Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, October 23, 2010

Jom Kita Ber BBQ

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang bercadang untuk mengadakan majlis ramah mesra serta berkenal-kenalan antara ahli-ahli AMK Bukit Gantang.

Kami AMK Bukit Gantang juga menjemput semua AMK yang berdekatan untuk sama-sama hadir dan kenal-mengenali.

Majlis dijangka dimulakan pada jam 9.30 malam dengan hidangan BBQ istimewa (Kambing). Majlis dialog pula dijadual akan diadakan jam 10.00 malam untuk mendengar hasrat anak-anak muda untuk manfaat dan kebaikan mereka.

Majlis ini juga untuk merakamkan penghargaan kepada ahli yang telah mengundi dan  memberi kemenagan kepada Naib Ketua Cabang.  

Lokasi: No 5 Lorong 1, Taman Molek SIMPANG Perak: 600 meter selepas simpang Simpang dan 500 meter sebelum simpang Taman Kaya.

Chegubard
Pada majlis ini dijangka rombongan En Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali "Chegubard" turut hadir Klik sini untuk profile beliau.

Wednesday, October 20, 2010

Amanah Kepada Pekerja


Wakil rakyat, samada ahli parlimen atau ahli dewan undangan adalah wakil kepada rakyat. Antara tugas mereka adalah menjadi perantara atau penyelesai masalah rakyat.

Suara yang dibawa ke parlimen atau DUN adalah suara yang mewakili rakyat tidak kiralah masalah itu seremeh tak mampu membayar bil utility hinggalah masalah dunia. Keputusan mereka juga akan memberi kesan pada waktu lani dan juga masa depan. Semestinya rakyat amat berhapap pada mereka untuk masa depan yang terbaik.

Naïve nya aku katakan, rakyat dan kebajikan rakyat purlulah diletakkan diatas pada senarai keutamaan tugas wakil rakyat.

“Berikan upah pekerja sebelum kering keringatnya”

 

Malaysian Insider hari ini melaporkan “Muflis: Umno mahu rayu, elak pilihan raya kecil DUN Kuala Nerang” data pada laporan ini mengaitkan wakil rakyat ini atau syarikat yang diwakilinya berhutang RM700,000.00 kepada KWSP untuk caruman bulanan untuk pekerja.

 

Jumlah RM700,000.00 terhutang sejak tahun 2003 merupakan jumlah besar untuk rakyat biasa, rakyat yang mewakilkan beliau untuk menjaga amanah. Jika pada tahun itu seorang pekejanya menerima gaji RM1,000.00 sebulan, maka 22% atau RM220.00 caruman untuk KWSP yang tidak dicarumkan. Juga bermaksud 3182 bulan caruman pekerjanya tidak dicarum. Senang kira lagi bersamaan 265 tahun.

 

Jumlah 265 tahun adalah untuk seorang pekerja, tentu saja jumlah tahun ini berkurang jika bertambah jumlah pekerja, tatapi realitinya, tentu melibatkan amanah pekerja atau pekerja-pekerjanya.

 

Datuk Syed Sobri menjadi wakil rakyat selepas beliau gagal menunaikan amanah pekerjanya yang telah termaktub dalam undang-undang. Bayangkan bagaimana beliau akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang tanggungjawabnya tidak termaktub pada mana-mana undang-undang.

 

Mampukan beliau menanggung amanah?

Saturday, October 16, 2010

Calun-calun Majlis pimpinan Angkatan Muda Pusat


Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Badrul Hisham Shaharin
2 Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin
2 Chang Li Kang

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Abdul Yunus Jamhari Naib
2 Azmizam Bin Zaman Huri Naib
3 Chan Ming Kai
4 Erviana Ansari
5 Farhash Wafa Salvador
6 Lee Khai Loon
7 Mohd Nazree Mohd Yunus
8 Nicholas Guntobon
9 Rozan Azen Mat Rasip Naib
10.Kesavan
11 Sivam A/L Veeramuthu

Lain-lain, klik pada tajuk

Saturday, October 9, 2010

PRK Batu Sapi Sabah

MP Batu Sapi-Sabah: Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (BN) meninggal pada usia 54 tahun setelah terbabit dalam kemalangan pagi tadi.sini

Rumah Terbuka Ranting Matang Gelugur



30 Sept Ranting Matang Gelugur di dalam DUN Kuala Sepetang telah menganjurkan rumah terbuka Aidil Fitri. Walaupun ranting ini dan sekitarnya didiami oleh masyarakat melayu, namun kehadiran tetamu menunjukkan bagaimana eratnya ahli keadilan Bukit Gantang dalam bermasyarakat. Kaum cina dan india turut hadir pada rumah terbuka ini.


Naib ketua cabang yang juga ketua angkatan muda dalam ucapannya juga menegaskan perlunya rakyat Malaysia memahami adat budaya kaum lain dan bertoleransi dalam bernegara. Semangat ini telah tersemai sejak penubuhan keadilan pada 4 April 1999. Muafakat yang diamalkan pada majlis ini juga perlu dijadikan contoh pada program-program lain.


Pada majlis ini juga beberapa penduduk yang kurang berkemampuan dibantu dengan  peyampaian sumbanganan barangan keperluan harian yang didermakan oleh badan koperat dan individu: Terima kasih daun keladi kami uncapkan kepada semua penderma.










Wednesday, October 6, 2010

Fitnah Baru

Rahimi Osman
Menjadi lumrah dan trand boleh dibaca dari awal, jika ada PRU atau PRK, maka adalah fitnah baru untuk memenangkan UBN, PRK DUN Galas memaksa fitnah baru dicipta semata-mata untuk memenangkan UBN.

Tidak pelik kerana skipnya sama.

Penamaan Dan Pembuangan Undi DUN Galas

SPR hari ini menetapkan 26 Okt sebagai tarikh penamaan calun dan pembuangan undi pada 4 Nov.

Monday, October 4, 2010

Kenapa Aku Di Sini?