Saturday, May 21, 2011

7 HARI MENCINTAIKU . menjadi milik aku sekarang




alhamdulillah . sekian lamanya aku ingin memiliki novel  penulis kegemaran aku nih . 


7 HARI MENCINTAIKU . siti rosmizah . the latest one .

puas . teruja . happy .

terima kasih ayah . =)

p/s : saya rindu kat awak .

p/s/s : malas nak taip banyak2 . dah ngantuk giler ni . nite .

gua tak kira , gua nak tayang lagi .

assalamualaikum


Friday, May 20, 2011

kehidupan yg lebih mencabar harus aku hadapi


hari demi hari . tahun demi tahun . cepat masa berlalu . setiap detik aku bernafas dari aku bayi sampai sekarang adalah kerana pengorbanan ayah dan mama yang bertungkus lumus membesarkan aku . sedaya upaya memenuhi kehendak aku . walaupon adakalanya yang tidak masuk akal .


tak sangka . baru semalam aku merasakan baru saja masuk darjah satu . baru semalam aku merasakan baru saja masuk tingkatan satu dan baru semalam aku rasakan baru saja lepas ambil result SPM .


sekarang aku , sedang meniti ke alam yang lebih mencabar . ke alam yang lebih terdedah . ke alam yang aku sendiri tidak tahu adakah aku mampu untuk hadapinya . adakah aku mampu untuk berdepan denganya . aku sendiri takut . takut untuk berdepan dengan orang yang bermacam macam ragam . kerana aku tidak lagi bergantung pada mama dan ayah sepenuh masa . aku sudah terlepas dari pandangan mama dan ayah untuk seketika .


18 tahun . masih kanak kanak ke ?? tidak lagi . ye , aku sedar . tidak lagi boleh terkinja kinja macam masa sekolah dulu  . matang . itulah yang perlu aku selalu ingat dalam otak . serious . itulah yang perlu aku praktik kan bila ada dalam kelas bersama lecturer2 yang aku sendiri terasa asing dengan mereka . ye , janggal .


aku perlu kuat . aku perlu berani . aku perlu matang . matang dalam memilih kawan . matang dalam membuat keputusan . matang dalam segala galanya .


ALLAH . satu-satunya nama yang aku tidak akan lupakan . solat . satu kewajipan yang aku tidak akan tinggalkan . zikir . satu makanan jiwa yang aku tidak akan lepaskan . insyaallah .


Tuhan , aku mengharap . hanya padaMU aku meminta dan memohon . tolong . teguhkan iman ku . tolong . kuatkan iman ku . tolong . jauhkan aku dari terjatuhnya ke kancah maksiat . tetap kan keyakinanku dan pendirianku hanya pada agama MU .


aku . seorang gadis yang tidak berani lagi untuk hidup seorang diri . kekuatan , itu yang aku perlu .


Yang aku harapkan . menjadi anak yang solehah buat ayah dan mama .  menjadi pelajar yang terbaik di kolej . menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat lain . dan juga menjadi perempuan yang terbaik buat si dia .


mereka . ayah dan mama adalah segala galanya .  ayah dan mama adalah kebahagiaan aku . dia , yang selalu buat hati aku riang . berbunga-bunga . terima kasih awak .


assalamualaikum .


Thursday, May 19, 2011

aku adik Nurulbadiah Lai ?? statement perasan ni weyh


ni aku ada printscreen ckit . agak buruk la . tapi takpe ah . kene scroll banyak sikit .


klik la untuk tumbesaran yea .
aku tak pandai nak printscreen cntik2 . men hentam je nih . asalkan nampak dah la erk .

ape ko tak bangga ke kalau orang tanya ko ni adik kepada blogger femes nurulbadiah tu ?? kalau aku , aku bangga . hehe . yela , memang kenyataannya tak ada ikatan adik bradik , tapi kalau nak perasan apa salahnya . sukahati gua la nak perasan ke tak , hidup gua . lu jangan nak banyak cakap .

lagi satu gua bukan saja nak menunjuk atau bangga ke hape . tapi gua rasa ini salah satu bukti yang menunjukkan bahawa Nurulbadiah Lai bukan lah seorang yang sombong . tapi , tapi , kalau gua adalah salah satu orang yang bukan ditegursapa oleh nurulbadiah lai , gua rasa itu takkan jadi masalah pada gua . yela , buat apa nak kemaruk sangat dengan orang yang tak tegur dengan kita ?? sampai nak sound2 eh sombong le hape le . ape kejadahnye . kalau gua , dia nak tegur ke hape ke itu hak dye le ye tak . nampak sangat le kalau gua yang sound dye sombong ke hape ke macam nak tarik perhatian jee . perrgghh , dah le orang tu tak layan , pastu nak sound2 dye sombong . kalau gua , gua malu . macam la takde cara lain nak dye layan kita .


amacam ?? ada sama tak ?? cakap sama , pleeeezzz , pleeeezzz .

p/s : gua suka perasan . lu takde hak nak sound2 gua ok .

p/s/s : awak , semalam awak tak sempat nak nyanyi untuk saya . tu la , saya dah cakap . topup seratus . kan dah tak sempat nak nyanyi . =(

assalamualaikum .





Wednesday, May 18, 2011

i wanna be a business woman


disebabkan aku amik business study , so dah tentu aku nak jadi business woman . 

ok , mengikut perancangan yang aku dah rancang bak kata orang 'pergh , giler excited kau ' . tapi tak pe . aku suka merancang . terutamanya yang melibatkan masa depan aku . yeah .

first , sekarang ni aku amik dip in business study . so aku akan belajar yang basic tentang bisnes selama 3 tahun . then insyaallah , lepas abis diploma ni . aku nak sambung ijazah amik fashion designer dekat UITM shah alam . eh chop !! tak boleh , tak boleh !! aku kene pergi PLKN yang entah ape2 tu dulu . buat masa sekarang DITANGGUHKAN pergi PLKN sebab aku dah start sem . perrgghh , bulu larrr . ko bayangkan , orang lain sume muda2 pergi PLKN tapi maybe aku yang paling tua dalam umur 20 atau 21 gitu . perghh , memang bulu arh . why me ?? why me ?? .

ok2 , back to the story . lepas dah abis dip 3 tahun . aku pergi PLKN , yeah , 3 bulan . kepalahotak arh !! aku tak bersedia lagi nak menghitamkan kulit ! pastu baru aku sambung ijazah kat UITM shah alam tu . PA aku cakap kita boleh pilih course apa yang kita nak bila amik ijazah . entah , aku tak paham sangat bende camni . 

so , bila aku dah amik bisnes dan gabungkan dengan fashion designer tu , aku boleh la buat bisnes jual2 baju atau tudung atau skarf atau semua yang berkaitan dengan woman stuff . insyaallah . i wanna be a success business woman !


p/s : kita hanya merancang , DIA yang menentukan .

p/s/s : pakcik PLKN , boleh tak kalau saya DIKECUALIKAN tapi bukan DITANGGUHKAN ? yea saya tau saya bukan OKU atau pregnant atau sakit . tapi , pleeeaassseeee . =(

salam .


Sunday, May 15, 2011

happy di KTYAGA .


salam .

KTAYAGA ?? whats that ?? haha , KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN ALOR GAJAH .
 alhamdulillah , aku seronok disana . takde masalah . kwan2 pon sporting . senior lagi sporting .
alhamdulillah jugak , takde la sampai aku kene ragging . oh tidak , sebelom aku diragging , meh aku ragging org dulu . ok mood garang .


wa ckap sama lu , pompuan sebelah gua ni manyak cantik .
 ihik , suka tgok pic ni .

aku rasa macam seekor itik ditengah2 dan seekor gajah dibelakang dan seekor ayam di tepi , maybe .
time ni ktowg kat padang golf .

syg mereka . <3

bye .


Tuesday, May 10, 2011

bermulanya kehidupanku sebagai seorang siswi

ada ke ciri2 seorang siswi camni ?? teehee .

aku sendiri tak percaya yang aku dah habis skola and sekarang dah jadi seorang siswi dah . budak muka macam budak2 ni dah besar rupanya . haha .  mekacih mama and ayah sebab susah payah uruskan segala urusan semata-mata nak tgok anak mereka ni sambung blaja . mama ngan ayah sangat bertungkus lumus uruskan segala hal pelajaran ni . insyaALLAH kaklong akan cuba blaja leklok .


mula2 masuk risau . macam2 aku pikir . ada kawan ke nanti kat sana ?? alhamdulillah , ada jugak . ramaiii . best2 . lecturer2 pon sporting and cool . tapi gasa cam artis plak sebab bila jumpa org je dyeowg akan ckap "alololo omey nye , omey nyeeeeee !! " apakah ? gasa cam budak skola rendah lah pulak bila org ckap cmtu . 
dan macam biasa la klau dah namanya pon institut pengajian , macam2 org yang kita akan jumpa . serious , aku dok sana doa byk2 je mntak kuatkan iman aku . mintak supaya jgan pesongkan iman aku . pada aku , semua tempat sama je . pokok pangkal kita . hati kita . kene pandai jaga diri . 

mama ngan ayah slalu pesan , solat jangan tinggal . zikir slalu bila susah nak tido . zikir slalu bila teringatkan mama ngan ayah . pilih kwan tu elok2 . pandai jaga diri dan maruah . kaklong dah terlepas dari pandangan mama ngan ayah , so diri sendiri kena pndai jaga .
time nih aku dah sebak .

insyaALLAH , aku akan blaja btol2 . akan ingat semua pesan mama ngan ayah . tapi takot sebab jauh dari parents kan . slalu nak wat ape2 bergantung pada mama je . hmm .

salam .