Sunday, July 21, 2013

binatang kegemaran.

Assalamualaikum :)

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi membela atau pelihara apa-apa haiwan. Tak pernah. Kenkadang tu jeles jugak orang duk bela kucing yang comel-comel, tapi diri ini masih belum ada keberanian yang cukup untuk membela binatang yang bergigi dan berkuku tajam seperti bayangan harimau. Ahaaa gitu kauuu. Aku ni sebenarnya tak takut pun kucing. Aku masih lagi mampu nak pegang, nak belai, tapi pegang gitu-gitu jela. Takde lah takut bebenau. Tapi kalau nak suruh aku bawak bermain bergurau berkejar-kejar dengan haiwan tu hah memang tak la sebab aku ni takutkan kuku dia je. Eee ngilu pulak pikirkan kiki.

Sekarang dah 20 tahun, *belum masuk lagi baru 19, bulan 12 ni baru masuk 20* barulaaaaaah diberi kesempatan dan peluang untuk pelihara seekor haiwan. Tapi bukan kucing ye. Ini :


Ha amik kau sebesar alam aku tepek. *Harap dapat spot sesuatu di tepi kepala tu*

Jadi officiallynya aku adalah penjaga tetap sugar glider yang bernama LILO. Jaga Lilo takdelah aku takut sangat macam nak jaga kucing. Yang ini gigi tumpul. Kuku dia takdelah rasa sakit sangat kalau kena cakar hikhik. Terima kasih ayah kerana sudi melayan kerenah anakmu ini yang mengada-ngada kat kedai haiwan sambil hentak-hentak kaki nak bela ini binatang. 


Umur dia adalah, aku pon tak tahu berapa umur dia kahkah. Tapi dari bulan 4 tak silap aku beli dia ni. Sebenarnya beli sepasang tapi....yang jantan tu dah mati sebab jantan tu kecik sikit dari betina ni masa beli mula-mula dulu. Jadi si betina ni asyik lenyek-lenyek dia sampai tak bermaya  and then terus mati. Sob sob.


Sejak itu, Lilo jadi janda pada usia yang sangat muda. Eh janda ke balu? k whatever. Takde teman nak bermain, gurau-gurau, gigit-gigit dan memekak di tengah malam saat orang semua diulit mimpi. Waaaaaaah ayat. Jadi bila yang jantan tu dah mati, kasih sayang pada Lilo ni lebih sikit la sebab taknak dia mati jugak. Taknakkkkk. Dan Alhamdulillah sekarang Lilo dah makin berisi sebab kerja dia makan tidur makan tidur. Kalau keluarkan dari sangkar, tak lengah terus dia kencing dan berak kat aku, Soooooooo nice of you baby, puih.


Pedulikan tuan kepada Lilo yang overrrrrrr nak mampus tu. Time ni lah dia kencing atas shawl half moon kesayang ku sob sob.

Time ni aku bersahur, dia pon nak bersahur jugak.

So korang kalau ada haiwan peliharaan mai lah share! Itu jelah post kali ni. Esok lepas subuh dah kena gerak kolej. Dah kena tidur sekarang. Kugagahkan juga update blog semata demi cinta, ew.

Tilll then, assalamualaikum :)

Friday, July 12, 2013

Baru tahu.

Assalamualaikum.

AHAAAAAA LAMAAAAA GILAAAA TAK UPDATE BLOG NI. Sob sob.

k camni, first, nak ucap selamat berpuasa. Selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini. Semoga anda-anda semua mendapat keberkatan dalam bulan ini....dan bulan-bulan yang seterusnya lah. 

Lamanya tak tepek gambar kat blog hehe

Sebelum-sebelum ni, bila saya puasa, cepat sangat letih. Kalau pagi sampai pukul 5 tu ok lagi. Start je pukul 5 ke atas badan rasa lemah tak bermaya. Serious macam nak tumbang, badan sampai berpeluh-peluh menahan rasa lemah. Sadisnya bila tenaga kita ni tak sekuat orang lain. Lepastu, mengadu lah kat nenek. Biasalah cucu manja kan walaupun sebenarnya aku ni cucu sulung kahkah.

Aku : Nek, kaklong tak tahulah setiap kali pukul 5 petang ke atas je tenaga macam takde. Lemah sangat... *sambil buat muka kesian dalam keadaan yang tidak terurus*

Tak lengah nenek terus jawab, 

nenek : Haaaaaaaa. Kalau taknak badan lemah masa puasa, amalkan minum susu. Minum masa sahur lagi bagus.

Then keesokannya aku pun try la bersahur minum susu. Lama sangat tak minum susu. Last minum masa darjah berapa entah kuikui. So sampai sekarang aku tak berapa nak kamcing sangat dengan susu sebab susu tawarrrrrr. Maka demi taknak kelihatan lemah dan letih masa puasa kugagah kan jugak rembat susu nenek yang bernama OMEGA. Sahur je minum susu tu dan aku campur sendiri gula. Serious sedap.

Lepas je minum susu masa sahur tu, ya Allah memang betul cakap nenek. Dari pagi sampai lah nak buka puasa, langsung tak rasa lemah dan letih. Ibarat macam daya ketahanan badan aku ni kuat sikit lah. So.... baru tahu kalau taknak tenaga kurang masa puasa, minumlah susu. Apa2 susu k asalkan susu.

Siap keluar jenjalan lagi nak beli barang. *kekonon kuat lah padahal semangat nak beli barang raya je tu kahkah*

ok lah, itu je. 
Insya Allah kalau RAJIN saya update lagi.

Assalamualaikum :)