Saturday, August 18, 2012

Selamat makan ketupat..

Sudah masanya Ramadhan meninggalkan kite, yaAllah..adakah aku akan berjumpa lagi dgn bulan Ramadhan yg akan dtg? erm :( sedih mmg sedih, tetapi kita hendaklah bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal, ini satu kemenangan untuk umat islam. Alhamdulillah kita dah sampai jua bulan Syawal dan dapat beraya bersama ahli keluarga dan sanak saudara lagi kali ni.. macam biasa, aku tidak terlalu gembira pon tiap kali raya menjelma.. pasti ada benda yg membuatkan hati ini sedih sangat. air mata ni dah bertimba2 aku keluarkan. sejak arwah abah meninggalkan kami sekeluarga 4 tahun lalu.. raya kami seperti tak bermakna.. kdg2 aku rasa kalau buat kerja kat rumah ni ada je serba tak kena, serba kurang.. selalu kena marah dgn mak.. lagi lah air mata ni mencurah2 keluar.. sedih... erm sudah laa.. tak nak cerita da, kita dah besar panjang..dan Allah masih beri peluang kita hidup kat dunia ni perbetulkan apa yg masih kurang pd diri ini... Selamat Hari raya kwn2 :) semoga korang bergembira di Hari Raya. maaf kalau ada salah dan silap..


raya tahun bila tah ni, mungkin time aku darjah 1.hehe
kann seronok kalau boleh kembali pada zaman kecik2, pada waktu itu la wajah kegembiraan selalu ada tatkala tiba Hari Raya. dosa pon tak byk. erm kbai

Wednesday, July 11, 2012

terkejut beruk aku !

Assalammualaikum dan selamat pagi..

pagi tadi aku terima satu panggilan daripada pihak bank iaitu maybank parit raja, batu pahat. dia bagitau : 'kad maybank awak kena telan ek?' ohh myself ! aku terkejut dengan pertanyaan itu kerana aku rasa kad aku ada pada aku la kan. die suruh la cek kad tu dalam wallet. cek2 memang kad tu takde. Astagfirullahalazim.. bagaimana kad itu ada pada mereka? bila masa kad aku kena telan? kenapa semua itu aku tak perasaan. cit teruk la aku ni.. patot la hari tu aku nak pergi draw dwet aku cari kad tak jumpa dan aku ingatkan kad tu tertinggal kat dalam wallet adik aku. tak silap aku, aku ada bg kat dia sebelum tu.. then aku tak cari plak kat adik aku sebab aku guna mybank2u je nak buat transaksi. lame tu trus la aku lupa nk cari sampai sekarang... boleh plak cam tu kan.. haih.. nasib la kad tu tak ilang..kad tu akan dihantar ke pihak maybank banting. sebab aku kat banting sekarang ni.. org tu kate kad tu kena telan pada akhir bulan 6.. PELIK! aku masih tak tau bila ini semua berlaku. mungkin kad itu tercicir kot.. uwaaa kenapa dgn aku ni? Alhamdulillah, syukur la pihak bank perasaan n boleh call aku. aku just tunggu panggilan daripada pihak maybank banting je skg ni. =___=

P/S: muda-muda lagi cepat lupa. lain kali aku kena lebih berhati-hati r +__+

Monday, July 9, 2012

friday,saturday and sunday !

hye-hye.. kebiasaanya, pada hari jumaat, sabtu, dan ahad mesti ada sahaja program yang dilakukan. walaupon sebenarnya program2 tu bukan aku plan. tapi orang lain. aku jadi orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan program itu. haha -.-...sebab aku la driver. ciss..

hari jumaat lepas, telah diadakan sukan tahunan sekolah rendah anak buah2han aku. sorang darjah 3 sorang lagi darjah 2. dari sebelum mula hari sukan lagi dah tanya mama dorang, cik nis dtg tak sukan kita mama? cik we dtg tak? nenek dtg tak? nak kita tgk dorg bersukan. konon2 kalau ktorg dtg ada semangat la kan. maka pada hari itu kami datang bawak kain sepanduk untuk bg semangat. ceh tipu jeee. dtg2 pon dah lambat dorg dah start bermain. haha lawak laa tgk budak2 main sukaneka. entah2 dulu aku pon same kot. lagi yg paling lawak dorg diberi masa untuk rehat sekejap dan dorg nak pergi beli makanan. masa tu anak buah aku nak mintak air ice-blended dgn aku. terpaksa la belikan..ramai bdk2 je beli ponn =.= kat situ la terdengar bingit2 suara budak2 membeli ace-blended. "bang ice-blended oren 1", "ice-blended coklat 1" . dorg menyebutnya berulang-ulang kali!! adoi bingit telinga. tak penat ke dik. nasib la abg penjual tu penyabo orgnya. kene kat aku lame kene sound. huhu..


red vs green !

hari sabtu, ada kenduri rumah nenek dekat kampung kundang. dari pagi sampai ke petang tak berhenti buat kerja. ada la jugak berhenti disebabkan terlalu penat aku tidur sebentar. penat potong sayur kobis..hehehe.. yg seronoknya if balik rumah nenek, ramai la sedara dtg..pakcik sedara,mak sedara, sepupu semua ada.. meriah rumah nenek. haa nenek aku suka buat kerja.. dia mmg tak suka duduk diam walaupon dah tua. Alhamdulillah nenek aku masih sehat untuk berjalan dan buat kerja pada usia yg menjangkau 90tahun.


ini nenek saya..syg nenek...


ahad is hari yg paling malas nak buat kerja, rasa nak tidur je memanjang. hehe tapi pagi2 lagi emak mengejutkan aku dari tidur untuk menemankan dia pergi gotong royong dekat masjid. kesian emak sebab emak takde teman. takkn mak nak g sorg2 yang lain semua lelaki. actually emak ketua ajk masjid untuk wanita. emak bgtau ajk perempuan yg lain tak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tak dpt dielakkn. maka aku berdua je la dgn emak. takpe la aku pergi teman, dpt pahala jugak :).. lepas tu dpt makan free. hehe habis gtong-royong emak ajak pergi ke kenduri kawen pulak. wehuu.. tp bosan la tiap mggu mkn nasi myk..nasi tomato ke nasi kerabu takde ke?
hee..


sempat la jugak snap gambo ni...jaga kebersihan masjid tau :)



misai keluar dr hidung..haha #eh, pada pendapat aku kan, orang yg ada jerawats ni muka dia nampak lebih dewasa dan matang. siyes. erm tak jadi la nk hilangkan jerawatss..hehe..


thanks reading, kalau ada..kalau takde suruh cucu-cicit aku baca je nanti..huhu

Thursday, July 5, 2012

aku punya cerita, bukan kau punya la :D

Assalammualaikum..

sudah lama aku bercuti sem.. baru sekarang aku nak menghapdet blog,sejak 21 hb 6 hari tu aku sampai kampung halaman dan masa aku hanya diisi dengan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah sebab mak nak letak perabot baru.so perabot lama perlu ditukar tempatnya ke tempat lain.selain tu aku la driver tetap mak aku, mak nak pi mana2 je aku yg bawak.selalunya mak nak pergi beli brg rumah ke,teman mak pergi kenduri kawen ke. yes itu la kerja harian aku. kdg2 takde mase untuk menjaga muka sendiri. oh tidak,kalau sebut pasal muka aku sekarang ni..terdapat perubahan ketara atas permukaan muka aku dimana muka aku tidak selicin dlu dan penuh parasit membiak atas muka yakni jerawat, satu family jerawat ade. bapak jerawat,mak jerawat juga atok moyang jerawat sume ade, hancur luluh bila muka aku jadi cam gini. haa nak salah kan sape lagi bukan diri sendiri kan. ini semua terjadi gara-gara aku menukar produk kecantikan. sentiasa emosi aku tak terkawal setelah muka ku berubah tau..hehehehe itu bermaksud aku tak boleh mencuba sembarangan produk.biar lah setia dgn yg produk sebelum ni..sepatotnya aku perlu bersyukur dgn apa yg ada..kan..erm nak buat camne kan ini semua sudah tertulis :P aku hanya sedaya upaya untuk kembalikan ia menjadi sedia kala. entah la. hampir putus asa untuk berusaha. kdg2 terfikir biarlah, bukannya ada jerawat tak cun, org kata itu pemanis wajah..haha wekk..


see.. gambar after adalah gambar terkini aku, hehe gambar tak boleh dibesarkan sebab malu kot. haha nak jumpa orang pon segan. sekarang boleh lah panggil aku anis jerawat. kalau sape yg nk kene sepak lah! kikiki boleh lagi tersenyum tu,walaupon hati ada luka :P


orang selalu letak pic testimoni before n after mestilah dr yg tak ok ke ok. tapi aku.... werk! muntah hijau.

24hb 6 yang lalu, hari yang bermakna bg kami si kembar kerana hari tersebut adalah hari kelahiran kami yg ke 24 dan ia telah diraikan oleh keluarga kami. kami berkongsi tarikh hari jadi dgn kakak kami. mcm biasa mesti menyambutnye bersama2. riuh rendah pada hari itu dengan keriuhan anak2 sedara kami. semua orang happy ! kami pon happy ! tak sangka dah 24 tahun pon masih ada org nak sambut besdaayy kan :D kali nih anak2 sedara menyanyikan lagu happy birthday. so sweet. thanks korang.



terima kasih untuk kakak yg belanje kek, emak yg masak sedap2 hari tu..dan untuk semua family yg meriahkan suasana..semua kenangan yg ada akan tersemat dalam hati ini. :)

Saturday, June 9, 2012

hai awak disana.

arghhhhhhhh.. lamenyeeee tak menaip-naip kat cni... rinduuuuuu... hahaha..

aku tgh struggle untuk final exam ni, agak buzyyyy r kan..siyes buzy..yela..sem ni jadual exam gila pack. 3 ari berturut2 ada paper. takde gap woi. nak pengsan study tak henti.hehe..paper aku start 13,14,15 dan pastu br ade gap 5 hari. start balik exam 20hb dan hari tu paper last. cpt2 lah habis final. okay lah, nanti dah habis exam mungkin ada masa nak buat entry baru, ade ke mase?? tah la. bkn ade pe yg menarik pon. huhu. k cau dulu!!



wish me luck for final exam. ;)

Monday, May 7, 2012

kan dah ckp jgn tidur lepas asar.

tadi ptg kan, aku tak tau apa da jadi dgn aku, mamai gila kot. hari ni aku puasa. puasa ganti yg perlu dihabiskan b4 bulan puasa yg akan menjelang tiba.hehe hari ni ade kelas dr kul 12pm - 2pm, then ade meeting plak dgn group projek aku. after discussion yg ambil mase 1jam lbh tu aku trus balik umah. time tu dah asar dah. rehat2 jap pale otak kemudian siap tuk solat asar. lepas solat tu mata rase layu je. waktu tu pon cuaca agak mendung. lalu hujan..okay2 tidur sebentar. sbentar eh? selang beberapa jam iaitu hampir jam 7. waktu berbuka pon jap je lagi. terjaga dari tidur dan terkejut? yaAllah aku tak solat asar lagi ni.then bergegas ke bilik air ambil wuduk. weh budak ni pelupa ke yg die dah solat asar? mmg hampess hempedu ayam betul laa knkn.. habis je solat, nisa tanye ko solat asar ke? haa yeee laaaa..aku tak solat lg. kau dah knapa? ko da solat la td. aku pon tercengang skejap.err.. yeke? malu tersgt sgt masa tu.. erm teruk la ko ni anis. hahaha pelupaa!!! azan maghrib pon berkumandang.. boleh la aku mkn berbuka. tp tak prepare 1 bnde ape pon lg.haha nasib la nisa ade msk tuk tghari td.mkn je la yg ada. kesimpulanya yg berlaku. jgn suka tidur lepas asar ye kwn2. hehehe

umur br nk msk 24, tp dah nyanyuk lebih ape kes. mybe byk pikir kot (sdapkan hati) huhu.. pnh 1 hari tu aku nk iron baju, mtk la iron kat mmber aku kt bilik sbelah, pas tu dgn slamba badaknya aku mtk ''farah, nk pinjam hanger.'' sambil berjalan menuju ke iron yg terletak dkat tepi katil die. hahaha bkn men gelak dorg kat aku. wuharghh malu lg. cmne bleh terkluar hanger dr mlut aku tah. lagi2, kisah mesin basuh plak, masa ni aku pon sengal otak skit, tnye mmber aku sape punya baju dlm msin bsh tu? aku nk pi bsh plak lepas tu kn. slambe lg aku ckp, eh ''sape punya baju dlm peti ais tu ek?'' haha akan aku ingat sampai bila2. mcm2 lg ketersasulan yg terjadi pd diri aku ni. ish kdg2 malu tau bila nk berckp dgn org asyik tersasul ni. mmg takde niat pon nk ckp yg slh tp scara automatiknya terfikir dr kpala otak aku. mybe aku kne cuba berubah. heeee erm okay TAMAT

see you again ! :PP

Friday, May 4, 2012

macam2 la kau ni budak.

Hwaaaaaaaaaa! aku rasa nak menangis sekuat hati je.byk betul bnde yg aku rasa kesal sejak baru2 ni.eh bkn br2 ni je. lameeeeee da merasainya pon.cuma kali ni tak dpt kawal lalu aku menaip entry.ceh bleh plak cam tu ek. first of all, pdn muka sndiri sbb buat kptusan terburu2.len kali fkir btl2. orang kata "sesal pendapatan,sesal kemudian tidah berguna" la kan. haha

next, lupakan lah apa org lain buat kt kita, janji dorg bahagia. aku hanya boleh bersabar dgn karenah or ragam manusia yg pelbagai2 ni. sabo2.. marah2 pon tak guna. siyes kalau marah tak dpt apa pon. dpt sakit hati n penat je. lgpon takde sapa leh faham. haih hilangkan lah rasa marah aku ni. lau aku marah ssh nk okay blk. demmit. urghh.. *lempang diri sendiri..

next, kdg2 perasaan ni tak leh kawal dah apabila mcm2 berlaku ats diri ini yg selalu dpt bnde yg tak best. maksudnya bkn yg kupinta dpt. ehwah habistu kau nk melawan takdir ke? tak2. bkn mcm tu tapi aku hanya berfikir sesuatu,kenapa Allah beri semua ni.then fikir balik ko patot bersyukur anis, yg berlaku pasti ada hikmahnya.ini lah kehidupan aku yg Allah rancang dan tentukan pd aku. everything happen, only one word i can say. 'ALHAMDULILLAH' . bersyukur kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan dunia.

last, aku bkn lah manusia yg hatinya sempurna, terimalah aku seadanya. thx accept me as ur friend and girlfriend. hati ni tak boleh nk jga ati ramai org. ckup la aku jga ati aku sndri dan teman2 yg ikhlas memahami dri ini.kehkehkeh biasa la kalau hormon aku tak stabil inilah jadinya. kemain nk merepek merapu dlm blog. kau ada? *lempang diri sendiri kali kedua. hope semuanya jadi normal kembali.haha

sudah2 la berdrama kt cni. balikkkkk !!!

P/s: sewel sudah.
P/s: buat assignment lg bagus la.

eh lupa nak letak tajuk daaa


uwaaaa bosannyaaa.. skg jam 1.36 pagi dan spatotnya aku dah tido waktu camni. actually mmg nak pi tdow pon tapi dlm kpala otak ni terlalu byk pkirkan ttg assignment dan projek2 final yg deadline nye pon nk dekat da.mood tido pon lmbt smpai.. adehh byk kerja tapi malas nak buat. ape boleh buat..kdg2 nafsu malas aku ni terlebih2 dr nafsu rajinnyaa. maka esok je la sambung buat koje. skg lebih baik aku tido layan mimpi aku jadi kaya. syok jugak. err harap mimpi menjadi kenyataan.HAHA poyo gila. okay dear2 suma selamat malam!


P/s: sedih la.akaun twitter terpakse delete.sob2..srott2..
P/s: takpe nnt aku on balik.aku pujuk die elok2.hehe
P/s: hope die tak kisah da.ah entah laaa..labuuu..

Friday, April 13, 2012

Birthday boy

Assalammualaikum... entry kali ni pendek je n lebih kepada entry bergambar la.first of all entry ni ttg meraikan hari jadi my love pada 7hb 4. lama dah baru nak publish kan.hee sambut birthday dia dekat restoran ayam penyet wong solo kot area cheras.aku pon lupa name restoran tu. hehe jom tgk photogedik yang ada. thx for reading my entry ya :)



Happy Birthday to you yg ke..... tettt... tua da kamu.. :P

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan2 baik aku elyn,mass,jiha n anisah :P yang membantu untuk memberi suprise pada dia. thankz so much! Berjaya juga la memberi kejutan pada dia, first time dapat birthday kek katanya. :) yeke?


then, after makan2 cadang pergi ke taman tasik permaisuri, just lepaking and ambil photo. sebenarnya tak tau nak kemana lepas makan tu. so dtg la sini...













P/s : cuti sem nak habis.. aiyak, sgt malas nk balik batu pahattt :{

Saturday, March 31, 2012

tekanan oh tekanan !

Assalammualaikum semua, lama tak bersua disini kan. diharapkan sehat2 semuanya k. jgn jadi seperti diriku ini yang mendapat tekanan darah rendah 3ari lepas. kenapa sampai jd begitu ek? haa doktor cakap sebabbbb aku makan tak ckup dan makan tak ikut time.. suka sgt mkn lambat2... ini bkn disebabkan nk berjimat dwet ape pon or takde makanan nak makan. tapi sebabbbbb aku MALAS nk makan. tgk.... makan pon malas. mmg suweyyy la kan. gastrik pon mula la menyerang perot aku yg comel ni.. sebenarnya bukan kali ni je terjadi. so many time jgk r. haih aku rasa sgt2 menyesal kerana aku tak menjaga pemakanan aku selama ini. bila dah teruk dan badan tersangat la tidak bermaya terpaksa la aku miss kelas sehari.. berehat untuk mendapatkan tenaga aku kembali.. fuhh mmg ssh nk pulihkan tenaga aku.. jadi 2 3 menjak selepas itu aku wajib menjaga pemakanan aku dan tak lupa mkn ubat doc bagi...mcm2 woo ubat yg kena aku telannn... aku la org yg sgt payah tuk mkn ubt..erm..

inilah ubat-ubat yang aku kena mkan. byk sgt ubat, pil 'CHI-KIT' teck aun pon ada. member2 kate makan pil tu akan buat perot kita lawas dan takde muntah2 da. nak membuang pon sonanggg. aha.. tapi aku tak berani nak makan. tak tau nape. hehehe nanti la if emergency aku try mkn.hee..



bila lepas jumpa doktor, dan doktor suruh aku supaya jaga makan dan makan ikut piramid yang betul. aku terus pergi kedai beli semua makanan dibawah ni untuk bekalan sarapan aku. haa tgk semua baru nak sediakan. kenapa dari awal tak nak beli. kenapa? kenapa anis? erm aku sudah membuat semua org risau terhadap aku.. anisah, kwn2 aku, my bf dan orang yang paling penting dalam hidup aku iaitu mak aku pon risau sgt2..dia dah membebel kat telinga gua suruh beli makanan byk2.jgn nk berjimat sgt kalau nk makan..just jgn membazir sudah... cian mak risau kat kite.... hehehe...




ya, setelah apa yang telah berlaku atas diri aku yang kurus ini.. aku baru tersedar bahawa aku tidak perlu lah terlau stress atau pon dalam bahasa melayunya tertekan.. dengan belajar atau pon masalah-masalah yang aku hadapi. buat-buat cool sudah.. seriyes aku nak gemuk.. mampu ke aku mendapat berat badan yg medium atau pon large? actually aku terlalu small.. err.. berat badan aku 40-42kg je..ada lagi kot yg lagi kurus dari aku.. huhu...

P/s: aku dah lama tak balik kg ni.. rindu dekat emak juga adalah satu punca aku mendapat tekanan darah rendah. :P

p/s: yeahh, tak sbar nk balik minggu depan :)

Monday, March 5, 2012

Selamat Hari Lahir Farah.

Hari lahir farah 4/3,semalam. waktu ni aku dalam perjalan balik dari kampung ke batu pahat, msg la budak2 rumah yang lain ajak makan dekat luar sebab nak buat birthday suprise dekat dia. waktu tu agak tergesa2 jgk la sebab tak beli kek lagi takot kedai kek tutup je dah malam2 ni. nasib baik dah sampai ayer hitam dalam pukul 9.15 minit ada kedai kek tu masih buka dan berhenti la beli kek dulu. selepas tu, sampai2 rumah terus ambil dorg g mkn. dorang semua dah kebulur tggu aku balik lambat sgt. dorg pon ckp dorg tak mkn nasi dr pagi..huhu.. kek tu simpan elok2 tak bg nampak farah lah. sampai kedai mkn dah siap2 duduk dan order makan semua. fikir sal kek tu camne nk bg kat farah. ramai org time tu kat kedai mkn.hehe.. then cr alasan nk g ambil kek konon2 tertinggal enset member sorg ni dlm keta. so pergi ambik la. lepas tu terus letak kat depan mata dia. dia terkejot la sebab tak terfikir pon ktorg nk bg kek kat dia. terkejut dan malu2 depan ktorg. hahaha! Happy Birthday farah. smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.aminnn :)


ini farah, birthday girl. dah buka dah gigi besi die.hehe
no more gigi besi :P


masing-masing dah kelaparan tahap maksima ni. lepas dpt makan licin pinggan masing2. sedap pon sedap makan kat kedai makan ni. layanan pon tiptop la.



potong jgn tak potong farah. haha!



fuhh penat nak buat suprise ni tau. dari kampung fikir nak buat camne. dia terkejut dgn kejutan ni. so kira menjadi la kan. kehkehkeh.


ok. itu je... jumpa lagi ! :)

Saturday, February 25, 2012

Allah sudah tentukan jodoh kita.

Assalammualaikum...

Jodoh? tiada siapa tahu sebenarnya bakal jodoh kita, sama juga seperti rezeki.. kita tak tahu rezeki yang akan kita dapat daripadaNya. kita hanya perlu berusaha dan berdoa kepadaNya. itu semua akan ditentukan olah Allah s.w.t.

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Berusaha la mencari jodoh yang baik2..Dalam usaha kita untuk mencari jodoh, cuba kita pelajari "3M" jodoh dalam Islam. Siapa di antara lelaki juga wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita.. apa itu "3M"?

1. Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

2. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan sesebuah hubungan.

3. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.



"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"


tapi kita perlu ingat juga, untuk mencari pasangan yang baik atau soleh dan solehah yang pasti kita perlu JADI soleh dan solehah terlebih dahulu kan? kerana Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup kita nanti insa'Allah akan membahagiakan hidup kita dunia mahupun Akhirat.

ini untuk kongsian kita bersama... :)

Friday, February 17, 2012

Emak dan adik pergi Umrah

Salam...

Seawal 4.00pg hari ini kami bangun untuk bersiap-siap untuk menghantar emak dan adik bongsu kami ke KLIA yang akan mengerjakan ibadah umrah. 4.40pg kami bertolak dan sampai ke KLIA dalam pukul 5.30pg.. sampai2 dah ramai yang berkumpul dibahagian pelepasan.. waktu penerbangan emak dan adik pukul 9.10pg..awalnye dah ada kat KLIA kan..hehe yelah dorang kena berkumpul sebelum pukul 6pg kat sana. dah selesai semuanya dan sebelum mak dan adik pergi naik kapal terbang salam2 n peluk2 la, air mata keluar tak terhingga bila bersalaman dgn emak dan adik..kami doakan emak dan adik sehat2 kat sana dan dapat membuat ibadah umrah dengan sempurna tau ;)


ambek picture dekat KLIA dgn emak dan adik dan family..aku yg tepi sekali belah kiri..dah gemuk sikit..org kata la aku tak kata..huhu..


bersama kakak,anak buah dan emak.. :)



maaf kualiti gambar tak memuaskan langsung sebab guna camera enfon yang
tak banyak megapixel-nya..huhu kecian...


Semoga emak dan adik bongsu selamat sampai ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. dan selamat kembali ke Malaysia. pada 29/2 nanti...doa2kan ye kawan2... :)

Wednesday, February 15, 2012

thanks Allah :)

Assalammualaikum...Hye...

Setelah sekian lamanya tak menaip entry, baru hari nih rajin pulak aku nak taip entry.. hari ni dapat tahu result final dah kluar. cepat2 lah bukak laman sesawang SMAP nak cek result. sebelum tu anisah yakni kembar aku yang cek dulu. wow! dia dapat result yg best. 3.5 keatas. TAHNIAH untuk dia. dia telah membuktikan yang die boleh dptkan result yg gempak sebab sem lepas result die down sgt. lastly aku pula yang cek. dup dap dup dap la jgk. tapi aku tahu result aku takkn dapat segempak mytwin. bila cek je.... ALHAMDULILLAH... bersyukur kepada Allah atas rezeki dan nikmat yang diberi. aku telah menjadikan harapan menjadi realiti walaupon tak dapat result macam anisah. sebelum ni harapan aku hanya ingin mendapatkan 3 pointer kan? Akhirnya terhasil juga result yang selama ini aku idam-idamkan. untuk pengetahuan korang jugak pointer keseluruhan aku dan anisah same. just pointer gpa aku je lain dengan dia. memang aku sgt bersyukur dengan keputusan ni.. berharap aku dapat buat yang terbaik untuk sem depan pula. dengan mendapat keputusan ini bermula la cabaran baru bagi aku untuk mengharungi pelbagai onak duri pada sem depan. adeh nak balik U da ke?? kenape la U aku jauh sgt....sob sob.. :P


melompat kegirangan....... thanks Allah...

Wednesday, February 8, 2012

what?


UNDER CONSTRUCTION....

hehe

Saturday, January 28, 2012

Sepi..

Assalammualaikum..

Blog ini sudah menyepi sudah lama..

MAAF, tuan blog sudah malas nak berblog dah..

tak tahu sampai bila..

ermm...

mungkin blog ini akan terus menyepi...

HARAP MAAF ye..

Saya sedang bermuhasabah diri..

Jangan rindu2..(macam ada je :P)




Baca la buku nih..walau diri seringkali alpa..walau dibeban segunung dosa..walau jauh dari rahmatNya.. Tuhan tidak lupakan kita:) Kita jgn lupakan Dia..Mari Muhasabah diri kita okay :))


P/s : "Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat,dan mereka yang yang membersihkan diri".
(Al-Baqarah:222)

P/s : Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Pengampun.

Tuesday, January 3, 2012

exam oh exam

Assalammualaikum..



ini entry pertama untuk tahun 2012. niat dihati nak menulis entry baru pada awal tahun 2012 tetapi kerana kesibukan dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir hasrat itu tergendala. oh sungguh cepat masa berlalu dan akhirnya aku sudah pon melalui hari peperiksaan yang bermula pada 2hb semalam, juga pada hari ni ada paper yang sudah selesai aku jawab. untuk kesimpulan, aku tertekan jawab exam hari ini.. dalam bahasa omputeh dipanggil STRESS. stress sebab kebanyakkan soalan yang diberi adalah mudah untuk dijawab tetapi bagi aku ia sukar. bukan kerana aku tak baca, ini disebabkan kepala hotak aku yang kurang berfungsi untuk mengingat fakta-fakta yang telah aku baca untuk ditulis kedalam kertas jawapan. kenapakah ia berlaku? aku sudah cuba untuk mengingat!! ahh kabur sungguh pandangan di mataku untuk melihat kembali apa yang pernah aku baca di nota. seribu sesalan yang aku dapat pada hari ini....... mana mungkin aku nak ingat semua. kalau boleh goreng dah lama aku goreng. tapi ianya fakta dan tak mampu aku nak menggoreng tulisan aku. sudah tentu salah. biarkan kosong. yeeee seribu sesalan lagi aku dapat... okay itu sahaja untuk hari ini...:(( sudah2 lah anis, ada lagi paper untuk kau harungi. mari kita berehat dahulu kemudian sambung mengulangkaji dimalam hari. *MEREPEK..


P/s: terima kasih lecturer yang mengajar PRINCIPLE OF MANAGEMENT..