Hari ni adalah last day di bumi UK.
Hati sedih tapi agak gembira sebab badan dah letih sangat. Boleh?
So, memandangkan flight ke KL jam 10pm, maka kami ada masa sampai jam 2.30 petang untuk berehat-rehat sebab Cik Noni dah tolong belikan tiket train dari Durham - London jam 3.30 petang.
Pagi-pagi tu kami di jemput ke rumah kawan Cik Noni untuk breakfast.
Nasik lemak! Nom nom nom...Jadi, mari makan sampai kenyang. Aku yakin, kalau kitorg lepak lama sikit dekat Durham tu, konfem setiap pagi makan sedap-sedap. Konfem semua ajak singgah rumah. HAHA
Lepas kenyang, berborak dan bergambar sakan, kami pun pulang ke rumah Cik Noni sebab nak sambut birthday Alia yang ke 3, tapi belated laa sebab birthday nya 1 Sept. Seronok jadi Alia, sambut birthday di UK. Mama dah tua baru merasa berjalan.
Anyway, HAPPY BIRTHDAY SAYANG! Semoga jadi anak yang baik, pandai, comel...
(Kek adalah special daripada Cik Noni..handmade uols)
Dalam jam 2.30, kami dah siap pack barang. Nasib baik ada Abe Jo yang sudi tolong hantarkan ke train station. Jasamu ku kenang.
Cik Noni pun turut lah hantar sampai train station, lepas tu, pandai-pandai lah kami ke airport. Sobs. Sedih..
Harga tiket train ni dalam 35.30 pound untuk 2 orang ( RM 174), Alia macam biasa, free. Tapi kena meriba. -___-
Dalam lebih kurang 3 jam lebih, sampai lah ke Station King Cross, London (3.41 pm - 7pm) dan kami terus cari tren ke airport. Sementara nak tunggu flight berlepas, kami sempat makan mee goreng yang dibekalkan oleh Cik Noni. Tergaruuuuu... Takde lah kami kebuluran sepanjang 11 jam itu. Atas kapal terbang, cuma tido, tido, dan tido sehingga lah mendarat di KLIA.
---------------
Sekian lah entry Europe dari aku. Kesimpulannya, perjalanan ni sangat best dan takkan dapat dilupakan!
Ramai yang tanya total budget.
So secara terus terang, perjalanan kami bertiga (aku, En Temmon dan Alia) yang memakan masa selama 16 hari, merantau ke 8 negara, sewa kereta dan public transport, makan dan minum, souvenir dan segala tiket bus, tren, park adalah RM 14,184.41 -> ini untuk 3 orang ye, which is aku rasa murah berbaloi-baloi.
Dan, kalau diberi peluang lagi sekali, tempat yang akan aku pergi lagi aka tempat paling best adalah Switzerland dan UK. Switzerland adalah nombor 1. Sangat best.
Next trip? Umrah kot..
Tempat yang nak pergi in future kalau ada rezeki?
Istanbul, Korea, Japan, Hong Kong.
Jom survey tiket! hehe
Just because my eyes do not show tears, doesn't mean my heart doesn't cry and Just because I come out strong, doesn't mean there is nothing wrong.
----
Monday, March 25, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Euro Trip Day 15 - NewCastle & Durham, UK (7/9/2012)
Cak! Lama sungguh ai tak hapdet. HAHA. Sila maafkan. Tuan rumah baru balik bercuti di Sabah. hehe. Nanti ai update trip Sabah pulak ye. Trip Sarawak, kalau ai rajin, ai update.
Mari lah sambung entry lepas balik dari Scotland.
Esoknya, Cik Noni tak dapat ikut lagi untuk pusing-pusing newcastle, so, kami anak beranak je lah pergi merayap. Tapi Cik Noni dah siap tuliskan tempat yang mesti pergi sekali dengan kordinat. Cemerlang. Jadi, kami pun pergi membawa diri...
Tak susah mana pun nak cari Stadium St. James Park ni. Aku sebenarnya tak paham kenapa kena pergi stadium ni. Bukan best pun. HAHAHA.
Jadi, cukup lah sekadar jalan-jalan cuci mata. Kalau orang tanya, boleh lah cakap. "Ohhh..dah pergi dah tempat tu.." Boleh?
Lepas dah jalan-jalan, mari survey barang shopping. Boleh la beli untuk kawan-kawan. Sekali kau, harga mahal gila. After convert duit Malaysia laaa. HAHA. Jadi kita beli untuk anak dan anak sedara je lahhh..
Dekat sini beli baju baby 1, baju toddler 2, dengan kasut sport Alia, total RM 164. Huuuu..
Lepas tu, kami ke Millenium Bridge pulak. Tapi anak dara tidur lena, maka tak dapat lah nak berjalan dekat dengan jambatan tu. Dari jauh pun boleh..
Lepas tengok Millenium Bridge ni, kami dah tak tahu nak ke mana, so decide nak kembali ke pangkal jalan. Balik ke Durham kutip Cik Noni. Tapi masa on the way back tu nampak lah macam ada benda besar gila ala-ala angel nak terbang. Maka, kena singgah. Rupanya itu adalah Angel of The North. Bapak besar. Atas bukit pulak tu.
Dekat sini, baring-baring jap..tidur-tidur ayam jap..lepas tu terus balik rumah nak amik Cik Noni bawa ke Universiti beliau. Nak buat ape tah..Nak tunjuk Uni dia la teww.
After setel segala urusan, kami pun terus ke Durham City untuk cuci mata dan lunch. Cik Noni nak belanja kebab falafel katanya. Dapnya dapnya. Tapi lupa nak snap. Dasar....
Memandangkan kereta nak kena pulangkan, kami tak sempat dah nak jalan mana-mana lagi. Sebab cadangnya nak ke tempat pengambaran Harry Potter kat area situ, tapi apakan daya. Kekangan waktu.
Ok. Begitulah tamatnya hari di Durham. Esok jam 10pm dah nak fly balik KL. Sobs.
Mari lah sambung entry lepas balik dari Scotland.
Esoknya, Cik Noni tak dapat ikut lagi untuk pusing-pusing newcastle, so, kami anak beranak je lah pergi merayap. Tapi Cik Noni dah siap tuliskan tempat yang mesti pergi sekali dengan kordinat. Cemerlang. Jadi, kami pun pergi membawa diri...
Kawasan perumahan rumah Cik Noni |
Tempat melawat sekitar New Castle dan Durham |
Tak susah mana pun nak cari Stadium St. James Park ni. Aku sebenarnya tak paham kenapa kena pergi stadium ni. Bukan best pun. HAHAHA.
Jadi, cukup lah sekadar jalan-jalan cuci mata. Kalau orang tanya, boleh lah cakap. "Ohhh..dah pergi dah tempat tu.." Boleh?
Dah sampai stadium |
Map. Walaupun tak paham. HAHA |
Bukan peminat, tapi boleh laaa |
Pakcik ni, ai tak tahu laa minat ke tak.. |
Macho la tu |
Lepas dah jalan-jalan, mari survey barang shopping. Boleh la beli untuk kawan-kawan. Sekali kau, harga mahal gila. After convert duit Malaysia laaa. HAHA. Jadi kita beli untuk anak dan anak sedara je lahhh..
Dekat sini beli baju baby 1, baju toddler 2, dengan kasut sport Alia, total RM 164. Huuuu..
Shopping! |
Anak abah malas jalan. Tak kuasa mak nak layan |
Lepas tu, kami ke Millenium Bridge pulak. Tapi anak dara tidur lena, maka tak dapat lah nak berjalan dekat dengan jambatan tu. Dari jauh pun boleh..
Millenium Bridge: Jambatan tu boleh turun naik kalau kapal nak lalu..kate Cik Noni laaaa |
Anak tidur dalam kereta, mak pak berjimba |
Malas nak jalan dekat dekat sana. |
Angel of the North |
Besar gileee. |
Cuaca best. Boleh tido. |
Alia, kalau awak masuk Durham University ni besar nanti, awak cari lah van ini ye, anak... |
The Uni |
The faculty |
Seronok ye...belajar pandai-pandai. Nanti mama boleh dtg sini lagi. |
Mama pun nak jugakk |
After setel segala urusan, kami pun terus ke Durham City untuk cuci mata dan lunch. Cik Noni nak belanja kebab falafel katanya. Dapnya dapnya. Tapi lupa nak snap. Dasar....
Memandangkan kereta nak kena pulangkan, kami tak sempat dah nak jalan mana-mana lagi. Sebab cadangnya nak ke tempat pengambaran Harry Potter kat area situ, tapi apakan daya. Kekangan waktu.
Durham town |
Depan rumah kak fizah. |
Jalan-jalan sekitar perumahan |
Woh. Jumpa taman! |
Mainan fave Alia. Mama naik, kejap je pening. Stress! |
Eh? Abaikan |
Hebat giler. Panjat tinggi wooo |
Ada orang pegang rupanyaaa. -___- |
Ini lorong rumah Cik Noni |
Depan rumah Cik Noni. Saja bagi beliau rindu |
Labels:
durham,
eropah,
Europe trip,
melancong eropah,
new castle,
uk
Subscribe to:
Posts (Atom)