ISU PENYELEWENGAN TABUNG MANGSA MEMALI

Sunday, March 18, 2012

 NAMA Daerah Baling di Kedah banyak terukir dalam sejarah Malaysia. Beberapa peristiwa penting politik tanah air tercetus atau dicetuskan dari daerah itu. Bermula dari peristiwa rundingan damai antara Tunku Abdul Rahman dengan barisan pemimpin Parti Komunis Malaya yang di ketuai oleh Chin Peng pada tahun 1955, di daerah Baling jugalah tempat untuk saudara Anwar Ibrahim menganjurkan mogok lapar dan tunjuk perasaan kerana isu kemiskinan pada tahun 1975.

Sepuluh tahun selepas itu - 1985, 'Tragedi Berdarah Memali' tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh.
Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau 'mati syahid', maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihakPAS memikul tanggungjawab.

Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah. Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai. Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.

Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan. Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan.

Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.

Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.

Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.

Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.

Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.

Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS.

Anehnya, dalam dalam kata-kata '... tidak ada kena-mengena dengan PAS' itu, Datuk Fadzil mengadakan pertemuan dan dialog dengan 25 orang waris dan mangsa tragedi pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali. Majlis itu diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Memali bagi memberi penerangan mengenai perkembangan Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan selepas berlaku tragedi Memali.

Majlis dialog dengan Datuk Fadzil itu bertukar menjadi kecoh apabila kesemua mangsa terbabit dihalang untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan mereka bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan tabung berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu pihak jawatankuasa majlis itu hampir bergaduh dengan mangsa dan balu-balu tragedi Memali selepas berlaku cabar mencabar antara kedua belah pihak. Kesemua mangsa tidak puas hati dengan cara pihak jawatankuasa penganjur majlis itu serta sikap Datuk F'adzil Noor yang dianggap tidak professional dalam menyelesaikan masalah pengurusan tabung berkenaan.

Kekecohan terjadi ketika Datuk Fadzil sedang mendengar penjelasan daripada Ahli Jawatankuasa cawangan Memali berhubung tabung berkenaan sebelum seorang wakil yang dilantik oleh mangsa dan balu tragedi tersebut, Zainon Ismail, 40, bangun untuk berucap bagi melahirkan rasa tidak rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan tabung itu.

Bagaimanapun dia dihalang atas alasan beliau bukan ahli PAS

Datuk Fadzil Noor dan ahli jawatankuasa majlis itu tergamam apabila Zainon berjaya membuktikan dirinya sebagai ahli parti itu dengan menunjukkan kad keahlian seumur hidup.

Apabila Zainon (lebih popular dengan panggilan Cikgu Non) dihalang dari berucap, sebahagian besar mangsa yang terdiri daripada kaum wanita menjerit-jerit di luar dewan meminta Datuk Fadzil Noor memberikan keadilan kepada mereka.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut meluru keluar dan berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua pihak sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun ketegangan berjaya dikendurkan selepas beberapa pihak campur tangan.

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.

Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.

Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.

Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.

Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.

Selepas Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.

Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS. Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.

"Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu," ucapnya.

Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan 'tumpang kasih'.

”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan", katanya.

Mohamad Sabu juga turut merayu kepada mereka yang terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak 'musuh' sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah 'penjelasan' itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Wakil balu dan mangsa tragedi Memali, Zainon Ismail menjelaskan, dia tidak menyangka sama sekali dengan tindakan pihaknya membuat laporan kepada polis yang akhirnya diketahui oleh pihak media sebagai mengadu kepada musuh.

"Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh", katanya.

Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.

Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan sebagai sebuah keluarga tetapi masih tidak dilayan.

Sehubungan itu, Zainon berkata, kehadiran kalangan pemimpin PAS terutama melalui ceramah di kampung itu juga bukanlah jalan penyelesaiannya.

"Kami anggap kehadiran mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan sedia ada dan bukannya menyelesaikan," tegasnya yang bersetuju dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan isu itu diserahkan kepada pihak berkuasa polis.

Katanya, pemimpin PAS sendiri perlu memenuhi syarat penyelesaian melalui kaedah Islam iaitu mendengar kedua-dua belah pihak, menyiasat dan kaji selidik, bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.

Beliau juga mengakui bahawa dalam kes ini dan mangsa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti itu untuk mendapat maklumat tepat mengenai kes ini.

Sementara itu, balu dan ahli keluarga mangsa tragedi Memali terus menerima cercaan daripada pihak tertentu termasuk mendakwa mereka 'bersandiwara' apabila mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Mangsa Memali.

Salah seorang anak mangsa tragedi Memali, Abdul Rahim Lah, 35, berkata, beberapa hari selepas pecah berita laporan polis ada pihak tertentu menelefonnya sambil menyifatkan dakwaan balu-balu terbabit hanyalah rekaan dan 'sandiwara'.

Mengulas tuduhan itu, Zainon berkata ada yang menganggap isu ini sebagai 'Sandiwara UMNO'.

"Isu ini bukannya sandiwara UMNO tetapi akibat penyelesaian yang tidak dilakukan mengikut kehendak Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu mereka ygng terbabit dalam pendedahan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ini juga akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu tidak menarik balik kata-kata ucapannya yang dianggap celupar dan menghina balu-balu serta mangsa tragedi Memali.

Menurut mereka, ucapan Mohamad Sabu itu adalah satu penghinaan besar dan mencemarkan maruah semua balu dan keluarga mangsa tragedi Memali yang kini terpaksa berjuang sendiri membela nasib mereka.

Mereka amat tersinggung dengan ucapan Mohamad Sabu yang mendakwa bahawa mereka yang laporan polis dan mendedahkan penyelewengan Tabung Mangsa Memali sama dengan perbuatan kaum Nabi Noh dan Nabi Lut yang dilaknati Allah dan bakal menjadi ahli neraka.

Demikian senario yang tersurat mengenai isu Tabuhg Mangsa Memali yang meletup pada masa para pemimpin PAS sedang ghairah mendakwa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan adalah sandiwara semata-mata.
Baca lagi ....

MENGATA DULANG PAKU SERPIH

FITNAH terkini PAS terhadap UMNO dan pemimpin negara ialah mensensasikan perkataan 'sandiwara'. Pemimpin-pemimpin PAS mula mensensasikan istilah ciptaan baru mereka itu ekoran peristiwa rompakan senjata di Kem 304, Gerik dan Tragedi Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada 2 hingga 7 Julai 2000. Pada mereka segala yang terjadi itu adalah 'sandiwara' kerajaan dan UMNO. Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMN0 dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak AIIah S.W.T tembelang PAS mengenai Tabung Mangsa Memali meletup!

Begitu cara pemimpin PAS memutarbelitkan sesuatu isu atau peristiwa. Oleh kerana tragedi itu boleh menjejaskan imei PAS, mereka secara melulu mengalihkan tumpuan umum dari menuding jari ke arah PAS kepada UMNO dan kerajaan. Tepatlah kalau ada yang mengatakan bahawa PAS merupakan parti politik yang paling pakar dalam pu-tar-belit.

Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMNO dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT tembelang PAS mengenai Tabung mangsa Memali meletup. Baunya sangat busuk dan hanyir. Dentumnya sangat memalukan PAS. Pemimpin PAS, khususnya Datuk Fadil Nor jadi panik. Pada mereka, jika tidak dibendung segera imej PAS akan tercemar.

Justeru, bila heboh mengenai dakwaan Tabung @ Mangsa Memali diselewengkan, Presiden PAS, Datuk Fadzil Nor, berkata peristiwa itu tidak ada kena-mengena. Alasan beliau ialah segala urusan mengenai tabung berkenaan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa madrasa di kampung itu.

Akal siapa yang boleh menerima hakikat bahawa PAS tidak terlibat, sedangkan lidah rasminya, Harakah masih menyiarkan iklan untuk tabung mangsa itu walaupun tragedi berkenaan telah telah berlalu 15 tahun.

Lebih mencurigakan lagi, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mohammad Sabu pula telah mengadakan ceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Memali pada 8 September 2000, kononnya untuk mengendurkan ketegangan yang gagal ditangani dengan baik oleh Datuk Fadzil.

Malangnya, ceramah Mohamad Sabu mengeruhkan lagi suasana malah menyerlahkan sikap 'sandiwara' PAS selama ini. Oleh kerana para pemimpin PAS suka melabel seseorang dengan pelbagai andaian yang mencemuh, maka golongan yang tidak puas hati dengan perjalanan dan pentadbiran tabung berkenaan dikecam hebat. Mereka yang membuat aduan polis dicap sebagai sama seperti kaum Nabi Noh, dan Nabi Lut yang ingkar. Mereka juga dipetuakan sebagai ahli neraka.

ltulah 'sandiwara' permimpin-pemimpin PAS. Daripada membela waris mangsa tragedi agar mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya melalui kutipan tabung berkenaan, Mohamad Sabu memilih untuk menghina, membersendakan, memperlekeh mereka pula. Kalau selama ini mereka bertindak memecahbelahkan masyarakat Melayu setempat kerana politik PAS dan UMNO, kini mereka juga bertindak terhadap sesama ahli PAS.

lsu utama kes ini bukanlah laporan oleh seorang bekas petugas Madrasah Islahiah pada 27 Julai 2000 yang dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai perbuatan terkutuk. Persoalannya ialah apakah yang dilakukan oleh PAS selama ini untuk memastikan Tabung Mangsa Memali itu diurus dengan telus, dan ikhilas agar waris mangsa tragedi itu mendapat bantuan dan pembelaan ?

Kalau barisan pemimpin PAS sudah tidak sanggup lagi membela nasib mereka biarkan tanggungjawab itu diambil oleh kerajaan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pihak lain boleh membantu mereka dengan lebih baik dan telus. Kalau PAS memikirkan waris mangsa tragedi sudah tidak lagi memberi keuntungan politik, biarkan mereka menentukan nasib sendiri. Bebaskan mereka dari kongkongan PAS yang ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa PAS menerusi pelbagai sandiwaranya tidak mahu dipertanggung-jawabkan. Kerana itulah mereka enggan menjawab segala persoalan mengenai berapa banyak sumbangan yang sudah dikutip, berapa banyak sudah dibelanjakan dan kepada siapa telah diagihkan. Bukankah para penyumbang juga berhak mengambil tahu?

Satu memorandum telah lama disampaikan kepada Datuk Fadzil Noor supaya menyiasat perkara itu tetapi bukan saja tiada sebarang tindakan diambil, sebaliknya mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan pula dimarahi dan dilabel dengan pelbagai istilah yang mencemuh.

Apakah ini tidak membuktikan bahawa dalam kes Tabung Mangsa Memali ini sahaja, PAS dan para pemimpinnya telah menutup pekung dengan 'sandiwara' ? Dan sesungguhnya 'sandiwara' mereka memakan masa yang amat panjang - 15 tahun.

Kalau kes sekecil itu menampakkan bahawa selama ini PAS bersandiwara, bagaimana pula dengan isu-isu penting yang lain ? Tidakkah PAS juga bersandiwara dalam lsu "Amanat Haji Hadi" ?

Apa pula 'sandiwara' PAS Terengganu dalam isu wang Ihsan ? Bagaimana pula dengan sandiwara Datuk Nik Aziz dalam isu wabak taun di Kelantan baru-baru ini ?

Apapun, kesimpulannya PAS hanya mampu bersandiwara dan menimbulkan perasaan benci-membenci. Malangnya kebencian yang ditanam oleh PAS itu cuma berkisar pada isu sesama Melayu.

Mungkin itulah antara sebab mengapa Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS membuktikan khidmat dan jasa mereka pada agama, bangsa dan negara.
Baca lagi ....

Wanita Menjadi Pemimpin

Saturday, October 29, 2011

Dulu Tok Guru pernah menyatakan: Bahawa wanita tidak boleh mengepalai lelaki sehingga Qari'ah al-Quran dari Kelantan telah tidak dibenarkan menyertai pertandingan, tetapi malangnya PAS telah melantik dua wanita bagi dua kali menjadi ahli Dewan Negara, PAS juga acap kali telah berceramah dengan wanita dalam satu pentas, tidakkah perbuatan yang sedemikian bercanggah dengan fatwa daripada Tuan Guru sendiri atau boleh dianggap sebagai memutar belit hukum Islam.

Dan sekarang wanita sudah boleh jadi Pemimpin dan juga jadi mainan Politik Baaih PAS.
Baca lagi ....

Keegoan Pemimpin PAS

Friday, October 28, 2011

Sepatutnya kerajaan PAS Kelantan telah lama menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya.

Mengikut Utusan Malaysia 19.01.1998 PAS membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS.

Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan sifat 'ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah Saidina Umar r.a kepada orangramai di Masjid Pulau Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji.

Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru, malah ada yang sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi. Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengistiharkan harta masing-masing dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?
Baca lagi ....

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 1)

Thursday, October 27, 2011




Ramai yang tidak tahu apa itu KHAWARIJ dan bagaimana sejarah KHAWARIJ serta signifikannya kumpulan ini dalam sejarah ketamadunan Islam.
Secara harfiahnya, KHAWARIJ bermaksud ‘mereka yang terkeluar’. Kali pertama gerakan ini muncul adalah pada penghujung abad ke-7 di kawasan selatan Iraq. Pada mulanya mereka merupakan kelompok orang Islam yang menyokong Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun akhirnya menolak kepimpinan Ali r.a. Khawarij ditanggapi secara berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.
Gerakan khawarij mula berakar umbi setelah pembunuhan Syaidina Uthman bin Affan r.a, khalifah Ar-Rasyidin ketiga. Pembunuhan tersebut mengakibatkan kaum keluarganya dari Bani Umayyah menuntut agar Syaidina Ali bin Abi Talib r.a yang diangkat menjadi khalifah Ar-Rasyidin keempat mengambil tindakan pantas terhadap pembunuh dan ahli-ahli komplot jenayah itu.
Bagaimanapun, Syaidina Ali r.a yang agak sibuk menguruskan negara yang mula berpecah belah angkara Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dan munafik yang menjadi dalang kepada pembunuhan Syaidina Uthman r.a, mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan maslahat berkenaan.
Umat Islam pada waktu itu terpecah akibat tiga bidang iaitu;
(1) Bidang politik
(2) Bidang aqidah
(3) Bidang syariat (penetapan hukum ibadah)

Keadaan semakin tegang apabila Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyyah bin Abi Sufyan yang mempunyai pertalian kekerabatan dengan Syaidina Uthman Affan r.a menuntut agar Syaidina Ali r.a mempercepatkan siasatan dan menjatuhkan hukuman untuk keseluruhan ahli keluarga pembunuh khalifah ketiga itu. Syaidina Ali r.a bagaimanapun tidak bersetuju, sebaliknya hanya ingin menghukum si pelaku pembunuhan itu sahaja, bukan keseluruhan keluarga atau puaknya.
Kesempatan itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Khawarij segera berpihak kepada pasukan Syaidina Ali r.a dan mengacum-acum agar berlaku peperangan antara kumpulan Syaidina Ali r.a dengan kumpulan Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a. Ternyata usaha mereka berhasil sehingga tercetusnya dua peperangan iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Taktik khawarij ialah apabila pasukan Syaidina Ali r.a mahupun Muawiyyah bin Abi Sufyan lemah, mereka akan memerangi kedua-duanya dan merampas tampuk pemerintahan.
Sewaktu Perang Siffin, pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan. Lantas mereka segera mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim. Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai. Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.
Ketika itulah, khawarij keluar daripada menyokong Syaidina Ali r.a. Mereka membuat perancangan untuk membunuh Syaidina Ali r.a, Muawiyyah r.a dan Amr Al-As. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya membunuh Syaidina Ali r.a ketika menantu dan sepupu Nabi s.a.w itu sedang mengimamkan solat.
Itu adalah penglibatan aktif pertama khawarij dalam mengucar-ngacirkan Daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Nabi s.a.w daripada kesepaduan iman, dan kasih sayang antara umat Islam. Khawarij pada ketika itu sering berkumpul di suatu tempat yang disebut Khouro yang terletak di daerah Kufah sekaligus membuatkan mereka juga dikenali sebagai golongan Al-Khoruriyyah. Golongan khawarij bagaimanapun merujuk diri mereka sebagai ahl al-adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).
Secara umum, antara intipati ajaran utama golongan khawarij adalah;
1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat golongan Muktazilah)
2. Kaum muslimin yang terlibat dalam Perang Jamal iaitu perang antara Syaidatina Aisyah r.a, Thalhah r.a, dan Zubair r.a menentang Ali bin Abi Talib r.a serta orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak semestinya daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak semestinya berketurunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan mana pun boleh menjadi khalifah asalkan mampu memimpin dengan baik.

Khawarij sebenarnya terbahagi kepada 8 firqah besar yang daripada 8 firqah tersebut berpecah kepada beberapa firqah-firqah lain yang lebih kecil. Bagaimanapun, kesemua firqah Khawarij itu berkongsi beberapa persamaan:
(1) Persamaan pandangan tentang kepimpinan. Mereka sepakat bahawa khalifah hendaklah diserahkan secara mutlak kepada rakyat untuk memilihnya dan tidak ada keharusan dari segi kabilah atau keturunan tertentu seperti Quraisy atau keturunan Nabi s.a.w.
(2) Persamaan pandangan tentang aqidah. Mereka berpendapat bahawa perintahperintah agama adalah sebahagian daripada iman, bukan iman secara keseluruhan.

Suatu perkara yang sangat sinonim dengan khawarij ialah kecenderungan mereka untuk mengajak umat mengikut garis pemikiran mereka. Kaum khawarij juga sering menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah. Paling nyata, mereka mudah menghukum seseorang agar kewujudan khawarij kurang ditentang atau dipersoalkan. Mereka juga cenderung dengan amalan takfir iaitu amalan mengkafirkan orang Islam yang lain yang tidak sealiran dengan mereka.
Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Dengan menggunakan tafsiran inilah, kaum Khawarij menghalalkan darah Syaidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a untuk dibunuh.
Bersambung…
Baca lagi ....

Wakil Rakyat PAS diwajibkan merendah diri.

Wednesday, October 26, 2011

Selepas beberapa minggu PAS menubuhkan kerajaan di Kelantan, iaitu dalam tahun 1990 dulu, YA.B. Menteri Besar PAS mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar.

Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimana TokGuru jikalau kereta itu mati didalam perjalanan ?

Jawab YAB. : Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat PAS.

Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat PAS membeli kereta besar-besar.

Demikian juga dalam taklimat kemenangan PAS yang pertama di kediaman rasmi YAB. JKR 10., YA.B. MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa, tetapi selepas beberapa bulan didapati sebahagian besar pemimpin PAS telah meniadi kaya raya hasil daripada pembalakan.

Betapa lidah bercabangnya pemimpin PAS. Sedarlah wahai penyokong-penyokong PAS!
Baca lagi ....

Ingatan: Berdosa menyokong Ustazah ini!

Penulis menyeru kepada semua umat Islam supaya berhati-hati dengan penceramah yang hanya membaca buku dan menggunakan akal fikiran beliau untuk menyampaikan kepada audien nya.  Apa yang cuba disampaikan bakal memberi kekeliruan kepada yang tidak mempelajari agama dengan mendalam dari guru-guru yang bertauliah dan benar-benar faham apa yang dibincangkan.


Nurul hanya membaca dari buku dan menyampaikan kepada pendengar. Ini amat mengelirukan dan ajaran Islam bakal disalah ertikan oleh mereka yang tidak berilmu.

Jangan kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan melainkan kita memperlajarinya dengan mendalam dari guru-guru yang arif tentangnya.

Baca lagi ....

Menyelewengkah Nik Aziz?

Tuesday, October 25, 2011

Jika kita teliti segala tindakan dan kata-kata Nik Aziz, adakah ianya menjurus kepada menegakkan atau memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah?


Kenapa semua kata-kata atau tindakan Nik Aziz menampakkan yang ianya berlawanan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah? Kenapa agama hendak disamaratakan? Kenapa Pemimpin utama negara boleh diberikan kepada bukan Islam seperti di Pulau Pinang?

Apakah ini semua ada disebut dalam ajaran Islam? Kenapa Nik Aziz sangat condong menyebelihi HARBI dalam bab-bab yang melibatkan Islam? Contohnya murtad di Selangor, BERSIH diketuai Ambiga, Peliwat menjadi Perdana Menteri dan Lim Guan Eng ibarat Khalifah Umar.

Kenapa?

Baca lagi ....

Ahli-Ahli PAS: Berbaloikah anda bersama PAS?

Terlebih dahulu RajaBersiung memohon maaf bagi pihak Pang5Husin kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Dari statistik BLOGGER, masih ramai yang melayari blog ini. TERIMA KASIH Kerana masih sudi melawat.  Pang5Husin sekarang ini amat sibuk dengan kerja-kerja harian serta pengajian yang dilalui. Bukan apa, mungkin umurpun dan bertambah, maka ilmu agama pun perlu ditambah. InsyaAllah, harapan RajaBersiung agar Pang5Husin menjadi manusia yang menyintai Allah. Semua yang dilakukan dan dikerjakan adalah kerana Allah.


Sebagai pemula penulisan yang sudah lama ditinggalkan oleh Pang5Husin, Raja Bersiung ingin memaparkan satu video yang dirakam di pengajian pondok yang kisahnya merujuk kepada beberapa kitab-kitab ulama Muktabar dahulu tentang HARBI. 


Harbi adalah musuh wahid yang ingin memusnahkan Islam. Bersekutu dan bersubahat dengan mereka menjadikan kita seolah-olah musuh Islam. Musuh Islama wajib kita fisabilillah.

Mari kita dengan apa yang diterangkan dalam pengajian ini berkaitan Harbi dan musuh-musuh Islam. Kita patut fikir dan buka hati memikirkan apakah yang kita lakukan hari ini memenuhi kehendak Islam atau sebaliknya. Itupun jika kita mengaku kita ahli sunnnad wal jamaah.

Baca lagi ....

BUKTI MALAYSIA NEGARA ISLAM

Friday, September 23, 2011

Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia: 

Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut: 

i.     Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii.    Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam. 
iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Pandangan Ulama Mutabar: 
i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep negara Islam tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah. 

ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara ijtihadiyyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya. 

iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya: 

- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan : 

Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya. 

- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: 

Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim. 

- Menurut dari. Mohammad Said Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam. 

iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mutabar. 

v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut: 

Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya. 

vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciiri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia. 

Pengiktirafan dunia: 
i.     Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi. 
ii.    Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia. 

Pelaksanaan Pentadbiran Negara: 
i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang muamalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya. 

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam. 

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini. 

iv.Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti. 

Muzakarah Fatwa: 
i.     Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam. 

ii.     Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Baca lagi ....

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 2)

Monday, December 6, 2010

Dari Abi Said Al Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda sedang membahagi-bahagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berlaku adillah!” Bersabda Rasulullah s.a.w. “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika aku tidak berbuat adil? Nescaya aku akan celaka dan binasa jikalau tidak berlaku adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal lehernya.” Bersabda Rasulullah s.a.w., “Biarkanlah dia. 

Sesungguhnya dia mempunyai banyak teman, di mana dianggap remeh solat di antara kamu semua berbanding solat mereka, puasa kamu semua berbanding puasa mereka, mereka membaca Al-Quran tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Pada hari Hunain, Rasulullah s.a.w. mengutamakan sebahagian manusia dalam pembagian ghanimah. Baginda memberikan Al?Aqra bin Habis Al?Handhaly 100 unta, memberikan Uyainah bin Badrul Fijary dengan jumlah yang serupa dan memberikan kepada para pembesar Arab, baginda mengutamakan mereka dalam pembahagian. Maka berkata salah seorang, “Demi Allah, pembahagian ini tidak adil dan tidak bertujuan untuk mencari ridha Allah!” (HR. Muslim)

Dalam riwayat yang lain: “Sesungguhnya dari keturunan ini ada kaum yang membaca Al-Quran yang tidak sampai kecuali pada kerongkongan. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya. Jika aku menemui mereka, pasti akan aku bunuh mereka seperti membunuh kaum Aad.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiga maksud hadis di atas merupakan cerminan kepada kaum Khawarij yang sudah pun wujud pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup.Sikap mereka yang keterlaluan dan ekstrim sehinggakan tidak menghormati baginda Rasulullah s.a.w begitu ketara, terutama dalam hal pembahagian ghanimah atau harta rampasan perang.

Sebenarnya terdapat banyak pembuktian tentang Khawarij dan kesesatan mereka, sungguhpun mereka kelihatan seperti ALIM ULAMA dan cakap-cakap mereka bersifat sangat tebal agamanya.

Berikut adalah ciri-ciri atau sifat-sifat Khawarij yang mudah ditemui:

1. Mencela dan Menyesatkan
Golongan Khawarij sangat mudah mencela dan menganggap Muslim yang tidak sehaluan atau sependapat dengan mereka sebagai sesat, bahkan dalam satu peristiwa, Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan sesat kerana tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah. Seandainya kepada Rasulullah s.a.w pun mereka sanggup berkata seperti itu, termasuklah kata-kata seperti “Nabi Muhammad s.a.w itu dimuliakan kerana wahyu yang diturunkan kepadanya,” atau “Kalau tak kerana wahyu, Muhammad bin Abdullah tu sama macam kita saja. Macam budak-budak kampung yang lain,” apatah lagi terhadap Muslim yang lain. Mereka telah mengkafirkan Syaidina Ali r.a, Syaidina Muawiyyah r.a, dan Sahabat-Sahabat r.a yang lain.

Fenomena sebegini telah dan sedang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, terutama dari fikrah politik yang bertentangan. Kesannya, wujudlah isu kafir-mengkafirkan dan kerelaan untuk melihat kemusnahan umat Islam yang berlainan fikrah dan ideologi politik dengan ‘MENERIMA BANTUAN DARI SYAITAN’.

2. Buruk Sangka atau Berprasangka
Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat kesimpulan daripada sebab Rasulullah s.a.w melebih-lebihkan pembesar berbanding golongan marhein. Padahal apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dalam rangkai dakwah dan ta’liful qulub. Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.

Fenomena ini sedang berjalan dengan giatnya di negara kita. Sikap buruk sangka sudah menjadi sebahagian daripada rangka dakwah atau pengembangan pengaruh. Sebarang keburukan yang membabitkan kaum yang disokongnya, segera dikatakan sebagai berita palsu atau adu-domba dan fitnah sekalipun dia belum lagi melakukan siasatan yang membenarkan sangkaannya.

3. Berlebih-lebihan Dalam Ibadah
Golongan Khawarij adalah orang yang sangat sederhana dalam serba-serbi sehingga dikatakan pakaian mereka menjadi jarang dan benang-benangnya dapat dilihat kerana mereka hanya mempunyai sehelai pakaian dan sering dicuci. Muka mereka pucat kerana jarang tidur malam. Jidat mereka hitam kerana lama dalam sujud. Tangan dan kaki mereka kematu dan bengkak-bengkak. Mereka juga disebut sebagai quro’ kerana bacaan al Quran mereka sangat baik dan panjang.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah membuat bandingan antara Syaidina Umar r.a dengan golongan Khawarij yang menurut baginda s.a.w, Syaidina Umar r.a masih tidak dapat menandingi ibadat golongan ini.

4. Bersikap Keras Sesama Muslim Tetapi Lunak Terhadap Golongan Kafir
Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan golongan Khawarij sangat cenderung untuk membunuh atau menjatuhkan hukum terhadap orang Islam, tetapi sangat bersikap sangat lunak terhadap penyembah berhala dan kaum kafir. Sebuah riwayat Abdil Bar menceritakan, “Ketika Abdullah bin Habbab bin Al-Art berjalan dengan isterinya, mereka telah bertemu dengan golongan Khawarij. Golongan Khawarij tersebut telah meminta Abdullah untuk menyampaikan hadis-hadis yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Kemudian Abdullah menyampaikan hadis tentang terjadinya fitnah,

(Maksudnya) “Yang duduk pada waktu itu lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan….”

Golongan Khawarij itu segera bertanya, “Adakah engkau mendengar sendiri daripada Rasulullah?” Demi dijawab ‘ya’ oleh Abdullah, serta-merta mereka memenggal kepala Abdullah. Isterinya yang sarat mengandung turut dibunuh dan janin yang sedang dikandungnya dikeluarkan.

Dalam satu peristiwa yang lain di Kuffah, golongan Khawarij telah melihat seekor babi yang kemudiannya mereka bunuh haiwan tersebut. Namun setelah diingatkan bahawa babi berkenaan milik seorang kafir Zimmah, si pembunuh babi tadi segera mencari tuan punya haiwan yang telah dibuuh itu, langsung meminta maaf dan membayar tebusan.

Golongan Khawarij seringkali digambarkan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w sebagai golongan muda yang hanya mempunyai semangat yang meluap-lupa. Manakala pengalaman mereka terlalu cetek. Malah pemahaman mereka terhadap agama juga sangat dangkal sehinggakan mereka digelarkan sebagai Sufahaa-ul ahlaam (orang bodoh). Mereka berdakwah kepada manusia agar mengamalkan al Quran dan kembali kepada ajaran al Quran sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkannya dan memahami isi kandungan al Quran. Bahkan mereka sangat cenderung untuk memilih bahagian-bahagian al Quran yang dirasakan bersesuaian dengan hawa nafsu mereka dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Sesuatu yang sangat pasti ialah golongan Khawarij sangat mudah keluar dari Islam sama ada mereka sedar atau sebaliknya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”

Golongan Khawarij akan sentiasa wujud sehingga kedatangan kiamat sebagaimana yang tercantum dalam sebuah hadis yang bermaksud, “‘Mereka akan sentiasa keluar sampai yang terakhir keluar bersama-sama Al-Masih ad-Dajjah.”

Khawarij adalah seburuk-buruk makhluk dan berkedudukan sangat rendah di kalangan umat Islam. Pada hari akhirat, merekalah yang disebutkan sebagai ANJING NERAKA. Dek kerana itulah, Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyuruh kita agar membunuh mereka seandainya bertemu mereka.

Khawarij akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Bermula dengan ketidakpercayaan (‘adamuts tsiqah) sebahagian mereka kepada pemimpin kaum Muslimin iaitu Syaidina Uthman Affan r.a yang mereka anggap tidak adil, pengamal nepotisme dan kronisme sehinggalah ke zaman kini di mana mereka bertindak sebagai pemecah belah umat Islam dengan teori-teori atau dogma-dogma politik mereka dalam mencari kekuasaan.
Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, Al-Fatawa menyatakan Khawarij adalah Firqah Bathil yang pertama muncul dalam Islam.

“Bidaah yang pertama muncul dalam Islam adalah bidaah Khawarij”

Bersambung

Oleh: Kelembai Bukit untuk Perak Today
Baca lagi ....

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 1)

UNGKAPAN Khawarij kembali bergema. Para pengikut PAS mengumpamakan UMNO sebagai sebuah kumpulan Khawarij kerana menentang PAS yang konon-kononnya berperlembagaankan Al-Quran dan Sunnah. Manakala UMNO pula mengumpamakan PAS sebagai Khawarij kerana kecenderungan mereka untuk menentang serta mengusulkan pemberontakan secara senyap dengan menggunakan landasan demokrasi memandangkan UMNO adalah pihak kerajaan, manakala PAS pula menjadi pembangkang.

Ramai yang tidak tahu apa itu KHAWARIJ dan bagaimana sejarah KHAWARIJ serta signifikannya kumpulan ini dalam sejarah ketamadunan Islam.

Secara harfiahnya, KHAWARIJ bermaksud ‘mereka yang terkeluar’. Kali pertama gerakan ini muncul adalah pada penghujung abad ke-7 di kawasan selatan Iraq. Pada mulanya mereka merupakan kelompok orang Islam yang menyokong Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun akhirnya menolak kepimpinan Ali r.a. Khawarij ditanggapi secara berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Gerakan khawarij mula berakar umbi setelah pembunuhan Syaidina Uthman bin Affan r.a, khalifah Ar-Rasyidin ketiga. Pembunuhan tersebut mengakibatkan kaum keluarganya dari Bani Umayyah menuntut agar Syaidina Ali bin Abi Talib r.a yang diangkat menjadi khalifah Ar-Rasyidin keempat mengambil tindakan pantas terhadap pembunuh dan ahli-ahli komplot jenayah itu.

Bagaimanapun, Syaidina Ali r.a yang agak sibuk menguruskan negara yang mula berpecah belah angkara Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dan munafik yang menjadi dalang kepada pembunuhan Syaidina Uthman r.a, mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan maslahat berkenaan.

Umat Islam pada waktu itu terpecah akibat tiga bidang iaitu;

(1) Bidang politik
(2) Bidang aqidah
(3) Bidang syariat (penetapan hukum ibadah)

Keadaan semakin tegang apabila Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyyah bin Abi Sufyan yang mempunyai pertalian kekerabatan dengan Syaidina Uthman Affan r.a menuntut agar Syaidina Ali r.a mempercepatkan siasatan dan menjatuhkan hukuman untuk keseluruhan ahli keluarga pembunuh khalifah ketiga itu. Syaidina Ali r.a bagaimanapun tidak bersetuju, sebaliknya hanya ingin menghukum si pelaku pembunuhan itu sahaja, bukan keseluruhan keluarga atau puaknya.

Kesempatan itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Khawarij segera berpihak kepada pasukan Syaidina Ali r.a dan mengacum-acum agar berlaku peperangan antara kumpulan Syaidina Ali r.a dengan kumpulan Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a. Ternyata usaha mereka berhasil sehingga tercetusnya dua peperangan iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Taktik khawarij ialah apabila pasukan Syaidina Ali r.a mahupun Muawiyyah bin Abi Sufyan lemah, mereka akan memerangi kedua-duanya dan merampas tampuk pemerintahan.

Sewaktu Perang Siffin, pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan. Lantas mereka segera mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim. Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai. Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Ketika itulah, khawarij keluar daripada menyokong Syaidina Ali r.a. Mereka membuat perancangan untuk membunuh Syaidina Ali r.a, Muawiyyah r.a dan Amr Al-As. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya membunuh Syaidina Ali r.a ketika menantu dan sepupu Nabi s.a.w itu sedang mengimamkan solat.

Itu adalah penglibatan aktif pertama khawarij dalam mengucar-ngacirkan Daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Nabi s.a.w daripada kesepaduan iman, dan kasih sayang antara umat Islam. Khawarij pada ketika itu sering berkumpul di suatu tempat yang disebut Khouro yang terletak di daerah Kufah sekaligus membuatkan mereka juga dikenali sebagai golongan Al-Khoruriyyah. Golongan khawarij bagaimanapun merujuk diri mereka sebagai ahl al-adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Secara umum, antara intipati ajaran utama golongan khawarij adalah;
1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat golongan Muktazilah)
2. Kaum muslimin yang terlibat dalam Perang Jamal iaitu perang antara Syaidatina Aisyah r.a, Thalhah r.a, dan Zubair r.a menentang Ali bin Abi Talib r.a serta orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak semestinya daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak semestinya berketurunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan mana pun boleh menjadi khalifah asalkan mampu memimpin dengan baik.

Khawarij sebenarnya terbahagi kepada 8 firqah besar yang daripada 8 firqah tersebut berpecah kepada beberapa firqah-firqah lain yang lebih kecil. Bagaimanapun, kesemua firqah Khawarij itu berkongsi beberapa persamaan:

(1) Persamaan pandangan tentang kepimpinan. Mereka sepakat bahawa khalifah hendaklah diserahkan secara mutlak kepada rakyat untuk memilihnya dan tidak ada keharusan dari segi kabilah atau keturunan tertentu seperti Quraisy atau keturunan Nabi s.a.w.

(2) Persamaan pandangan tentang aqidah. Mereka berpendapat bahawa perintahperintah agama adalah sebahagian daripada iman, bukan iman secara keseluruhan.

Suatu perkara yang sangat sinonim dengan khawarij ialah kecenderungan mereka untuk mengajak umat mengikut garis pemikiran mereka. Kaum khawarij juga sering menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah. Paling nyata, mereka mudah menghukum seseorang agar kewujudan khawarij kurang ditentang atau dipersoalkan. Mereka juga cenderung dengan amalan takfir iaitu amalan mengkafirkan orang Islam yang lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Dengan menggunakan tafsiran inilah, kaum Khawarij menghalalkan darah Syaidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a untuk dibunuh.

Bersambung…

Terima kasih Perak Today
Baca lagi ....

Nik Aziz Memang Wahhabiy Wahai Maharaja Zhou !

Wednesday, July 7, 2010

Atas sebab menjelaskan fakta tentang status Nik Aziz yang dipertikaikan kewahabiannya oleh Maharaja Zhou dan keengganan beliau menerima dakwaan pihak berkuasa bahawa Wahhabiy adalah punca terrorist dan militan maka saya bentangkan penulisan blogger Hafiz Handasah yang ada dipetik oleh Unspinner di sini. Antara lain :

# Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila

# Mengatakan Allah turun pada langit bumi

# Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'

# Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung

# Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian

# Menghina institusi pondok

# Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir

# Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka

Perkaitan antara Wahhabiy dan Militan boleh dibaca di bawah artikel ini...Tujuan saya mengulas topik ini hanya satu : membetulkan fahaman ASWJ tanpa dikotori NAJIS WAHHABIY yang boleh menjadikan kita berpecah belah.

Memang betul Wahhabiy di Malaysia belum sampai ke peringkat melakukan pengeboman tetapi harus diingat bahawa cubaan mereka yang terpengaruh dengan fahaman ini untuk tujuan itu sudah ada. Namun gagal kerana faktor faktor tertentu.

Juga kita harus ingat sejarah Wahhabi menunjukkan mereka akan menggunakan politik untuk mendapat kuasa bagi membalas dendam terhadap sesiapa antikan ajaran mereka. Lihat bagaimana mereka sudah pun aggresif 'membunuh' ulama ulama kita termasuk Mufti dengan meletakkan gelaran konservatif dan membuat serangan 'peribadi'. Segala Jabatan Agama diperlekeh dan Asri juga pernah mencabar JAIS menangkap beliau pada 2007 atas alasan tiada tauliah. Ini menurut info Ust Zamihan Al Ghari yang saya dapat semalam.

Jika dilihat segala tindakan yang mereka buat contohnya membuat kursus dan mencetak buku secara percuma hanya mampu dibuat oleh mereka yang mempunyai dana kewangan yang banyak.

Dari mana duit itu datang ? Wallahu A'lam.Kajilah dan maklumkan kepada saya jika anda mendapat maklumatnya.

Cuba lihat bagaimana kuatnya serangan mereka di alam siber dan bagaimana tersusunnya Youtube Facebook dan Blog !

Sekali lagi saya nak tanya siapakah yang menaja pelajar ke Madinah secara percuma untuk menjadi pendakwah Wahhabiy yang dijenamakan semula atas nama Salafi ? Siapa yang mencetak Fatwa Ibnu Taimiyyah lalu diedar percuma di Mesir sehingga fahaman ini menular juga di sana selepas itu ? Siapakah memberi ganjaran kepada pengajar fahaman ini di Malaysia ? Lihat bagaimana imam ditukar kerana enggan mengikut ajaran Wahhabi yang diaktifkan semula oleh Dr Asri http://www.malaysiakini.com/news/113749 hingga menyebabkan seramai 200 penduduk telah menentang tindakan tersebut.

Isu ini bukan isu politik tetapi isu akidah! Maka ia sangat penting difahaman khasnya pemimpin dan ulil amri kita. Sahabatku Maharaja Zhou jangan terkeliru antara isu politik dan isu agama. Biarkan perkara ini diselesaikan oleh ahli agama kita. Bukan yang bukan ahli tetapi nak menunjuk nunjuk mahir serba serbi tentang agama. Contoh anda cari sendiri.

Saya percaya para Mufti 1Malaysia yang alim lagi warak sedar ancaman fikrah sesat ini maka saya cadangkan kita menyebar luas segala penerangan dan fakta. Jangan sampai kita semakin berpecah dengan membiarkan fahaman ini dan menyebabkan jurang perpecahan semakin melebar dan kaum kuffar semakin tersenyum riang bertepuk tangan.

Ayuh mari kita lawan habis-habisan fahaman ini tanpa perlu menunggu JAKIM atau JAIS atau JAWI untuk melakukannya.

Ingatlah sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari ramai yang tidak ada kualiti dan tidak bermotivasi.

Raja Petra contoh terbaik boleh menggoncang kestabilan negara kita walaupun berseorangan kerana dia bijak mengatur strategi dan tidak peduli menabur fitnah merata tempat di alam siber melalui lamannya Malaysia Today.

Mari kita baca sama sama khasnya Sahabatku Maharaja Zhou adakah benar Nik Aziz Wahhabiy atau tidak...Kita boleh berhujjah dan boleh menolak mana mana hujjah.

Tulisan Unspinner ( http://theunspinners.blogspot.com/ ) :

Sebenarnya memang kalau dikaji dan diteliti pendapat Ustaz Nik Aziz Nik Mat ini membawa pendapat kaum muda (wahabi,"salafi" dan SEBAHAGIAN deobandi, bukan kesemua deobandi, harap fokus perkataan SEBAHAGIAN itu supaya tidaklah terjadi proses memukul-ratakan semuanya).

Ini boleh kita telusuri dari cenderungnya beberapa halaqah pengajian di Kelantan pada waktu dahulu terhadap Tok Khurasan (pernah belajar di Deobandi dan tiba di Kelantan pada tahun 1911/1912 anggaran usia dlm lingkungan 37 tahun).

Maklumat mengenai Tok Khurasan ini boleh didapati di dalam buku TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU jilid (1) terbitan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yg diselenggarakan oleh Ismail Che Daud pada halaman 435.

Kita perlu buat kajian MENDALAM mengenai bagaimana Ustaz Nik Abdul Aziz ini boleh cenderung ke arah metod (cara) "Salafi", Wahabi dan SEBAHAGIAN pecahan Deobandi ini.

Ini kerana kecenderungannya itu berkait rapat dengan doktrin yg berakar-umbi di Deobandi kerana Ustaz Nik Abdul Aziz ini mmg diketahui belajar di sana (Darul Ulum,Deobandi), walaupun selepasnya itu beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan Ijazah Sarjana (Master) di Al-Azhar Ash-Sharif, Mesir dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Shari'ah.

Perlu ditelusuri permasalahan di Deobandi kerana Deobandi itu sendiri pun ada bermacam ragamnya walaupun atas nama yg sama iaitu Deobandi.

Bagaimana tokoh ulama Kelantan seperti Sahibus Samahah Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari (bekas mufti Kelantan) yg diketahui pernah berguru dgn Tok Khurasan mengikut penerangan buku Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu tersebut masih mampu mengekalkan cara kaum tua.

Keutamaan mesti diberi atas nama ini iaitu Tuan Guru Hj. Ni'mat bin Raja Banjar. Siapakah beliau?

Beliau ialah bapa Ustaz Nik Abdul Aziz yg. juga merupakan salah seorang murid Tok Khurasan. Kesemua maklumat ini perlu dicerna satu persatu dan diperinci dgn sehalus-halusnya. Caranya?

Sebagai langkah awal ada beberapa forum yg. boleh dijadikan platform untuk mengetahui siapa Deobandi dan kaitannya KALAU ADA (ingat perlu dikaji,jgn terus pukul rata) dgn Wahabi dan "Salafi".

Salah satunya Sunniforum.com yg. dipenuhi dgn. umat Islam berbangsa Pakistan dan utara India yg. mana melalui pengamatan saya sebahagiannya sudah berhijrah ke United Kingdom. Kebanyakan mereka bermazhab Hanafi(tetapi tidak kesemuanya bermazhab Hanafi dan berasal dr. Pakistan dan utara India, ada juga berasal dr. tempat lain dan bermazhab Shafi'i, Maliki dan sgt sedikit sekali golongan Hanabilah).

Baca komen-komen mereka kerana dari situ kita akan dapat mengagak beberapa perkara yg. akan mungkin dpt. memberi beberapa clue kepada kita tentang Deobandi ini.

Seterusnya lawatilah ilhamkanku.com.my yg. mana bagi saya sangat bermanfaat untuk kita mengetahui manhaj sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ianya diselenggarakan oleh Mohd. Zaidi Abdullah (anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah Lubok Tapah).

Mungkin dari situ akan menjadi titik-tolak kpd. kita untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa blog yg lain yg mana mungkin akan dapat mengayakan lagi khazanah pengetahuan kita dan seterusnya mengetahui perjalanan seorang manusia yg. bernama Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dan penyebab kenapa beliau jadi begini pelik, menyebabkan beberapa pandangannya yg berlainan dari manhaj Shafi'iyyah (fiqh)dan Asha'irah-Maturidiyyah yg telah sebati dgn kita di Malaysia sejak dahulu lagi.

Pandangan dan sumber hukum dia pun mmg. tidak sama dgn ulama' muktabar dari kalangan Shafi'iyyah (fiqh) dan Asha'irah-Maturidiyyah.

Sememangnya secara peribadi walaupun dia (Ustaz Nik Abdul Aziz) mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Al-Azhar Ash-Sharif, tetapi Deobandinya itu lebih kuat kerana beliau pernah belajar di Deobandi, ditambah pula sejak dari kecil sudah didedahkan dgn Deobandi.

Bagaimana? Fikirkan sendiri dan telusuri sehalus-halusnya selepas mengkaji dgn sedalam-dalamnya dan seterusnya buatlah artikel yg ilmiah dan jitu.

InsyaAllah

Lagi link :




Sekali lagi saya sisipkan link penghinaan Asri ini terhadap keluarga Nabi keturunan Syed yang disiar oleh laman Asyraf Malaysia http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=601


Ehsan dari Perang Cyber
Baca lagi ....

Apa kata Blogger