Salam Maal Hijrah semua...
Dari semalam aku berfikir2..Apa pembaharuan yg patut aku buat utk diri aku tahun ni? Balik Malaysia? Bekerja semula? Entah. Sebenarnya aku pun tak tau arah tuju hidup aku sekarang ini. Kalau dulu aku seorang yg selalu merancang dan memasang angan2 tinggi, tapi sekarang 100% dah berubah.
Apa benda yg aku hendak dalam hidup aku sebenarnya entah??Aku cuba ingat2 balik angan2 aku yang dulu...Mahu kahwin, mahu punya anak comel, mahu tinggal di rumah yang sederhana besar, mahu lihat suami & anak sepanjang masa. Nah! semua tu aku sedang nikmati sekarang ni.Sujud syukur aku pada Allah kerana apa yg hatil kecilku inginkan, alhamdulillah diperkenankan..
"Kau ni tak ambitious laa..." "Takkan ko nak jadi surirumah jee??" "Takkan penat2 ko belajar, tapi melepek kt ceruk dapur?"
Tu semua perkataan2 yg aku dah muak dengar. Ada apa hal dengan kamu?Aku dengan hidup aku. Kamu dengan hidup kamu. Ya, kamu ada duit sendiri. Kamu boleh beli apa saja yg kamu nak. Kamu boleh bergaya sakan, memandu kereta pegi pejabat, bergelak ketawa dengan rakan sepejabat. Kamu dapat pujian dari bos. Kamu dapat kenaikkan pangkat.Kamu rasa bahagia. Kamu rasa itu adalah pencapaian hidup kamu.
Kamu sedang mengukur kebahagian kah?? Tapi perlukah kamu jadikan gaya hidup kamu sebagai pembaris mengukur kebahagiaan hidup org lain?Mana kamu tahu aku tak bahagia? Dan, betulkah kamu benar2 bahagia dengan pencapaian kamu itu??
Kalau kamu benar2 bahagia, kenapa status di Facebook sehari2 merungut bebanan kerja yg kamu tanggung? Kenapa kadangkala kamu marah bila terpaksa menampung perbelanjaan keluarga disebabkan suami kamu kena potong gaji? Kenapa pula kamu merungut suami tak pernah menghargai kamu, membeli hadiah untuk kamu? kenapa kamu tertekan anak2 kamu tak mahu mendengar cakap, malah melawan pula? Benarkah kamu bahagia??? Mungkin kamu hanya bahagia di pejabat, tapi di rumah yg sepatutnya jadi syurga buatmu, bagaimana pula??
Duit sangat penting, tapi bukan semua perkara boleh dibeli dengan duit. Senyuman ikhlas dari seseorang tak boleh di beli di pasar malam. Kasih sayang org tak ada jual di Tesco mahupun Giant.
Aku juga pernah jadi pekerja seperti kamu. Bersesak2 di jalan raya, mengharung banjir, dihamun ketua, kecewa dengan gaji yang ada. Kadangkala perlu bersikap hipokrit, menyimpul senyum pura2 demi menjaga hati org atasan.
Untungnya aku tidak perlu lagi begitu. Aku hanya senyum jika aku suka dan aku boleh menangis bila aku mahu. Apa yg aku pakai, dari hujung rambut ke hujung kaki adalah hadiah dari suamiku. Bonus dan gaji aku, adalah senyuman dari suami dan anak.Dan penguat tulang belakang aku adalah dugaan2 Allah yang pastinya Allah tahu, aku mampu memikulnya.
Patahkanlah pembaris yg kamu gunakan utk mengukur kebahagiaan org itu. Walhal kamu tahu pembaris itu yg akan melukakan diri kamu sendiri. Kamu mengeluh dengan hidup kamu, tapi pada masa yang sama, kamu mengejek hidup aku. Oh, mungkin kamu iri? Tak mengapa, jika gambar2 kegembiraan aku pergi ke sana sini yang menjadi pisau tajam menghiris hati kamu, aku janji, aku tak akan muat naik lagi di laman muka buku. ahahahaha! (sungguh aku tidak ingin ketawa setan, tapi sebelum ini kamu dan setan sama-sama mentertawakan aku, bukan?)
Aku mengetuk kepala sendiri.Kenapa aku ketawakan dia?Kerana dia pernah mentertawakan aku dulu? Sudah.Sudah.Berhenti ketawa.Mungkin juga peta perjalanan hidup aku tahun ini jadi begini: Pulang ke Malaysia dan bekerja semula. Dan, mungkin pula status muka buku aku selepas ini berbunyi : "Ingin pulang ke Sri Lankaaaaa!! Ingin jadi surirumah semulaaaa!!!" oh, syahdu pula!
Aku serahkan peta perjalanan hidupku pada Yang Maha Kuasa. Kau ukirlah peta hidupku ini ,Ya Allah...Aku pasti menjalaninya...Sehingga sampai ke satu titik noktah yg Kau khaskan untukku. Sesungguhnya aku tidak pernah berdoa apa2 yg istimewa utk diri sendiri melainkan Kau tetapkanlah apa yang terbaik untukku, Ya Allah.
p/s:Semalam sambil menonton TV, Speckybee membelai2 rambutku, sambil berjanji; kalau aku bekerja semula, dia mahu hadiahkan i-Pad. Kenapa kamu mahu mengujiku begitu??Kalau mahu beli untukku, beli sajalah.hahahaha!