Pertandingan Deco Oreo
Pertandingan mendeco oreo dianjurkan oleh HOMECHOC. Owner HOMECHOC iaitu Kak Rahimah ialah diantara salah seorang chef chocolatier. Banyak info menarik mengenai coklat beliau paparkan di blog beliau.
TEMA OREO
Saya memilih tema garden untuk deco oreo saya di mana terdapat rama-rama, bunga-bungaan yang berwarna-warni, dikelilingi oleh kehijauan dedaunan. Tema ini sesuai dengan jiwa saya yang sukakan keriangan dan kedamaian. Rama-rama pada oreo dibuat menggunakan coklat compound, dedaunan dan bunga-bungaan juga di
buat dengan coklat kecuali bunga ungu dibuat daripada fondant.Saya menyertai pertandingan ini untuk memeriahkan lagi dunia coklat ini. Bangga bila melihat ramai sebenarnya di luar sana yang kreatif, saya amat mengkagumi mereka, dan terus menyokong sesiapa yang berada dalam bidang ini. Yang penting, buatlah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan...Insyaallah ianya akan membuahkan hasil yang membahagiakan.