Salam.
Dah mula kerja, susah pula nak update blog ye =p
Alhamdulillah, ALLAH tempatkan kat Hospital Sultanah Bahiyah sekarang, urusan hidup makin lancar. Hee, masa lapor diri kat HSB, ibu tanya unit mana kosong kat Farmasi ni. Ketua Jabatan Farmasi(KJF) cakap, semua unit kosong, sebab sekarang ramai pegawai yang keluar tapi belum diganti. Pendek cerita, ibu ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar, bahagaian Out Patient.
Hmm, dah lama tak kerja almaklum sebab cuti raya panjang, bila masuk je OP, terus sibuk, sampai macam nak patah kaki =p Lalu, hari2 berikutnya terasa sangat panjang, lambat waktu berlalu..Balik rumah terus 'collapse' =p
Dah minggu kedua, ibu mula rasa bosan sebab ulang rutin yang sama. Jadi, ibu ajak walid membuat lawatan semula ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Tasik bandar Darul Aman =) Walid layan je, sebab walid lagi bosan tak buat pape =p
Jadi, petang tu dah agak lewat sebenarnya, sampai dalam pukul 6pm, terus tanya Damia', 'nak main mainan ke, nak naik 'boat' (kami taktau nak panggil ape bahasa mudah benda yang kayuh keliling tasik tu =p). Damia' jawab,'ibu, mia' nak main BUUT'. hehe.
Ok. Jom!
Pakai safety jacket
...Sambil makan.
Ibu beli makanan siap2, sebab sekarang ibu dalam kategori tak boleh kalau tak makan sekarang ni=p
Bila dah sampai tengah2 tasik, kami pun asyik dok tangkap gambar la. Tapi, memandangkan ruang yang sempit, nampak muka kami padat je semua =p
Gambar pertama
Lagi gambar.Damia' sangat gembira. Dia asyik menjerit sebut apa yang dia nampak, terutamanya ,'BIRD!, bird banyaklah!
Tengah2 tasik macam ada satu pulau kecil, boleh singgah situ sekejap. Tapi kami tak singgah sebab tak pandai nak imbangkan badan, naik, turun 'boat' tu
Percubaab ambil gambar berlatarbelakangkan tulisan 'D'Aman Park', tapi gagal sebab tak muat ruang
My darlings ^_^
Nak dijadikan cerita, sewaktu kami betul2 berada di tengah tasik, tiba2 ada masalah skru, jadi 'boat' tu tak bergerak ke mana2, walaupun puas walid kayuh!. haha. waktu ni memang kami gelak sakan lah, terutama tengok muka walid yang gelabah (walid ni selalu gelabah tak kena masa tau!=p). gelabah2, tapi takleh buat apa2, pastu gelak kuat2 ramai2.hehe. Dahla cari nombor telefon takde kat tiket yang diberi tu. Adoi!~
Dahla waktu tu dah hampir pukul 7pm, orang lain semua dah mula balik ke tempat asal, tapi kami dok terkial2 boat tak mau gerak. Nasib baik ada betul2 satu je keluarga yang lalu, jadi walid jerit panggil depa, depa pun cakap, nanti depa bagitau person in charge, bahawa kami ni tertinggal kat tengah2 tasik.
Berlakon konon2 tengah ambil gambar padahal hati dah takut kena tinggal tengah2 tasik. haha
Akhirnya, bantuan tiba!
Person in charge datang dengan REAL boat nak ambil kami. Hee, memang segan lah semua mata tertumpu kepada kami, dok tengok apelah jadi dengan kami yang terkial2 kat tengah tasik tu =p
Gambar dalam REAL boat. Laju.
Damia' cakap, 'Ni lagi best ibu!' =p
Dapat cari 'boat' kami yang tertinggal nun jauh di sana..?
Itulah alkisahnya waktu riadhah kami petang tu. Sampai je semula ke tempat mula2 tu, kami diberi tawaran untuk naik 'boat' yang lain secara free, tapi dah nak mahgrib waktu tu, jadi walid cakap lain kali lah. Err, tak tau lah bila nya lain kali tu, sebab tak sangguplah ibu rasa tebal muka, malu kot tertinggal kat tengah2 tasik =p