Pagi tadi aku berkesempatan untuk ziarah di Teluk Datuk di selatan Selangor. Tak melawat sapa-sapapun cuma kena kerja di sana. Masa menunggu kerja selesai sempatlah aku berbual dengan seorang Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Teluk Datuk En Md Azha##.
Saja tanya dia dakwa sapa hari ni dan kes apa?
Makanan, pendek jawapan dia.
Sekarang tak ada apa yang selamat dimakan, lembu, kambing, ayam disuntik dadah, makanan haiwan pula ditaruk entah apa-apa. Daging dan ayam proses ditaruk pewarna, ikan yang makan benda elok di laut naik ke kapal dibubuh pengawit mayat (cerita lama), Sayuran terlebih racun-Singapura reject kita sapu jugak...... ......................
Aku ingat dia nak berhenti di makanan tu saja tapi berjela rupanya. Aku tanya lagi, habih tu apa pilihan kita encik... dia diam lebih kurang 20 saat dan tindakan dia tu dah memberi jawapan betapa kita semua sekarang di dalam keadaan yang amat berisiko.
Tak pa, kita semua akan mati muda, keluar ayat tu dari dia dan semua orang yang dengar perbualan kami sengeh tawaq.
Aku jawab balik, aku tak dak masalah mati awai, tapi aku tak sanggup sakit itu ini sebelum mati. Mintak-mintak amalan aku cukup untuk ke alam bahagia.
Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang: Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek 34700 SIMPANG
Friday, January 29, 2010
Thursday, January 28, 2010
Ini Gula-gula saja
Tapak Asal Stesen Keretapi Pertama Tanah Melayu di Port Weld (Kini Kuala Sepetang)
Barisan Basional hari ini tiba-tiba menjadi juara kepada penduduk di Kuala Sepetang. Mereka bercadang memberikan tanah rizab KTM kepada kerajaan Perak.
Masalah tanah rizab ini telah berlanjutan sejak 1941 satu tempoh yang teramat lama.
Jika BN bersungguh-sungguh ingin menolong rakyat, perkara ini telah lama diselesaikan. Ini bukan perjanjian antara PR dan BN, ini adalah perjanjian antara BN dengan BN, apa masalahnya dengan BN ni?
Pengundi Kuala Sepetang jangan sekali terpengaruh dengan janji ini, ingat janji oleh Datuk Ong Ka Chuan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk membina jambatan antara Kuala Sepetang dan Kampung Seberang, ingat hingga kini tiada apa yang dilakukan untuk menjayakan janji ini.
Perjanjian ini dilihat hanya untuk membeli undi dari penduduk Kuala Sepetang. Penduduk Kuala Sepetang perlu ingat bagaimana kehadiran bot-bot penguatkuasa meritine di waktu kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Adakah mereka ikhlas ingin membantu atau mengugut.
Satu lagi, BN tak janji nak bagi tanah tersebut kepada penduduk di atas tanah rezab tersebut. Kami risau ia tergadai kepada syarikat kroni seperti tanah-tanah di tepi sungai Kuala Sepetang.
Sunday, January 10, 2010
Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Bukit Gantang
Berbangganya hari ini adalah hari jadi Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang yang diadakan sehari di Bukit Jana Resort.
Bermula dengan montaj pembina semangat, ucapan pembukaan oleh Ketua Cabang Hj Ismail Yusof dan seterusnya pembentangan kertas kerja oleh Prof Dr Muhd Nur Manuty-Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat.
Prof Dr Muhd Nur Manuty-Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama semasa sesi pembentangkan kertas kerja bertajuk "Bina Nilai Organisasi Politik".
Saturday, January 9, 2010
Saifuddin Nasution-SUA Baru
Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sebentar tadi menerima perletakan jawatan Dato Salehuddin dan melantik Saudara Saifuddin Nasution sebagai Setuausaha Agung parti yang baru.
Majlis Pimpinan Pusat Keadilan juga merakamkan penghargaan atas jasa dan perkhidmatan beliau sebagai setiausaha agung kepada parti.
Thursday, January 7, 2010
DATO' SERI NIZAR TERBABIT KEMALANGAN
Mengikut beberapa Blog Pro-PR,Dato Seri Nizar terbabit dalam satu kemalangan di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Keadan beliau dilaporkan stabil.
Bersama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan terhadap pemimpin kita.
Sunday, January 3, 2010
Nizar Di Changkat Jering
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
Itulah pembukaan ucapan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak pada program ceramah anjuran PAS Cawangan Kuning Sari di dalam DUN Changkat Jering.
Turut hadir memberikan ucapan, ADUN Hutan Melintang YB Kesavan Subramaniam.
Angin Pendamai-Ito
Khas untuk Penyokong dan Pendokong Pakatan Rakyat yang tidak berkesempatan untuk mendengar lagu Angin Pendamai nyanyian Ito Blues Gang di Auditorium MBSA, Shah Alam Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009 yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)