Menimbang

31 March 29 Comments

Perasaan dan perasan adalah sangat berbeza. bila perasaan indah muncul terasa ingin dicanang satu dunia.. terasa ingin dicakna ke segenap ruang masa.. tapi bila perasaan indah itu sebenarnya bakal membawa bersama duka pabila ia dicerita, maka harus ditimbang segala isi yang ada sebelum ia dibuka dan dikongsi bersama.

Perasan tak kadang² kita selalu membangaukan pihak lain bila hadirnya masalah ?  maksud guwa macam lagu bangau oh bangau. menuding jari. faham kan ? dan sebenarnya perkara itu tak patut berlaku pun. kita sendiri patut reflek dulu diri sendiri sebelum dengan senang hatinya menuding jari pada orang lain. kemon ana kemon.refleksi. Pheww ~

Putus asa ? selagi nama manusia memang takkan lari lah dari sifat sebegini. guwa sendiri selama hidup ni rasanya beratus kali hadir sifat ni dalam diri. bilamana terasa segala apa yang guwa buat tak menampakkan hasil positif. hampir² jugak guwa fed-up dengan apa yang guwa usahakan. 

Prejudis -- selalunya satu tanggapan (negatif) terhadap seseorang. lebih kepada satu manifestasi perasaan memandang rendah atau sinis. tapi perkara ni berlaku bilamana kita meletakkan satu label pada sesuatu itu. andainya kita mampu tak meletak sebarang label nescaya kita mampu menginterpretasikan sesuatu itu dalam nilai yang sangat positif.

Pada guwa, misal kata dalam bercinta la. ada je yang kata cinta ni kalau dah digenggam, genggamlah dengan betul, kalau cinta tu nak dilepaskan, lepaskanlah dengan harapan kita akan mendapat cinta yang lebih baik. 

Pendapat salah sorang rakan guwa :  Pada aku, kau tak akan dapat genggam cinta sepenuh kudrat dan keinginan yang ada. Genggaman terlalu kuat akan buat leher Cinta tercekik lalu mati. Genggaman yang longgar akan buat Cinta berlalu dan terus pergi. Ia berubah bersama masa, bertindak bersama masa dan bergerak bersama masa. Cinta datang dalam pelbagai cara dan jurus kita pertahankan Cinta nyatanya tidak akan sama.. Ada orang sanggup pertahankan kerana tak ingin rasa kehilangan. Ada pula yang memilih lepaskan untuk melihat kebahagiaan pasangan. Ada yang sanggup bertahan meski Cinta sangat menyakitkan. Dan ada yang relakan perpisahan andai bersama lebih melukakan. Terpulang kita untuk nilaikan. Puaskan hati sendiri atau korbankan sebuah perasaan.

Penghujung cerita tak siapa boleh duga. Maniskah dia. Pahitkah dia. Itu semua bergantung pada cara apa yang kita guna di sepanjang perjalanan cerita. Segala risiko harus ditelan andai penghujung cerita tak bersama kita. 

*ada yang tersirat selalunya. kehkehkeh







p/s : Encik H, izinkan guwa meminjam beberapa frasa dari karyamu. ampunkan daku huk³

Merambu Ayaq Mata

16 March 32 Comments

guwa ni bukanlah insan yang jenis lembut atau senang dibuli.. zaman skolah guwa dedulu guwa ni antara otai wo ! memang takdelah yang berani nak buli guwa.. try la buli tengok kalo nak rasa penerajang sulung. hahaha todia kemain lagi aihh =P  --- okeh guwa tipu yang tu.

tapi ada certain²  bab ni memang otomatik je guwa tangkap leleh. tambah pulak kalo bab JODOH.. guwa bukan buleh kalo kena tanya soalan bab camni.. konfem cepat je nak merambu ayaq mata.. chittt kata gengster sangat phuii ~ =P

seriyesly kalo bab yang melibatkan hal mahupun isu ini guwa agak keberatan untuk memberi jawapan sepantas kilat.. guwa lebih prefer tarik napas dalam² pastu selagi buleh guwa akan cuba kona ke lain.. tapi tengok pada luck jugaklah.. kalo yang mengajukan soalan tu jenis manusia yang tak berapa berjiwa kental dan tak memiliki sifat curious pada tahap dewa maka akan selamatlah. sebab dia takkan ulang lagi soalan tu andainya guwa melakukan cubaan tukar topik ke lain.. tapi awas seandainya si pengaju soalan tu adelah tergolong dalam spesis mami jarum senior.. memang sampai sudahlah dia akan korek sedalam yang mungkin untuk dapatkan jugak jawapan sampailah dia puas hati.

guwa pulak kerja dalam kampung sendiri. tempat kerja guwa pulak memang one stop center --- online bil payment + printing + scanning + emailing + card drafting + dating.. yang mai pulak memang tak kira lapisan umur.. dari sekecik² budak sampailah ke sebesaq² bapak atau mak. duduk dalam kampung sendiri ni biasa la. memang tak boleh lari dari soalan² maut camtu. terutama bab kawen. tambah pulak partner guwa cik Puan Ida pon dah selamat berumahtangga. maka guwa memang menjadi bahan lah setiap kali ada pakcik makcik yang mai nak membayar bil ke hape.

".. ha hat ni bila lagi ni nak kawen ? “ 
"..kamu ni bile pulak ana ? "
".. bile lagi nak kendurinye kamu ni ana.. ? "
"..kamu memilih sangat kot ni. tu la tak kawen lagi "

dah paham sangatla bila ada je pakcik makcik yang tanye, guwa buat muka kering je. sebab tak semua manusia jenis reti tutup mulut. kadang tu guwa paham je dorang saje la nak gegurau. jenis yang camtu guwa takde hal, boleh je layaaaankan je gegelak jawab die tanye. bukanlah guwa ni sensitip tahap dewa sangat.

tapi ada yang jenis mulut memang tak reti cover, main terjah je soalan. pastu pulak soalan jenis huiiiii bertubi-tubi tak hengat ! kalah si Rock dalam Galaxy tu.  slumber je dia buat muka tak bersalah plus tak fikir dah perasaan orang yang menerima soalan tu. ada pulak yang memang jenis dia dah lama pendam nak tanya soalan tu tapi belom ada point nak bertanya, sekali dia dapat point haa tudia ! tambah pulak terkena time dia dok sedaaap je main tala tanya soalan gitu, si penerima soalan tu pulak tengah hormon tak stabil, ha memang  seriyes bertakung abeh la ayaq mata dok menahan sebak di dada gitewwwww =P

point dia kat sini guwa nak kata yang semoga kita kita ni bila dah sampai umor senja gitu karang takdelah mulut jenis berapi pastu sibuk jadi mami jarum. buleh bertanya tapi berpada. cheyyyyy =P

Membuang Masa

13 March 26 Comments


Bertahun lama memendam rasa.. ke hulur ke hilir tak kira masa.. ke sana sini membawa usaha.. bukan untuk siapa-siapa.. untuk dia juga..

Turun naik tak payah kira.. masa terluang tidak disia.. asal ada peluang yang mara.. tak pernah lekang mulut berdoa..  

Bukan jenis minta wang berjuta.. apa lagi lah memandang harta.. tapi bila segala apa yang diusahakan hanya mendapat perlian semata, rasa tersentap segenap anggota.. cukuplah sekadar terima kasih cuma ---

bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma terkadang jiwa sedikit meronta tatkala bila toleh kiri dan kanan --- insan pakat senyum belaka. ekoran indahnya 'dunia' mereka.
















*Incik Boss --- T____T

Mahai

10 March 15 Comments


"..Akhirnya, ade jgk kawan yg sepesen dengan guwa. Jenis tak suka makan kat tempat branded. Semalam try makan kat Kenny Rogers.. kami nak order pun tak reti. Time order plak, main tunjuk je nombor. Siap tanya waiter, yang ni ape, best ke, mana best, besar ke kecik.

Dah setel order, sampai makanan.. merepek lagi. member guwa order tea latte. merungut sebab air mahal tapi kena kacau gula sendiri.

Yang guwanya pulak, dapat ayam.. komen ayam tak berapa nak masak. Oi. Mana boleh makan ayam yg still ada darah2. Haih. Tak p dah la gua kenny rogers kalau gitu.

So, lepas ni kita pi makan kedai selera kampung jela ye ? Murah dan sedap. P kedai branded ni kompem mahal, belum tentu sedap. Haha.."


ini status sorang dari member guwa.. nak tergelak pon ade masa guwa baca.. tapi tu lah guwa pon sebenarnye tak berapa nak kick sangat kalo makan kat tempat branded nih.. sebab harga dia satu hal. pastu pulak sebab RASA dia tu kadang tak berapa kena dengan tekak guwa.. 

masa nak order tengok dalam menu cheyy kemain lagi dia punya gambar buat meleleh ayaq lioq.. kita ni pon orderla.. nak sebut nama menu tu pon kadang jenuh tergeliat lidah.. main tunjuk code je kadang tu kat waiter.. maklumla orang kampung macam guwa mane reti nak nyebut nama menu pepanjang nih.. hahaha

masa nak oder tu satu hal la dah dok pening tengok semua macam perhhh sedap gila.. satgi bila dah sampai ha naaaah todia --- buwerkkk tak kena langsung dengan tekak orang kampung guwa nih =P

tapi kalo sesi makan besar dengan Team Kerja, guwa tak kesahlah makan kat tempat branded mana pon.. asalkan Bendahari yang tolong bayarkan nanti.. guwa tolong order bagi penuh meja pastu guwa tolong makan je la mana yang tekak boleh terima.. kehkehkeh


*tak pernah lagi makan eskrem tuti feruti. mahai gak baq hang =P