Tuesday, September 28, 2010

Balik Alor Setar

Since keadaan mak aku tak berkurang dan masih admited d Hospital Sultanah Bahiyah so aku decide nak kena balik jugak tgk dia.. Aku balik sorang ja, tadi baru book flight Air Asia. Bertolak hari Jumaat malam..Ni la first time aku berpisah dgn Aryssa malam2.. Aku harap Aryssa ok dalam jagaan abah dia.. Abang Amir dan kakak Aisha dah biasa mama tinggalkan , lagi pun dorang dah besar...Aku balik KL malam Ahad...

My morning sickness agak 'teruk' dr yg sebelum2 ni.. Hopefully can reduce soon...Not yet have my checkup...Bila tah.. agak bz mengejar masa.. Sbb morning sickness jugak , rumah aku tunggang langgang, tak terurus. Masa Aryssa dulu aku letih tapi kali ni even worst. Bertambah malas...Letih toksah cakap la...Nak masak pun malas. Felik.. mcm2 ragam...

Friday, September 24, 2010

Balik Kampung

8 September 2010.

Bertolak dr KL jam 12:30 tengah malam. Kalut packing baju malam tu jugak...Abg tido awal  sbb dia nak drive. Singgah d Mc D dekat jalan Genting-Kelang tu utk isi minyak (Petonas) dan beli makanan utk sahur. Punyala ramai orng walaupun dah pukul 12 lebih...Jalan ok sampai la lepas sikit dr Gua Tempurung kot.. start Jam, kira dalam berapa puluh km tah.. Slow gila, berapa kali terjaga tak laju2 juga..Tapi lepas tu ok.. Berenti nak buang air kat Simpang Pulai. Sampai Jitra jam 7 pagi. Singgah Subuh d Masjid Seberang Jaya. Lama tak jejak kaki ke sana. Masa dok d  Penang dulu ada gak sembahyang d sana. Syok dapat Subuh berjemaah...
Aryssa dalam car seat. Sampai mana tah tak mo dok dah...

Kakak Aisha - muka ngantuk

Abah dan abg Amir , dok depan

Tempat tido kakak Aisha - kat lantai keta beralas tilam..

Thursday, September 23, 2010

Jab Aryssa - 13 month

September 4th, 2010 - Entry ni kira mcm flashback..Mcm cerpen pulak ada flashback..Actually ikut suka aku ja nak tulis bila teringat...Hari tu hari Sabtu. Kakak Aisha dan abg Amir ada class art, appt Aryssa dgn dr Anna pukul 9 tapi terlewat sikit sampai jam 9.30, Nurse tu dah bising2... Lepas abah drop mama dan Aryssa kat Prince Court, terus anta abg Amir dan kakak Aisha sbb class dorang start jam 10. Kakak Aisha dah moncong mulut sbb nak ikut mama. Sebenarnya dia tu nak main kat playground d klinik tu je... So tinggal la mama dan Aryssa jumpa dr.. Cepat je process, sampai2 terus timbang berat, amik suhu, ukur kepala..Menangis macam orang cubit.. Apala adik ni...Terus masuk bilik dr Anna. Lepas sembang sikit2 terus dr jab Aryssa.. Masa 12 bulan Aryssa tak jab sbb demam, so combine 2 jab sekali utk 13 bulan punya. Kalau tak silap utk campak kot dan apa tah satu lagi.. Lupa la... Menangis kejap je.. Nasib baik tak demam...

Pukul 10 dah settle. Call abah, terkejut dia, cepat sangat..Dia masih kat rumah ambil touch n go yg tertinggal.. Masa tgu abah, jalan2 dgn Aryssa, Nampak fountain kat lobby hospital tu bukan main suka.. Mcm nak berenang je dlm kolam tu...Dr Anna bg aryssa shade utk kereta yg ada bunyi2..Dia dok pegang menda tu la.. Tetiba nampak la kat satu kedai jual anak patung, teddy bear.. Mula la dia berjalan tekedek2 ke arah cermin.. Sambil tangan tunjuk bear dlm kedai tu.. "Ek..ek" Tu je bunyi nya..Aku cakap "Tak boleh.. orng punya tu".. Lagi panjang "ek", "ek" dia..Tu ja yg dia pandai cakap pun...Nasib baik dia tak perasan pintu kedai tu...Last2 aku dukung bawak p tempat lain.. Ok je la..Aryssa ni kalau benda yg dia pegang org ambil, yg tu baru dia guling2.. Kalau tak dapat lagi tak pa...

Abah sampai terus ke KL sentral topup touch n go sbb nak balik kg. Amik abg Amir dan kakak Aisha. Terus balik rumah.. Fenatnya...




End of Breastfeeding

Sedih sangat sbb Aryssa dah tak minum susu mama lagi.. Awal2 puasa hari tu susu aku berkurang. Bila pump pun sakit.. Mmg aku kurang minum air, lama2 dia kering macam tu je.. Kesian Kakak Aryssa...So dengan ini di maklumkan bahawa Aryssa minum susu mama selama setahun sebulan sahaja. 11 bulan fully breastfeed dan 2 bulan kemudian mix dgn formula...Agak nya kering sbb Aryssa bakal jadi kakak kot...

Wednesday, September 22, 2010

Berita dari Kampung

Semalam adik aku sms. Mak kena transfer ke Hospital Alor Setar sbb nak buat blood test. Sel darah merah dia rendah, so dorang nak check kenapa. Mak dah masuk hospital sejak raya ke 5 lagi sbb Hypo (bacaan gula dalam darah rendah = 1.2, so dia tak sedar diri.) Since then dia ada kat hospital. Dari raya ke 5 hingga hari Ahad minggu ni, adik perempuan aku yg teman kan dia.. Bila sesi pengajian di buka, dia pun balik ke kampus, Tapi mak boleh dah bangun cuma kena guna kerusi roda utk berjalan.. Semalam masa aku telefon, ayah kata dia ok cuma tak larat, tak lalu makan. Dari hospital Jitra semalam, pihak hospital transfer ke hospital sultanah bahiyah, Alor Setar. Mula2 ada dekat wad kecemasan, tgu result dari sample darah. Masa aku telefon jam 8 malam masih di situ lagi.. Pagi tadi ayah telefon, mak ada kat wad Melur di hospital tu.. Suara mak mcm lemah ja, aku pun tak berapa jelas apa yg dia cakap...Ptg ni try call lagi.. Makcik aku (adik bongsu mak) kat KL ni dah bertolak balik, nak tgk dia.. Dia balik sorang saja sbb anak2 sekolah...Hmmm mcm2 ujian....

Saturday, September 18, 2010

Salam Aidilfitri

Rasanya tak terlambat utk wish semua Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Tuesday, September 07, 2010

Cerita Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ini banyak cerita yg nak dikongsi. Kisah bangun sahur, bukak puasa, bonus, ragam Aryssa dan mcm 2 lagi.. Tapi terasa malas nak menulis.. Nnt2 lah kalau teringat akan di paparkan di sini. Ada berita gembira (bakal berita gembira) yg nak di beritahu tapi belum confirm lagi.. Nnt lah once confirm pun akan dibongkarkan jugak..Cuma nak tulis di sini pasal semalam, Kancil hitam ku itu buat hal, bateri weak.. Salah sendiri sebenarnya…Pagi aku ke Subang Jaya, after lunch terus ke office d jalan raja laut sbb ada meeting. Kami lalu SMART, so aku on la lampu kereta. Mmg terlupa nak tutup masa parking tu sbb cuaca sgt cerah so tak perasan lampu tak padam lagi..

Petang tu, pukul 5, remote mmg tak boleh pakai, kena guna kunci.. pelik sbb Unlock pintu pemandu saja. Masuk dalam ,try lock and unloack pintu, still sama. Start engine (tak pearasan indicator semua malap), tak boleh start, baru teringat, entah2 tak off lampu tadi.. Call abg, report pasal ni.. Tak bgtahu kesilapan sendiri lagi.. After discuss, aku naik lRT ke Masjid Jamek, then dr situ ke Wangsa Maju.. Abg naik d KLCC, so kitaorg satu train tapi lain coach.

Sampai wangsa maju, aku nampak abg d belakang aku, call dia, terus begegas tgu cab, nnt dia akan cari aku d situ…Sampai rumah, ambil Stream, ambil budak2, terus p beli makanan. Lepas buka puasa kami ke tempat aku park Kancil tu, nak buat ‘jump start’. Alhamdullah, Berjaya.. So abg bawak balik Kancil dan aku bawak balik Stream. Nasib baik Aryssa tido dlm car seat.

Pagi tadi Alhamdulillah Mr Kancil aku boleh start dan berjalan . Tghari ni nak try start lagi…Aku sayang sgt dgn Kancil Hitam ni..Next year dah 5 tahun umur dia dan dah habis bayar, bulan 3 kot, sama dgn Stream..So next year kami ‘jimat’ RM2.3k sbb tak yah bayar installment keta lagi. Tapi kena ganti installment rumah la pulak, kat Denai Alam nun…So far tak de plan nak tukar keta pun, kawan 2 semua pakat tukar tapi kami still setia pada yg ni..Selagi tak ada major rosak, insyaallah still dgn keta lama ni..Banyak berjasa ooo… esp Stream, masa aku pindah KL, 2004 mmg kena lanyak hangkut brg2…

Aryssa sejak akhir2 ni asyik meragam je.. orng utara panggil ‘merap’. Nak dukung memanjang, gaya nak letak je, terus mengelupor. Mengamok pun dah sakan dah..Dah la cakap tak pandai lagi, bila kita salah teka, mulala mengamok, sebijik Aisha masa kecik2 dulu. Ada sekali tu, dia nak air, sambil tgn tunjuk gelas air, sebelum bg kat dia aku minum dulu, masa ni tgh bukak puasa, dia marah rupanya, bila aku bagi air tu dia mengelupor kat lantai. Mula aku tak paham. Adik nak apa ni? Abg bagi tahu dia nak air, mama minum dulu tu yg dia marah tu.. Adoi.. ini macam ka.. Aku pun amik la cawan lain, tuang air.. baru la ok…Adeh….