25 March 2010

Hidayah ALLAH




Maksud firman ALLAH di dalam Surah Al-Qasos :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima islam),tetapi ALLAH jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya."

Ayat 56-Juz 20-Baris ke 7 (dari atas)

Daripada mafhum ayat di atas,maka kita dapat memahami bahawa hidayah adalah suatu pemberian dari ALLAH yang mana diberikan kepada hamba-hambaNya yang dia kehendaki sahaja.Kita sebagai manusia ini hanya mampu memberi peringatan sahaja kepada orang lain seperti mana apa yang Nabi Muhammad lakukan dan selebihnya adalah dari ALLAH S.W.T.

Banyak kisah yang kita dengar mengenai orang yang memeluk agama islam setelah mana dia telah hanyut dengan agama kristian dan sebagainya.Ini adalah kerana Allah telah mencampakkan kesedaran kepada orang tersebut lalu memeluk agama yang suci ini.

Maka tujuan post ana pada kali ini ialah untuk berkongsi kisah seorang hamba ALLAH yang memeluk agama islam kerana takjubnya beliau dengan kebesaran ALLAH di mana beliau telah menemui sungai di dalam laut dalam.Beliau ialah seorang penyelam laut dalam yang telah menyelam di dalam laut di serata dunia dan mempunyai banyak pengalaman.

Mari kita ikuti kisahnya...
(link)





















15 March 2010

Kuasa Allah

Keajaiban kuasa Allah di dalam rahim ibu




Bayi sedang bermain-main

Sumber video di download dari link ini




Bayi sedang minum di dalam perut si ibu

05 March 2010

كلمة موجـــزة

Serba ringkas mengenai 4 imam qiraat syaz :

ابن محيصن : - Muqri' bagi penduduk Mekah (Bersama-sama Ibnu Kathir)

- Bertalaqqi dengan Abu 'Amr

- Penduduk Mekah memilih qiraat Ibnu Kathir dan meninggalkan qiraat Ibnu Muhaishin

الحســن البصري - Memimpin penduduk pada zaman beliau hidup

- Seorang yang mempunya ilmu dan mengamalkannya serta fasih kata-katanya,zuhud dan sebagainya.

- Gurunya ialah Abu Musa Al-Ash'ari dan Ubai Bin Ka'ab dan Zaid Bin Thabit Dan Umar Bin Al-Khattab.

- Anak muridnya : Abu 'Amr dan 'Asim Al-Juhdary

الأعمـــش - Gurunya ialah Zir Bin Hubaisy dan 'Asim Bin Abi An-Najuud

- Anak muridnya ialah Hamzah

- Suka berdamping dengan sultan

- Sedikit takabbur kerana dia mengatakan "Sesungguhnya Allah telah menghiasi kaum-kaum itu dengan Al-Quran dan aku adalah di antara orang yang Allah telah hiasi dengan Al-Quran."

المـــطوعي - Seorang Imam yang 'arif dan sangat dipercayai di dalam bacaan Al-Quran.

- Gurunya ialah Idris dan Ibnu Syanbuz

- Umurnya panjang dan beliau telah menghabiskan sanad qiraat dengan mendapat sanad yang tinggi.

PENGUMPULAN QIRAAT SYAZ DI DALAM 3 KITAB :

1) Al-Mubhaj
2) Al-Mufradah
3) Al-Mustanir

Bersambung...

*Rujukan : Mukhtasor fi ad-dhobt wal qiraat as-syazzah
i'daad wa tartib : As-syeikh Husin Muhammad Muhammad Al-'Asyri

Mohon ditegur jika ada kesalahan yang berlaku di dalam terjemahan ini

04 March 2010

Qiraat Syazzah

Qiraat yang diterima pakai mestilah memenuhi 3 syarat :

1) Tawatur
2) Sama dengan salah 1 daripada wajah-wajah bahasa arab (tidak kira samada dari segi nahunya kuat ataupun tidak)
3) Sama dengan salah 1 daripada Mashohif 'Uthmaniyyah

Ta'rif tawatur : Sesuatu yang di naqol kan oleh 1 jama'ah (ramai),dan mustahil mereka semua (jama'ah) akan berhimpun dan berbincang untuk melakukan penipuan.

Maka yang dikatakan Syazzah itu ialah barang yang datang bukan dengan jalan tawatur.

Jumhur ulama' telah mengatakan bahawa qiraat yang syaz ini tidak boleh dibaca dengannya walaupun ianya menyamai dengan resam dan bahasa arab.

PERINGATAN : Apabila kita telah mengetahui bahawa qiraat syaz ini tidak boleh dibaca,maka kita hendaklah mengetahui juga bahawa ulama' terdahulu dan kini telah bersepakat harusnya kita mempelajari akan qiraat imam yang 4 (syaz) dan juga menulis tentang qiraat syaz ini di dalam kitab-kitab dan juga membahaskan wajah-wajah qiraat syaz ini dari segi bahasa arabnya dan juga maknanya dan sebagainya.Maka kesemua ini adalah harus.

Ada 1 contoh yang suka saya bawakan ialah mengapa kita mempelajari hadis dhoif sedangkan ianya dhoif dan ada banyak lagi hadis sohih?Tambahan lagi hadis dhoif juga ditulis dan terdapat di dalam banyak kitab.Maka jawapannya ialah hadis dhoif ditulis dan dipelajari adalah kerana kita boleh mengetahui sekiranya kita membaca 1 hadis,maka kita boleh bezakan samada dhoif atau sebagainya.

Begitu jualah halnya dengan qiraat syaz.Kita boleh mempelajarinya kerana sekiranya kita membaca qiraat,kita dapat membezakan bahawa ini syaz dan ini mutawatir.

1 persoalan yang timbul ialah dari mana datangnya qiraat syaz ini?

Jawapan : Setiap tahun,pada bulan ramadhan,Nabi Muhammad bertalaqqi dengan Jibril sebanyak sekali tetapi tahun Nabi wafat,Nabi bertalaqqi dengan Jibril sebanyak 2 kali maka ini dinamakan عرض الأخيـــرة .Pada عرض الأخيـــرة ini,ada beberapa kalimah yang telah di nasakh kan semasa proses talaqqi Nabi dengan Jibril,maka yang di nasakh kan itulah menjadi qiraat Syaz.

Bersambung...insyaALLAH...

02 March 2010

Kematian itu adalah pasti



ولكل أمة أجل فإذا جــاء أجلهم لا يستأخرون ســاعة ولا يــستقدمــون -Ayat 34,Surah Al-'Araaf

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan.Maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka dikemudiakan walau sesaat pun,dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

Ini ialah renungan buat kita bersama kerana terkadang kita ini leka dan tidak mengambil ingat akan perihal kematian.Boleh dikatakan setiap hari apabila kita membaca berita di mana-mana akhbar,mesti terdapat berita tentang kematian dengan bermacam-macam cara.

Dengan itu suka saya bawakan sahabat-sahabat kepada berita yang baru saya baca di akhbar Metro pada hari ini tentang kematian seorang hamba Allah ini yang saya kira asbab kematiannya lain dari yang lain tetapi yang paling penting kita percaya setiap orang adalah telah tercatat ajal maut itu cuma kita doakan semoga kita mati di dalam keadaan beriman kepada ALLAH.

اللــهم أمتنا بالإيــمن يــــا رب


Berita lanjut di sini ...

01 March 2010

Sambungan مستثـــنى للــسوسي

Pada entri lepas saya ada bincangkan kalimah-kalimah yang terkecuali bagi Susi untuk di ibdal kan.Jadi di sini saya ingin meneruskan lagi insyaALLAH jenis yang ke-3 bagi Susi yang tidak di ibdal kan.

3)Kalimah تؤؤي di dalam Al-Ahzab & تؤويــه di dalam Al-Ma'arij - Dua kalimah ini sekiranya ibdal maka jadilah تـــووي .Maka berhimpun dua و .Mengikut kaedah,apabila berhimpun dua wau,hendaklah idghom dan sekiranya idghom pada kalimah ini,maka ia akan menjadi berat (تـــوّي )

Maka bacaan dengan hamzah (tidak ibdal) adalah lebih ringan.

Dalil ---> وتؤوي وتؤويه أخف بهمزة

4)Kalimah رئــيا di dalam Surah Maryam - Kalimah ini sekiranya ibdal dan idghom kerana berhimpun dua ي maka jadilah ريــّا .Ketika ini,lafaz ini telah menyerupai lafaz الريّ iaitu perut yang dipenuhi air.Maka bersalahan pula dengan makna sebenar yang dikehendaki oleh Al-quran.Oleh kerana itulah tidak di ibdal kan pada kalimah ini kerana makna yang dikehendaki ialah الرؤيــة iaitu elok pada pandangan mata. (منظر حســن )

Dalil ---> ورئــيا بترك الهمز يشبه الإمتلا

5)Kalimah مؤصدة - Kalimah ini tidak di ibdal kerana khuatir orang akan salah sangka pada asal kalimah ini.

Abu 'Amr mengatakan asal kalimah ini ialah pecahan dari آصــدت di mana fa fi'el adalah hamzah tetapi ada qiil mengatakan asal pecahannya ialah dari أوصــدت ,maka hamzah bukan lagi huruf asal kalimah di sini,malah معتل اللام .Kerana itulah tidak di ibdal,khuatir orang akan menyangka bahawa asal kalimah مؤصدة adalah dari pecahan أوصدت .

Dalil ---> ومؤصدة اوصدت يشبه كله تخييره أهل الأداء معللا

والله أعلم