Tuesday, March 8, 2011

Syurga & Ibu ....

Duhai apakah gerangan budi balasan

Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata, bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan


Tiada bahgia, jika tiada

puja doa restu

Syurga itu ditelapak kaki ibu....


Hati sayu dan hiba tatkala mendendangkan bait2 lirik lagu dendangan Aisyah, sungguh meruntun jiwa. Lumrah kitaran hidup seorang perempuan yg bergelar anak pada suatu ketika, akan tiba masanya untuk dia bergelar ibu.

Mengapa Syurga di telapak kaki ibu? mengapa dibawah tapak kaki? bukankah syurga itu semulia2 tempat yg diimpikan oleh umat islam di akhirat kelak. Betapa tinggi dan mulianya seorang ibu, tapi sejauh mana anak2 menghargai ibu2 mereka?

Hanya kalau syurga itu diperlihatkan kewujudan di tapak kaki ibu, pasti tiada anak2 yg DERHAKA. Pasti tiada ibu2 yg terguris dan luka hatinya dek kelakuan anak2.

Aku sedar yg aku bukan insan yang BAIK sangat utk berceramah, hanya berkongsi melahirkan rasa pedih hati seorang ibu yg di sakiti. Tapi walau bagaimana luka pun seorg ibu, pastinya seorang ibu tidak pernah membenci anak2 dan akan sentiasa memaafkan segala dosa dan kesalahan walaupun tetap diulangi.

Ada sesetengah ibu, walau lagak mcm Si Tanggang pun masih tidak sanggup utk melaknat kehidupan anak2 mereka. Masih berdoa agar anak2 dibukakan pintu hati utk sedar segala kesilapan.

Kebanyakkan anak2 hanya akan insaf tatkala bila kembali memohon keampunan diatas sekujur jasad ibu yg tidak bernyawa lagi....


post signature

Wednesday, January 12, 2011

Darah Seni

ejato, my son

Siapa sangka, bakat seni yang ada dalam darah keluarga belah ayah anak-anak aku mengalir ke tubuh anak ke2 ku, Ejat. Bermula dgn hadiah besday pd usia 13thn dia inginkan gitar sebagai hadiah harijadi. Sebagai ibu bapa, apa jua permintaan anak, sebolehnya akan berusaha untuk memenuhi impian anak2 mereka. Cuma untuk bertindak bijak dalam memantau aktiviti anak2 harus diambil kira.


Bila je dpt gitar, ejat pun dgn semangat memetik gitar tanpa diajar oleh guru bertauliah. Hanya berpandukan basic nota dari internet dan guru2 tembok yg memberi sedikit tunjuk ajar.... hehe... kata org tu kalo dah berbakat tu mmg menjadik je sentuhan si darah seni.

Sekarang ejat dah beralih arah dari gitaris ke drummer pulak. Kenapa? Mungkin dia rasa lebih sesuai dgn jiwanya yg tk byk bunyik aka tidak cerewe aka pendiam... erm relevant ke sikap dia dgn alat muzik tu? haha..

Walau apa pun yg ejat ceburi, aku sebagai ibu hanya memberi sokongan utk dia. Asalkan tidak berunsur2 negatif. Yang penting, asalkan tidak menyusahkan org lain sudah...


post signature

Saturday, January 1, 2011

2011 ~ Apa Janji Mu?


Hari ni hari pertama bagi tahun baru 2011. Apa azam tahun baru? Soalan yg begitu sinonim bila dikaitkan dgn kehadiran tahun baru. Boleh dikatakan azam yg dilafazkan boleh dikatakan sama dan selalunya masih tk berjaya untuk di capai pada setiap penghujung tahun. Kemudian azam itu akan di lanjutkan lagi ke tahun hadapan dan seterusnya azam tu kira mcm renew je la tiap2 tahun.

Tahun 2011 ni, kalau boleh aku nk elakkan kisah duka yg mana dapat kalau dapat dielakkan, kalau tidak, tu dah kira mcm lumrah sebuah kehidupan, redha saja lah. Aku ingin menikmati kemanisan dalam menempuh hidup di alam 40-an. Semoga harapan untuk mengecap bahagia bakal aku kecapi.

apakah formula untuk kekal bahgia?
(gambar hiasan)

Secara keseluruhannya, tahun ini aku nak BAHAGIA... Bahagia dengan apa jua berkaitan dgn kehidupan aku. Dari segi perhubungan dengan org tersayang, kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Aku ingin disayangi oleh orang2 aku sayangi. Bukan semua org akan menyayangi aku mcm yang kita harapkan. Setiap individu berbeza cara dalam mencurah kasih sayang, dan aku harus belajar utk memahaminya.

Aku harap akan menjadi lebih KUAT dan TABAH dalam menempuh episod baru di tahun 2011.

post signature

Wednesday, December 29, 2010

Happy Steps

Must Snap Landmark

Akhirnya rancangan untuk ke Universal Studio tercipta juga pada 27 December 2010. Tempahan tiket dibuat melalui agent dimana, mereka menyediakan perkhidmatan bas percuma pergi dan balik dari Terminal Bas di Kotaraya direct ke Resort World Sentosa. Harga tiket $66 seorang dan rebate meal voucher $5 and merchandise voucher $5.

Masa lawatan dari pukul 10 pagi hinggalah jam 6 petang. Pada sapa2 yang super power energy boleh la menfaatkan 8 jam disitu.....phewww...

Perjalanan seawal pagi untuk mengelakkan kesesakkan dengan para2 pekerja yg dari JB ke Spore. Lebih kurang jam 8 kami selamat tiba ke destinasi. Ketika sampai di loading bus area aku dah ternampak tiket SOLD OUT untuk hari tu. Perghhh, nasib baik la kami tidak gamble tuk walk-in redah datang beli tiket kat kaunter je, kalau tak memang mencarut je la nnt

...haha

Sesak wei kat Main Entrance

Carta keseronokan kami mula merudum (dh mcm ayat saham plak ni) apabila di entrance lg. Terlalu panjang queue tuk masuk walau pun ada byk laluan di buka. Dah la beratur nk masuk, nak amik rebate voucher pulak ke kaunter lain... adoiiyai ini sudah mendatangkan kemarahan oleh para2 pengunjung. Kenapa la tk disertakan sekali di tiket entrance, kan tk memahitkan keadaan yg semakin kurang tahap kemanisannya.

Bila di kelilingi dgn lautan manusia rasa dh macam tk seronok sgt, hiruk pikuk, sana sini ramai org, boleh buat kita hilang fokus kerana tergganggu dek kelantangan sore dorg la, terlanggar anggota badan la, mcm2 ter yg tk seronok la.

Disini ingin aku merumuskan, korang elakkan la pegi time school holidays atau apa2 hari Public Holidays pun, walaupun ianya pada weekdays, MELAINKAN tahap kesabaran korang mmg super POWER ar.... hehe

Walau hanya dapat menonton persembahan Monster Musical Show dan ke Studio Special Effect kami enjoy jugak la. Cuma bila ada ride2 dan show2 lain yg kami tk dpt nk join sama kerana queue yg tk sanggup utk kami tempuhi, anggaran 1-2 jam ..... sapa nk tunggu kan?

Keseluruhan nya, kami enjoy la berada disini, mmg tak puas bila tk dpt bergambar dgn maskot karektor2 Universal Studio. Yang ada time tu cuma si Kung Fu Panda (kami tk dpt amik, ramai sgt org), Frankenstein (ni nasib sbb kami berada berdekatan ketika itu).... yg lain2 seperti Pussy in the boots, Mariyln Monroe dll tk kelihatan pun. Maskot2 ni ada schedule tersendiri utk sessi photography bersama pengunjung2.

Selain dari mengunjungi taman tema yg berada disini, ada byk kedai2 sourvenir kat sini. Korang sediakan je la Sing Dollar-dollar berguni-guni. Kalo ikut harga dorang tshirt sempoi murah je baru dari 25dollar dh dpt sehelai, tp bila korang convert kan dgn MYR dah makan bape plak? Apa2 pun mesti tak sah kalao tkde sourvenir utk di buat kenangan. So kejam mata je la bila Sing dollar melepaskan sayapnya..... huhu

Ada ura-ura nk kembali lagi ke sini... erm beshnye... jom start menabung lagi, sehari sedollar, cukup 3 bulan dh bleh return semula.... haha

HAPPY STEPS, ME 'N U

post signature

Sunday, December 26, 2010

Simple N Easy

Hari ni aura rajin aku meluap-luap tahap gunung merapi.... hehe... tapi tidak la serajin manapun kalau takat nak membuat cupcakes yg paling sempoi mempoi ni. Dalam sejarah pembikinan cupcake, resepi ini yg paling sempoi, mudah dan semua orang mesti bleh buat punya... jom2 kita tengok cara menyediakan "no fuss cuppies" ni...

Putar mentega bersama gula hingga kembang - kaler lebih pucat berbanding sebelom diputar

masukkan telor sebiji demi sebiji dengan kelajuan rendah

turn tepung pulang untuk digauli, sedikit demi sedikittttt
putar kelajuan rendah hingga sebati

untuk memeriah adunan plain vanilla ni, aku letak choc & coffee chips... nyumm nyumm

kata orang lebih ramai lagi meriah, so aku tambah lagi dengan kismis....lg pun ianya baik utk minda gak... huhu
campuran ni tak payah guna mixer ye, gaul rata sudahh

masukkan kedalam cup paper dan siap untuk dibakar



TARAAAAA.... siap sudah...

post signature

Friday, December 24, 2010

Goodbye, Welcome


Count down for the year end of 2010 is just around the corner... yeah, 7 days more to go. There are moments that I would need to review and do some post moterm. I need to learn from each mistakes that has become a history and to sustain the glory for each victory that I have captured thoroughout this year, so far.

What else could I do to make a Better Tommorrow ? Let me see....hmmmm
* repeat the same mistakes
* compare with others
* being hunted by the past life memories

* MORE LOVE
* MORE forgiveness
* MORE Optimist

* KEEP healthy
* KEEP 'Hot and Sweet'

* KEEP confident

Arhhhh.. those are very common issues in general, nothing new nothing great. But personally it just to be a REMINDER for me.

What about my wishlists for year 2011? Ermmm... It will be a loooooooooooooooooooooooooooooooooooong lists... However, to avoid a massive dissappointment in the near future, i decided to keep it short and sweet lists.
* To Love and Be Loved MORE in any relationship

* Be focus on my ANNALICIOUS Homemade

* To own HOME SWEET HOME

That's all I suppose, because if I continue to type more, it is not gonna be a Short and Sweet anymore...

Wishing all of us a better life in 2011 !!

LOVE post signature

Tuesday, December 21, 2010

RASA TERINGIN


Fenomena TERINGIN ini seringkali melanda bila sesuatu perkara itu telah lama tidak dilakukan, lebih2 lagi bila ianya mendatangkan rasa yg amatlah menyenangkan sekali... hmmm... indahnye perasaan ... huhu


Ape yang aku TERINGIN and kenapa aku MENGINGIN kan? Ada ke orang yg pedulik? Ada ke orang yg kesah? Ada korang kesah? hahaha...

Sebenornya, anak tekak ni teringin la sesangat nk makan kek Marble Trio resepi dari Chef Tersohor alam blogger iaitu Che Mat Gebu.

Adunan Marble Trio yg telah siap sedia untuk dibakar

Pada mereka2 yg pernah mencuba resepi kek Marble ni mesti tau bila proses pembakaran ini akan menghasilkan fenomena aroma yg membunuh diet ku. Kesedapan dan kelembutannya, sekali makan, berkali2 nak makan lagi...sekeping, sekeping, terus jadi seloyang ditelannya..


post signature

Saturday, December 18, 2010

SHA-LA-LA-LA


Kenapa orang suka karoke? Sapa yang suka berkaroke? Pada insan2 yang tak kesampaian impian nak jadik penyanyi aktiviti cam ni lah yg dilakukan dikala mengisi masa lapang.
Kalo tanya aku, aku tak suka sangat karoke n
i, kenape? Sebab aku tau suara aku 'terlalu sedap dan merdu' utk dijadikan halwa telinga... Aku yg mendengarkan suara sendiri pun boleh nk berguling2 gelak, apatah lagi org yg mendengarkannya..
Selalunya aku lebih suka dgr org menyanyi jek, da
n selebihnya aku lebih suka "snap-snap-snap"...

~snap-snap-snap~

Hari ini, sessi yg ke-2 ber~SHA~LA~LA~LA .... Dan kali ini, semakin mantap lontaran para peserta2 'KAROK'.. hahaha...

Wajah peserta2 yg tk sabar2 nk menonjolkan bakat... kihkihkih .. Dan pemenang bagi acara KAROKing is (Baju kotak2 tu). Suara MANTAP tu, kena asah tiap minggu nih... jom layannn

Apa kata daftar jadi ahli? Boleh dpt mcm2 benefits... ada diskaun, ada collect point, ada itu....... ada ini .......... blablablabla... <~~ ni staff RedBox yg cakap, bukan aku...haha

post signature

~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...