----

----
----

Wednesday, August 19, 2015

Western Australia Day 12 - 16 [Finale]: Perth – The Pinnacles – Freemantle - KL (26/5/2015 - 30/5/2015)

Nak habiskan entry ni terus boleh tak? Malas dah nak tulis. HAHA

Day 12.
Hari ni abah dan Amni demam. Huhuhu. So, perjalanan agak membosankan. Cadangan asal nak ke Lancelin, main sand surfing dan terus ke The Pinnacle, drive dalam 2 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan cuma highway saje, kami berhenti lepak dan masak masak dekat 1 pit stop je. Dekat sana ada banyak pit stop untuk rehat-rehat dan untuk tengok pemandangan.

Bila sampai Lancelin, kami terus la ke kawasan surfing tu untuk tinjau-tinjau kawasan. Sebab nak main, abah dan anak demam, jadi tengok je lahhh. Dan mama is sadddd. Dan tetiba je hujan turun. Tau tau je mama tengah sedih. HUHUHU.

Tengok dari jauh je.
Bila dah hujan, maka kami teruskan lah perjalanan ke The Pinnacles, bayaran masuk A$12 per car. Masa ni turn mama drive. Wah. Cuaknya nak drive di antara batu batu dalam pinnacles tu. Sebab dekat sini boleh drive masuk dalam kawasan desert tu, tapi kena ikut laluan yang disediakan. Takleh laju laju. Slow and easy je. Best masuk sini. Unik. Cuma cuaca terlampau terik walaupun cuaca sejuk. I kenot imagine kalau summer. HUHUHU

Cuak

Alia berangan le tu

Mangsa bila anak letih. HUHU

Abah dan Amni yang demam

Terik kan?

Tapi sejuk. Tengok belah kanan tu, Kereta kena lalu ikut jalan yg disediakan sahaja

Macam muka orang
Lepas dah puas lepak, maka kami pun terus cari tempat bermalam. Seperti biasa cari camp site je, dalam 15 minit dari pinnacles. Dekat sana, kami ambil Pinnacles Holiday Park. Untuk 2 malam, A$84. Camp site ni kena book awal, sebab rasanya inilah satu satunya camp site area pinnacle. So, memang fullhouse untuk 2 malam, dan kami pun ada jiran. Yeay. Tapi yang tak best nya sini takde ensuite, maka toilet/shower kena share. Dan jauh.
Tempat tidur kami. Ada jiran.

See? Penuh kan? Yg belah kiri sekali yg warna brown tu la toilet. Jawooohhhh. Van kami paling kanan. HUHU

Sun set

Sun set lagi

Day 13. 
Hari ni semua rasa sihat dan bertenaga. Maklum la semalam tak ke mana sangat. Rehat dan tidoq je. So, today, pagi pagi dah bangun nak meronda. Kita mulakan dengan melawat Lake Thetis. Tengok tasik je. Tapi ni tasik bukan sebarang tasik. Dalam tasik ni ada hidupan yang dah hidup beratus tahun tanpa gagal. Batu. Ye. Tengok batu je. Batu tu hidup tawww so tak boleh sentuh, nanti rosak. Boleh tengok je.

Amboi. Happy sungguh beliau ni

Anak dan abah

Baca sendiri



Tu la batu nya. Macam tompok tompok kurap je kan? hihihi

Anak bertuah ni tido je
Lepas tengok batu, kami ke Jurien Bay. Teropong laut je dari jauh sebab malas nak jalan. So, tengok pemandangan dari jauh je.

Kena memanjat. Adoiiii

Beratnyaaaa anak anak
  
Tiba tiba mama digomol

Lalu jatuh ke tanah. Geram sungguh.

Aktiviti saja saja
Lepas Jurien Bay, dah tak tau nak ke mana. So, kami decide nak main pasir. Yeay. Hihi. Mama is happy. (sebab abah tuduh mama merajuk semalam tak dpt main pasir.) Suke hati je tuduh tuduh. So, ke Lancelin kita. Oleh sebab dah tau kawasan (semalam kan dah ukur tanah), kami terus menuju ke Lucky 7, tempat sewa sand board. Sewanya A$10 untuk 2 hours, tapi kena letak deposit A$50 dan akan dpt balik after kita pulangkan sand board tu.
Masa sewa board tu, Alia dah cuak dah. Sebab kami sewa 1 je, cakap ni untuk Alia laa..Dia tanya: “Mama, kalau Alia fell down, how to swim?” kihkihkih. Dia ingat nak surf dalam laut agaknya. Lalu mama tunjuklah pada beliau selautan pasir. Baru lah “Ohhhhhhhhhhh”. HAHA. Tapi tapi tapi. Penat nyaaa lahaii menapak ke tengah padang pasir itu. Bergilir gilir lah dengan En Temmon, tukar tukar dukung anak dengan dukung board. Dua dua berat. Takdak beza. Huhuhu. Satu hal lagi nak panjat ke puncak pasir tu. Permainan ni sesuai untuk orang-orang yang gagah je. Orang yang byk ternak lemak, syoh syoh ketepi kau duduk di hujung sana. HAHA. Kurus weeeh asyik turun panjat turun panjat je. Nanges!

Jauhnyaaaa nak menapak

Cubaan daripada abah

Cubaan daripada anaknya pula

Lalu jatuh tergolek

Cubaan daripada mama. Of kos tergolek jugak

Penuh seluar dia masuk pasir. HUHUHU

Lepas dah puas bermain pasir, kembali lah kami ke tempat tidur. Rehat, lepak dekat playground, tengok sunset.

Day 14 kami kembali menuju ke Perth. Tapi singgah dulu lah dekat area Yanchep kan. Takkan tengok saje. Dekat sini singgah Two Rocks dan Yanchep National Park. Dekat Two Rocks tu sepatutnya kena jalan di persisiran pantai sampai lah jumpa dua batu. Dah nama pun two rock, kannn. Tapi macam biasa, kami tengok dari jauh je. HAHA. Dasarrrr. 

Bergambar di sini je lahhhhhh

Dekat Yanchep National Park tu, dekat entrance kena bayar, A$12 per car. Tiket masuk sini rupanya boleh guna untuk masuk ke Pinnacles KALAU hari yang sama. Tunjuk je tiket yang sama tu dekat kaunter entrance. HUHU. Kalaulah tahu dari awal, boleh la plan jadual kan.. Tapi takpa lah. Redho je lah.

Dalam ni, banyak kangaroo liar. Sila berhati hati bila drive ye. Kang tetiba je dia melompat atas kereta. Kat sini jugak ada koala. Banyak gila atas atas pokok. Tapi koala ni spesis suka tido. Macam aku. Eh?

Tempat koala

Banyakkk atas pokok. tapi semua lena



Lepas dah puas meronda dalam national park tu, kami terus menuju ke Fremantle, tido dekat Woodman Point Holiday Park untuk 2 malam, A$98.

Day 15. 
Hari ni adalah hari santai dan hari shopping. Lepas breakfast, pagi pagi lagi kami ke E-Shed Market. Tempat shopping souvenir murah murah. Tapi E-Shed ni buka cuma hari Jumaat-Ahad sahaja, sila rancang jadual anda. Banyak review pasal E-Shed Market ni dekat google. Pandai pandai lah pilih sebab ada 2 main kedai yang jadi tumpuan ramai. Satu orang Indo punya dan satu lagi orang Singapore punya. Bila tah orang Malaysia nak buka kedai dekat sini. Harga lebih kurang sama je, pandai pandai lah tawar harga.
Lepas penat shopping yang entah apa apa tu (sebab mama rambang mata, sampai berapa kali tah keluar masuk kedai.) kami terus cari makan dekat tempat glamer yang sering disebut sebut oleh rakyat Malaysia lah kan. Cicerello’s atau Kaili’s Fish & Chip. Kami pilih Cicerello’s. Takde alasan. Saja nak test. (Plan asal nak try test dua dua, tapi apakan daya, tak ada masa). Harga Fish & Chips A$14.60, Seafood Tray A$ 21.15 dan Fish & Chips for kids A$8.85. Menurut En Temmon, tak sedap pun fish & chip sini. Sebab kureng lembut. Portion memang banyak gila tapi tak boleh lawan fish & chip dekat Albany (Istanbul Kebab & Turkish Bakery). Siapa pergi Albany, sila try. Kbai.



Ni seafood tray
So, lepas makan, kami lepak dekat taman. Mula mula naik merry go round, saje nak perabiskan duit, maklumlah esok dah nak balik KL. Lepas tu, teman anak anak main playground sampai lah hari nak gelap baru kembali ke sarang. Sedih dan tak sabar dah nak balik KL.


Naik merry go round

Anak anak sonok. Mama bosan. HAHA

Syok main sampai taknak balik

Kakak jd spidergirl katanya

Main sampai penat. Mama yg penat. 
Rumah kami

Day 16. 
Hari ni balik KL. Yeay. Tapi flight jam 4pm. Lambat lagi. So kami decide pergi ke Caversham Wildlife Park. Rugi lah kalau tak datang kan. Tempat wajib ni. Tapi sebelum tu, sempat lagi kami singgah E-Shed Market sebab nak beli patung koala ada orang pesan. Hihi. Orang kedai tu pun kenal aku lagi lalu beliau memberi diskaun sebab 3 kali tawww aku pergi kedai dia. HAHA. Malu ai taw.

Kangaroo kenyang gila. Jan jinak gila. Orang bg makan pun dia tak layan.

Sini better datang awal pagi sebab kangaroo makan dalam jam 10 am. Kalau dtg lambat, beliau nak tidoq.

Ada baby dalam poket.

Koala pula kena queue untuk bergambar. Maklum la retissss

Sian dia nak tido.
Pintu masuk. Tapi ni masa nk keluar dah.
So, dekat Caversham tu tak dapat nak lepak lama sangat sebab nak kena hantar van dan nak ke airport terus. So, misi kami Cuma nak jumpa kangaroo dan koala sahaja. Sian Alia, beliau nak meronda lagi tapi tak dapat sebab kesuntukan masa. HUHUHUHU

Tepat jam 1pm kami terus keluar dan hantar kereta. Nasib baik smooth je dan takde masalah. So, minta orang kedai tu panggilkan teksi lalu terus lah kami ke airport. Dekat je airport dengan kedai sewa van tu, dalam 10 minit je. Dalam flight pun tak ramai orang, maka dapat lah kami duduk 1 row (amni dapat seat, tak perlu lah nak meriba). Alia pulak jumpa kawan baru, foreigner mana tah, lalu beliau duduk dengan kawan beliau. Boleh? HUHU. Jumpa kawan lupa mak.

Letihhh la bersilat dengan budak ni. Asyik berebut headphone. HUHU. Di belakang celah seat Amni tu lah kawan baru Alia..
Begitu lah kesudahan cerita kembara kami. Lepas ni akan ada lagi kembara, tapi entah lah ke mana. Sebab kami anak beranak memang suka berjalan walaupun poket tak tebal mana pun, janji kita enjoy!!!

Ni detail spend masa di sana untuk 16 hari, tak termasuk flight. Kami beli tiket flight masa promotion matta fair, dapat lah naik MAS, untuk 4 orang RM2352 je pergi balik. Murah, kan?

Cash (AUD)
Credit Card (AUD)
Taxi
66
Camping site
862.2
Entrance Fees
188.5
Campervan
880
Prepaid
40
Fuel
450
Shopping
185


Miscellaneous
448.25


927.8
2192.2
Total A$3120


Note: Make sure credit card anda kosong ye before travel. In case apa apa berlaku, kan. Dan cepat cepat lah kosongkan balik credit card itu after melancong. 

Monday, August 03, 2015

Anak mama nak masuk darjah satu hoi.

Anak anak dekat Malaysia ni aku tengok tahap competitive untuk nampak pandai tu dah melampau. Aku faham, semua parent nak tengok anak dia pandai (aku la tu), tapi lately aku tengok, budak budak dah start dari 4 tahun dah stress dengan keje sekolah. Kena paksa belajar membaca la..menulis la.. huhu. Sekarang ni alia 6 tahun, masuk tadika little caliph tu ok la.. fun learning. Ada belajar,ada main. Yang aku risaukan, bila dia masuk darjah 1 nanti. 

Masa bulan puasa itu hari, sekolah yg kami apply tu, siap ada ujian diagnostic untuk bakal pelajar. Ni bukan untuk tentukan kelas, ye. Ini untuk tentukan samada budak tu layak atau tidak untuk masuk sekolah tu. Perghhh. Nak masuk darjah 1 pun ada exam, which is bagi aku sangat tak patut. Alasan sekolah, kena buat pemilihan sebab terlalu ramai budak yg apply, maka kena lah pilih based on result. Kesian budak budak weh. 2 jam exam non-stop. English, math, malay. Kau mampu? Kita dulu exam sejam pun dah stress.
Setengah jam terakhir, alia dh menangis nak balik. HAHA. Buat malu je. Dia menangis sebab banyak lagi tak siap, dan kawan kawan ramai dah keluar. (tak tau la kawan2 tu keluar awal sebab boleh jawab ataupun sebab tak boleh jawab) haha. Sudahnya, part last tu dia banyak skip je. Dan kami pun redo lah kalau tak dapat.

Exam baru nak mula. Kalut cari mama dia. HUHU

Mama teropong dari luar jendela. Masa exam berlangsung, parent kena duduk dalam meeting room, tak boleh berkeliaran . takut anak nampak, dia nk balik terus. huhu

Result keluar pulak time hari raya. Kalut la semua parent tadika alia wasap suruh cek. Tapi malangnya, setiap kali cek, result dia masih tak keluar. Masih di peringkat PPD. Orang lain semua dah dapat result. Ada yang berjaya dapat sekolah yang dipohon. Ada juga tak dapat. Kalau tak dapat, ppd akan bagi sekolah lain yang berhampiran dengan alamat rumah. Rasa nak putus asa dah refresh website every 30 minit. Macam cek result exam university je gayanya kan. HUHU. Sudahnya, mama malas nak cek dah sampailah semalam tetiba teringat, dan Alhamdulillah, alia dapat sekolah yang dipohon. Tapi lepas ni ada sekali lagi exam, untuk tentukan kelas pulak. Haih laa..

Aku dulu takde pun exam exam ni. Pandai jugak.


p/s: Belajar pandai pandai, besar esok jangan jadi menteri budus sudahlah. Eh. Esok belum besar la.