Sunday, 12 November 2017

It's been so long

Never was.
And because of that
I hurt myself
Over and over again.
When I see other people
I got triggered
Got angry
Got sad
Feel hopeless.

I want to be the old me.
So optimist about life

Life threw me lemon
It hit me hard on the head
And I failed to throw it back
At life

Screw.

Saturday, 25 February 2012

Serabut La Gila!

 ketensionan melanda


bila menerangkan situasi diri yang sedang kesusahan
orang cakap kita merungut

bila menangis bila menghadapi musibah
orang cakap kita tak tabah

bila terlalu ramah
orang cakap kita gedik

bila cuba mengawal mulut dengan banyak berdiam
orang cakap kita sombong

bila cuba berkongsi kegembiraan dengan kejayaan sendiri
orang cakap kita meriak

bila cuba berjimat
orang cakap kita kedekut





bila benda ni nak habis?

Wednesday, 15 February 2012

Mak..

Setiap kali aku tengok muka Mak aku masa Mak tengah tido, aku akan terfikir "apalah nasib aku, apalah yang akan jadi kalau wanita yang satu ni takde?".

Mak..
TQ sebab mengandungkan kami 9 bulan lebih. bukan senang mengandung ni sebenarnye kan. macam-macam hal boleh jadi, macam macam perkara nak kena berpantang. tapi Mak tabah harungi tempoh tu demi kitorang berempat. 

Mak...
TQ sebab melahirkan kami semua. walaupun Mak tak pernah melalui pengalaman perit melahirkan cara normal, tapi Mak dipengsankan sebelum mula operation, perut Mak dibelah belah, perut Mak dijahit lepas kami dikeluarkan, pusat Mak dah tak serupa pusat. semua proses tu Mak lalui sebanyak 4 kali. kesian tengok Mak setiap kali ternampak pusat Mak & bekas jahitan tu..

Mak...
TQ sebab membesarkan kami. walaupun ada terkurang sana sini, tapi Mak tetap cuba membuat kehidupan kanak kanak kami sempurna. tq Mak sebab kami dibesarkan dengan makanan hasil dari air tangan Mak dan bukan air tangan mamak. sebab tu kami sehat sehat. hehe.

Mak...
TQ sebab selalu ada di sisi kami. bila kami sedih, kami keliru, kami ditinggalkan, kami dipulaukan, dimarah, dibenci, malah bila kami diraikan, dipuji, disanjung, Mak ada bersama kami. Mak bekalkan kami kata kata semangat, Mak bekalkan kami khidmat nasihat, Mak iringkan doa untuk kami supaya mudah urusan. setiap kali nombor Mak didail, jarang sangat sangat Mak menghampakan kami. TQ Mak.. TQ....

Mak...
being the second child sometimes makes me the second best option. i know you depends a lot on Kaklong but keep my words Mak, whenever she is not available, you can surely count on me. i have used you for all of my life, now it's time for you to make full use of me. and tima mintak maaf andai ada yang tak dapat dipenuhi. tima cuba sedaya upaya. Halalkan segala apa yang pernah Mak bagi.. ampunkan segala kekasaran kami, kebiadapan kami, keangkuhan kami menerima nasihat Mak. ampunkan dosa anakmu yang dah beribu ribu kali menyebabkan air matamu jatuh ke bumi. Subhanallah, besarnya jasa Mak pada kami.. apalah daya kami membalas semuanya semula?? hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu Ibuku..

"Ya Allah Kau kasihanilah ibuku, kasihanilah bapaku sebagaimana mereka menjaga aku sejak lahir hingga penghujung nyawaku.. Amin..."


Father and Mother I Love You. :' )

Friday, 10 February 2012

GiveAway Lyface Shawl! - first EVER GA yang gua join -

about three years ago, saye telah mempurchase sebuah barang secara online. saye amatla excited setibanya barang tu di rumah saye. yela, excited kot baru pestaim beli barang online, macam dah urban sangat lettew. tapi baru je pakai barang tu selama seminggu ---> JAHANAM. sejak saat itu saye bersumpah tak HINGIN langsung dah nak beli barang secara online. titik! *pengaruh sinetron huhu*

********

Laily Moheyer; si gadis genit comel lote ni bukan la someone yang asing kat pesbuk saye, bukan jugak dalam list "bakal-didelete-sebab-aku-tak-kenal-kau". dia antara kawan pesbuk terawal saye, dgn nama Sayer Leleq (siyesly mula mula ingatkan name die Sayer, kot kot la macam Syarifah or Syed ke). saye kenal dia on 2009 secara ermmm kebetulan (?). long story. don't wanna elaborate on that. any wayyysss.... back to the story. saye memang adore gila kat si genit ni cuz ape je yang dia pakai look soooooo nais and lawa. dah la amik gambar pun lawa gila. wuu.

then tiba tiba (ceh macam magik lak kan) kat pesbuk dia muncul satu album penuh ngan shawl untuk dijual. dia guna nama LyFace's Shawl, which obviously Ly means nama dia la LaiLY. Face pulak sebab.. shawl pakai kat muka (muka ke kepala? tak kesah la. haha). then Shawl, er sebab dia jual ayam. hehe. mesti la sebab dia jual shawl. :D

 ni la founder LyFace's Shawl. ain't she cute? :) *bukan cubaan melobi apatah lagi meraih undi*

this is her on her e-day. santek oke kaler pink lembut ni. lembuuuut je dia. :D

ni pulak the model, adiknye. lawa. antara penyebab saye selalu browse photos kat page ni. sebab model dia tak bermekap heavy. so macam best je tengok all the photos. heuheu.

tapi saye macam.. "hm, another online shawl shop" *nada mendatar*. lawa memang lawa, but tadi kan ade cakap dah tak nak LANGSUNG beli barang online. trauma yang gila sadis. tambah pulak, saye bukan pemakai shawl masa tu. so saye hanya perhatikan dari jauh perkembangan kawan pesbuk saye yang sorang ni dan meneruskan kehidupan yang normal - pergi ke Melaka Sentral atau PKNS Shah Alam untuk cari tudung.

it was last year when i started to macam goyang sket bila tengok collection si genit ni. lepas dia operate tulang belakang, wohhooo semakin dahsyat wa cakap lu shawls and pashmina yang dia jual. i was like, "wuuiyai kau dapat kat mana semua stok ni?? apsal kat Melaka Sentral takde pon??" <---- tapi cakap dalam hati je la. masa tu pulak dah mula berjinak jinak dengan pashmina (siap mintak tunjuk ajar dari Cik Laily kite ni. huahua). gerammm je tengok. rase nak beli, tapi trauma tu masih ade.

kegeraman tu semakin membuak buak bila LyFace's Shawl mula jual attires pulak. wohoo! tak boleh jadi, saye harus mendapatkannye. satu pun jadilah. and so i did! hooray! *joget gembira* gembira sebab dapat overcome the trauma of shopping online, gembira sebab dapat beli dari sorang kawan & gembira sebab dapat beli baju baru (confession : sejak 2011, takde dah beli baju cantik. asyik beli t-shirt bundle je. hehe).

saye beli hok kaler hitam tuuu.. seleseeeeeee!


ni skirt yang saye beli. macam lawak pulak saye beli skirt. tapi saje, nak tukau angin. lawa gile! :)



dan sekarang, bertambah happy sebab LyFace's Shawl dengan baek atinye nak berkongsi kegumbiraan dengan GiveAway ni. pestaim woh gua bergirtur bersemangat nak join GA. pemenang dipilih dengan undian juri tertinggi mengikut kekretipan menghuraikan tajuk karangan. sebagai habuan kepada usaha memerah otak dan menggabung segala sel sel otak supaya menghasilkan suatu karangan kretip, pemenang GA ni akan memenangi RM100! voucher <--- haha, keji tak tulis voucher ni kecikkecik? ;p 2 orang lagi akan dapat sagu hati. sagu hati apakah itu? adakah Blackberry Playbook atau beskal Fixie?? <--- hadiah saguhati melampaui hadiah pemenang tempat pertama.

banner GA dari LyFace's Shawl. Hit 'Like' tau!


thank you LyFace's Shawl! it is a great honour to have you reading this in this blog congkang congking ni. (i don't even know wth is congkang congking) :D

for terms and conditions, like le dulu page LyFace's Shawl ni. oh wait, to whom am i talking to?? follower ade sorang je kot. wuuu... (T___T)


*oh my what a loooong entry. huhu. ni maknanya tulis dengan penuh ke-excited-an. hehe.

gambar sumber facebook page Cik Laily & LyFace's Shawl.

Wednesday, 1 February 2012

Worth it!

I used to save all of his texts and chats. every single thing. and when I missed him, I would read all of them all over again. but then I broke my phone, later accidentally deleted the saved item on the phone he lend me and formatted my laptop. I cried for losing them. It was his words that saved me : "what's better to be cherished? the conversation or me?".

Lovely Bones, I Choose You! : )

Saturday, 21 January 2012

Terukir di Bintang Tak Mungkin Hilang Cintaku Padamu

helo melo pelo belo blog yang sekian lama terpisah akhirnya bertemuuu...

dah lama tak update blog. rinddduuuu...

hari ni nak share lagu hantu baru saye :D

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti... kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




suuuuukaa sangat dengar lagu dan tengok fan-made video clip lagu ni.
mula mula dengar rentak, terus dapat tangkap macam lagu apa. alaaa kalau korang selalu tengok iklan enchaunteur or apa-apa movie yang selitkan Paris sebagai latar tempat, mesti korang kenal sangat la lagu ni. hewhew.

Yuna memang super best! walaupun saya tak layan semua lagu dia, tapi lagu lagu dia yang saya suka, semua best gilo. her songs are brilliant, as brilliant as she is. hehe.


dan ni ada perkongsian sket, doa yang pakteh saya share kat fb.
Jam pun dah pukul 11.00. Mata pun dah letih. Ya Allah.. aku berlindung dari rasa menyampah apa jua paparan-paparan kebenaran, paparan ayat-ayat Quran mahupun hadith yg diperkongsikan rakan-rakan serta kata-kata nasihat yg baik dr mereka. Aku juga mohon perlindunganMu dari rasa menyampah kepada sesiapa sahaja, terutamanya yg sebangsa, seagama, sejawatan mahupun yg bekerja dlm sama jabatan atau kementerian. Tidaklah lahir rasa menyampah dlm diriku itu melainkan kerana ada bara kesombongan dan api kedengkian dlm hatiku. Ya Allah, yang mengetahui dalam lubuk hatiku yg paling dalam, sesungguhnya NabiMu pernah mengingatkan walaupun sebesar zarah kesombongan dan dengki, sudah cukup mencampakkan aku ke dalam neraka kemurkaanMu. Amin Ya Allah