
in the name of Allah, the most Gracious and most Merciful..
Suatu hari tipikal seorang pelajar Tahun Satu, guru mesti akan tanya, "Kamu dah besar nak jadi/kerja apa?"..
"Doktor!"
"Engineer!"
"Polis!"
"Askar!"
"Cikgu!".. cikgu pasti tersenyum.. tak habis lagi!
"Arkitek!"
dan sebagainya.. ini yang umum selalu dengar mungkin.. atau mungkin ada yang lebih spesifik sekarang.. biasalah,budak moden.. :)
apakah cita-cita sebenar saya?
sekali lagi,bukan niat saya utk meng'reveal' diri dalam entri ini.. cuma sebagai contoh yang paling dekat di sini..
mungkin,sebilangan besar rakan2 saya mengetahui cita-cita sebenar saya.. mungkin juga,anda tidak..
tiada apa yang special pun mengenai cita-cita saya.. sekadar terpendam di hati.. dan sukar juga utk di luahkan kerana saya bukan berada betul2 dalam aliran cita-cita saya yang sebenar..
Mungkin,belum dikurniakan rezeki utk berada di atas jalan itu.. huhu.. insyaAllah,satu hari nanti.. :)
kalau sewaktu di sekolah dahulu,segala tindak tanduk serta cara pembelajaran,pasti akan bertunjangkan kepada cita-cita kita yang sebenar..
kalau minat physics and add maths,mesti orang tu nak jadik Engineer or Pilot..
kalau cenderung ke Biology,"aahhh... mesti nak jadik doktor.."
kalau masyuk buat add maths,serta buat sume soalan dalam buku tulisan Cheong Pak Chong,terbitan Pelangi *femes gle buku ni.. 1000 questions add maths..*,mesti nak jadik Mathematician.. xpun nak buat Actuarial Science..
semuanya,pasti akan kita reflect balik kat cita-cita.. ambition..
tapi,sejak masuk CFS *pusat asasi*,rasanya persepsi saya sedikit berubah..
yang dahulunya nak belajar engineering,ambil jurusan dentistry kat sini.. malah,saya di dedahkan dengan beberapa jurusan baru di pusat asasi ni..
architecture.. agak asing untuk pelajar di sekolah berasrama aliran sains tulen sahaja seperti saya..
macam xpernah je dengar sahabat2 nak jadi Arkitek,tyme kat sekolah dahulu.. pelik lagi asing..
sebenarnya,tulisan ni bukan ada kaitan dengan sesiapa.. cuma,just nak share something.. :)
bukan kita tidak berhak memilih jurusan di pusat asasi ni,cuma kadang2 tempat yang disediakan agak terhad bagi mereka yang ingin masuk ke dalam jurusan yang agak kritikal,seperti Pharmacy,Pre-Med,Dentistry.. jadi hanya sebilangan tertentu sahaja yang di terima masuk.. setelah di tapis,dengan pelbagai tapisan,interviews,rekod ko-kurikulum sewaktu sekolah,dan pelbagai lagi...
macam mana kalau minat,tapi xberada pun dalam jurusan tersebut?
sebelum tuh,mari tanya diri kita sendiri.. layakkah saya berada dalam jurusan tersebut?
mampukah?
hebatkah?
sebagai contoh,anda ingin beralih ke jurusan kejuruteraan,hebatkah tahap kemampuan anda untuk belajar sehingga ke Physics 4?
kalau ingin ke jurusan Architecture,berbakatkah anda untuk menghasilkan idea2 bernas lagi cantik untuk ditatap para pensyarah yang menilai?
apatah lagi untuk ke jurusan Medical, yang memerlukan tuntutan waktu belajar yang sangat2.. speechless.. sehinggakan cuti akhir semester pun terpaksa dikorbankan.. laratkah?
atas soalan2 tersebut,saya pun semakin redha dengan percaturan yang ditentukan utk saya.. bukan apa, Dia lagi Maha Mengetahui tentang saya.. bukan tidak pernah saya merancang segalanya sejak saya tadika,tapi, Dia lagi Mengetahui tentang saya.. jadi,saya menyerahkan seluruh kebergantungan terhadap Dia..
mungkin,saya 'slow' untuk catch up segala silibus jurusan pilihan saya itu..
jadi saya bertekad,sekiranya ada rezeki,kalau tidak untuk peringkat ijazah di Kuantan,saya akan melanjutkan sekali lagi dalam jurusan pilihan saya,selepas menghabiskan Ijazah di Kuantan.. walaupun,ketika itu,saya sudah berumah tangga..
kerana minat tidak menghalang CARA..
wallahu'alam.. :)