Support My Blog

Wednesday, January 15, 2025

SEMBANG BUAH MENGKUDU (PART 1)

BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia Linn) pada penulis blog memang tidak asing kerana ada menanamnya semasa dulu ketika bertugas di Mersing, Johor. Tanaman mengkudu juga merupakan tanaman tahunan (perenial) yang berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan ianya mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang dan ranting. Cabangnya tumbuh dengan cara mendatar dengan arah keluar kanopi tanaman dimana pada bahagian hujungnya ada berbuah. Daun pokok mengkudu adalah termasuk sebagai daun tunggal, terdiri atas satu helai daun setiap satu tangkai daun (petiolus). Bentuk daun adalah lonjong dengan ukuran panjang antara 10 - 40 cm dan lebar antara 15-17 cm dimana ia bergantung tahap kesuburan tanaman. Pada permukaan daun bahagian atas selalunya penulis blog dapati ia berwarna hijau kilat tetapi sebaliknya pada bahagian bawah warnanya adalah hijau agak pucat. Marfologi tangkai daun adalah pendek dan melekat pada ranting atau cabang secara berselang-seli atau secara berpasangan (paired). Apabila diteliti didapati umumnya semakin subur pertumbuhan tanaman maka semakin rimbun dan besar ukuran daunnya. Pokok mengkudu pernah menjadi tanaman popular satu ketika dahulu apabia buah mengkudu didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit termasuk mampu membunuh sel kanser melalui produk munuman ''Jus Noni''. Jus ini mampu mencapai harga runcit yang tinggi dipasaran pada masa itu menyebabkan ramai petani yang berusaha untuk menanamnya. Bagaimana pun terkini kegilaan untuk penanaman pokok mengkudu sudah tidak kedengaran lagi seperti sekitar tahun 2000 dahulu. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya sembang mengenai kisah pokok mengkudu dan beberapa info berkaitan dari media lokan dan antarabangsa bagaimana kehebatan tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik kisah dalam sinarharian.com bertajuk '
Mengkudu bukan buah sembarangan' untuk disembangkan. Apa pun dilaporkn di media twrsebut dimana walaupun penampilannya kurang 'menggoda', ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin ramau juga tidak pernah tahu. Pada penulis blog dimana dikampung-kampung iaitu buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Apa pun mungkin juga buah hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian dek mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya, hanya segelintir daripada kita memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil. Bagaimana pun ada kajian dilakukan dikalangan masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan tropika ini bagi mendapatkan 1,001 manfaatnya. Pernah di lakukan kajian oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Kajian dilakukan bermula pada tahun 2008 dimana FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 dimana pihak FRIM juga menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Hasil dari kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek masa itu iaitu Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior di FRIM, Kepong. Salah satu temuan dari kajian dijalankan mendapati iaitu kandungan sebatian seperti polisakarida atau serat larut air tinggi terdapat di dalam buah mengkudu. Semasa dianalisa didapati dimana unsur sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain.


Hasil kajian juga mendapati jika sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos secara berlebihan parasetamol. Hasil daripada penyelidikan itu didapati juga iaitu buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Kajian 'renang paksa' atau force swim test kepada haiwan tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga telah pun menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan. Bagaimana pun katanya agar 'jangan diberi berlebihan' kerana susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah dimana kini pihaknya mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk 'A Medicinal Composition'. Hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah ada digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara. Apa pun sekiranya pengguna mahu memanfaatkan buah ini jika hendak dibuat sendiri adalah disarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus iaitu dari daripada buah masak yang segar. Apa pun ada keadaan memandangkan rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan maka disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan. Apa pun mesti perlu berjaga-jaga sebab di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein dimana buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan. Dilaporkan walau pun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut akan tetapi ia juga dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi. Disyorkan penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. Didakwa dimana terdapat sekitar 10 manfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik diambil. Pertama ia merawat artritis, ia juga mampu menurunkan risiko gout, membantu dalam usaha meningkatkan tenaga, melembapkan kulit, melawan penuaan dan juga merawat kerengsaan kulit kepala. DIlaporkan buah ini akan mengelakkan kanser, meningkatkan kekebalan jangkitan. mengurangkan stres dan juga merawat demam. Apa pun jus mengkudu mempunyai bau tengit dan perlu untuk mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa diana ini memudahkan ia untuk diminum.


Menarik dari portal kompas.com bertajuk '4 Bahaya Mengkudu jika Dikonsumsi secara Terus-menerus, Apa Saja?' yang sesuai di sembangkan.  Buah Mengkudu merupakan buah tropis dengan segudang manfaat bagi kesihatan. Buah dengan rasa pahit ini tumbuh subur di kawasan Asia Tenggara termasuk Indonesia (dan juga Malaysia). Buah dengan nama botani Morinda citrifolia atau mengkudu dalam pengubatan tradisional kerap digunakan sebagai obat sembelit, infeksi, nyeri dan arthritis atau radang sendi. Dilansir (merujuk) dari portal Healthline yang dakwa dimana manfaat mengkudu termasuk meningkatkan daya tahan tubuh, menghilangkan rasa sakit, serta mendukung sistem kekebalan tubuh. Buah ini juga membantu mengurangi kerosakan sel akibat asap tembakau dan meningkatkan kesehatan jantung pada perokok. Meski buah ini mengandungi banyak manfaat tetapu buah mengkudu juga menyimpan bahaya dan efek samping jika dimakan mentah. Dilaporkan jika antara ancaman atau ba
haya mengkudu jika dimakan dengan diproses menjadi jus adalah selamat dengan jumlah pengambilan yang terkawal untuk selama jangkamasa iaitu sehingga tiga bulan. Jika di mabil masa lama ada masalah kesihatan berupa kerosakan hati turut dilaporkan terjadi pada sejumlah orang yang minum jus mengkudu secara berturut-turut selama beberapa minggu. Didakwa antara bahaya buah mengkudu adalah ia berpotensi dirasakan beberapa orang yang diperiksa iaitu ujud kadar kalium tinggi dalam badan. Ini kerana buah mengkudu sangat kaya akan kalium (K) atau potasium (P) iaitu sejenis bahan mineral yang berperanan penting dalam menjaga keseimbangan cairan tubuh, memecahkan karbohidrat dan membangunkan protein. Walau pun bahan ini baik untuk tubuh tetapi jika terlalu banyak ambil buah mengkudu secara berlebihan ianya dapat meningkatkan kadar kalium dalam darah. Jika kadar K dan P ini berlebihan maka tubuh akan mengalami 'hiperkalemia' dengan gejala mudah lemah, mual, muntah sehingga kesan seperti kes gangguan pernafasan. Keadaan tersebut lama-kelamaan dapat beri impak kepada aktiviti pada jantung seperti kesan perlambatan degupan pada jantung. Ke dua dimana kesan ini akan memberi kesan dan masalah ginjal. Mereka yang ada massalah buah pinggang meang tidak boleh ambil jus buah mengkudu. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MENGKUDU... APA CERITA....
KURANG DI TANAM...DI MALAYSIA...
BANYAK LAPORAN.. DALAM MEDIA...
APA KISAH.,. MARILAH MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rejab 1446H).

Tuesday, January 14, 2025

BUNGA RAYA DAN KEPENTINGANNYA (Pt 1)

BUNGA RAYA
(Hibiscus rosa-sinensis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae yang popular dengan mempunyai 8 nama saintifik yang lain. Apa pun sejarah akan buga ini diberi nama Hibiscus rosa-sinensis kali pertama sudah ddaftarkan pada pada 1753 oleh Carl Linnaeus dalam dalam sistem penamaan dikaitan sebagai bunga yang  bermaksud 'Mawar China' walau pun sebenarnya ia tidak berkaitan dengan pokok mawar (Pokok Bunga Rose) dan bukan berasal daripada negara China. Pokok ini banyak terdapat di negara beriklim tropika seperti di Malaysia dengan pokoknya jenis renek dan ada lebih 200 varieti yag telah di kenalpasti sehingga kini berdasarkan kepada ciri daun, warna bung dan sebagainya. Ia mampu tumbuh sehingga 1.5 - 5.0 meter dengan lebar kanopi mencapai 1.5-3.0 meter. Penulis blog perbah melihat pokok bubga raya yag dibiarkan tumbuh sehingga tinngi dengan batang yang besar. Pokok ini dilihat ia mempunyai jenis akar tunjang dan banyak cabang dengan tumbuh menegak berbatang hijau berbentuk selinder. Ia selalu mempunyai daun yang 
ringkas dan tersusun berselang-seli dimana helaian daunnya berbentuk bujur seakan seperti telur dan dihujungnya meruncing dan ditepinya ada bergeriji kasar dengan lebar 7 - 20cm. Pada permukaan helai daunnya dilihat ia memeng berkilat dan licin dengan terdapat urat daun yag seakan bercabang. Bunga Raya telah dijadikan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia selepas merdeka pada tahun 28 Julai 1960. Mengenali ciri marfologi pokok bungaraya dimana bunganya akan keluar dari ketiak daun dan banyak keuar semasa musim panas dan kurang di musim hujan. Bunganya yang cantik membuatkan ramai orang suka meihatnya terutama bunga yang berwarna kuat sperti warna Merah, Putih, Kuning, Merah Jambu, Ungu Jingga dan sebagainya. Kini warna bunga raya yang bercampur-campur atau di katakan sebagai 'Bunga Raya Hibrid' semakin di minati ramai walau pun harga jualan anakbenihnya agak mahal. Melihat bunga raya yang mempunyai kelopak besar berwarna merah paling umum dibayangkan dimana ia berukuran garispusat sekitar 10 - 20 cm dan mempunyai cepudebunga (filamen) di tengahnya (Sila lihat foto diatas). Uniknya diman disetiap bunga raya mempunyai dua-dua bahagian jantan dan juga bahagian betina. Terdapat bahagian Ovari dan bahagian betina lain bunga ini terletak pada struktur teras bunga. BUnga diperingkat Putik yang panjang berwarna hijau terbentuk sebelum ia mekar. Bila bunga mekar maka debunga akan bergerak tutun ke ovari di tengahnya yang bersaiz besar untuk proses selanjutnya. Buahnya jenis kapsul dengan panjang sehingga 3 cm dimana ia mengandungi biji benih yang bulat dengan ukuran garis pusat 3mm kecilnya. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini ditulis mengenai Bunga Raya dan kepentingannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Di Malaysia dan beberapa negara lain biasanya b
unga raya akan di tanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan beriklim tropika dan separa tropika atau dkawasan taman rekreasi. Dengan ciri-ciri bunganya besar, berwarna merah, keras, tetapi tidak berbau ia mencantikkan lagi landskap kawasan rumah (Sila lihat foto disebelah). Dilapangan dilaporkan ada pelbagai kultivar, varieti dan bunga raya kacukan telah dihasilkan dimana warna bunga yang pelbagai kombinasi warna menarik. Bunganya dilaporkan ia boleh dihancurkan dalam air dan dicampur dengan air limau nipis menjadi pewarna makanan dan boleh menjadi sejenis minuman berkhasiat. Bunga raya digunakan juga bagi mengilatkan kasut di sebahagian kawasan di negara Indiadimana kalangan orang Cina juga sering mereka ada menggunakannya untuk tujuan ini secara tradisi atau sebagai bahan pewarna rambut hitam. Menanam bunga raya di keliling rumah memerlukan penjagan yang mudah termasuk perlu disiram setiap 1-2 minggu sekali bagi membolehkan tanah kering sedikit, ditanam dengan lokasi yang penoh menerima cahaya matahari serta suhu yang ideal adalah sekitar 20 - 38 Celcius. Pokok ini sesuai dan lebih baik ditanam di luar rumah yang cukup cahaya dan elakkan menanam di lokasi terlindung kerana sukar untuk mengeluarknan bunganya. Apa pun amalan agronomi  yang baik dengan aktiviti pembajaan iaitu memberikan baja seimbang yang tinggi Nitrogen (N), Posforan (P) dan juga Kalium (K) yang diberikan setiap bulan pada musim bunga atau masa panas dan kurang kerap pada musim hujan. Gunakan baja dengan formula larut air yang mana kuantiti penggunaanya disesuaikan dengan saiz tanaman. Apa pun amalan penyiraman dijalankan dengan baik iaitu selepas pembajaan untuk penyerapan nutrien yang optimum dan untuk mengelakkan berlaku kes akar terbakar. Aktiviti cantasan atau pun pemangkasan pokok bunga raya penting agar pokok tidak menjadi 'semak' sebab cantasan baik akan menyerlahkan lagi keberadaan bunga yang mekar. Pangkas batang yang mati atau lemah dimana bentuk tanaman pada akhir musim bunga selepas berbunga untuk meningkatkan pertumbuhan dan berbunga. Gunakan alat pangkasan yang tajam agar boleh memotong dengan kemas dan sehingga satu pertiga boleh dibuang untuk proses peremajaan. Pokok bunga raya mudah di biakkan dengan cara Keratan Batang (Cutting Method). Ambil bahagian batag yang sihat, tidak berbunga, panjang sekitar 3-6 inci, pokok matang dan berbatang separa matang. Keratan di letakkan dalam nurseri atau polibeg untuk beberapa minggu sebelum berakar. Penting membuat amalan Menukar Pasu jika pokok bunga raya di tanam dalam pasu.  Pindahkan bunga raya ke dalam pasu baru setiap 2-3 tahun sekali pada musim bunga untuk merangsang pertumbuhan. Gunakan pasu yang lebih besar satu saiz untuk tujuan akar berkembang baik. Apa pun sebaiknya sepepas ditukar pasu disiram selalu agar lembap selama seminggu hingga okok  ini pulih sepenuhnya.

 
Ramai pembaca blog ini yan mungkin fikir perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah itu bunga kebangsaan Malaysia adalah Bunga Raya. Ini kerana bungga raya adalah simbol kebangsaan yang melambangkan identiti negara. Setiap kali sambutan hari merdeka sudah pasti bunga raya akan menjadi hiasan untuk pelbagai majlis atau acara rasmi kemerdekaan, logo hari merdeka, poster merdeka dan sebagainya yang menunjukkan semangat patriotik dan kebanggaan negara 
(Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya ada beberapa buah negara lain yang turut juga menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan mereka bahkan spesies yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia iaitu Hibiscus rosa-sinensis juga serupa dengan negara lain tersebut kecuali Korea Selatan, Jamaica, Haiti dan juga Papua New Guinea. Pernah berlaku apabila di Korea Selatan dimana bunga ini dijadikan simbol Sukan Olimpik dinemakan sebagai 'Mugunghwa' iaitu dari spesis Hibiscus syriacus. Kepentingan bubga raya dalam kaedah perubatan tradisional ada banyak yang di ketahui. Ini kerana dalam perubatan tradisional tempatan di Malaysia dilaporkan bunga raya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Sejak dulu diketaui jika dalam perubatan Cina dan Melayu dimana bunga raya dipercayai mempunyai sifat penyembuhan yang boleh membantu dalam merawat batuk, demam dan pelbagai gangguan kesihatan lain. Kehebatan yang di katakan ia mampu untuk Mengawal Tekanan Darah dimana caranya dengan mengambil bahagian daun dan bunga raya sering dijadikan teh dan dikatakan rasanya seperti buah cranberry. Kebaikan bunga raya ini ialah ia mempunyai kesan anti-radang dan anti-oksidan, membantu dalam merawat masalah pencernaan, meredakan batuk, dan mengurangkan tekanan darah. Kehebatan lain dikaitkan dimana bunga raya akan Meredakan Penyakit Kulit sebab ciri anti-radang yang terdapat pada bunga raya membantu meredakan keradangan dan kemerahan pada kulit. Amalan tradisional dilaporkan bunga ini digunakan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, eczema, dan kulit kering. Paling lazim dimana bunga raya mampu Menurunkan Suhu Demam iaitu menggunakan lendir bunga raya untuk menurunkan suhu demam adalah salah satu amalan perubatan tradisional yang telah lama dipraktikkan di beberapa budaya termasuklah di Malaysia sendiri. Lendir bunga raya atau yang biasanya dapat diperoleh dari bunga atau daun emmang dikatakan ianya ada mempunyai sifat-sifat yang dapat membantu dalam kaedah mengurangkan suhu badan. Dizaman dahulu sewaktu penulis blog masih kecil sesekali ibu sering menggunakan alternatif ini dan mungkin masih ada yang mengamalkannya sehingga kini.


Banyak kajian dilakukan menjadikan e
kstrak Bunga Raya dalam bahan kosmetik untuk kecantikan. Kepentingan bunga raya bukan sahaja menarik kerana kecantikannya akan tetapi ia juga kerana khasiatnya yang boleh menyumbang kepada penjagaan kulit dan rambut secara efektif. Ini menjadikannya bahan yang popular dalam pelbagai produk kosmetik dan penjagaan diri termasuk dapat bantu Melebatkan dan Melembutkan Rambut. Apa pun penggunaan lendir bunga raya untuk melebatkan dan melembutkan rambut adalah satu amalan tradisional yang mempunyai manfaat berdasarkan sifat semulajadinya. Lendir bunga raya mengandungi pelbagai komponen aktif termasuk polisakarida, flavonoid dan bahan  vitamin yang dikatakan memberi manfaat dalam penjagaan rambut. Polisakarida membantu dalam melembapkan rambut dan kulit kepala, sementara flavonoid dan vitamin menyokong kesihatan rambut. Selain itu, penggunaan ekstrak bunga raya ini jugak dapat mengurangkan rambut kerinting. Kehebatan bunga raya dikaitkan dengan kemampuannya Melembapkan Kulit sebab bunga raya mempunyai sifat pelembap yang membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Banyak produk masker muka atau facial mask menggunakan ekstrak bunga raya untuk mengurangkan kedutan wajah dan mencerahkan tona kulit. Selain itu juga dilaporkan bunga raya juga sering dijadikan bahan dalam krim, losyen, dan serum untuk memberikan khasiat tambahan kepada kulit. Ekstrak bunga raya juga boleh ditemui dalam sabun dan pembersih muka untuk membersihkan kulit sambil memberikan manfaat tambahan. Kehebatan seterusnya ia Agen Anti-Penuaan apabila bunga raya kaya dengan antioksidan seperti vitamin C yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, ia juga mengandungi Asid Alpha-Hydroxy (AHA) yang membantu merangsang pengelupasan kulit, membuang sel-sel kulit mati, dan merangsang pembaharuan sel kulit baru. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KEBANGSAAN... BUNGA RAYA....
MUDAH DI TANAM... DIMANA SAHAJA...
AMALAN AGRONOMI...PERLU DI BAJA...
BUNGA CANTIK.. RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1446H).

Monday, January 13, 2025

SEMBANG BAKA AYAM KAMPONG (Part 2)

AYAM KAMPONG
adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang tidak diketahui asal usul daripada kaum atau strain tertentu yang biasanya dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam kampong ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan sebagai salah satu aktiviti untuk sumber protin. Jenis Ayam Kampong (Gallus domesticus) adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala dimana di Negara Barat mereka selalu akan memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken). Pada penulis blog dimana penternakan ayam kampong merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk para usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh masa atau pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana Ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BiakBaka) telah diperkenalkan pihak oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia (JPV) iaitu melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ayam kampong ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang mana ia boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kamppong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh 31 Disember akhir tahun 2024 ini dari Le Grandeur Golf Resort, Senai, Johor dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal baka ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kejayaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menghasilkan baka ayam kampong baka 
Ayam Jerai @ Akar Putra UPM menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Kisah dimana setahun mendahului MARDI bila UPM pada tahun 2007 memulakan usaha membaik biak ayam kampung asli yang kemudiannya dinamakan Ayam Akar Putra sempena ayam hutan merah (red junglefowl) yang 'berakar' dalam dusun dan ladang 'Kampus Hijau'nya. Dilaporkan Ayam hutan merah telah menyumbang genetiknya dalam titisan asli induk jantan yang menghasilkan baka Ayam Akar Putra. Baka baru ini dikatakan boleh menghasilkan lebih dari 200 biji telur dalam tempoh bertelurnya berbanding ayam kampung tradisi yang mampu menghasilkan hanya seperempat dari itu selain tahan terhadap wabak penyakit. Akar Putra ialah baka ayam dual-purpose penelur atau pedaging. Bagi penyelidik dan pakar ternakan di UPM menjelaskan ayam kampung asli adalah ternakan warisan nenek moyang yang amat bernilai dan tidak boleh disia-siakan kewujudannya. Kajian mendapati ayam kampung mempunyai sifat-sifat premium sebagai sumber protein. Pengguna memberi testimoni yang positif megenai ayam kampung terutama pesakit yang perlu mengawal pemakanan atas nasihat doktor. Stigma yang mengatakan ayam kampung liat dan berhampas juga tidak benar kerana Ayam Jerai, produk yang diusahakannya bersama Rukambu Ranch di Yan Besar, Kedah sangat lembut dan manis jika disembelih ketika berumur kurang dari 4 bulan dengan berat bagi ayam jantan sekitar 1.5 kilogram. UPM terus aktif dalam aktiviti pembiakan terpilih (selective-breeding) hingga lahirnya baka tulen (pure lines) Ayam Jerai sempena mengambil nama lokasi ladangnya di kaki Gunung Jerai. Lokasi yang terpencil ini sangat sesuai bagi mengelak dari wabak penyakit yang merebak melalui manusia. Kedudukan di bawah gunung memberi bekalan air bersih tidak berklorin bagi ayam induk peringkat PS (parent stock) bagi pengeluaran anak ayam DOC (day old chick atau anak ayam umur sehari) baka Jerai. Apa pun dilaporkan daging Ayam Jerai enak serta ia mempunyai rasa manis semula jadi dengan teksturyang kenyal seakan-akan daging burung atau ayam hutan liar.


Bagi penternak pula di syorkan dapatkan b
aka tulen dimana ia sangat mustahak diperolehi dan dijaga ketulenannya supaya kesamaan fizikal dari segi corak dan warna bulu dan kadar pembesaran yang pesat dapat dikekalkan secra berterusan. Anak-anak DOC yang dijual kepada penternak akan menjadi lebih produktif melalui fenomena heterosis (hybrid vigour) cepat membesar dengan FCR yang bagus dan dapat menghasilkan telur dengan banyak. Baka tulen juga menjamin sifat-sifat baik ayam kampung seperti cergas, cerdas, imuniti tinggi, tekstur daging yang kenyal serta rasa daging yang enak dapat dikekalkan. Dengan ujudnya ayam kampung asli baka Jerai yang dilahirkan melalui peyelidikan Ayam Akar Putra UPM adalah untuk mendapatkan sifat-sifat yang ekonomik. Ayam Jerai hanya memerlukan satu jenis suntikan vaksin sahaja, iaitu ND (New Castle Disease) dan tidak perlu diberi vaksin Mareks dan IBD (Gumboro). Mereka juga mempunyai daya tahan tinggi kepada penyakit berak berdarah. Ayam Jerai didapati mewarisi kecergasan dan kelincahan ayam hutan. Dagingnya enak, mempunyai rasa manis semula jadi dengan tekstur yang kenyal seakan-akan daging burung atau ayam hutan liar. Penguatkuasaan dari segi pengkelasan dan perlabelan adalah perlu kerana secara langsung dimana ia memangsakan pasaran ayam kampung asli premium melalui manipulasi harga yang perlu dinobatkan dengan adil kerana kos pengeluaran yang lebih tinggi. Penyelidikan yang sangat lama, menjangkau hampir 20 tahun berjaya mempercepatkan pertumbuhan ayam Jerai untuk saiz pasaran 1 kg dalam tempoh 2 bulan sahaja berbanding baka ayam kampung tradisi yang mengambil masa hingga 6 bulan. Keperluan pasaran ayam kampung hidup dengan bentuk fizikal dan warna bulu tertentu dikekalkan. Walaupun diternak dalam sistem separa bebas ataupun menggunakan kaedah lepas bebas, Ayam Jerai tetap bergerak dengan aktif menjadikannya mempunyai otot, kulit yang nipis dan kurang lemak. Ia sesuai untuk diet yang sihat terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin, ahli sukan, orang yang mengawal berat badan dan kanak-kanak. Ia sesuai disembelih bermula dari umur 2 bulan bagi mendapatkan tekstur daging lembut atau 3 bulan bagi tekstur yang lebih kenyal mengikut jenis masakan orang Malaysia yang berbagai. Karkes Ayam Jerai mempunyai saiz yang seragam, lebih besar dan berisi dengan warna kulit yang tidak sebam hasil dari FCR yang efektif.


Dalam portal mediaprima.com dilaporkan 'Daging boleh cecah RM25 sekilogram' sesuai disembangkan. Usahawan ayam kampung yang melihat kepada bidang penternakan mampu menjadi kerjaya serasi buat dirinya bernama Nasrullah Mujaddidi sememangnya mempunyai cita-cita sejak kecil untuk berkecimpung di dalam bidang berkenaan kerana ayahnya juga terbabit dalam bidang sama. Dia memulakan ternakan pada 2018 di Yan, Kedah bermodalkan RM250,000 hasil pulangan modal perniagaan ternakan kambing miliknya. Dakwanya ternakan ayam kampung diusahakan adalah baka ayam kampung asli dihasilkan UPM, Ayam Kampung Akar Putra yang sudah pun dipatenkan jenamanya hasil kajian Profesor Madya Dr Azhar Kasim yang juga pensyarahnya. Dia ada menemui Dr Azhar dan memaklumkan hasrat untuk menjadikan Ayam Kampung Akar Putra ini sebagai produk komersial dan beliau juga bersetuju untuk saya menjenamakan produk ayam kampung hasil kajian beliau sebagai Ayam Jerai sempena lokasi saya menjalankan operasi pembiak baka ayam berkenaan di kaki Gunung Jerai. Bagaimanapun dari segi nama baka ayam perlu dikekalkan kerana ia sudah dipatenkan. Dia mampu untuk menghasilkan maksimum 1,800 telur seminggu. Memang agak besar mengenai modal yang dikeluarkan untuk menternak ayam kampung ini kerana saya perlu memastikan kualiti hasil ternakan dalam keadaan baik daripada proses bertelur sehingga dijadikan ayam kampung siap proses dimana modal tersebut digunakan untuk membangunkan dua unit reban ayam bersaiz 3,360 kaki persegi. Ia dilengkapi seunit bilik penetasan yang mampu menempatkan lima unit mesin inkubator berkapasiti 3,500 biji telur ayam, satu unit reban asuhan untuk anak ayam yang baru menetas (dipanggil brooder) dan seunit stor yang menempatkan ruang simpanan bahan makanan serta mesin bancuhan makanan ayam. Kalau pada permulaan dia cuma memiliki 200 ayam pembaka yang kini berkembang dan dikekalkan pada kapasiti 450 ekor ayam pembaka untuk dijual sama ada dijadikan daging diproses mahupun mendapatkan telur ayam kampung mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Daripada mula menetas dimana ayam kampung diusahakan bertelur seawal usia 15 minggu, tetapi umur terbaik untuk ternakan itu menghasilkan telur yang berkualiti bagi penetasan antara usia 17 - 18 minggu. Tempoh ayam kampung ini bertelur pula adalah selama 22 bulan. Purata bilangan telur yang dihasilkan sepanjang tempoh ayam ini 'berkhidmat' adalah 280 biji. Secara purata seekor ayam kampung betina ini menghasilkan tiga biji telur seminggu. Uniknya, baka Ayam Kampung Akar Putra ini jenis tahan lasak iaitu mempunyai daya tahan dan rintang penyakit yang baik kerana jumlah kematian (mortality) anak ayam amat rendah memudahkan kami mendapatkan hasil ternakan untuk dipasarkan. Kini dengan adanya 450 ekor induk ayam kampung itu maka haiwan ternakan berkenaan boleh hasilkan semaksimum 1,800 biji telur ayam seminggu. Prestasi kadar penetasan pula pada kadar 85 - 90% bergantung kepada tetapan dan olahan pada mesin inkubator.  Faktanya adalah dalam operasi produksi haiwan ternakan dimana 70% daripada kos operasi adalah kos pemakanan haiwan. Ada cabaran untuk terus menjadi kreatif bagi mengolah makanan ternakan ayam kampung ini yang perlu dibela dalam tempoh masa lama tidak seperti ayam pedaging atau ayam pedaging berwarna yang boleh dituai dalam tempoh masa singkat.  Dalam tempoh menternak yang lama itu juga perlu dipastikan ayam memperoleh makanan yang mengandungi nutrien cukup, supaya tumbesaran dan prestasi tidak terjejas. Antara lain cabaran dalam menternak ayam kampung asli ini adalah memberi kefahaman dan berkongsi ilmu dengan pengguna. Ini kerana terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna di pasaran mengenai ayam pedaging, ayam pedaging berwarna dan ayam kampung asli yang sebenarnya setiap jenis ayam itu mempunyai kualiti berbeza. Tiga jenis ayam di pasaran ini juga sudah tentu berbeza harganya sesuai perbezaan kualitinya dan umum mengetahui ayam kampung mempunyai kualiti dari segi tekstur dan rasa daging yang lebih baik untuk kesihatan. Disebabkan itu harga jualan dagingnya di pasaran boleh mencecah sehingga RM25 sekilo dan bagi sebiji telur dijual maksimum RM1.20. Ditanya adakah ayam kampung diproses miliknya dalam kategori organik dia tidak mahu mentakrif ayam ternakannya sebagai produk organik kerana ia memerlukan pensijilan dan pengiktirafan daripada badan yang terbabit seperti Sijil Organik Malaysia (SOM). Dia tidak akan mentakrif produk kami organik selagi ia belum diiktiraf. Permohonan akreditasi SOM adalah pelan kami pada masa hadapan. Kini dari segi pemakanan, ternakan Ayam Jerai menggunakan campuran 50% hidangan dedak dihasilkan sendiri yang dikenali sebagai Bokashi (terdiri daripada hasil peramanan produk sampingan pertanian, hampas soya dan padi beras hancur), 40% dedak komersial, dan 10% adalag dari tumbuhan hijau.


Dilaporkan ada baka 
Ayam Bulu Berwarna (coloured broiler) yang mana disebabkan kehadiran ramai buruh asing terutama dari Bangladesh dan Vietnam yang menyukai ayam hidup berbanding ayam daging yang siap diproses sama ada segar atau sejuk beku, membuatkan permintaan terhadap ayam bulu berwarna (colored broiler) menjadi besar. Terdapat 2 jenis ayam hidup yang ditawarkan, ayam telur pencen (culled layer hens) yang harganya jauh lebih murah dan dijual per ekor dan ayam daging berwarna (colored feather broiler) selalunya baka Sasso yang dipanggil ayam kampung kacuk. Keadaan ini biasa berdasarkan permintaan dan penawaran, yang abnormalnya ialah manipulasi harga atas nama ayam kampung. Penguatkuasaan dari segi pengkelasan dan perlabelan adalah perlu kerana secara langsung memangsakan pasaran ayam kampung asli premium melalui manipulasi harga yang perlu dinobatkan dengan adil kerana kos pengeluaran yang lebih tinggi. Berdasarkan beberapa faktor positif yang wujud dalam isu penternakan ayam kampung seperti bekalan makanan dari sumber tempatan dan wujudnya sumber baka ayam kampung premium, industri ini boleh menjadi satu lagi cabang penting penternakan dalam negara. Selain matlamat utama untuk menjana ekonomi, usaha ini dapat memberi alternatif kepada pengguna yang mengutamakan sumber makanan selamat, mereka yang sensitif dan elergik kepada kimia dalam makanan dan penggemar rasa semula jadi ayam seperti di zaman nenek moyang dahulu. Usaha hiliran seperti restoran menu tempatan juga lebih senang mendapat bahan mentah berupa ayam kampung siap sembelih yang berisi, berkualiti dan sedap pada harga yang munasabah. Seterusnya pengguna dapat menikmati menu ayam kampung asli yang gurih dan lazat pada harga mampu milik. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part1 dan Part 2 yang mesti dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KAMPONG...PENTIN G BAKANYA...
PIHAK MARDI ... ADA BAKA AYAM SAGA....
UPM PULA... ADA BAYA AYAM PUTRA....
PERLU DI TERNAK... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(1 Rejab 1446H).

Sunday, January 12, 2025

SEMBANG BAKA AYAM KAMPONG (Part 1)

AYAM KAMPONG
adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang tidak diketahui asal usul daripada kaum atau strain tertentu yang biasanya dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam kampong ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan sebagai salah satu aktiviti untuk sumber protin. Jenis Ayam Kampong (Gallus domesticus) adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala dimana di Negara Barat mereka selalu akan memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken). Pada penulis blog dimana penternakan ayam kampong merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk para usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh masa atau pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana Ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BiakBaka) telah diperkenalkan pihak oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia (JPV) iaitu melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ayam kampong ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang mana ia boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kamppong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh 31 Disember akhir tahun 2024 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal baka ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Beberapa jurnal nyatakan dimana ayam kampung di Malaysia dikatakan berasal dari ayam hutan merah (red junglefowl) dan ayam dibawa oleh pedagang dari China yang bernama ayam Canton. Selepas beberapa ketika kemasukan orang Eropah pula memperkenalkan baka dari barat. Percampuran baka-baka ini membentuk ayam kampung yang pada hari ini di Malaysia. Mungkin kerana berlaku proses iaitu persilangan sesama sendiri menyebabkan kebugaran ayam kampung menurun menjadikan FCR (feed convertion ratio) ayam kampung sangat lemah, mengambil masa sehingga 6 bulan untuk mencapai berat boleh pasar 1.2 hingga 1.5 kg. Kajian mendapati dimana kadar pengeluaran telur juga sangat rendah iaitu sekitar 50 - 60 biji setahun sedangkan baka ayam kampung yang dibuat pembiakan terpilih (selective breeding) mampu bertelur 180 - 250 biji setahun. Ciri ini penting kerana selain penternak ayam ini dapat menjual telur dan penternak seharusnya dia mampu mengeluar anak ayam DOC sendiri menggunakan inkubator dari induk terpilih (Parent Stok PS) miliknya. Harga DOC agak mahal jika terpaksa membeli tiap kali mahu memasukkan anak ayam iaitu kos sekitar RM3.50 seekor. DOC yang berkualiti juga boleh dijadikan satu produk tambah nilai kepada penternak untuk menjana pendapatan tambahan. Dalam laporan lain di nyatakan Baka Ayam Saga mempunyai sifat-sifat ayam kampung biasa dengan dagingnya yang kenyal dan pejal sesuai dengan masakan orang Malaysia dimana ia dapat membesar dengan lebih pantas dan seragam. Penulis blog ada beberapa kali melihat dan ujirasa ayam baka ini dahulu seasa bertugas di Pahang kebetulan keprojek ini di sekitar Muadzam. Saya ada menulis artikel yang bertajuk 'Apa dia Ayam Saga' yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini) untuk megetahui lebih lanjut. 


Apa pun kini di Malaysia terdapat sekurang-kurangnya 2 baka ayam kampung premium yang dihasilkan oleh agensi kerajaan bagi membantu penternak ayam kampong. Ayam tersebut adalah Baka Ayam Saga MARDI dan Baka Ayam Putra UPM (Ayam Jerai). Bagaimana pun mungkin masih sukar kepada bakal penternak ayam kampong unutuk mendapatkan anak ayam untuk di ternak semenjak ia dilancarkan sehingga kini kerana kekangan sumber bekalan baka tersebut. Baka pertma adalah Baka Ayam Saga MARDI yang dihasilkan agensi tersebut, Dalam Pameran Agro Johor 2024 yang di adakan di Yong Peng dimana seekor anak ayam baka ini dijual dengan harga RM3.50 seekor, Kalau hendak bela sebanyak 100 ekor maka kos untuk beli anak ayam ini sedah menjadai RM3,500! seperti poster di sebelah. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana MARDI sejak 2008 telah menjalankan pembangunan baka Ayam Saga bagi meningkatkan mutu baka ayam kampung dalam jangka masa panjang. Melalui beberapa ladang induk di Stesyen MARDI yang menyimpan baka 1,000 ekor induk betina kemudian dilaporkan pihak MARDI mengeluarkan sehingga 100 ribu DOC anak ayam kampung sebulan. Baka Ayam Saga ini adalah baka serampang dua mata didakwa ia boleh digunakan untuk sebagai baka ayam sembelihan dan juga ayam petelur. MARDI menjangka dapat mengeluarkan baka sebanyak sehingga 500 ribu ekor ayam saga sebulan menjelang 2025 sebagai ayam kampung sembelihan atau ayam penelur. Ada laporan dimana Ayam Saga mempunyai sifat-sifat ayam kampung biasa dengan dagingnya yang kenyal dan pejal sesuai dengan masakan orang Malaysia tetapi dapat membesar dengan lebih pantas dan seragam. Ia boleh mencapai berat yang sesuai untuk disembelih 1.2 hingga 1.5 kg dalam tempoh 8 minggu berbanding 24 minggu untuk ayam kampung biasa. MARDI membangunkan baka Ayam Saga ini menggunakan gabungan sumber genetik dari ayam kampung tempatan. Ayam Saga boleh mencapai berat sekitar 1.8kg bagi ayam jantan dan 1.5kg bagi ayam betina pada umur 10 minggu hingga 12 minggu. Ibu Ayam Saga sebagai penelur pula mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 biji hingga 120 biji telur seekor selama 70 minggu berbanding 50 biji hingga 60 biji bagi tempoh sama untuk ayam kampung biasa. Empat strain ayam kampung bagi menghasilkan Ayam Saga ialah Alfa, Beta, Gamma dan Tetta dengan matlamat bagi menghasilkan ayam yang cepat membesar (FCR terbaik) penghasilan telur yang banyak dengan menggunakan bahan tempatan alternatif kepada jagung dan soya yang lazim digunakan. Penggunaan bahan tempatan menjimatkan 15 peratus kos dedak berbanding penggunaan dedak komersial konvensional. Keupayaan Ayam Saga menkonsumsi makanan tempatan alternatif yang berserat tinggi adalah ciri positif berbanding ayam daging baka import, menjadikan Ayam Saga boleh diternak secara separa intensif atau lepas bebas dalam dusun dan ladang bagi meragut rumpai liar. Ini menjimatkan kos makanan yang semakin meningkat saban hari dan mengurangkan kos merumpai bagi dusun dan ladang. MARDI menjangka penghasilan Ayam Saga dapat membantu dalam mengurangkan kebergantungan import induk dan baka ayam jantan dan berharap penternak perseorangan dan syarikat mengambil manfaat darinya.


Dalam portal hmetro.com dirujuk kisah 'Ayam Saga Cepat Matang' sesuai di sembangkan. Apa pun dilaporkan keputusan seorang lelaki berusia 44 tahun ini berundur dari bidang kejuruteraan lapan tahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian dan penternakan nyata menampakkan hasilnya. Pengusaha pertanian bernama  Mohd Yazid Sulaiman yang melihat kedua-dua bidang itu mempunyai nada sama untuk menjana pendapatan dalam perniagaan. Beliau berasal dari Kuala Selangor itu awalnya mengusahakan tanah keluarganya seluas 0.8 hektar dengan melakukan kerja penanaman sayur-sayuran kemudian beralih kepada penternakan ayam kampung. Kini dia bukan sahaja petani yang menanam sayur-sayuran, malah pada masa sama bergelar usahawan dalam semua rantaian penternakan ayam. Dinyatakan pada awalnya dia mula menternak 300 ayam kacuk dengan modal permulaan RM3,000 bagi tujuan jualan daging dan mengembangkan kepada sebanyak 5,000 ayam kacuk. Namun begitu akibat cabaran bekalan dan persaingan ladang ayam kacuk pedaging kemudian dia melangkah setapak dengan menyertai pengeluaran anak ayam saga iaitu ayam kampung hasil kajian MARDI. Sejak itu dia menjadi peserta pengembangan ayam saga di bawah bimbingan Mardi dan Jabatan Veterinar. Sehingga kini dia mempunyai 5,000 ayam merangkumi pembaka dan anak ayam saga diman dia juga turut menternak ayam kacuk. Dakwanya baka ayam saga mempunyai keunikan rasa tersendiri dan tempoh matang untuk disembelih hanya mengambil masa tiga hingga tiga bulan setengah berbanding ayam kampung asli iaitu diantara empat hingga lima bulan. Bagi baka ayam saga kini dia bukan sahaja mengusahakan jualan baka akan tetapi sudah merangkumi semua rantainya iaitu bermula dari jualan telur sehingga daging sejuk beku. Dia bukan sahaja menjualnya di sekitar Selangor malah mempunyai pembeli di Kelantan dan Melaka dimana terkini ada mempunyai 4,000 ayam saga pelbagai peringkat usia. Apa pun dari segi makanan dimana  ayam yang diternaknya diberikan 80% makanan komersial dan 20% adalah makanan alternatif. Memang makanan ayam menjadi elemen paling penting dalam penternakan ayam berkualiti dan mampu menghindari penyakit. Isunya adalah dimana ketika ini harga makanan komersial harganya semakin meningkat dan ia boleh memberi kesan kepada kos penjualan kepada pengguna. Kini dia mencampurkan 20% makanan alternatif terdiri daripada pokok ketum ayam dan jagung yang ditanam di sekeliling ladang. Purata dia membelanjakan sehingga RM10,000 untuk makanan ayam sebulan. Ayam saga khasnya mendapat permintaan tinggi daripada pembeli kerana ia digemari pelbagai bangsa di Malaysia dan pekerja asing. Bagi telur ayam saga dijual pada harga antara 50 sen hingga 80 sen sebiji, anak ayam saga yang hidup dijual pada RM2.50 seekor dan daging ayam saga siap diproses mampu mencecah RM18 sekilogram kepada pembeli. Kini dia lebih fokus kepada penjualan anak ayam dimana secara purata mampu menjual sehingga 4,000 ekor sebulan dan bagi ayam saga matang, sehingga 500 ekor sebulan. Dia perlu bijak menguruskan bekalan supaya ia tidak terputus kepada pembeli dalam kalangan peniaga selain penternak. Dia juga mempunyai kedai makanan ternakan yang diusahakan bersama rakan sekampung dan Jasa Jaya Agro miliknya serta keluarga supaya penternak dapat membeli barangan keperluan penternakan pada harga berpatutan. Cabaran sentiasa ada dan sebagai pengusaha serta peniaga, perkara lebih penting ialah ilmu pengetahuan. Dia sendiri mengikuti pelbagai kursus untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini yang bukan sahaja mengenai ternakan dan aspek perniagaan. Insiden yang tidak dilupakan ialah ayam ternakan pernah mengalami kematian kerana serangan selesema. Jadi, apabila kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai kawalan penyakit itu, pastinya memberi kesan dalam perniagaan. Dalam dunia penternakan mudah untuk dimulakan akan tetapi perlu cekal berdepan cabaran selain kreatif. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part1 dan Part 2 yang mesti dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KAMPONG...PENTIN G BAKANYA...
PIHAK MARDI ... ADA BAKA AYAM SAGA....
UPM PULA... ADA BAYA AYAM PUTRA....
PERLU DI TERNAK... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(1 Rejab 1446H).

Saturday, January 11, 2025

SEMBANG ISU UDANG KARA AIR TAWAR

ANCAMAN UDANG IMPORT
termasuk udang ara air tawar sudah menjadi isu yang ada di laporkan didalam banyak media tempatan untuk di sembangkan. Saya ada menulis mengenai potensi besar penternakan udang kara di Malaysia sebelum ini yang boleh di baca dengan pautan berikut (Sila Klik Disini) dan juga artikel bertajuk ancaman udang import dari luar negara untuk di baca (Sila Klik Disini). Ada lebih 10 artikel mengenai udang kara yang saya tulis dalam blog ini. Industri penternakan Udang Kara Air Tawar (
Cherax quadricarinatus) atau lebih dikenali 'red claw' lebih mudah diternak berbanding udang galah meski pun kedua-duanya udang spesies air tawar. Apa pun kini daripada tinjauan teknologi penulis blog dibeberapa lokasi mendapati udang ini memang menarik minat ramai terutama penternak akuakultur kerana potensi amat baik. Salah satu lokasi yang dilawati adalah pprojek oleh Lat Empire yang dimiliki oleh oleh Johari Jaafar dengan menyatakan iaitu penjagaannya tidak rumit selain mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran. Penternakan ini telah membuatkan ada prospek baik dalam segmen ternakan kolam untuk pasaran makanan. Beliau nyatakan dimana udang sepit merah memang mempunyai permintaan tinggi dimana pada ketika ini beliau telah memfokuskan kepada ternakan untuk bekalan benih kepada pembekal, pemilik restoran dan juga penternak baru lain. Dakwanya lagi kini kapasiti yang mampu dilakukan adalah membekalkan sekitar 600 ekor hingga ke 2,000 anak udang kara sepit merah sebulan. Jumlah ini bagaimana pun masih tidak mampu menampung permintaan pasaran. Aktiviti penternakan udang kara sebenarnya mudah jika penternak memiliki ilmu kaedah penjagaannya. Udang ini tidak serumit udang galah dan mempunyai daya tahan lebih tinggi tetapi pengurusan mesti dilakukan dengan baik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang iaitu beberapa isu mengenai penternakan udang kara air tawar atau Lobster Air Tawar (LAT) untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca.


Dalam portal hmetro.com di laporkan bagaimana '
Udang kara air tawar asing mampu ancam ekosistem' sesui disembangkan secara ilmiah. Apa pun terkini dilaporkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. Dilaporkan dimana pihak Jabatan Perikanan (DOF) sentiasa menjalankan kerjasama dan kempen kesedaran mengenai ancaman beberapa spesies asing yang mampu mengancam ekosistem sungai termasuk udang kara air tawar. Di Negeri Sembilan sahaja ada laporan disepanjang tahun 2024 pihaknya sudah menjalankan beberapa siri program memburu ikan asing di negeri itu. Kempen Buru Ikan Asing dan Inventori Perikanan Darat yang dibuat di Sungai Mambau contohnya adalah untuk memburu spesies ikan asing dan dilakukan sama diseluruh NS. Hasil daripada program yang dibuat dan analisis dimana setakat ini DOA belum menjumpai spesies udang kara air tawar di perairan Negeri Sembilan lagi. Apa pun tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. DOF melaksanakan program pendidikan dan kempen kesedaran masyarakat mengenai pentingnya dalam menjaga ekosistem perairan daripada segala jenis spesies asing yang memberi ancaman. DOF juga akan meningkatkan penyelidikan mengenai impak udang kara air tawar terhadap ekosistem tempatan dan bagaimana menguruskan populasi mereka secara mampan. Aktiviti penguatkuasaan juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan tiada mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985 yang berkaitan spesies asing. Apa pun kerjasama dengan pihak penternak komersial juga sentiasa dijalankan dari masa ke semasa supaya pengusaha sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebenarnya secara teknikal udang ini mudah membiak dan satu garis panduan ketat dan lengkap sudah pun dikeluarkan supaya penternak komersial dapat mengikutinya dan pihak DOF sentiasa memantaunya. Para penternak juga mempunyai persatuan mereka sendiri yang selalu berhubung dengan Jabatan Perikanan. Sebelum ini dilaporkan oleh Harian Metro semalam melaporkan ujud udang Kara Air Tawar yag mempunyai rasa yang sedap dan harganya mencecah RM100 sekilogram namun spesies pendatang berkenaan berisiko mengancam spesies ikan tempatan didalam sungai.


Akhbar sama laporka isu '
Onar udang pendatang' untuk ianya di rujuk dan disembangkan. Dilaporkan spesis Udang Kara Red Claw boleh mengganggu akan keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat. Walau pun banyak testimoni menyatakan yang udang ini memang sedap dimakan, namun jika terlepas ke perairan umum dimana spesies 'pendatang' ini berisiko mengancam ekosistem dan kehidupan populasi ikan air tawar tempatan di Malaysia. Meskipun ancamannya kini tidak serius berbanding ikan baung ekor merah atau ikan bandaraya (suckermouth catfish) namun ancaman udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia ini tetap perlu diberi perhatian (Sila lihat foto disebelah). Pihak JAbatan Perikanan nyatakan spesies berkenaan mempunyai ciri atau sifat pemakanan yang sama seperti ikan bandaraya dan dikategorikan sebagai omnivor. Udang ini awalnya dibawa masuk untuk diternak secara komersial oleh pengusaha kolam di seluruh negara. Pada kebiasaannya ada restoran tertentu menawarkan menu masakan udang kara air tawar ini walau pun dilihat udang ini sukar ditemui dijual secara terbuka di pasar. Selalunya pihak restoran akan menempah udang ini terus daripada pengusaha kolam pada harga sekitar RM40 ke RM55 sekilogram. DOF dakwa jika udang 'pendatang' ini bagaimanapun dikesan memasuki perairan umum mungkin disebabkan kejadian banjir di kolam atau dilepaskan dalam jumlah yang kecil oleh penternak persendirian yang menjadikannya sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. Jika ada berlaku pelepasan spesies ini ke dalam perairan awam boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat menyebabkan perubahan dalam biodiversiti perairan terbabit. Udang ini adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Ia tidak makan ikan hidup yang bersaiz besar. Ia juga makan tumbuhan seperti rumpai yang mana memberi saingan kepada ikan tempatan. Ikan tempatan juga tidak makan udang ini kerana kulitnya yang sangat keras melainkan ikan pemangsa seperti toman. Apabila saingan sengit, anak dan telur ikan tempatan dimakan udang asing ini seterusnya menyebabkan ikan tempatan di sesuatu kawasan yang dimonopoli udang ini akan berkurangan. Kehadiran udang kara air tawar dalam kuantiti yang banyak di perairan awam turut boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan air dan struktur ekosistem. Udang ini biasanya menggali lubang di dasar sungai atau tasik, yang boleh mengganggu struktur tanah dan menyebabkan hakisan. Aktiviti ini juga lama-kelamaan boleh memberi kesan negatif terhadap tumbuhan akuatik dan hidupan air lain yang bergantung kepada habitat itu. Sehingga kini DOF belum menerima aduan mengenai kehadiran spesies berkenaan di mana-mana sungai di seluruh Negeri Sembilan dan negeri lain. Inventori yang DOFNS jalankan sebelum ini menerusi program memburu spesies pendatang juga tidak pernah menemui udang ini di Negeri Sembilan. Jika ada aduan yang di terima secara tidak rasmi menerusi media sosial mendakwa udang ini ditemui di tasik dekat Taman Tasik Seremban akan disiasat.


Bagaimana pun berlainan pula bagi usahawan penternak udang apabila dilaporkan '
Penternak udang kara kesal sering dipersalahkan orang ramai' untuk di sembangkan. Ada laporan dimana udang kara air tawar adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Ramai orang akan menuding jari kepada penternak udang kara air tawar secara komersial setiap kali penemuan spesies itu di mana-mana perairan umum. Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Perdagangan Udang Kara Air Tawar Malaysia (Mifta) iaitu Suhaidy Shuib dakwa dimana sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan ia akibat kolam ternakan. Dia dakwa pada setiap kali mesyuarat agung tahunan (AGM), pihaknya sering kali mengingatkan ahli yang terdiri daripada lebih 200 individu supaya mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perikanan (DOF). Apa pun sebelum udang kara ini dibenarkan untuk diternak secara komersial di negara ini, pihak persatuan berusaha keras untuk mendapatkan kebenaran daripada DOF bermula 2019 sebelum satu SOP khas dikeluarkan pada 2021. Sidah ada SOP berkenaan memang sudah sempurna dan kami selalu mengingatkan semua penternak supaya mengikuti apa yang digariskan dari masa ke semasa supaya kelebihan yang diberikan pihak kerajaan tidak disalahguna. Ada pihak seperti pencinta alam sekitar menuding jari kepada penternak sekiranya berlaku pelepasan ikan di perairan umum, namun pihaknya mahu diberikan bukti. Dia boleh panggil mana-mana pihak untuk memasang bubu di perairan awam berdekatan kolam saya dan lihat adakah wujud udang kara di dalam air berkenaan. Diantara perkara yang dititikberatkan kepada penternak di dalam SOP yang digariskan dimana penternak perlu mempunyai daya jejak iaitu mengetahui setiap kilogram (kg) udang yang dipelihara pergi ke mana. Sebagai contoh kolam miliknya di Hulu Langat dilanda banjir pada 2021. Pada masa itu dia mempunyai 600kg udang dan selepas banjir surut, sebanyak 598kg didapati mati dimana maksudnya diamemang mempunyai rekod tepat dimana tiada udang yang terlepas. Kini dia yang mempunyai kolam di Selangor dan Negeri Sembilan dakwa pihaknya kesal atas tuduhan daripada beberapa pihak lain. Penternakan udang ini dilihat menjanjikan pulangan lumayan dan menyeru golongan muda untuk turut berkecimpung dalam bidang ini. Pihak persatuan pastikan tiada yang melanggar SOP kerana natijahnya kami sendiri yang menanggung jika udang tidak dibenarkan lagi diternak di negara ini.


Isu bagaimana media sama laporkan 'T
erlalu banyak dalam parit sampai dah jemu nak makan' dalam hmetro.com amat menarik juga. Kisah dipetik dari sekitar kawasan Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor, udang kara air tawar yang asalnya berharga mencecah sehingga RM100 sekilogram kini seolah tiada harga. Bagi penduduk di kawasan berkenaan dikatakan boleh menangkap udang kara air tawar berkenaan di dalam parit di hadapan rumah mereka sahaja sehingga sudah jemu untuk selalu memakannya lagi. Saintis Masyarakat, Mohd Ilham Norhakim Lokman mendakwa isu ancaman udang berkenaan agak unik berbanding spesies lain kerana ia boleh dijual di pasaran dan dimakan. Kalau biasanya spesies invasif ini lebih menjurus kepada ikan sahaja dan isu ini sama seperti ikan bandaraya dimana ia mungkin tiada harga dan tidak dimakan oleh majoriti masyarakat di negara ini. Namun bagi spesies udang ini, orang makan dan memang diternak secara komersial serta mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Namun ia terlalu banyak di kawasan saliran di Ayer Hitam hingga tahap menakutkan. Beliau yang juga Penyelidik Pelawat enCORe Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memaklumkan boleh menangkap 30 ekor udang berkenaan dalam tempoh sejam menggunakan bubu. DIa dakwa dimana kalau sebelum ini kawasan parit di hadapan rumah penduduk yang sebelum ini ada ikan asal seperti sepat, puyu dan haruan kini semakin berkurangan dan lokasi itu didominasi udang berkenaan.  Penduduk tidak perlu bersusah payah untuk beli udang kara ini pada harga mencecah RM100 sekilogram berikutan ia boleh tangkap di hadapan rumah. Apa pun udang ini semakin banyak di saliran parit di kawasan ladang. Apa yang lebih membimbangkan jika spesies udang 'pendatang' ini masuk ke kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam Utara kerana difahamkan seekor udang betina boleh menghasilkan 100 ke 1,000 telur (Sila lihat foto paling bawah sekali)Dia yang aktif menyertai kajian dan beberapa program kesedaran bersama pakar daripada universiti tempatan nyatakan dimana kalangan komuniti di kawasan berkenaan mula menunjukkan minat dan sedar mengenai spesies udang 'pendatang' berkenaan. Apa pun selepas beberapa program yang dilakukan dimana kalangan masyarakat yang sebelum ini menganggap udang ini spesies tempatan mula tahu mengenai ancaman udang kara dan berminat untuk mencegahnya.  Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
UDANG KARA.... DILAPOR DI MEDIA...
POTENSI BESAR...DI TERNAK JUGA....
ADA ANCAMAN... BAGAIMANA CERITA...
SEMBANGKAN DIA... PERLU DI JAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Rejab 1446H).

Friday, January 10, 2025

SEMBANG PASAL BUAH GAC

RAMAI ORANG DI MALAYSIA
yang tidak kenal akan BUAH GAC. Apa pun bagi penulis blog dimana jenis BUAH GAC (Momordica cochinchinensis) adalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai pokok sayur buah PERIA. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8 - 9 bulan untuk pembca blog mendapatkan buahnya. Penulis blog Anim Agro pertama kali berjumpa tanaman agak komersial buah ini ditanam semasa berkunjung ke Labis iaitu Pusat Segamat Sunrise Farm beberapa kali dan di Vietnam dan seawal 27 tahun dulu dan juga pernah melihatnya beberapa pokok di Penang Tropical Fruit. Buah Gac yang mana ia dipercayai berasal dari Vietnam dimana nama 'Gac' juga adalah istilah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam dan kini buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk hasilnya daripada Vietnam. Semasa penulis blog melawat Chiangmai di Thailand memang ada produk jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht (atau sekitar RM1.40) sebotol kecil. Buah ini sangat kaya dengan bahan Antioksidan, Beta-karotena, Lycopene (dilaporkan buah gac mengandungi sebanyak 70 kali lebih daripada pada buah tomato) dan juga zat Zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran segar tropika yang popular. Tidak ada maklumat penanaman secara komersil monokrop mengenai buah ini di Malaysia dimana dilaporkan ia masih lagi kurang namun potensi bagi tanaman ini untuk tujuan kajian janaplasma, pelancongan dan pemprosesan dilihat ia sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Buah gac tidak sama dengan buah figs (buah tin) yang mana telah menarik ramai orang Malaysia untuk menanamnya dalam beberapa tahun ini. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya semvang mengenai info pasal buah gac dan fakta menarikk berkaitan dengan buah ini untuk rujukkan dan bacaan.


Dilaporkan dan disembangkan dimana '
Buah Gac ia eksotik kaya khasiat boleh terokai pasaran' walau pun penulis blog tahu masih ramai yang belum pernah mendengar mengenai buah gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis memandangkan penanaman buah berkaitan masih lagi kurang meluas di Malaysia. Sebenarnya  buah gac juga dikenali sebagai ‘buah dari syurga’ disebabkan ciri atau sifatnya yang dikatakan mampu memanjangkan usia, memberi semangat dan daya tahan kepada manusia. Apa pun bagi penulis blog yang pernah ke Pulau Pinang untuk melihat akan buah eksotik berwarna merah menyala ini sudah mula diusahakan oleh beberapa pekebun dan dikomersialkan sebagai minuman kesihatan secara kecil-kecilan. Tinjauan kekebun Tan Teck Soon (50) adalah diantara pekebun kecil yang mula mengusahakan tanaman buah gac di atas tanah seluas lima ekar berhampiran Flower Fruit Hill dekat Berapit, Bukit Mertajam sejak tahun 2020. Dia memberitahu jika diantara ciri keistimewaan buah gac selepas mengetahui mengenai kepelbagaian khasiat yang terdapat pada buah tersebut dikatakan sangat baik untuk kesihatan manusia. Dia pernah ke Taiwan dan diperkenalkan buah gac untuk menanamnya secara kecil-kecilan terlebih untuk melihat kesesuaianya dengan cuaca di Malaysia. Apa pun dilihat dimana selepas beberapa bulan, tanaman ini tumbuh dengan subur dan barulah saya membuat keputusan untuk menanam buah gac dalam skala lebih besar bagi tujuan komersial. Memang buah gac adalah jenis buah tidak bermusim dan isinya kaya dengan pelbagai khasiat perubatan dan tinggi dengan vitamin A, C serta E. Ia berpunca kandungan buah ini tinggi dengan beta karotina, lutein, zeaxanthin dan lycopene selain bersifat anti oksidan yang dipercayai menyembuhkan beberapa penyakit tertentu. Buah gac yang sudah masak diproses menjadi minuman kesihatan. Makan buah gas segar didakwa ia dapat meningkatkan kesihatan mata, mampu mengurangkan risiko penyakit barah dan penyakit jantung, membantu melancarkan pencernaan serta dapat juga meningkatkan imun badan terhadap jangkitan. Dibeberapa negara jiran dimana pokok buah gac banyak ditanam untuk tujuan pengkomersilan dalam bidang dunia perubatan dan pemakanan terutamanya di Vietnam, Myamar dan Thailand. Apa [un bagi penulis blog bila melihat buah ini dimana bentuk buah gac adalah agak membulat atau bentuk sedikit lonjong, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya berwarna merah menyala. Pokok selalunya tumbuh menjalar ini mengambil masa kira-kira 8 - 9 bulan untuk menghasilkan buahnya. Penulis blog paling gembura sebab disajikan dengan minuman kesihatan dari buah gac. Apa pun bagi Teck Soon dimana selain dijual dalam bentuk buah-buahan segar, buah gac yang sudah masak akan dipetik setiap hari untuk diproses menjadi minuman kesihatan. Selalunya buah gac yang sudah dipetik akan dipotong untuk membuang biji terlebih dahulu, kemudian kami ambil isinya sahaja untuk menghasilkan jus dan akan dimasak kira-kira lima hingga enam jam. Disebabkan rasa buah gac yang hambar dan sedikit pahit dimana dia perlu menambah sedikit gula semasa proses memasak untuk disesuaikan dengan cita rasa rakyat Malaysia. Selain ada jenis perisa asli dimana dia juga menghasilkan tiga lagi perisa iaitu nanas, markisa serta asam boi dan dijual dengan harga antara RM10 hingga RM38 sebotol mengikut jenis perisa. Tahap penghasilan kira-kira 100 botol jus buah gac sehari. Penulis blog diberitahu jika biji buah gac sebaiknya tidak dimakan kerana boleh menyebabkan masalah iaitu insiden pencernaan. Teck Soon menyatakan bahawa beliau kini sedang mengusahakan sebuah lagi ladang buah gac di tapak baru seluas 20,000 kaki persegi dekat Bukit Noning di Berapit.


Dilaporkan di negara jiran Indonesia dimana 
Buah Gac sama seperti di Malaysia iaitu ia mungkin ramai masih tidak tahu dengan buah gac atau yang juga sering disebut buah dari surga. Buah yang memiliki nama latin iaitu  Momordica cochinchinensis disebut buah surga sebab ada kandungan hebat yang terdapat dalam isinya bermanfaat yang sangat baik untuk kesehatan. Khasiat pertama di dakwa buah gac mampu untuk Membantu Menurunkan Berat Badan dan dilaporkan ia juga mampu merawat masalah rabun senja, mencegah cepat tua dan juga digunakan sebagai pewarna organik sesuai untuk makanan. Sebenarnya buah ini berasal dari Vietnam yang sejak dulu ia ditanam dan sering digunakan untuk campuran minuman tradisional yang punya banyak manfaat untuk kesihatan. Apa pun buah ini berasal dari Vietnam tetapi produk yang di asaskan dari buah gas kini lebih banyak di hasilkan di negara Thailand. Ia di proses sebagai jus dan kordial untuk minuman kesihatan dimana buah  gac yang masih satu kerabat dengan melon ini hanya diambil isi dagingnya sahaja akan tetapi mesti bijinya dibuang. Buah gac yang masak memberikan rasa dominan dimana buah berwarna merah-oren ini selalu rasanga busuk ('Langu' dalam bahasa Jawa) dimana semasa memprosesnya maka ia lebih sesuai jika di campur denganh madu lebah atau nanas untuk menambah citarasanya. Campuran ini yang akan menjadikan jus buah gac menjadi lebih enak dan rasa kurang enak akan hilang. Jus buah gac yang disimpan didalam peti sejuk dan diminum lebih enak dengan sesuai diambil oleh mereka ada masaalah diabetis dan masaalah kolesterol.


Menarik disembangkan laporan '
Inovasi aiskrim BetaGac baik untuk kesihatan' yang dicipta oleh sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghasilkan aiskrim BetaGac yang mengandungi beta karotena dan anti oksidan yang tinggi buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis. Dilaporkan dimana aiskrim ini dikatakan baik untuk kesihatan manusia serta boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan mata dan jantung (Sila lihat foto disebelah). Hasil ppnyelidikan yang  dijalankan dengan mengggunakan Geran Commercialization Initiative Fund (CIF) oleh enam penyelidik yang diketuai Dr Faridah Yahya, Profesor Madya Ts Dr Fauziah Tufail Ahmad, Dr Ramisah Mohd Shah, Dr Shayuti Moham Adnan, Dr Azlinzuraini Ahmad dan Dr Sarina Ismail. Aiskrim berkenaan diformulasikan dengan menggunakan aril atau selaput biji gac yang tinggi kandungan beta karotena dan antioksidan. Aktiviti memperkenalkan aiskrim BetaGac dari buah gac yang masih tidak popular dalam kalangan masyarakat negara ini sebab buah ini juga memang tidak banyak di tanam di Malaysia. Apa pun sebenarnya buah gac ini sangat popular di Vietnam dan Thailand hingga digelar sebagai 'superfruit' atau 'buah syurga' berikutan khasiatnya. Dinyatakan jika pemilihan penyelidikan membangunkan aiskrim berbanding produk lain adalah kerana menu makanan berkenaan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dengan lebih meluas ke seluruh negara. Ini kerana ia berikutan aiskrim merupakan antara makanan kegemaran masyarakat negara ini daripada kalangan kanak-kanak sehingga dewas dan merangkumi pelbagai kaum di Malaysia. Melaporkan lanjut dimana buah Gac dapat dituai dalam jangka masa yang singkat kira-kira lima bulan sahaja dimana aktiviti penanaman dan pemprosesan buah Gac masih belum popular untuk projek komersial berskala besar.
 

Dalam pada itu pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) juga tidak mahu ketinggalan dalam kajian mereka apabila ada p
ensyarah UUM hasil minuman kesihatan berasas buah gac (Momordica cochinchinensis). Dari Sintok di laporkan pihak UUM berjaya menghasilkan minuman kesihatan berasaskan buah gac. Apa pun aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D) itu dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Risyawati dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik mencatatkan satu lagi kejayaan apabila kajian beliau mengenai buah gac berjaya dikomersilkan ke dalam industri pembuatan minuman kesihatan. Memberitahu dimana buah gac yang dikenali kerana kandungan Lycopene dan Beta-Carotene yang tinggi serta manfaat kesihatannya yang pelbagai terutamanya untuk kesihatan mata. Hasil penyelidikannya menumpukan kepada penghasilan minuman kesihatan yang mampu memberikan pelbagai manfaat kesihatan iaitu termasuk dapat membantu meningkatkan sistem imuniti, membantu melindungi mata, dan menambahbaik kesihatan kulit. Apa pun R&D ke atas buah gac dijalankan oleh Dr. Risyawati sejak 2017 lagi dimana kemudian dia berjaya menghasilkan formula unik yang dapat memaksimumkan khasiat ekstrak daripada buah gac tanpa mengorbankan rasa atau kualiti minuman tersebut. Produk ini bukan sahaja menawarkan rasa yang sedap tetapi juga berkhasiat yang banyak manfaat untuk kesihatan, menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat. Dr. Risyawati menumpukan kepada penghasilan produk minuman kesihatan yang mampu memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Selain daripada inovasi hasil penyelidikan ke atas buah gac dan juga telah menghasilkan akan pelbagai prototaip makanan, minuman, makanan haiwan dan produk kosmetik hasil daripada penyelidikan beliau sejak enam tahun lalu. Akhirnya kajian ini telah pun memenangi pelbagai anugerah sejak 2018 apabila hasil penyelidikan ke atas buah ini turut mengetengahkan inovasi tujuh produk kosmetik yang belum dikomersilkan lagi. Anak kelahiran Dato Kayaman, Perlis ini dilaporkan bwejaya sehingga dia merupakan salah satu pemegang bagi 66 intellectual properties(IP) termasuk tiga paten melalui kerja penyelidikan dan R&D. Apa pun  penyelidikan ini mendapat perhatian daripada pelbagai syarikat dalam industri makanan dan minuman. Sembang mengenai buah gac mungkin tidak ramai yang tahu keraa buah ini juga jarang di jua di gerai buah atau pasaraya atau pasar malam. Bagi penulis blog sesiapa yang minat untuk menanam buah gac boleh mendpatkan benihnya. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kalu ini. Wasallam!!..
BUAH GAC... APAKAH BENDANYA....
KURANG DI KENALI... DI MALAYSIA...
PENULIS UJIRASA...ADUH ENAKNYA...
INGIN MENANAM...CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rejab 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...