----

----
----

Thursday, March 17, 2011

.....Perlu ke tajuk?....


Assalammualaikum,

Pernah tak kau keliru bila tiba tiba kau rasa left alone? Pernah tak kau sedih bila tiba tiba kau jadi lone ranger? Pernah tak kau buntu bila tiba tiba kau rasa tiada siapa di pihak kau?

Mungkin masa tu kau fikir semua orang tak perlukan kau lagi. Mungkin masa tu kau akan fikir semua orang sedang pulaukan kau. Mungkin juga kau fikir tiada siapa berpihak pada kau lagi. Apa kau akan buat?

Cerita aku dulu:

Aku : "Benci lah..."
Kawan : "Kenapa?"
Aku : "Semua orang pulaukan aku."
Kawan : "Orang pulaukan kau atau kau yang pulaukan mereka?..."

Itu cerita dulu.

Kadang kadang bila kita rasa tersisih, sebenarnya bukanlah mereka puncanya. Tepuk dada tanya selera. Mungkin kah kita yang silap? Manusia kan sering elak mengaku salah. Eh!

Kadang kadang juga, kita lupa kita masih ada yang sayang.


Gambar dicuri dari sini


Golongan golongan yang aku sayang. Family. Friends. Love. Ah! Jangan lupa golongan AWESOME. Harap kau juga dikelilingi golongan-golongan ini.

Tiba tiba hati jadi cerah.


Thursday, March 10, 2011

Malas letak tajuk, boleh?


Teknologi banyak membantu kita, kan? Tapi kadang kadang teknologi banyak menyusahkan. Anak anak muda sekarang ni berlumba mengejar teknologi. Sampai mereka ni lupa banyak benda yang tercicir. Aneh bukan? Terlalu taksub kadang kadang melalaikan.


Monolog dalaman : ”Bukan kau budak IT kah?”

Aku : ”Betul.”

Monolog dalaman : ”Kenapa benci sangat pada pembaharuan? Bukan kah ini bidang kau?”

Aku : ”Bila aku benci? Aku cuma tak nak terlalu taksub.”

Monolog dalaman : ”Apa maksud kau?”

Aku : ”Tak perasan? Pandang lah sekeliling”


Dunia sekarang penuh dengan pembaharuan. Tak macam dulu. Kalau dulu, setiap malam lepas habis prep di sekolah, public phone tempat paling utama. Beratur sampai boleh cari gaduh. Sekarang? Jarang agaknya nak guna. Perubahan baik di situ. Buruk gaya nya bergayut siang malam di public phone, Bukankah lebih enak bergayut di mobile sahaja siang malam sampai terlena? Eh. Macam tau situasi ni.


Mobile phone semestinya yang paling canggih, Apa kelas setakat pakai 3310? Hoi. Itu handphone aku zaman belajar ye. Handphone yang paling gagah yang pernah aku ada. Jatuh 800 kali pun takde hal.


Kawan 1 : ”Hello”.

Kawan 2 : ”Helloooo”

Kawan 1 : “Call aku balik. Kredit kering.”

Kawan 2 : Dang! &*^#


Apa barang guna handphone mahal baiiii...


Jangan salah faham. Aku bukan anti pembaharuan. Malah aku suka. Sebab memudahkan. Manusia kan suka benda yang mudah. Jangan hipokrit. Bukan itu yang aku mahu ketengah kan. Aku Cuma kasihan kan seorang rakan yang menjadi mangsa kerakusan teknologi. Ayat tak boleh belah.


Gadis : “Aku rasa boyfriend aku curang lah.”

Aku : “Apa buat kau fikir begitu?”

Gadis : “Dia tipu aku. Kata ada di rumah tapi sebenar nya di KLCC”.

Aku : “Mana kau tahu?”

Gadis : “Foursquare bagi tahu.”

Aku : “Siapa Foursquare?”

Gadis : $%^%&^%^*


Haha. Sadis sungguh. Malu aku sebab tak tau Foursquare. Bukan benda penting yang perlu aku ambil tahu. <- Ayat cover. Tapi bagi sesiapa yang rasa tak nak kantoi dengan girlfriend, mak, ayah, cikgu, awek, bini, sedara mara... jangan lah mengada nak guna benda alah tu dengan alasan nak ikut trend.


“Semua orang pakai, baiii..Kau apa tahu?”


Uhuks. Ya. Memang aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, kalau aku nak merompak rumah kau orang, aku boleh check kau orang ada kat rumah atau tak. Tak pun kalau A Galak (bukan nama sebenar) nak mengendap anak dara kau orang, dia boleh tahu mana mak bapak budak ni berada, senang nak atur plan. Lagi mudah kalau Sukarno (bukan nama sebenar) nak meragut kau orang.


‘Ohh...Suparti (bukan nama sebenar) ada di maybank. Aku mau merampok lah’.


Kan mudah begitu.


Nasihat aku untuk kawan aku, tanya lah sendiri dengan boyfriend kau. Jangan serkap jarang. Mana lah tau foursquare silap kot. Mana lah ada teknologi yang sempurna. Eh!


Note : Jangan dedahkan diri anda pada penjenayah, juga pada stalker. Juga pada kekasih yang anda curangi. Buruk kesannya.


Habis di sini.

Wednesday, March 09, 2011

Hari ni...

Malam semalam aku mimpi kan arwah abah lagi. Untuk kali ke berapa, aku sendiri lupa. Yang pasti, arwah yang dalam mimpi aku, hadir dalam keadaan yang sihat dan ceria. Tiap kali aku mimpikan arwah, tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Hanya dengan teringat pada kenangan dah buatkan aku sedih, apetah lagi nak bercerita pasal arwah. Aku belum bersedia. Paling kurang pun, aku luahkan pada alia.

Aku : "mama rindu tok la.."
Alia : "mamma."

Haha. Aku tak pasti alia faham atau tak. Tapi respon dari dia sering buat aku lupa untuk bersedih. Itu yang aku perlukan. Sekurang kurangnya.

Hari ni pula, aku dapat mms dari cik poni.



Kalau arwah abah masih ada,begini lah pandangan dari belakang. Memang serupa. Terus terang, aku tengok gambar ni 2 kali saja. Pertama, sewaktu terima mms. Kedua, sewaktu nak publish ke blog. Sadis bukan? Ya. Aku memang tak mampu nak tengok mana mana gambar arwah. Gambar gambar dalam handphone pun aku takut nak belek. Aku takut menangis lagi. Kalau aku tengok pun, hanya sekali imbas. Memang sedih, kau takkan faham.

Teman : "kau macam nak lupakan dia terus."
Aku : "sumpah tak."
Teman : "habis,kenapa kau tak mahu ingatkan dia lg?"
Aku : "siapa bilang aku tak ingat?"
Teman : "kau sering mengelak bercerita pasal dia."
Aku : "kau tak pernah rasa kehilangan.."

Kadang kadang aku keliru. Bukan aku mahu lupakan, tapi kalau aku teringat, hati aku jadi pedih. Sakit. Kosong. Cukuplah aku menangis dulu. Aku bukan ego. Bukan hipokrit. Cuma aku tahu batas kewarasan fikiran dan kerapuhan hati aku. Kau apa tahu?

Sudah lah cerita pasal ini.
Buat masa ini, aku perlukan kegembiraan dan keseronokkan dalam hidup. Keluarga. Aku cuma perlukan mereka. Oh,kawan baik dah aku masukkan dalam kategori keluarga. Jangan pandai pandai terasa pula. Haha. Kerja sudah tidak menyeronokkan. Ops,bkn kamu wahai rakan sekerja. Kamu pun jangan terasa. Kawan kawan di pejabat sangat menggembirakan, termasuk bos saya. Kamu jangan jeles ye. Bos aku izinkan aku tidur setengah jam setiap hari hanya kerana aku mengandung! Baikkan? Aku suka bekerja dengan bos yang begini walaupun aku selalu berharap dia cuti. Haha. Keji.

Tapi, sungguh. Kerja sekarang buat aku tertekan. Tak tau kenapa. Jadi aku sudah merancang agenda lain demi masa depan aku. Dan juga sedang berusaha. Tolong lah permudahkan semua.

Sudah lama kan blog ni terbiar usang. Kadang aku simpati pada blog. Aku datang ketika marah dan sedih dan kecewa. Selebihnya, aku abaikan beliau. Maaflah. Tapi kadang kadang aku perlu luahkan pada sesuatu yang tak akan membidas balik. Alia sudah pandai membidas. Jadi,aku kembali beralih arah pada blog. *tetiba*

Alia, bila kamu dah besar nanti, dah pandai main internet, jangan asyik facebook dan twitter saja ya. Porno pun jangan sesekali. Lawatlah blog mama aje. Akan ada cerita tentang kamu. Cerita betapa sayangnya mama pada kamu.. Dan juga adik. <- *tetiba lagi.*

Dah habis.