Thursday, December 29, 2011

i'm officially 18 !

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah , hari ini 29.12.2011 genap usia aku 18 tahun . Terima kasih Allah sebab masih lagi panjangkan umur aku untuk beri aku peluang lihat dunia , hirup udara dan berpeluang rasa nikmat dunia .

Before that, semalam aku keluar dengan BFF aku bersama adiknya dan adik aku . Keluar tengok movie . Pertama kali dalam sejarah hidup aku tengok 2 cerita dalam satu hari . haha . First movie "Mission Impossible : Ghost Protocol" . Terbaeeeeekkkk . Tom Cruise <3 hehe . Second movie "Ombak Rindu" tangkap lelehhh .

she's my BFF . <3

Memang lama gilaaaa tak jumpa lepas habis SPM . Rindu sangat !




 
mereka cakap saya nampak tinggi masa ni :)
disebabkan kasut tu , kaki aku kejang!!! :\

inilah BFF saya dengan adik dia . :)


its such a beautiful memory with them !! Akhirnya terlepas juga rindu . hehe . Walaupun masa ni buka masa hari jadi saya tapi satu hari sebelum hari jadi saya , saya rasa ini adalah saat yang paling wonderful !! again , happy birthday to me !! i'm 18th !! :)

oh ya lagi satu :


semalam hantar ika balik . Tiba2 dia bagi aku nih . dia cakap
"Aku orang pertama yang wish . Lagi 2 jam setengah , Happy Birthday Amy!!!"
thanx ikaaaaaaa <3

p/s : gambar adik aku tak ada sebab dia join kawan dia tengok wayang tempat lain .
p/s/s : terima kasih juga kepada yang wish aku awal pukul 12 malam tadi :)

till then, assalamualaikum :)


Monday, December 26, 2011

rantai burung hantu

Assalamualaikum .



Warna macam ala-ala keemasan . Mata bulat saizya besar lagi . Comellll gila . Trend kaum hawa pakai rantai ni semakin menjadi-jadi dan menyebabkan aku pun nak turut bergaya mempunyai rantai burung hantu yang ala-ala vintage ni .

First time nak pakai dah cantik terletak disebalik tudung aku . Sumpah trend gilerrrrr . Keluar dari bilik nampak dek ayah dan mama aku . Tegur

ayah : Ni kenapa pakai rantai macam ni nie?? Simbol patung-patung bagai tak elok la .

mama : Lain macam la mama tengok awak pakai rantai tu . Kan haram pakai barang kemas yang melambangkan  benda-benda yang hidup . Even pakaian pun tak boleh ada lambang patung-patung atau muka orang .

Dengan dukacitanya aku buka balik . Selang beberapa hari tu dengar cerita rantai burung hantu ni ada kaitn dengan "freemason" . eh korang betul ke ?? Aku dah lupa la nama blog ni tapi bila aku tengok komen-komen yang bermacam-macam jenis . Ada yang bangkang , ada yang setuju .


kesimpulannya , aku takkan pakai sebab ayah dan mama larang . adeeehhh , membazir duit aku . hehe .
korangg , seriously aku nak sangat tau tentang ni . Kalau korang ada informasi tentang ni tolong bagi link ke ape ke eh?? sharing is caring kann . till thenn ,

Assalamualaikum .

Friday, December 23, 2011

kepada penggemar novel .

assalaaamualaikumm !!


hye semuaaaaaaaaaaa!! eh kenapa aku semangat semacam ni?? hehe . ermm , ahhh , errr , aku tak tau nak mula macam mana ni sebab sekarang aku dah jarang update blog . So otak beku tahap gaban . Aku rasa macam takde orang je yang singgah blog haku ni . haha , Aku rasa la . 

sentapp ! errr, still ada orang lagi yang ingat aku budak kecik =_='

ok firstly, aku nak minta maaf pada readers2 yang TER singgah kat blog aku ni then baca and meluat sebab lately ni aku asyik post pasal cintaaa je . haha . ok fineee , lepas ni takde dah nak share pasal cinta lebih2 . Tapi sikit2 je ok . hehe . terima kasih kak Dhia atas peringatan walaupun tak kenal siapakah gerangan yang bernama Dhia ini .

ok dah . Sekarang ni nak cakap pasal novel . Sesiapa penggemar novel sila angkat kaki ! hehe .

"usai...aku terima nikahnya"

'"Hati kala cinta"

Dua-dua belum baca lagi . Tapi sekarang baru nak start baca "usai aku terima nikahnya" . Biasalah kalau dah banyak novel ni mesti ada yang nak pinjam kan? Aku tak kisah nak bagi orang pinjam tapi masalahnya kalau barang yang kita bagi pinjam tu diorang tak tahu nak jaga elok-elok .

Kalau aku dah obses dengan satu-satu barang , aku akan jaga elok-elok . Macam novel , aku balut kan dia , Tulis nama , dan tandatangan . Paling pantang kalau novel-novel aku jadi macam ni ,

nampak tak kat tengah-tengah tu apa jadi ?

Perkara macam ni jadi bila aku pinjamkan pada orang . Itu yang malas tu . Nanti tak bagi pinjam dilabelnya kedekut . Jadi...untuk elakkan daripada perkara-perkara macam ni terjadi , sebelum aku pinjamkan pada orang , ada syarat-syarat yang harus dipatuhi :
  • Macam mana kemas dan cantik aku bagi pinjam novel tu , bila pulang balik mestilah dalam keadaan yang sama .
  • jangan koyak .
  • jangan hilangkan penanda buku .
  • bila baca, jangan kelepet kan novel tu sampai ke balakang (thats why tengah-tengah cepat terkoyak)
  • Jangan lipatkan kertas , tapi gunakan penanda buku .
haaa kauuu . Siap ada syarat bagai dah . Biasalah , hak milik terpelihara =P
novel ni aku baru habis baca . terbaik :)

Jadi.... kepada penggemar2 novel tu , share la sikit kalau korang ada novel2 yang menarik ok . Boleh aku borong cepat-cepat kat popular . hehe . Till then ,


assalamualaikum :)






Sunday, December 11, 2011

am i jealous ??

Assalamualaikum .
Sem 2 ni aku bersemangat nak buat betul-betul . Fokus aku hanya pada study . Nak dapat pointer tinggi , sem 1 tinggalkan jauh-jauh . 4 flat insyaAllah =)
Masuk sem 2 baru aku perasan ada orang yang sama muka macam dia  ;(  cara pandang , cara pakai jam , senyum . argh , kenapa sama muka and macam mana boleh sama kelas pulak nie . Kadang-kadang fokus aku lari . kalah . dem .
 please , please . aku taknak nangis .
Baru-baru ni pulak dapat tau budak tu dapat dekan . pointer dia tinggi about 3.68 !!  lagi demmm . seriously , aku tercabar , jeles , tergugat . Balik rumah , terus siapkan assignment tak tangguh-tangguh . Aku pun nak jadi macam diaaaaaaaaaa =( Dalam kepala dah pikir , kenapa dia pandai sangat .
Kalau tengok budak tu dalam kelas , tahan air mata je . ;( nak buat macam mana , takkan nak halau suruh budak tu pergi kelas lain . Dalam sedih , ada orang buat aku happy even dia tau yang aku kadang-kadang kalah dengan kenangan lama aku . terima kasib capital H . aishiteru :*
p/s : macam mana aku nak kuat kalau tiap-tiap hari berdepan dengan "pelanduk dua serupa" tu ;(

p/s/s : readers , doakan aku dapat pointer tinggi boleehhh kannn . kbai