Alhamdulillah apabila kak anis terpilih menerima 'hadiah' itu. Lalu pada 01 - 03 Mei, tiga siang iaitu dari pukul 8 pagi hingga 7 malam diisi penuh dalam majlis ilmu. Pengisian ilmunya menusuk hingga ke lubuk jiwa yang paling dalam.
Demi Matahari dan sinarnya yang menerangi,
Demi Bulan apabila ia mengiringi
Demi Siang, apabila ia menampakkan dirinya
Demi Malam apabila dia menutupi.
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi Bumi serta yang ada di hamparannya
Demi Jiwa dan seluruh penyempurnaannya.
ALLAH mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(Petikan dari surah As-Syam)
ALLAH SWT bersumpah sebanyak tujuh kali, bersumpah terhadap ciptaan-NYA yang maha besar seperti matahari, bulan, siang, malam, langit dan bumi. Menjelaskan secara tersirat bagaimana mereka tunduk dalam aturan-NYA. Allahu Akbar ... Subhanallah!
Bersambung tiga hari berikutnya, mulai hari ini hingga 06 Mei, kak anis akan mengikuti kursus profesionalisme untuk guru2 Penolong Kanan (Tadbir dan Akademik) dan Penolong Kanan Petang di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.
Ini bererti kak anis tidak berada di sekolah selama tiga hari. Murid2 di kelas2 yang kak anis ajar pun sudah faham, apabila kak anis mengedarkan kertas latihan yang banyak, maknanya ... cikgu akan pergi mesyuarat/kursus. Reaksinya, ada yang seolah 'tidak merelakan' kak anis pergi. Entah, mungkin berlakon jer kot! Hisy, tak baik prasangka!
Tapi tak kurang juga yang suka sampai bertepuk tangan bila dengar kak anis pergi kursus/mesyuarat. Jadi bila masuk ke kelas yg dah dijangka reaksi sebegitu, kak anis akan mulakan intronya begini: Saya ada berita gembira untuk awak ... saya akan pergi kursus! Jadi tepukan mereka, tiada ertinya lagi ...
Okey, hingga jumpa lagi. Insya-ALLAH.
Salam sayang,
kak anis