Minggu ni dah masuk 2 minggu Aman ngan Adik dok Taska Sutera Anakku. Setakat ni, Aman tak pernah komen tak baik la pasal cikgu, makan. Semuanya ok. Aman dah ada kawan baru kat neseri ni. Nama dia Harris. Handsome. Buat masa ni Aman banyak becerita pasal dak Harris ni lah. Kalau ikut cerita Aman, Harris ni dok umah SEMI-D, pakai kete FORD, hari hari pakai baju HANDSOME. Aman request (ummi, bole tak besok bawak baju hensem Aman g skolah). Baju hensem=baju jalan.
Aman sejak dok neseri dah mau makan sendiri dah. Selalu Ayah yang jadi tukang suap.. tapi skg ni dia dah tak nak kena suap. Orang lain berbuka, dia pun sibuk gak mengalahkan orang yang puasa. Umi ngan Ayah standby kat meja makan, Aman dengan bangganya akan bentang tikar makan kecik (Aman punye) depan tv. Ayah jadi waitress la time tu, Ayah yang akan tolong hidangkan makanan Aman, lengkap hokey.. malam tadi, sup daging semangkuk, nasi dan ayam goreng. Air anggur dan orange.. nak tau berapa lama Aman makan??? Start 7.30malam sampai 9.30malam… dari azan Maghrib sampai habis citer Qaleesya.. itu sebab Umi malas makan kat kedai…