Misteri

20 May 27 Comments
Penuh newsfeed pasal kesah misteri ni. Kesahnye sorang siswi tu didatangi sorang wanita ni menangis-nangis nak pinjam duit sambil dukung anak die. Mulanya siswi tu berkeras taknak kasi sebab takut kena tipu tapi last-last dia tak sampai hati dan bagi jugak duit belen yang ada dalam poket die.
Pastu bila dia dah gerak sampai kat tol kot, akak tol tu tanye nape adik letak duit kat wiper cermin tu. Sekali bila dia tengok, naaahhh engkau ada 20 keping not 50 katanya. 
Misterinye. Kalo duit betul, ok ape. Kira dapat 'cash' lah sebab tolong akak misteri tu. Tapi kalo duit pelesu, duit sindiket percetakan wang haram lettewww =P
Tak kisahlah sebenarnye misteri ke tak, yang penting, niat kita untuk tolong. Cuma tu lah kadang-kadang, kita memang nak tolong tapi kalo nasib tak baik, kena pulak samun ke hape. Mintak dijauhkanlah ye nak..

Mandi Sungai

19 May 19 Comments
Cuti hujung minggu baru-baru ni family aku pergi mandi-manda kat Hutan Lipur Kuala Woh. Mulanya si Rafael ni demand mintak nak pergi mandi kat Lost World Of Tambun kat Ipoh nu. Pastu aku bantah dengan alasan jauh nak pergi (pada hal poket aku tengah tak berapa tebal). 
Pastu aku pun bagi idea bernas untuk pergi picnic di tepian sungai Kuala Woh (Tapah) ni. Dengan penuh harapan, aku pujuk lagi si Rafael tu bawak itik kuning nanti boleh berenang-renang kat dalam sungai tu. Tak yah nak takut hanyut sebab ada itik kuning tu.
Bila sampai je kat lokasi, memang dia tuntut la segala janji manis yang aku taburkan kat dia. Last-last papa dia yang kena bawak dia pergi berenang-renang dengan itik kuning tu. Kami-kami sibuk lah nak bakor segala ikan, ayam, udang yang dah diperap siap-siap. Perut pun dah memang lapar. 

Bahagia sungguhla si budak kenit ni dapat main air. Jenuh pujuk ajak naik. Sampaikan kena tukar shif la aku dengan papa dia. Budak kecik mana yang tak naik syeikh bila jumpa air. Mula-mula je acah-acah takot, pastu huhhhhh tak lalu la engko nak melayan kerenah dorang ni.

Sipbaikla aku ada sorang ni je anak sedara. Kalau lah ramai, pengsang makcik nak oiiiiii!




Meningkat Usia

18 May 32 Comments

Jumaat lepas kawan-kawan sekerja aku buat majlis makan-makan. Ini perkara biasa yang kami memang buat setiap bulan. Hari yang kami pilih selalunya adalah Jumaat waktu lunch hour (12 hingga 2 petang).

Slot itu je yang kami (staff perempuan) dapat berkumpul (sebab kami bertugas di site yang berbeza) dan waktu tu je rehat agak panjang. Yelah staff lelaki kena pergi solat Jumaat. Jadi waktu itu kami gunakan sebaiknya untuk pastikan aktiviti makan-makan ini berjalan lancar. 


Kebetulan Mei ni bulan kelahiran aku. Tak sangka pulak kawan-kawan aku planning ada kek segala. Kami bincang untuk makan ala-ala kampung je sebab lauk utamanya ikan keli bakar , air asam , ulaman, sambal belacan, kepah masak masam manis, masak lemak daging salai dan ada jugak ikan pekasam. 

Terima kasehlah sahabat-sahabat aku ni yang tak kedekut dan susah payah planning untuk majlis makan-makan kalini. Kek ni pulak Mama Ayish sponsor. Siap suruh aku teka lagi apa jenis kek ni kat dalamnya. Rupanya it is rainbow cake!  7 layer engko!!! Homaiiiiii mekaseh Mama Ayish!!! 

Besday aku sama dengan sahabat blogger Plain83. Satu-satunya sahabat maya yang sama besday dengan aku setakat ni hehehe. Semoga semua orang dikurniakan kebahagiaan dan keindahan setiap hari. Aminnnnn :)





Menggapai Awan

17 May 16 Comments


Alhamdulillah cuaca kat tempat aku harini sangat sejuk. Feeling-feeling macam ada di Cameron Highland pulak. Walaupun bekerja di hari Ahad, harini terasa bersemangat luar biasa pulak. Masa awal paginya tu, aku planning nak pergi wedding anak jiran kat area ofis aku kerja ni. Pastu tup-tup masa jam 12 lebih tu turun hujan lebat selebatnya. Langsung aku stuck dalam ofis takleh nak pergi ke mana. Nampak gayanya memang takde rezeki aku la nak makan kenduri T___T


Bila dah stuck dalam ofis waktu hujan-hujan cenggitu, tetiba idea dan semangat kerajinan di tahap luar biasa mai. Tangan aku pun gigihla dok buat benda ni. WIG ni sebenarnya Wildly Important Goals. Kira senang cerita benda ni monthly performance index yang kami kena achieve. 4 benda ni perkara paling utama yang kami kena capai setiap bulan. Kalau kata tak tercapai, siap sedia la dengan segala jawapan bernas lagi kukuh. Tu pun kalau rasa nak kerja lama lagi la kat ofis ni. Kalau rasa memang takmau lama, buat tak tau je pun takpe =P

Muhasabah

15 May 14 Comments


Aku tumpang exited pulak bila partner kerja aku pregnant. Scha cakap ingatkan aku yang pregnant! Hamboiiii hahahaha =P Makcik ni kawen pon belum lagi. Kalo ada pon, MENGANDUNGi air dan lelemak je la kehkehkeh

Terasa satu perasaan istimewa sangat ye pada mommy to be ni kan? Yelah diberi peluang merasa 'perasaan seorang ibu' tu perhhh lain macam. Moga sihat saja hendaknya pada semua mommy to be dan juga baby.

Salam Jumaat semua :)

Mereka

13 May 16 Comments
Mak--
seringkali menahan luka,
sampai terlupa. Mak juga perlu bahagia.
Abah--
seringkali menahan jiwa,
sampai lupa segala sengsara.
Demi keluarga.
Mereka berdua sering berusaha.
Tak kira masa.
Moga jodoh kita bersama lama lagi hendaknya.
Semoga selamat hari-hari mereka.
Pada yang tiada, Al-Fatihah.
Moga tak putus doa dari anak soleh solehah.

Memeningkan Kepala Juga

10 May 49 Comments
Ada tak benda alah ni keluar bila nak drop komen kat blog aku ni? Ada few blogs yang aku singgah nak drop komen pastu keluar benda ni. Mungkin tuan blog tak sedar kot pasal benda ni.Sakit mata jugak aku nak masukkan captcha yang keluar tu. 

Ada jumpa masalah cenggini tak? 


Mentaliti

09 May 29 Comments

Akhirnya Fahrin Ahmad kawen dah. Dengan ketua pramugari Emirates pulak tu. Dah la cantik. Tak payah hantaran pulak tu. Mas kawen 80 hengget je. Lain-lain tak payah. Perhhhh untungnya Fahrin.



Ni aku screencapture daripada komen-komen orang kat page rotikaya. Tudia ha amekaw. Ada betoinye jugak part 'mentaliti mak / ayah' tu. Anak-anak (perempuan mostly) takdelah nak buat grand sangat pun sebenarnye bab nikah kawen ni. Tapi tu lah bila masuk part orang tua kita -- memang susah gak arrr nak dibantah. 

Aku pun sokong sangatlah kalau buat majlis sederhana dan simple. Tak payah membebankan. Aku cukup respect parents yang boleh tolerate dan terima seadanya menantu tanpa perlu wang hantaran ribu riban. Aku sangat respect. Moga-moga orang tua aku juga sebegitu kelak hendaknya. Aminnnn.



Marbeles People April

08 May 15 Comments

Mingu-mingu akhir bulan April kesihatan tak berapa baik. Dapat jejak rumah kawan-kawan pun tak berapa padu sangat momentumnye. Moga-moga hari mendatang sihatlah hendaknye. Boleh buat onar lagi kat ruang komen kawan-kawan sana sini hehehe



Terima kasih pada engkorang yang sudi singgah sini. Maaf sebab tak dapat nak buat kacau sangat kat komen box engkorang sebulan dua ni. Rindunya masa lapang saat-saat jadi mandor haritu. Boleh blogwalking sampai kematu jari jemari. Kini tiada lagi itu semua huwawawawa T____T


Mentekedarah

06 May 40 Comments

Minggu lepas ada seminar anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat kat puncak Cameron Highland. Paling bestnye hanya salah sorang saja daripada 2 orang staff for each sites yang boleh pergi. Tak boleh pergi dua orang sekali ok. pfttt~   Selalu sangat cenggitu. Sorang je kena pergi atas alasan ofis kena run macam biasa. Waddefak ? Hape la salahnya pergi je semua sekali. So aku tak pergi. My partner yang pergi.

Tinggal lah daku keseorangan meneruskan hari seperti biasa. Dua hari pulak tu seminar tu. kesian kamiorang yang kena tinggal ni. Nengok kan aje lah kengkawan hapdet phewwww indahnya berada di puncak cameron. Takpelah nak buat camne kan. Makcik redho nak T__T


Sipbaikla my partner tak lupa kat aku yang ditinggalkan ni. Dia belikan la jagung manis, keledek madu dari cameron dan of kos stroberi. Cameron kan lubuk stroberi. Terubatlah juga duka di hati sebab kena tinggal. 

Tapi balik daripada seminar tu, partner aku pun mulakan lah sesi bercerita panjang lebar kat aku.
Rupanya bukan boleh rilex goyang kaki.
Ada tugasan pulak nak kena buat. Haishhh~ http://matcuoi.com


Mata Sakit

04 May 19 Comments
Hadui terasa lamanya tak menjenguk ke sini. Masa terhad dah satu hal. Masalah kesihatan pun satu hal lagi. Aku ni jenis jarang jugak kena sakit demam tapi bila sekali dah kena haaa memang makan masa lah nak baik. 

Minggu lepas boleh dikatakan satu minggu jugaklah aku terperap kat rumah. Sebabnye? Sore eyes + sore throat + fever. Pakej lengkap aku dapat. Mulanya aku dapat rasa macam something wrong kat mata aku pada malam hari Isnin (27 April). Bila bangun pagi esoknya hari Selasa 28 April tu terus mata kiri tak boleh nak bukak sebabnya dipenuhi tahi mata. Aku dah cuak dah masa terjaga subuh tu yelah sebab selama ni memang tak pernah kena cenggitu. 

Aku pun hape lagi teruslah buat aduan rakyat kat mak ayah aku. Kepala dah memang rasa berat semacam. Mata pulak rasa macam nak tercabut je. Aku asyik cakap kat adik aku si Aiman tu. Habeslah Man, kalau kakak buta camne huwawawawa. Aiman gelakkan je bila aku drama lebih cenggitu. Chissss! Bukannye nak tolong kakak dia ni. Terpaksa jugaklah tunggu siang sebabnya klinik mana bukak lagi sesubuh sunyi tu T__T

Dengan keadaan mata kiri makin bengkak dan tak boleh nak bukak tu, aku gagahkan jugak drive pegi klinik. Akak nurse kat kaunter pendaftaran tu siap cakap :

Akak Nurse : "Eh Ana, nape ni?"


Aku : "Urmm kena sakit mata kak.."


Akak Nurse : "Haaa.. Ana last datang klinik November 2013 dulu.. Lama dah tak pernah datang ye.." siap senyum simpul lagi akak nurse ni kat aku.


Aku : "Err.. hehe haah kak. Dulu tu je last datang. Ni baru sakit, tu la Ana baru datang pulak hehe"


Sempat lagi akak nurse tu check sejarah aku. Memangla last aku datang klinik masa tu November 2013 sebab tragedi ni. Lepas pada tu memang dah tak pernah jejak kaki kat klinik dah sebabnye aku kan jarang sakit demam. Pastu macam takde sebab je aku nak pergi sesaje kat klinik tu. Lainlah kalau ada doktor hensem single mingle ke yang aku boleh ejas. Ehemmmm! =P

Berbalik pada sakit mata. Dedulu, masa mak dan adik aku pernah kena sakit mata, ubat yang akan diberi daripada klinik kat tempat aku ni adalah sejenis eye drops yang botol kecik molek macam yang Alacot tu (jenis cecair). Cara guna dia adalah dengan titik kan dalam mata yang sakit. Pastu nanti akan terasa pahit je kat tekak masa masuk kat mata. 

Tapi masa aku kena sakit mata haritu, nurse cakap ubat jenis tu dah takde so dia kasi aku jenis yang satu lagi yang macam tube tu (bukan jenis cecair). Jenis macam krim berminyak sikit. Cara guna dia adalah dengan tarik sikit eyelid kita ke bawah pastu picitkan je krim tu (dia akan keluar panjang je) pastu terus je letak pada mata yang sakit tu. Memang berkesan ubat ni pada aku. Lepas guna 2-3 kali (dalam sehari), mata dah makin ok dan bengkak pada mata makin surut. Alhamdulillah. Takdelah lagi aku dok komplen mata macam nak tercabut. 

Dan ini lah jugak kali pertama selama 5 tahun aku kerja, aku amek MC. Bukan aku mintak pun, doktor tu yang bagi. 3 hari gak la aku dapat MC. Dia kesian tengok aku agaknye. Yelah masa aku masuk bilik dia tu memang mata aku tak boleh bukak pastu bengkak. Dia tanya sejak bila sakit ni, aku pun jawabla malam tadi. Tapi dengan nada yang sayu penuh belas kasihan mengharap agar dapat surat cuti sakitlah sebenarnye. Syukurrrrrr. Kalau tidak memang aku tak mampulah nak pergi kerja dengan bijik mata dah merah macam bijik saga pastu mata macam nak tercabut je bila duduk. Memang kena baring je. Bertambah bersyukur lagi sebabnya sakit aku ni kena di saat-saat cuti agak bersambung-sambung. Dapatlah jugak aku rest betul-betul.

Tapi, tu pun customer masih ada yang datang cari ke rumah. Mintak tolong itu ini. Wal hal kita ni sakit bukan di buat-buat. Allahuakbar. Sabar ajelah nak :")



Mengandung

02 May 21 Comments
Sebenarnye 'berita' ni partner aku tak bagi cerita pada sesiapa. Tapi err tapi errr tapi aku tak boleh tahan nak jugak cerita. Tak cerita directly face to face pun takpe. Nak cerita kat sini je. Selepas 2 tahun lebih kawen dan penantian yang dirasakan sangat berkurun lama itu, akhirnya shes pregnant! :)
Dan partner kerja aku si Ida ni bukak mulut bagitau aku dia pregnant pun lepas kandungan dia dah masuk 10 minggu. Dan dia takde muntah-muntah. Aku tanya nape rahsia benda ni daripada aku? Pada hal setiap hari datang kerja hadap muka aku dan selama ni mana pernah sorok apa-apa. Pastu Ida cakap hasben dia tak kasi cerita dulu. Nantila dulu katanya. Tapi last-last terbukak jugak cerita sebab ada sorang akak (jiran rumah dia) datang bayar bil kat ofis ni pastu dok kecoh-kecoh tanya dah buat buku merah ke belum etc. Akak tu memang jenis kepoci. Kalah watawan melodi hahaha. Aku blur je masa tu. Pastu akak tu yang bukak cerita. So -- pecahlah rahsia ittewww =P
Tahniah untuk Ida dan hasben. Moga kesihatan dirimu dan baby baik-baik saja hendaknya. 
p/s: Encik Nafis, kalau encik terbaca entry pasal ni, shhhhhh diam-diam tau. Buat tak tau je dulu selagi cik ida belum cerita kat encik sendiri. Nanti naya saya =P