Friday, July 20, 2012

Ramadhan yang lebih baik

Assalamulaikum.



Ya Allah sekejap je masa berlalu. Terlalu cepat. Dan ini masa yang ditunggu-tunggu. Ramadhan.
Satu-satunya bulan dimana peluang untuk kita upgrade iman, ibadah dan pahala. Kurangkan dosa, InsyaAllah.

Aku dah terlalu banyak terleka sebelum ni. Tak sedar yang sebenarnya aku dah banyak abaikan Allah. Sibuk fikir tentang perkara yang tak penting, menangis tentang perkara yang tak sepatutnya, kejar dunia, kejar sesuatu yang belum pasti. Ya Allah, how bad i am before :'( But then, Allah is still there with me. Allah always besides me without i realize it. Masa dimana aku tersasar, Dia masih ingatkan aku. Masa dimana aku lemah, Dia beri kekuatan pada aku. Masa dimana aku rasa aku dah tak tahan dengan ujian, Dia masih terus terusan ingatkan aku dengan cara yang baik. Allah The Almighty, macam mana aku boleh jadi terlalu pentingkan diri selama ni. Macam mana aku boleh ketepikan Dia dan sibuk kejar sesuatu yang langsung tak penting. Aku leka.

Bila aku fikir balik, banyak dah salah yang aku buat pada Allah. Tapi, Dia masih terus-terusan bagi aku rezeki. Masih terus-terusan bagi apa yang aku nak. Allah still fulfill my wishes. Subhanallah :'(
Aku inginkan Ramadhan kali ni buat aku betu-betul ingat pada Allah. Aku inginkan Ramadhan kali ni betul-betul buat aku rindukan Allah, setiap masa. Pada aku, apa yang salah, diri sendiri harus kita betulkan. Sedikit demi sedikit, InsyaAllah kalau niat kita baik kerana Allah, kita boleh :')

Dengan kedatangan Ramadhan kali ni, rebut peluang untuk jadi yang lebih baik. Itu yang aku harapkan. So abang-abangg hensem, kakak-kakak cantik, adik-adik comel, selamat menyambut Ramadhan ya. Jangan tinggal puasa kecuali yang "special" je.

Till the, Assalamualaikum :)

Friday, July 13, 2012

To have this feeling is not easy.

Malam tu saya teringatkan awak. Saya rindukan awak. Saya nak tengok awak, saya nak dengar suara awak, tapi saya tak tahu dengan cara apa. Dan saya terpikir hanya dengan satu cara, melalui SKYPE.

 Saya cuba-cuba on skype kalau-kalau saya nampak awak online. Saya buka Skype terus nampak awak tengah online. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa happy dan dalam masa yang sama saya fikir untuk apa awak buka Skype? Untuk apa dan dengan siapa awak ber-video call.

Awak mula tegur saya dulu. Saya bahagia. Saya nak video call dengan awak tapi saya cuba tahan perasaan tu. Saya cuba buat alasan yang saya penat. Awak tanya saya, kenapa saya on skype? Saya jawab saya ada hal dengan kawan, saya tipu. Lepastu saya tanya awak jugak, kenapa awak buka Skype? Awak jawab awak chatting dengan kawan, perempuan lain. Perempuan yang menjadi tempat  awak mengadu segala hal, perempuan yang menjadi tempat awak bergurau senda, dan perempuan yang saya tahu sudah ambil tempat saya dulu. 

Air mata saya terus jatuh. Saya tak tahan. Saya on Skype sebab nak tahu samada awak ingat saya atau tidak, tapi saya terlalu bersungguh dalam mengharap. Sekarang, awak on Skype kerana orang lain, bukan lagi kerana saya. Bukan lagi kerana awak tunggu saya, bukan.

Saya tak marah, saya tak kisah. Saya bahagia untuk awak sebab awak ada somebody yang boleh buat awak jauh lebih bahagia. Saya bahagia untuk awak. Air mata saya jatuh untuk yang keberapa kali yang saya sendiri tidak tahu. Saya tak kisah, asal saya tahu awak dah move on. Asal saya tahu awak happy bila saya takde. Cukuplah.... Saya tak tahu apa saya rasa malam tu. Saya hanya mampu keluarkan air mata yang tak tahu nak berhenti sambil sembunyikan dari pandangan kawan-kawan saya.


Air mata saya dah banyak jatuh kerana awak, tapi sikit pun awak tak ambil peduli. It's okay, i'm okay. Nama awak selalu ada dalam doa saya. Hanya dari situ saja cara saya mengingat awak. 

Jangan lupa saya. Jangan padam nama saya dari hidup awak. Jangan lupa macam mana kita kenal dulu, tolong jangan lupa semua tu.
Take care, if you're happy, i'm happy.

-Hanya cerita kiasan-

Assalamualaikum.