Showing posts with label pemasaran ideologi PAS. Show all posts
Showing posts with label pemasaran ideologi PAS. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Antara Hi Tea, Birthday Bash dan Sambutan Maulid

Baru baru ini saya dapat mesej dari kawan PAS yang diwakili MP Bukit Gantang buat ceramah di Changkat Jering

Isi kandungan mesej :

"Ceramah pas di changkat jering, taiping ... cuba hasut rakyat supaya tiru macam rakyat mesir, supaya negara jatuh bankrap, pelabur2 asing lari, pelancong2 takut ziarah malaysia, semua peniaga2 tutup niaga, semua rakyat tak dapat bealan makanan, mereka juga harap polis & tentera tak campur, biarkan jenayah berleluasa ... supaya negara kucar kacir, tak harmoni, tak aman ... baru PAS boleh menang piliharaya !"

Selepas itu bila saya berjalan jalan di Bangi saya ternampak bunting yang memaklumkan perkara ini

"Hi Tea bersama MP Bukit Gantang

Tarikh Khamis 10 Feb (Hari ini)
Masa 530 petang - 7.00 malam
Tempat Restoran Jelitra Sungai Merab, Selangor"

Apa Nizar buat di Selangor? Apakah Nizar dan PAS dah tukar taktik cermah jadi majlis Hi Tea supaya tak perlu dapat  tauliah menyampaikan ceramah politik dan pemesongan ugama dari Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)?

JAIS dan polis kena siasat. Jelas tak dapat permit berhimpun.....

Bercakap pasal Hi Tea teringat harga birthday kek yang mahal untuk seorang Menteri Besar  di Kelantan. Soalan saya tak sambut Maulidur Rasul ker? Maulid itu juga birthday Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlu sebesar Birthday bash Menteri Besar, cukuplah majlis tazkirah sejarah dakwah ugama Nabi Muhammad, selawat dan sedikit bacaan Quran.....

Lihatlah beda sambutan dan harga birthday kek yang mahal  bagi Nik Aziz berbanding  sambutan beliau  ke atas hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat  reaksi Nik Aziz ke atas sambutan Maulid Nabi  seperti dilaporkan oleh seorang pelajar pondok.


Kek sambutan harilahir Menteri Besar Kelantan mahal setimpal dengan gahnya majlis . Mana yang lebih layak disambut besar besaran? Manusia bernama Nik Aziz atau Nabi Muhammd?

......dan ini  dia sifat Nik Aziz sebenarnya mengenai sambutan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad /Maulid

Cerita dari Tok guruku.

"Berkaitan dengan hal maulud ni kita masih ingat cerita dari baba pasir mas.......satu ketika seorang murid dari pondok sungai durian mengadakan majlis maulud di rumahnya kebetulan pelajar ini ada juga belajar dengan nik aziz....dia pun menjemput almarhum tok guru hj abd rahman sg durian dan nik aziz....kedua-dua hadir di majlis tersebut ......pada awal majlis berjalan dengan lancar ......sebaik sahaja....semua bangun untuk berselawat...nik aziz masih duduk bersama ayahnya.....tok guru hj abd rahman kata..."anta tak bangun berselawat ".....nik aziz pun jawab"tiada nas"...kata tok guru" anta tak buka kitab fekah yang banyak tu.....perdebatan panjang berlaku...majlis agama islam ....pun nak anjur majlis debat......bila tiba ketikanya...puak parti larang....tak mahu debat dianjurkan.......takut rosak parti....wahabi disebarkan melalui parti di kelantan".........catatan Abuamir Aiman


Sama sama kita renungkan, apakah berbaloi kita menyokong perjuangan satu party yang memperjuangkan politik - bertopengkan ugama dan lebih malang lagi menyebarkan dakyah Wahhabi sebenarnya!

Sunday, October 17, 2010

Wahhabi, PAS, Nik Aziz dan Hadi Awang

Pekung Wahhabi yang cuba disembunyikan Nik Aziz dan Haji Hadi tak dapat disembunyikan lagi. Golongan ulama pondok telah menyedari bahawa tindakan mereka menyembunyikan perkara salah mengenai Nik Aziz demi kemenangan Parti PAS telah merosakkan Islam sendiri.

Tindakan mereka yang mujassimah dengan merosakkan perpaduan Islam; Nik Aziz dengan fatwa songsangnya dan Hadi Awang dengan  Amanat Hj Hadi telah mendatangkan Natijahnya kerana umat Islam di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lemah.

Bahawasanya berita ulama pondok telah lama menolak mereka berdua bukan rahasia lagi..tetapi kerana ulama pondok ini juga manusia dan tak lepas dari sikap cintakan duniawi dan kononnya nak memastikan UMNO kalah, maka sekarang kita rakyat Melayu islam di Malaysia yang menerima akibantnya. Belumpon kerajaan Islam di Malaysia ini tumbang sudah ada gerakan menghentam umat Islam secara besar besaran. Harap kita semua kembali ke pangkal jalan dan bersatu demi ugama Islam.


Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman. Persengkataan di antara Al-marhum Tuan Guru dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah pun diketahui umum oleh beberapa guru-guru pondok lain. Walaubagaimanapun ketidakupayaan menjadi alasan bagi mereka untuk tidak menentang Mujassim ini secara terang-terangan terutamanya pada ketika itu PAS amat berpengaruh di Kelantan. Demi mengelakkan UMNO dari menguasai wilayah-wilayah di Kelantan, maka tok guru-tok guru pondok terpaksa mendiamkan diri di samping mengadakan pertemuan secara sulit dengan Nik Abdul Aziz bagi menegur fahaman mudanya [wahabi]. Namun, usaha mereka itu bagai mencurah air di daun keladi.

Memberitahu bahawa selain al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman ramai lagi guru-guru pondok menentang fahaman Nik Abdul Aziz. Dengan penentangan ini, jelaslah keWahhabian Nik Abdul Aziz Nik Mat di kacamata ulama’-ulama’ ahlus-Sunnah wal-Jama’ah di Nusantara. Buat pengetahuan anda majoriti guru pondok Kelantan menentang Nik Abdul Aziz dan diperakui oleh Ulamak Besar Fatani, BABA LAH SYARAH memberi peringatan yang jelas kepada pelajar pondok di sana tentang bahayanya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Wali Abdul Rahman Fatani mengistiharkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi “Bapak Wahhabi Malaysia” malah ia juga diperakui oleh ULAMAK TASAWWUF KELANTAN, PAK SU HAMID GUNONG dan beberapa pondok cawangan Pasir Mas dan Pasir Puteh. Jika mereka dari kalangan ilmuan besar menentang fahaman Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, siapa kita untuk membela mereka berdua? Mereka yang lebih alim tentang selok-belok agama sahaja yang tahu ahlinya.CACING KERAWIT DALAM PARTI PAS






Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah yang menjadikan alam maya. WujudNya azali lagi abadi tanpa berbentuk hatta bertempat, Maha Suci Allah daripada berseteru, bersekutu, berarah dan beranggota serta tidak mengikut peredaran zaman. Allah berselawat serta salam ke atas Habib al-Haq, Penghulu sekalian makhluk.


Sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk menghalang dan menghapuskan kesesatan dan kebatilan yang tersebar di atas muka bumi ini. Kesesatan dan kebatilan yang dimaksudkan adalah perkara yang merosakkan kesucian dan keharmonian agama Islam.


Ketahuilah wahai pejuang-pejuang Islam, 'menyuruh kepada kebaikan mencegah daripada kemungkaran' adalah kewajiban yang diwajibkan oleh Allah untuk menjaga AgamaNya, dan menjaga 'aqidah manusia daripada tergelecek ke dalam lembah kebinasaan. Oleh kerana itu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam' memerintahkan dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan diikuti oleh sahabat-sahabat besar.

Antara ahli kesesatan yang perlu ditangani hingga ke akar umbi ialah 4 golongan yang menggelarkan diri mereka :

1) al-Wahhabiah


2) Hizbul Ikhwan (Qutubiyah)


3) Hizbu al-Tahrir


4) Syiah


Kenapa hanya 4 golongan ini sahaja yang menjadi isu pada kali ini?


Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan….kerana..

Golongan inilah yang sedang merobek 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan bertopengkan Ulama dalam PAS ( catatan ABG- Kerosakan dalam PAS  bermula pada tahun 1960-an dimana British sengaja menaja penubuhan PAS dengan Ustaz Fuad sebagai pengasasnya  dan Burhanuddin Al Helmi sebagai pemimpin awalnya-mereka ini berfahaman muda / Wahhabi dan mendapat pendidikan di madrasah yang dipengaruhi fahaman muda/Wahhabi -Rujuk pesanan Wali Allah Abdullah Fahimyang kasyaf mengenai golongan muda/Wahhabi ini)-

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah   "

Golongan inilah yang sedang merentap 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan menggunakan tali kuasa UMNO (catatan ABG-awas selepas merosakkan PAS mereka Wahhabi cuba masuk UMNO dgn kemasukan 40 ulama tarbus)

Golongan (Wahhabi) inilah yang sedang mencincang 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan memperalatkan ketajaman pedang Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan,


Golongan inilah yang sedang mencarik 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan jari-jemari Jabatan-jabatan Kerajaan,


Golongan inilah yang sedang mengikis 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan menyamar sebagai ahli ilmuan agama dan ahli bijak pandai dalam institusi pendidikan di seluruh negara.

Lihatlah percaturan politik mereka yang begitu licik dalam memainkan peranan dengan menyelinap ke segenap ruang dan lapangan semata-mata untuk memperkudakan 'aqidah ummah. Akan tetapi, fokus penulis hanya tertumpu kepada 'cacing-cacing kerawit' di dalam PAS. Ini kerana di dalam 'perut' PASlah mereka aktif dan beranak-pinak kemudian menyerap ke dalam 'perut' masyarakat dan men'cirit-birit'kan najis 'aqidah dalam Umat Islam sehingga menjejaskan keharmonian dan kesucian 'aqidah sebenar Ahlus-Sunnah wal Jama'ah.


(Semoga Allah melindungi kita semua dari kesesatan mereka)

Siapa yang dikatakan al-Wahhabiah'?

Al-Wahhabiah adalah mereka yang mengikut serta menganut fahaman Muhamad bin Abdul Wahab al-Najdi yang disentap rohnya pada tahun 1206H.

Siapa pula Hizbul Ikhwan (Qutubiyah)?


Hizbul Ikhwan (Qutubiyah) adalah mereka yang mengikut serta menghadamkan fahaman melampau Syed Qutb al-Mishriy yang akhirnya mati digantung pada tahun 1387H akibat cubaan memberontak.


Siapa pula Hizbu al-Tahrir?

Mereka adalah pengikut yang memuja Taqiuddin al-Nabhaniy al-Falasthiniy yang mati seksa pada tahun 1400H.

1) AL-WAHHABIAH
Kenapa golongan al-Wahhabiah ini begitu memuja Muhamad Abdul Wahab?

Kerana pada sangkaan mereka Muhamad Abdul Wahab adalah 'Mujaddid' yang ditunggu-tunggu.

Bagaimana mereka mengenali Muhamad Abdul Wahab?

Kebanyakan mereka mengenali Muhamad Abdul Wahab sebagai orang yang menentang amalan-amalan warisan ulama' Ahlus-Sunnah wal Jama'ah yang pada fahaman singkat mereka adalah bid'ah.

Jika yang demikian, siapa sebenarnya dia?


Muhamad Abdul Wahab adalah seorang lelaki yang tidak dipandang oleh seorang pun dari ulama'-ulama' pada zamannya sebagai seorang yang berilmu. Bahkan saudara kandungnya sendiri Sulaiman Abdul Wahab merupakan salah seorang yang menentangnya, begitu juga seluruh kaum muslimin di negerinya turut menentang kebebalannya di samping ulama'-ulama' al-Hanabilah dan lain- lain lagi.


Antara penulisan yang menentang kesesatannya dinamakan :

1) al-Showa'iq al-Ilahiyyah


2) Fashlu al-Khithob fi al-Roddi 'ala Muhamad bin Abdi al-Wahab


Begitu juga seorang ulama' masyhur dalam Mazhab Hanbali iaitu ;
· Mufti Mekah Muhammad bin Abdullah bin Hamid


Beliau tidak pernah mengatakan Muhamad Abdul Wahab sebagai salah seorang tokoh yang tergolong dalam ilmuan daripada al-Hanabilah dan bagaimanapun telah menyebut serta menyenaraikan seramai :

800 alim ulama' dalam Mazhab al-Hanbali


Bahkan ada menyebut bapanya Syeikh Abdul Wahab serta memujinya kerana kealimannya.
Beliau juga ada mengatakan bahawa Syeikh Abdul Wahab marah terhadap anaknya Muhamad dengan kata-katanya yang masyhur :

"Sungguh aku tidak nampak dari Muhamad melainkan keburukan"


Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Hamid wafat selepas kematian Muhamad bin Abdul Wahab sekitar 80 tahun.


Muhamad bin Abdul Wahab telah mencipta 'agama baru' kemudian mengajarnya kepada pengikut-pengikutnya dan asal agama ini menyamakan Allah dengan makhlukNya dan beri'tiqad bahawa Allah berjisim duduk pula di atas 'arasy, perkataan duduk ini merupakan penyamaan terhadap Allah dengan makhlukNya kerana duduk merupakan antara sifat manusia.

Perkara ini telah disepakati oleh ulama'-ulama' Salaf sekiranya sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat manusia maka kafirlah ia sebagaimana kata al-Imam al-Muhaddist al-Salafiy al-Tohawiy dalam kitab 'aqidahnya yang masyhur dengan nama 'al-'Aqidah al-Tohawiyyah' dan nas ibaratnya : (( Dan barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan makna daripada makna-makna manusia maka telah kafirlah dia ))


Sekian dahulu penjelasan ringkas mengenai Wahhabi.


APA KAITAN WAHHABI DENGAN PAS DAN SIAPA TOK DALANG YANG MENGHIDUPKAN WAHHABI DALAM PAS?

Kaitannya apa lagi kalau tidak menganut 'aqidah yang jelas bertentangan dengan 'aqidah Rasulullah, para sahabat, tabi' dan tabi' tabi'in. Perkara ini telah diperjelaskan dan disepakati oleh kesemua para imam 4 mazhab dan selainnya. Mereka menggunakan PAS sebagai tapak untuk mengembangkan 'aqidah sesat mereka. Dengan menggunakan nama Islam mereka terus bergerak licik bertebaran tanpa kebimbangan dengan bertopengkan ulama' pondok dan alim agama, padahal sekiranya ditanya tentang masalah Salaf dan Khalaf pun mereka masih kebingungan untuk menjawab. Apatah lagi dalam masalah 'aqidah.


TAK PERCAYA?

MARI KITA MENELITI SENARAI DI BAWAH INI ;


PERSAMAAN


FAHAMAN WAHHABI dan NIK ABDUL AZIZ


1. 'AQIDAH MENJISIMKAN ALLAH


· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BENTUK
- Wahhabi mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia berupa wajahNya, mereka berkata : "Allah ta'ala mempunyai zat yang berbentuk" - Rujuk : 'Aqidah Ahlul Iman fi Khalqi Adam 'ala Shurati al-Rahman, Karangan Mahmud al-Tuwaijiri, m/s : 40, 91, Darul Liwa' Riyadh


- Pemimpin Wahhabi ( Ibnu Baz )mengatakan : "Penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela" - Rujuk : 'Tanbihat fi Rod 'ala Man Taawwal Sifat" m/s :19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah Lilifta'.


- Berkata pula Nik Abdul Aziz :


"..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

- Nik Abdul Aziz katanya lagi :


"..jadi denge sebab Allah ta'ala ni ye lebih bghego (berharga) ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah (di atas).." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.

2. AMALAN MAULID NABI


- Wahhabi mengharamkan perayaan dan jamuan makan sempena maulid Nabi, mereka juga mengatakan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan Yahudi - Rujuk : 'al-Tauhid, m/s : 116. Riyadh Saudi

- Ibnu Baz pula berkata : ''Perayaan Maulidur-Rasul adalah menyamai orang Yahudi''.- Rujuk : Tahzir min al-Bid'ah, m/s : 5

- Nik Abdul Aziz pula katanya :


"..kito buat maulud ni pertamanya krano kito nak bertanding nok betewah...denge org kristian.." - Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

3. ORANG ISLAM


- Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang mengingkari aqidah mereka (Wahhabi) yang sesat - Rujuk : Suhubul Wabilah, sebagaimana yang diceritakan dalam kitab karangan Mufti Mekah, Muhamad bin Abdullah al-Hanbali


" Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:


"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan jikalau melawan umno tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid".

4. MENGATAKAN ARAH ATAS KEMULIAAN BAGI ALLAH
- Golongan Mujassimah dan Wahhabi mengatakan arah atas bukan seperti arah di bawah, arah di bawah merupakan kekurangan bagiNya, wajib menyucikan Allah daripadaNya. Adapun arah atas merupakan kesempurnaan bagiNya mulia dan sebagainya.

- Nik Abdul Aziz pula berkata :


"..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..mulia..terhormat bernilai..de begitu begini..mako umumnyo oghe-oghe besa oghe-oghe terhormat ni duduk datah..aa..gitu aa duduk datah..kalu oghe tuo kito besa bos kito dok atah kosi..o..kalu gapo lagi hok-hok datah maknonyo..atah katil atah kusi atah kuddo..datah almari kito letok baghe-baghe beghego..jadi denge sebab Allah ta'ala ni ye lebih bghego ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.

5. MENGATAKAN ALLAH BERTEMPAT
- Ibnu Baz mengatakan bahawa Zat Allah ta'ala itu di atas 'arasy. - Rujuk : Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11, tahun 1415H, m/s : 73-74 Makkah.

- Katanya Nik Abdul Aziz :


"..kalu oghe-oghe dudok atah kusi..tentulah tuhe ni tidok dudok atah kusi..atah lagi..nok kato datah lagi tak dok doh la..atah pohon kayu tok menasaboh sikit rabut..jadi hok atah skali gak langit.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.


6. SAMBUTAN MAULID NABI
- Ibnu Fauzan berkata : ''Orang jahil dari kalangan umat Islam dan ulama'-ulama' mereka yang sesat merayakan maulidur-Rasul" - Rujuk : 'al-Tauhid, m/s : 120, Riyadh Saudi


- Nik Abdul Aziz pula katanya :


"..akhir sekali org Islam berpikir..kalulah org Kristian buleh tutup pejabat..buleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa..eh..kami pun perlu jugok..buat perkara yang sama..untuk sambut Nabi Muhammad.." - Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

7. MAHA SUCI ALLAH DARI PERGERAKAN


· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERSIFAT TURUN SECARA HISSI


- Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, mereka berkata : "Allah ta'ala turun dari penjuru atas ke bawah" - Rujuk : Syarh al-Tohawi, karangan Ibnu Abil Iz, m/s : 286


- Wahhabi berkata bahawa Allah bergerak. Mengikuti tanggapan mereka Allah berpindah dari pihak atas ke bawah dan dari bawah ke atas - Rujuk : Fatawa Aqidah, karangan Usaimin, m/s : 742

- Nik Abdul Aziz katanya :


"..Nabi sebut bahawo Allah ta'ala turun..turun ke langit dunia di male Nisfu Sya'ban untuk tugas mengampun doso.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

- Kata Nik Abdul Aziz lagi :


"..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk di tempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya'ban..Aku turun turun turun.. hinggo sapa ke langit dunio.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

8. SAMBUTAN MENGINGATI ISRA' DAN MI'RAJ

- Wahhabi mengatakan haram menyambutnya sedangkan dalam masa yang sama menyambut perayaan secara kemuncak ketua mereka Muhamad bin Abdul Wahab selama seminggu - Rujuk : 'al-Tauhid', m/s : 120, karangan Ibnu Fauzan dan kitab 'Bahs Usbu' Sheik Muhamad bin Abdul Wahab

- Nik Aziz pula berkata :


"..hinggo bule rejab ye dikenali sbagai bule isra' mikraj itupun kito tuka namo drpd bule isra' mikraj kpd bulan semayang.." - Rujuk temuramah Nik Abdul Aziz dalam TV PAS.

PERSOALANNYA :


· Kenapa dalam banyak-banyak bulan, bulan Rejab juga yang dipilihnya untuk ditukarkan sambutan Isra' dan Mi'raj kepada 'Bulan Sembahyang'??


· Apakah motif Nik Abdul Aziz menukarkan 'Bulan Isra' dan Mi'raj kepada 'Bulan Sembahyang'?? Adakah ada udang di sebalik mee??


· Adakah perkara yang tak kena kalau menyambut Isra' dan Mi'raj?? Atau ada 'fatwa' dari mana-mana pihak??


· Sekiranya Nik Abdul Aziz tidak menggalakkan sambutan Maulidur-Rasul dengan alasan tidak ada kaitan di antara Nabi dengan umat Islam kerana belum dilantik menjadi Nabi dan mengatakan hanya "Nabi budak kampung" pada waktu itu, kenapa tidak meneruskan saja sambutan Isra' dan Mi'raj?? Bukankah Isra' dan Mi'raj ini berlaku semasa kenabian??

· Kenapa Nuzul Quran disambut manakala Isra' dan Mi'raj dibuang dari Kalendar Kerajaan Negeri PAS (Kelantan)?? Tidakkah kedua-dua peristiwa penting dalam sejarah umat Islam ini berlaku semasa kenabian??


· Bukankah Allah menyebut jelas tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj di dalam Quran? Sekiranya nama Isra' dan Mi'raj tidak penting, kenapa dinamakan Surah al-Isra' di dalam al-Quran? Kenapa Allah tak menamakan saja surah tersebut Surah al-Solat misalnya??


-Sekiranya terdapat keraguan pada penulisan dalam blog ini, saudara-saudari pembaca budiman kenyataan yang menjadi isu sebagaimana yang dinyatakan setiap kali isu dibentangkan. HARAP BERSIKAP MATANG

.......................................................................
Berikut adalah komen pembaca


Khairul Anuar Ismail Maknonyo kalu tok guru nik aziz silap ramai dah hak betulkan dia...sebak tu ramai tk guru pondok ikut dia loni.


May 27 at 10:49pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Ana pun ada tok guru bekah wahabi pekat. syekh syaultut, syeikh wussam khidir masjid azhar. Tapi pok tu diajar semula oleh Mufti mesir loni..kalu pun wahabi x selama-lamonyo jadi wahabi.


May 27 at 10:51pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus betul gapo hk abe tek oyap tuuuh... tp ana ngji nga syaik wazir ... ana sediri dgr dgn telingo ana syaikh wazzir oyap tok guru nik aziz nie ado fahaman kaum muda......tiko tuuuh tok ime wan umar dan ustaz ilyas p.p.tumbuh pon ado..... sbelum ana mari mesir nih


May 27 at 10:51pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Ni ulasan terbaru Syeikh wazir sendiri. kawan ana anak buah kesayangan dia telepon sendiri tanya syeikh.


May 27 at 10:53pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail ustaz ilyas tu ppun tok guru ana..saje jo nak oyak


May 27 at 10:54pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus oOoOOOoOo... molep2... cito syeikh syaltut tuuu ana beso dgr doh.....kito nk tok guru nik aziz ngku saloh gapo hk dyo oyap xbetul jah.... abe tek tau mano tok2 guru pondok sumo ikut tok guru nik aziz?????!!!! kebnyokkn pondok xsetuju bab ilmu nga tok guru,cumo setuju dlm bab bejuang islam jah.... abe tek blik malaysia abe tek bulih kaji sediri......


May 27 at 10:56pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus ustaz ilyas pom tok guru ana jgk... hehehehehe adik beradikseguru laa kitonie abe tek... hahahahaha


May 27 at 11:05pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail ya la paling kure buke semo kato dio tu wahabii. Cerito dio wahabi ore tutup lamo doh fail..hehe. Tok perlu dia ngaku kalu dia rasa dia buke wahabi. kalu dia tok kecek akidoh wahabi loni pun pade dohh...


May 27 at 11:05pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail molek2..ana pun maghi kok pondok jugak..bilo duk mesir lamo ni pehe banyak karo la..


May 27 at 11:06pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Tok guru nik aziz ni keramat dia nyata...ana skoda nak husnu zon..mace ulama kito di mesir ni.


May 27 at 11:08pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Enta ngaji ngan us ilyas kitab gapo?






May 27 at 11:09pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus masa'alah nyo abe tek,tok guru kecek pulop laaaa. mcm muhammad kg tuuuh.. lagu mano komen abe???


May 27 at 11:11pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail tok guru tua dah..mulut ore tua meme la lagu tu. time maghi pongoh nok buat guano. mace syatohaat la. time tok kaba. Syeikh Nuruddin pun tegur dah..tapi dia tokla kata tnga wahabi,sesat...tegur penuh beradab..dengan akhlaq ulama...mace ulama pondok kita buat...tegur nasihat..


May 27 at 11:16pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Masa syeikh nor tegur di mesir ana pun ada dalam majlih pengajian tu...dia tak anggap tnga tu melainkan tok guru dia jugak


May 27 at 11:17pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus kitab matori syaroh sittin masaelah,tasywi kul khallan hasyiah jurumiah n kitab2 jawi hk lain....ngji huduh2 jah kito abe tek weeeh.. bnyok ag keno ngji nga abe tek... hehehehe


May 27 at 11:18pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Ulama lain pun banyak trimo kasih ko tgna...malah ulama besar taraf wali mace sayyid mohd alawi, anak dia, habib umar maghi tengok,ziarah tok guru..kalu buleh kito lagu tu la...


May 27 at 11:19pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail banyak enta ngaji ngan dia..ana ngaja Qatrunnada denge hasyiah syarqawi ala tuhfah tullab jah...hebat babo faez al-idrus kito. brasa bangga ada bdk pondok maghi mesir..hok ramainyo tak se nagaji mesir..


May 27 at 11:21pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail ana ngaji ..ssalah tu.


May 27 at 11:22pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus betuuul abe tek.. ambo sokom... ambo pon tetap akui tok guru nik aziz dan hurmati dyo... tp dlm bab dk xkeno ana ambik caro syaikh nuruddin.... keno tegur jgn buat snyap nyaknyo ko ore awam....hhehehee


May 27 at 11:22pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail baguh la tu...ana pun sokom la jugak. Kena tegur..tapi kata sesat dop la..


May 27 at 11:23pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Manusia banyak silap..tok kiro sapo..kullu ibnu adam khotto' wa khairul khotthoeein tawwabuun. Ana pun ada silap, enta pun buleh jadi ada, ore lain pun g2 jgk..


May 27 at 11:26pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus weee mano ado abe tek.. kito ingt belako lg nasihat abe tek tiko dk ma'ahad n jupok skali skalo pondok p.tumbuh mulo... abe tek nie kito anggap supo abe amin jgk ... tok guru kito... hehehehehehe habib umar memey ziaroh tok guru nik aziz ana ado dlm rombongan habib umar tiko tuuuh... tok guru nik aziz xberapo nk jupok mano nga habib umar... panje laa cito dyo nk bulih ko jupok jgk tuuuh abe tek..heheheehe


May 27 at 11:27pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail tak pola..sayyid alawi make skali dgn dio pun pade dooh..


May 27 at 11:28pm · LikeUnlike · Khairul Anuar Ismail Ana ada kijo ni..anak bangun daah...MOTO terakhir ana..hehe MARILAH KITO BERAKHLAQ DENGAN AKHLAQ ULAMA..MAJULAH AHLU SUNNAH UNTUK UMMAH..


May 27 at 11:30pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus ana lg bnyok saloh abe tek weeeh


jolo doh tuuuh.. abo doa2 skmo bia tok guru semakin molep hubungan nga sep2 pondok..... nk tengok bena umat islam kito bestu semulaaa. PAS jgn pecoh....


May 27 at 11:31pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus sokom abe tek kito..... hehehehe


May 27 at 11:31pm · LikeUnlike · Faza Ali Hassan PAS jgn DAP...


May 28 at 12:19am · LikeUnlike · Penunggu Kubor nik aziz sbenanya bukan wahabi..tp wahabi serba saloh...nk zahirkan kewahabian 100%..takut dimarah orang...yakni ulama2 la...jadi nik aziz guna pendekatan jarum peniti...cocok halus2...


May 28 at 3:14am · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus betul babo lee.... ambo raso2 laaaa gitu jgkkk....


May 28 at 3:45am · LikeUnlike · Nik Muhd Haziq ana pnoh kecek nge ore wahabi...


dyo oyt tuhe duduk ats arasy..tp duduk ats arasy tu


bkn duduk spo kto makhluk.....


May 28 at 11:58am · LikeUnlike · Fahimah Ali Hassan kalau mcm 2la...TG Nik aziz tu tak sepatutnya dijadikan idola pada orang ahli sunnah wal jamaah. Title TUAN GURU tu sepatutnya hanya kpd Tok guru Pondok yang sebenarnya.


May 28 at 2:02pm · LikeUnlike · Fahimah Ali Hassan tp malangnya masih ramai orang awam dan orang biasa yg tidak memahami apa itu WAHABI. Hanya mereka yg benar2 mengaji saje yg tahu...






May 28 at 2:04pm · LikeUnlike · Penunggu Kubor terjemah caro kg deh...ado jugak tafsiran lagu tu deh...bermakna Al Quran ni ada dua tafsiran...secara kg satu dan secara apa pulak satu lg??nik aziz kecek tu terang benar mengambarkan bahawa mujassimah dan musyabbihah...nk terang lg baco p...rabih halaman 23,24,25 tafsir surah yunus karangan guru besar nik aziz...kitab tafsir hok ni payoh nk beli...ambo sdiri xleh beli2 lagi...xdok dikedai..kebanyakan sudah habis...mungkin skolah maahad tahu kot...sebab cetakan dia...ambo xdok informer dalam maahad...ambo dok pinjam dengan sain jah...jadi ambo photokopi 3keping halaman td tu...masalah istiwa ni panjang...sebab ramai orang dok kesamaran..dalam tafsir ulinnuha dok caro istiwa sajo jah... semua ulama salaf dan khalaf takwil ayat ni...tak mahu guna makna zahir...sebab makna takwil adalah memalingkan dari makna yg zahir....jadi beza antara salaf dan khalaf adalah


-salaf mentakwil scara ijmal dan


-khalaf takwil secara tafsili...


jadi perkara pertama yg diambil tindakan oleh pihak salaf dan khalaf dalam menangani ayat mutasyabihah adalah takwil,kemudian diikuti pula tanzih...cuma berbeza dr cara takwil jah...babo ez DLL tahu blako doh...cuma nk pringat ko ambo jah ni...ko guano??...masalah nik aziz pulak dia isbat dulu,kemudian barulah dia tanzih...ini apa cara?kalu paka kaedah ni gak,TUhan tidur,tp tidur yg layak bg Dia...Tuhan bersila,tp bersila yg layak bagi Dia...Tuhan ketawa,tp ketawa yg layak bagi Dia...adus...penat2...


Kesimpulannya ahli sunnah menangani ayat2 mutasyabihah dengan takwil kemudian diikuti pula dengan tanzih..


adapun bermula guru besar nik aziz dan yg sewaktu dengannya pula mengambil tindakan dengan mengisbatkan kemudian diikuti pula dengan tanzih....tolong bbetul babo ez dan lain2 babo tuh.


May 28 at 2:25pm · LikeUnlike · Penunggu Kubor F.A.H....itulah realitinya sekarang...apabila title tok guru mudah diletakkan keats orang yg tidak layak...maka terjadilah fitnah yg maha dahsyat...


May 28 at 2:29pm · LikeUnlike · Penunggu Kubor sambungan hok atas sakni..nk baiki skit...ahli sunnah mentakwilkan ayat kemudian mentanzih dan yg terakhir tafwid...adapun wahabi isbat,tanzih barulah tafwid..


May 28 at 2:40pm · LikeUnlike · Fahimah Ali Hassan Allah..Allah..Allah gerunnya fitnah akhir zaman. Mca mana pula dengan politik kita? Sape yg nak kita sokong skrg ni bila


Mursyidul Am PAS itu WAHABI?


May 28 at 5:27pm · LikeUnlike · Fahimah Ali Hassan sayangnya apabila ada satu parti yang bergerak atas nama Islam sayangnya ada WAHABI di dalamnya. Nape??? Tak ada ke Tok Guru Kelantan yg ada menegur dan menerangkan akidah yg sesat ini pd ustaz Nik Aziz? Dgrnya Tok Ayah sgt2 dimusuhi ustaz nik aziz ni skrg ni...


May 28 at 5:36pm · LikeUnlike · Mohd Roza fahimah Ali Hassan - Buke Ustaz Nik aziz hoh memusuhi Tok Ayah Demo2 - Tapi Tok Ayah Demo2 Hok memusuhi Ustaz Nik Aziz - Ustaz Nik Aziz tak kata gapo ko dio -- Knapa , Mgapa kena tanya Tok Ayah Demo lahh -Maaflah nak oyat cikit Kalu Nak Lawe Peribadi Ustaz Nik Azizi gan Tok Ayah Demo bab Make tak Leh nak Lawe doh - Maaflaa ini realiti - Ikutilah perkembangan jage dok taksud GAK -- Kalu Tak Caya Try laaah Tanya BABA ZID Guana gak Tok Ayoh Nih ...Ketam Nak ajr anak jale betul mana bolehhhhhhh ..


May 28 at 5:57pm · LikeUnlike · Mohd Roza Dan ingat Saudara2 Ku semua yang berlaku ini adalah Jarum2 Halus Kristian agar Umat Islam Yang Bersatu Berpecah - Ana tak nak masuk dale bab wahabi ni - Carilah jalan yang bolehkan umat islam bersatu .... Hok silap Tok Ayoh Demo dale bab... ini banyok dooh .. Nak Oyat Pun tak abis sehari .... Tanyo laaa ore di sekeliling pondok dio tu wapa ekor hok turut dio -- Ambo tk sir bahas cuma wasa terpanggil sebab awok 2 demo ni berat dooh dok kata kokre - Sesat laa , Munafik laaa -- JOLO KO - Jage Dok Turut Napsu Gak - Cari laaah Jalan Yang terbaik Untuk ISLAM .. See More


May 28 at 6:14pm · LikeUnlike · Penunggu Kubor memang pun...tok ayah makan guna kaki...xguna tangan memang teruk pon...nik aziz sorang je makan guna tangan...ini la caro orang skang berpolitik...xkira mana2 parti...suka benar kato pribadi ore...apabila kehabisan hujjah gak...lagu tu la......bila ajak berbincang,berbagai alasan diberi...bulan lepas,para2 guru halaqah nk berbahas dengan ank murid tok ayah.(Abdullah Samaah)...sehingga hari ini xdok bunyi kabar brita...skang ni plak heboh penghulu pas ajak debat...nk tengok staro mana...gini la roza...anta kalu brasa tidak puas hati..pintu perbincangan dibuka..bila-bila masa...gi la di kedai ust din tepi masjid geting tuh....ambo sentiasa menunggu...ank murid tok ayah ramai dh bersedia..


May 28 at 11:26pm · LikeUnlike · Sayyidi A'sif Al-bajoki wallah hu a'lam....


May 29 at 12:16am · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus ambo sokom 100 peratus babo lee kitoo.... ambo hk dk mesir nie pom sedio lamo doh... pade seroh ko ambo hk kelas2 perebek nih jah babo lee.... hehehehe


May 29 at 5:48am · LikeUnlike · Penunggu Kubor kalu babo ez kelah prebek...kito kelah tukang kebun la..bkpo roza xsey komen pasal wahabi....takut kena atah palo guru besar ko?


May 29 at 1:35pm · LikeUnlike · Mohd Hafiz Yaacob لا حول ولا قوة الا بالله


gelaran tok guru tak layak untuk orang yang berakidah dengan akidah tajsim dan tasybih. Bahkan imam syafii juga mengkafirkan mereka yang beriktiqad Allah duduk bertempat diatas arsy ini .






http://hafizhandasah.blogspo...t.com/2009/08/apakah-makna-istawa.htmlSee More


May 29 at 9:36pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus babo lee tuuuww..kito ore baru ngji jah nk badi nga saf2 babo2 sumguh ngji puloh2 tahun xpade.... tp baik kito laaa naik debat nyooh xpade hk alim2 sumguh nk naik... hehehehehe


May 30 at 2:03am · LikeUnlike · Mohd Hafiz Yaacob hehe


May 30 at 2:23am · LikeUnlike · Arts Rahman mohon share tuan...


June 5 at 6:10pm · LikeUnlike · Sayyidi Faez Al 'Aydrus insyaALLAH..... Silakan sebar,demi islam....


June 5 at 11:35pm · LikeUnlike · Kuwe Anymal Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab ...fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).


June 7 at 8:10pm · LikeUnlike · Kuwe Anymal cuba anda hayati kata2 ini..cuba anda terangkan bagaimana keperincian...takrif golongan salafi....cuba lihat kitab tafsir ibnu kasir tentang bagaimana penghuraian yang wujud didalam tafsir tersebut...


Dari Album  lawan akidah sesat wahabi by Sayyidi Faez Al 'Aydrus

Tuesday, June 30, 2009

Betulkah UMNO kalah dalam political marketing?




Tun Mahathir bukan sahaja seorang statesman tetapi pemasar terulung Malaysia



Penulis terpanggil untuk menulis topik ini memandangkan ramai yang memberi komen tentang UMNO yang dikatakan slow nak bergerak dan mengenalkan strategi baru, lembabnya macam dinasaur.



Penulis faham, kita semua membesar dengan UMNO, dari situlah negara yang baru merdeka pada 31 Ogos bertatih, UMNO lah parti yang memperkenalkan affirmative action selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi Baru. Jadi jatuh bangun UMNO adalah jatuh bangun Malaysia. Kawan-kawan blogger kita tegur sebab semua orang sayangkan UMNO!



Waktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak dikecam hebat di London, tapi waktu telah menentukan affirmative action melalui DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan penduduk termiskin terbanyak di Malaysia, iaitu Melayu dan Bumiputera. Malah tanpa affirmative action dan DEB, Malaysia mungkin terjerumus dalam satu lagi kancah kegawatan sosial seperti yang pernah berlaku semasa krisis kewangan tahun 1997-1998 yang membawa kepada race riot di Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto dari tampuk pemerintahan negara akibat agihan ekonomi negara yang tak seimbang antara kaum!




Bukan sedikit cerita-cerita kemiskinan berlegar di kalangan generasi yang berumur 35 dan 50 an ke atas, dimana mereka membesar di kala negara pada waktu itu baru nak bertatih dalam ekonomi. Antara kawan-kawan penulis ada yang pernah bercerita pernah duduk atas tin biskut di sekolah pendalaman di Sarawak di tahun-tahun 1980an. Kawan penulis itu sekarang jadi jurutera dengan sebuah syarikat minyak terkenal di Malaysia. Di tahun 1960an pula, waktu negara mula-mula merdeka, ibu penulis menceritakan awal penglibatan beliau sebagai pegawai kerajaan di Pahang, datuk telah menyewa sebuah teksi sewa bagi ibu penulis mendaftar di sekolah yang baru. Ibu terkejut bila teksi berhenti separuh jalan.....dan perjalanan di sambung dengan bot!




Waktu itu, pada zaman 1960an, negara yang paling kaya dan paling berpotensi di Asia Tenggara adalah Filipina dengan President Macapagal (bapa presiden Gloria Macapagal Aroyyo).



Penulis juga masih ingat bila "balik kampung" dan duduk dengan datuk penulis yang kebetulan bekerja sebagai pegawai kastam di Singapura, penulis lihat kemiskinan juga meleret hingga ke Singapura. Waktu itu, Orchard Road yang gah dengan gedung membeli belah ternama sekarang tak ubah macam Chow Kit Street, dan penulis paling suka ikut nenek ke Orchard Road untuk membeli buah laici!



Malah waktu itu, duit syilling Singapura tak laku di Malaysia sebab nilai matawangnya lebih rendah. Alangkah banyak yang dah berubah sekarang di Singapura. Penulis hairan bila datuk pencen pada tahun 1972, kenapa datuk balik dan memilih untuk menetap di Malaysia, sedangkan datuk ada pilihan, sebagai pegawai tinggi pemerintah Singapura, datuk boleh menetap di Singapura. (Sebenarnya usaha mengekang kemasukan lebih banyak pegawai Melayu telah dibuat di mana hanya pegawai Melayu/Mamak yang berpendidikan Inggeris sahaja dibenarkan bekerja di Singapura. Pegawai Melayu yang tidak berpendidikan Inggeris berkhidmat di Johor.)




{Bila penulis pergi melawat Singapura sekali lagi pada tahun 1990an, terlalu banyak yang dah berubah! Pegawai -pegawai jawatan tertinggi dalam kerajaan di Singapura sekarang dah tak nampak muka Melayu. Jika di barisan hadapan seperti polis, kastam dan tentera dah terlalu sedikit yang namanya Melayu..jika ada hanya jadi tukang masak



Fast Forward, 30 tahun kemudian.......



Penulis masih ingat bila Tun Mahathir Mohamad (TDM) mula-mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat...mula-mula yang dibuat adalah mengenalkan slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH. Bertekat ingin membangunkan Malaysia dari tidur, TDM menyeragamkan masa kepada masa di Sabah dan Sarawak yang cepatnya 30 minit!




Mahu tak mahu, Singapura TERPAKSA AKUR dan ikut masa Malaysia (yang asalnya masa Sabah dan Sarawak!) Dunia dikejutkan dengan adanya satu pemimpin berani yang memberikan positive imej kepada Malaysia. Kesannya adalah keyakinan masyarakat pelabur meningkat, kepesatan pembangunan infrastruktur yang kita lihat sekarang di Malaysia dan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) di kawasan industri Pulau Pinang, Kulim, Selangor dan Johor.



Penulis ingat lagi, waktu melanjutkan pelajaran ke luar negara, classmate penulis asyik bertanya di mana letaknya Malaysia........ah terpaksa di jawab antara Filipina dan Singapura. Malah nama Vietnam lebih gah dan dikenali dari Malaysia di luar negara.


Tetapi dalam masa yang singkat, TDM telah berjaya merubah Malaysia, satu negara yang dulunya economy backward kepada negara yang menjadi pilihan pelabur melabur ...bukan sedikit waktu itu ibupejabat konglomerat antarabangsa yang menutup operasi di Singapura dan memilih Malaysia menjadi destinasi ibupejabat yang baru kerana mempunyai tahap pekerja mahir yang tinggi, negara yang stabil dari segi fundamental nya iaitu Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi (PEST) ; iklim politik, hubungan sosial antara kaum dan geografi amat stabil, jalinan infrastruktur yang baik, pekerja mahir dan kos operasi yang lebih rendah dari Singapura! Apa yang TDM buat adalah menjadikan Malaysia sangat attractive dari segi marketing ke pesada dunia antarabangsa!



Fast Forward selepas 20 tahun pemerintahan TDM




Sifat TDM yang dominan, iaitu eagle personality, menyebabkan beliau mempunyai 4 orang Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, DSAI dan Tun Abdullah. Agaknya sebab sifat TDM yang dominan macam helang dan kejayaan Malaysia yang menjulang dari segi politik, ekonomi dan sosial sepanjang 20 tahun ini telah menjadikan ahli UMNO complacent dan mengganggap kejayaan UMNO adalah sinonim dengan kejayaan Malaysia dan sebaliknya. Dalam masa tersebut, penulis tidak nampak sebarang usaha bersunguh-sunguh untuk menjenamakan UMNO.....dan mendekatkan UMNO dengan barisan pelapis. (Usaha merekrut lebih banyak pemimpin pelapis UMNO bermula selepas pilihanraya 1998 dengan tertubuhnya Puteri UMNO. Usaha ini dibuat setelah kertas kerja disiapkan oleh Datuk Azalina).



Pemimpin UMNO lebih senang menyerahkan segala penerangan mengenai polisi Malaysia bulat-bulat ke tangan pegawai Malaysian Student Department (MSD). Mungkin di negara Kanada di mana penulis belajar, ianya memadai sebab masa penulis belajar, bilangan seluruh pelajar tajaan JPA tak sampai 300 orang! Jadi video tape Peristiwa Memali, kenapa ianya terjadi, apa yang terjadi, Kertas Putih Tun Musa Hitam dapat diterangkan kepada pelajar yang masih hijau mengenai politik. Tetapi bilangan pegawai MSD yang sedikit berbanding pelajar yang ramai dan sifat pelajar-pelajar Malaysia yang suka "berkampung" di perantauan menyebabkan usaha penerangan polisi kerajaan kurang berkesan di negara yang bilangan pelajar Malaysia banyak seperti USA dan UK.



Usaha PAS tarik pelajar university selama 20 tahun!




Berbanding dengan UMNO, pemimpin PAS tersangat agresif memasarkan ideologi PAS di kalangan penuntut Malaysia di luar negara. Bukan rahsia lagi, pemimpin PAS sekarang adalah direkrut dari peringkat university! Caranya cukup senang, bila pemimpin PAS ke luar negara, mereka memilih untuk duduk dengan penuntut Malaysia...nak save expenditure cost sewaktu di perantauan. Di samping itu ideologi PAS dipasarkan semasa sesi usrah dan Konvensyen Malaysia Student Islamic Group (MISG). Hasilnya, cuba kita lihat barisan pemimpin PAS sekarang seperti Dr. Lo' Lo (university tempatan) dan Nizar Jamaluddin (University luar Negara) direkrut di peringkat university....pemasaran ideologi PAS telah bermula di university! Nampaknya hanya UMNO/BN yang menghormati AUKU selama ini!




Bersambung..................




Adakah harapan untuk UMNO? Bagaimana UMNO boleh leap frog untuk mengimbangi pemasaran ideologi PAS?