap2 nak gak cuba..hasilnya? Hmmmm...licin dibelasah anak2 buah & adik bradik yg ramai..janji dapat makan, apa aje pasti licin. Tambah2 kek coklat memang tak jemu la kan..adik2 & anak buah saya suka.


Agak bercoklat bagi saya yang kurang gemar kek coklat ni....kebetulan kek ni saya bawa balik kg, habisla 'licin reling' kata orang kampung sbb dah ramai berdozen2 yg ada kat rumah mak..hehe..Yang merata2 dijual rasanya superbeb kata ramai orang, ni nak kena beli la baru tahu rasa original kek tu kan..

Apapun tqvm bt pengasas ACMC ni yg berkongsi resepi..boleh tambah koleksi kek coklat iika suka..Jom semak resepi yang saya dapat dari page ACMC di Facebook.

KEK COKLAT ANIS (AMCC)
Sumber : FB page AMCC
AMCC by AnnaQawina

Bahan2 :
  • 1 cawan air **
  • 1 cawan minyak masak**
  • 1 cawan susu pekat**
  • 1 cawan gula castor**
  • 1 cawan serbuk koko**
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat

Cara2 :
  • Satukan semua bahan bertanda ** atas api sederhana sehingga gula larut, tak payah sampai mendidih.
  • Kocok telur dalam bekas lain dan masukkan dalam bancuhan tadi, masak lagi & kacau sebati.
  • Masukkan bahan kering dan gaul sebati. kukus sampai masak.
  • Jika kek saiz 1kg akan masak dalam masa 20 - 30 minit, semakin kecil saiz kek semakin pendek masa mengukus.
  • Tutup permukaan loyang atau bekas kek yang dikukus menggunakan alum.foil yang disapu minyak (tak bagi melekat kat permukaan kek) bagi mengelakkan air wap kukusan menitik ke atas kek anda.

RESEPI TOPPING : **saya tak guna resepi ACMC tapi guna resepi yg biasa guna ni..

Bahan2 :
  • 200g coklat masakan
  • 100ml susu cair
  • 1/2sdt butter
Double boiler coklat dengan susu sehingga coklat mencair, tutup api & masukkan butter, kacau sebati & tuangkan atas kek.

Selamat Mencuba

01 Januari, 2014

CARROT WALNUT CAKE (Chef Ezani)

Kek lobak merah, kali ni cuba resepi dari Chef Ezani (Masterchef), copypaste resepi dari blog Kak Zue Semanis Gula..tengs kak..

CARROT WALNUT CAKE
Sumber : Chef Ezani (Masterchef Malaysia)
C & P : Kak Zu Semanis Gula

Ayak semua bersama-sama dan ketepikan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 ½ sudu kecil baking soda  
  • 2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
  • 1 sudu kecil garam
Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
  • 4 biji telur
  • 1  1/3 cawan gula
  • 1 ½ cawan minyak sayuran
  • 2 ¾ cawan lobak merak diparut
  • 1 cawan kelapa kering
  • 1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
  • 1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
  • 1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  
Cara2 :
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Aising cream cheese

  • 200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 ½ cawan gula aising, diayak
  • 1 sudu kecil esen vanila

1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
2. Ratakan aising ke atas kek.

* Nota:
Kek ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu.


Alhamdulillah, sedap dan kenyang lagi berkhasiat

SELAMAT MENCUBA

21 Disember, 2013

SNOW PANDAN CHEESECAKE

Assalamualaikum w.bt.

Aaa..eerrr...tak tau nak mulakan cemana..derek jela kat resepi yer..simpan sebagai tanda kita dah buat..orang lain dah lapuk dah buat kek ni, saya je yang segan2 nak cuba, kang sedap sangat mulala makan tak ingat donia..

Eh..memang sedapla..anak2 suka, licin disapunya, saya makan sikit je, ambik rasa...hehe

PANDAN SNOW CHEESECAKE
Sumber : Sherry mz@myr & K.Zai@teratakimpian
C & P : Izah Muffin Lover

KEK
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) @guna shelf raising flour pun blh
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla
  • Pandan paste (pewarna hijau jika perlu)

UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.  
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.  
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. *izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath  **saya pon
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. *izah potong kek  menggunakan benang 
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.  
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.  
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.  
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Kek span pandan yang gebu..dibakar menggunakan kaedah double boiler/waterbath, kek kurang berkerak kat tepi & lebih lembut & gebu.

Dah..jumpa lagi lain masa..kalau rajin update laa...


02 Oktober, 2013

Choc.Moist Cake (Badariah)

Alhamdulillah, rajin masih bersisa untuk melakarkan kenangan secoet disini, kang dah tak rajin + sibuk xdenya nak ngadap komputer, dengan tikus2 yang masih bermasalah & line yang umpama sesiput..paham2kan ajer..

Kali ni kita buat kek coklat kukus pulak, bisa guna resepi lain, ala, lebih kurang aje mana2 resepi kan, tambah tolak darab bahagi hitam legam gak yang keluar..dah nama kek coklat, yang pasti sedap kat anak tekak & kenyang kat perut (bagi kita yang buatla, lain orang lain lak rasanya koot)
 Tekstur kek ni sangat lembut, saya suka..suka..

KEK COKLAT KUKUS (BADARIAH)
sumber : Puan Badariah Ibrahim@ResepiNet & Kak Badariah (Pekan)

BAHANNYA :
  •  2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
       *************************
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
       *************************
  • 1 cwn air panas
CARANYA :
  1. Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
  2.  Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
  3. Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
  4. Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.(10 minit jika dikukus dlm bekas kecil2)
  5. Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil
  6. Boleh juga ditutup dengan alum.foil @ penutup bekas itu sendiri.asalkan wap air kukusan tdk.menitik kedalam bekas kek kita.
CHOC.GANACHE
Bahan2 :
  • 130ml susu cair @ 180ml whipping cream
  •  200g choc.masakan@choc.compund
  • 1sdt butter
*Double boiler coklat dan susu/cream sehingga coklat hampir2 mencair. Tutup api dan kacau sehingga coklat betul2 cair, masukkan butter, sebatikan.
*Topping ni saya ubahsuai sikit dr kebiasaan dan sesuai untuk disiram atas kek2 yang dikukus dalam bekas2 kecil.
*Jika untuk topping kek biasa boleh semak resepi2 terdahulu ya.

SELAMAT MENCUBA

01 Oktober, 2013

Buttermilk Marble Cake

Assalamualaikum w.b.t

Hai..pekabo? Err..tak reti nak gebang dah, rasa macam dah lama benar tak update blog, tengok kawan2 update ada rasa semangat naik jap nak join sama, tapi tetiba mendung je cuaca, tido lagi syok..(salahkan cuaca lak..) baidewei..jenguk2 blog sekali sekala nampak ada je yang follow, eh tak apdet pon ada pemollow ye? Terima kasih le ya..nnt senang kita terjah balik buat kunjungan hormat..

Mari nengok kek yang dah takde sisa ni ha..baru2 ni buat kek tempahan, ikut resepi baru, eh rupa2nya si pencinta muffin tu dah lama buat resepi ni katanya..rajin dia kan?


Resepi saya angkut dari blog Love2Cook, asal resepi dari Martha, dan saya Melayukan bahasa dengan jiwa raga saya, senang nak baca..kikikiii....

BUTTERMILK MARBLE CAKE
Martha, Love2Cook, IzahMuffinLover

(Saya gandakan adunan kek ini utk.mendapatkan kek saiz 9inc)

Bahan2 :
  • 113g butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2sdt garam halus
  • 2sdt baking powder
  • 1 3/4cawan tepung kek (1 1/2 cwn tpg.gandum + 1/4 cwn tpg.jagung)**blh guna mana2 tepung tu
  • 3 bj telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 3/4 cwn.buttermilk (1 cawan susu (200@250ml)+ 1sdb cuka makan, guna 3/4cwn shj.)
  •  1/4 cwn.serbuk koko (jika nak marblekan)
  • pewarna pilihan/paste yang disukai - saya guna strawberry paste
Cara2 :
  1. Sebatikan tepung, baking powder & garam.
  2. Pukul butter & gula hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
  3. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan campuran tepung tadi selang seli dengan buttermilk.
  4. Asingkan 1/4adunan kek dan tambahkan serbuk koko, sebatikan. (Saya cuma bahagi 2 bahagian & 1 bahagian dicampurkan choc.paste, 1 bahagian lagi dimasukkan strawberry paste)
  5. Tuang ke dalam loyang yang dialas dgn.baking paper berselang seli hingga habis.
  6. Bakar 170 - 180'C 40mnt - 1 jam @ sehingga masak(bergantung kpd suhu oven anda) di rak paling bawah.
  7. Sejukkan sebelum dipotong atau dihias.

Ini kek yang siap deco..Resepi buttercream InsyaAllah menyusul nanti (kalau rajin..huehue..)

Harap maaf ye, kalau perasan le, saya takde bg link, just nama je yg berkaitan,sebab musababnya,  tikus2 kat pc ni amatle susah nak gerak, pastu line tenet pon nampak gayanya mengalahkan sesiput adanya..harap2 adala insan tersayang & terchenta tergerak hati hadiahkan saya sesuatu yg berguna agar sonang nak klik2 kan..hehe..sila aminkan ye..haha..

SELAMAT MENCUBA..

09 Mei, 2013

KEK COKLAT MOIST 'HANA'

Assalamualaikum.
 
Kek coklat resepi Hana pulak. Macam2 versi resepi kek coklat ni, sebab tu letak nama empunya resepi kat tajuk, senang nak ingat. Boleh cuba kalau terasa nak makan tu, kek ni juga Ana kirimkan untuk mak ayah masa adik balik mengundi tempohari. Alhamdulillah licin bukan mak ayah yang makan, tapi adik2 & anak buah yang lebih, orang tua Ana mana gemar kan kek coklat ni, kecuali MIL Ana..hehe..lama tak buat kek untuk MIL, dia suka kek coklat. InsyaAllah ada kelapangan waktu nak balik kampung akan kubuatkan khas tuk MIL tersayang..


Buat 1 resepi dapat 2 biji saiz 7 inc, sebiji untuk makan2..sekelip mata licin, lapar sangat gamaknya budak2 ni..heehee. Hana, share resepi kat sini ya, tq cekgu..SELAMAT HARI GURU BUAT HANA & SEMUA GURU SELURUH ALAM..hehe


Jom semak resepi. Untuk topping ganache tu Ana tuang ala kadar jela, tengok Hana buat cantik 2 layer gitu, sape2 nak idea deco kek boleh tiru cara Hana tu ya...berdasarkan pengalaman mencuba topping ganache untuk jualan, guna fresh cream lebih cantik hasilnya. Tapi kalau nak budget eloklah guna susu cair ya, tapi sukatan mesti kurang dari resepi yang guna whipp.cream@freshcream. Biasanya freshcream Ana guna brand VIVO. Tulisan bewarna merah Hana rajin sangat bagi kita sesiap sukatan untuk separuh adunan. Terima kasih Cikgu....

RESEPI KEK COKLAT MOIST (HANA)
Sumber : Hana's Family
Kek Coklat Moist AnnaQawina

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
 
  • Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar(rujuk blog Hana), hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.
**NOTA KEYBOARD : JANGAN LUPA SINGGAH ANNABAKED@HOME YA**

Selamat mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...