Minggu lepas sy masak ketam goreng bercili...tp baru skang berkesempatan nak update resepi...kebetulan minggu lepas 5 ari sy kat kg, balik jenguk parents so mmg xsempat nak berblog kat sana...maklumlah terkejar pegi sini sana...memandangkan ade kawan yg request resepi ni...so dgn berbesar hati sy letak kat blog ni :
Bahan2 :
6 ekor ketam sederhana besar (dipotong 2 dan dicuci bersih, gaulkan dgn garam+serbuk kunyit)
1 biji bawang besar Holland*
3 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
10 tangkai cili kering* - buang biji & rendam dlm air panas @ bleh ganti ngan guna 3 sudu cili giling
2 sudu sos cili
1 sudu kicap
1 batang serai
garam+gula secukup rasa
Cara2 :
Goreng ketam yg telah digaul dgn garam + serbuk kunyit. Angkat & toskan.
Blend semua bahan bertanda *
Tumis bahan blend dgn baki minyak menggoreng td
Masukkan sos cili+kicap+serai dan kacau sehingga berkilat (naik minyak)
Perasakan dengan garam+gula
Akhir skali masukkan ketam + gaul sebati
Hidangkan
*first time bersiaran secara langsung dari opis...curik2 update blog time boss takde...jahattt tawww....ahaks