----

----
----

Tuesday, December 30, 2008

~HaPpY~


Kebelakangan ni aku nak kan macam2 benda.
Kebelakangan ni aku suka mkn coklat. Pelik.


Pelik? Tak pelik pun.. Sbb aku dh kena buatan orang.

……….


Ya. Doktor sah kan aku mengandung 4 – 5 minggu. Cepat kan? Bunting pelamin kata orang….. (^______^)

Kalo semuanya sihat, insyaAllah September 2009 bertambah lah seorang dalam family kami. hehehe

……….

Ada lagi 1 berita baik. Flight aku ke Bangalore postpon pulak ke tarikh 9/1/09. Bahagia nya aku kalo terus pospon ke bulan Sept tahun depan. *wink*
hehehehe

Note: Harap semua nya OK. Lalalalala~

Wednesday, December 24, 2008

Merry Krismas!! Hohoho

Sejak kecik, aku tak penah pecayekan Santa Claus. Apa itu Santa Claus? Manusia kah? Hantukah? Dari kecik lagi aku maleh nak berfikir, jadi aku tak fikir lah. Tapi 1 je yg aku suka pada santa claus. Kereta ber-rusa dia!

Ya! Itu aje satu-satunya yg aku minat pada En.Santa. Aku teringin nak naik kereta ber-rusa dia tu. Teringin nak ikut En.Santa jalan2 kasi hadiah. Teringin nak masuk cerobong asap rumah orang. (Eh, td kate tak pecaya kan santa..hehehe)

Setelah 24 tahun aku membesar dengan sihat dan kuat nya, untuk pertama kalinya aku berjaya berkenalan dengan seorang santa claus. Ya! Dia datang! Tapi tidak dengan rusa-rusanya. Dia bersendirian. Tapi tangan nya penuh hadiah!

Aku malas nak ambik pusing samada dia orang yg sebenar ataupon tidak.
Aku malas nak ambik pusing samada dia berkereta rusa atau berjalan kaki.
Aku malas nak ambik pusing samada dia kacak atau tidak.

Yang penting, mata aku terarah pada berkotak-kotak hadiah dalam beg plastik sampah hitamnya.

...............

Dan, hadiah aku daripada Santa hari itu....Mascara Maybelline + Cadbury Hazelnut!!!





Thanks Santa!!!!


Note: Pada yg menyambut Krismas, Merry Christmas!!! Hohoho

Tuesday, December 23, 2008

~Weekend @ PD~

Kebelakangan ni, aku banyak buat request mengada-ngada. Nak tgk Histeria..... nak shower foam yg ada gambar kambing....nak mandi laut... Bukan sebarang laut,okk...Cuma PD! Nak mkn di Seri Kembangan Paradise. Cuma di Seri Kembangan Paradise!

Adakah aku cuba mengambil kesempatan? Tidak.......
Adakah aku terlalu manja? Tidak.......
Adakah aku mengada? Tidak...... (ermm..ade la sikit...)

Bukan apa....aku takut jatuh sakit di India nanti. Takut sakit demam rindu. hehehe....

Hasilnya, semua permintaan dipenuhi. Ada lagi yg tidak disenaraikan. Takut kontroversi pulak nanti. hehehehehe...

Sangat seronok mandi manda di PD. Apetah lagi mandi bersama suami.
Apa di fikiran kamu? Teeettttt!! ~Lalalala~


Air sangat dalam. Nasib baik ada En.Pelampung yg tinggi. hahahah.. Jgn marah ye encik. Sangat suka bergayut di bahu kamu. *wink*


En.Temmon sangat gagah, okkk... (elehhh...dalam air boleh laaaa angkat ai)...



Berhibur dengan family sangat best!! Kita pergi lagi ya, Makcik, Pakcik, Mak Ndak, Wani, Shelin, Leka, Mimi, Mamat, Bg Long, Kak Zura, BangCik....En.Temmon!!!

Sayang kamu semua!

Note: Ada permintaan lagi! Nak dinner bersama Reha and Noni..................... Aku tak pernah lupakan kalian. heheheh

Monday, December 22, 2008

~Tahniah!~




Sorang lagi geng sekolah aku dh kawen............ Tahniah!!!! Dah lah kawen serentak dengan Mawi. Terlepas peluang aku nk g kenduri Mawi. Takpe...ape lah sangat Mawi tu..Ko lagi penting, Alia. *wink*

Ape pun, tahniah.....Semoga kekal ke akhir hayat....Ko sangat canteek.

Note: Lepas ni, ramai lagi tgh queue nak kawen nih. Tahniah too Maria & Hazim. Lepas bertunang nanti, korg terpisah 3 bulan. hahahhaha.. (sama la ngan aku).... huhuhu

Tuesday, December 16, 2008

Setelah cuti lama, I'm back!!

Dulu, aku sangat suka mandi bath tub. Kalau tido hotel yang ada bath tub, aku akan pastikan aku lah manusia terakhir yang mandi. Supaya aku boleh berendam sambil feeling sorang2. Kalau tido hotel dengan family, abah aku akan pastikan aku orang last mandi. Kalau tak, sampai esok die tunggu turn nak memerut pun belum tentu dapat.

Kalau time berendam, aku suka letak sabun banyak2. Biar buih naik sampai dagu. Pastu main tiup2 buih.. Sambil berangan.... Sambil pejam mata.. Sambil teringat cerita hindustan petang tadi. Esok nya kalau yang lain nak mandi, bising sbb syampu habis sebotol. Eleh..syampo boleh beli la....

.................

Sekarang, dalam bilik dh ada bath tub. Semalam 1st time guna, aku try nk berangan mcm time dolu-dolu. Aku nk letak sabun banyak2, xde stok pulak. Tertinggal kat rumah lama. Sudah nya, aku letak syampo head&shoulder. Wangi.

Aku try berangan sambil tiup2 buih... Sambil pejam mata.....

Tapi, aku terbayang 'benda' lain. Tetiba aku teringat cerita Ju-On. Dark Water. Wishing Stairs. Aku bayang air tu tetiba jadi keruh. Lepas tu ada pompuan rambut panjang keluar dari dalam air. Aku tgk cermin. Aku terbayang ada pompuan rambut panjang jugak. Aku tgk tingkap atas, terbayang tangan 'orang'.

Arghhhhh!!!!

Imaginasi aku telah melampaui batas. Lalu aku tukar posisi. Aku cuba meniarap sambil pejam mata. Bayangan datang lagi. Aku terbayang ada tangan yg tolak kepala aku bagi lemas. Aku bayang ada orang berdiri tepi bath tub sambil menyeringai.

Arghhhh!!!!

Aku tertekan. Tiba2 aku dengar bunyi.

'Uuuuuuuu'...... Aku diam.
'Uuuuuuuu'........ Bunyi lagi. Kali ni aku tak boleh diam. Aku perlu buat sesuatu.

Aku capai towel, terus lari keluar.

Aik, laki aku ada dalam bilik? Igt kan kat luar......
Atas katil, En.TeMmon tengah baca buku sambil buat bunyi. 'Uuuuuuuuuuuu'.

...........

Rasa mcm nak sumbat stoking dalam mulut. Sabar Ana, sabar......

Note: Apa kata tolong beli kan bath foam. huhuhu......

Thursday, December 04, 2008

Koleksi gambar kawen...(lambat update) hahaha

Yuhuuu...

Haha..aku tau aku lambat updet. Bukan apa, bila status dh berubah, otomatik la kehidupan berubah sama. Wah!! Bukan sebab aku maleh, taww... Sbb aku ketandusan sumber internet plus busy. Bz ke? hehehehe

Ni pun dok guna internet kt umah pak mertua. Tp depa suma tgh semayang Jumaat, so, secara licik nya, aku pun menyelinap la masuk. hehehe....


Ni saja aku nk tempek gambar hari tu.

Time ni dh selamat jadi isteri orang tu. hehehehe. Time tgh akad tu, semua member2 keliling aku tggu aku nangis. hahahaha.. Buat ape aku nk nangis?? Ai tgh hepi taw time tu.. wakaka...



Theme purple ni kat umah aku. Kat Gerik. Rumah aku takde ekon, so, time bersiap tu teramat la berpeluh. huhuhu.... Kelam kabut. Nasib baik la ade geng2 yg sudi membantu aku pakai baju ngan tudung. Tengkiu. Muah muah.



Tema gold ni belah Kedah. Santik ar tema ni...rasa cam anak raja plak. hehehhe... Neway, thanks pada yg hadir..pada yg tak dapat hadir tu, xpa...nk buat camne. Tgk je la gambar. hehehehe

Sekarang ni aku dok lepak umah mertua, sampai raya haji. Lama kan aku cuti? 3 minggu. Wakaka.. jangan jeles.. hohoho

Okkeh.. Nk gi hidang lauk, kejap lagi semua balik semayang Jumaat, menggelupur la nk mkn. Tambah2 En.Temmon...hohoho.......

Menantu solehah la kate kan...*wink* hahahahaha.. Padahal...........