Thursday, December 31, 2009

Happy New Year

Life has its ups & downs. Sometimes sun shines, sometimes the rain pours. But don’t forget, it takes both sun & rain to make a RAINBOW. Have a colorful new year.


Happy New Year 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Berat saya...

Baru nak enjoy berat 48kg. Semalam timbang tup2 dah naik 52kg. hahahah.. Biar betul.. kejap nye dah naik...Apa tak naik nya, dulu masa baru naik keje (abis maternity leave) pagi2 asyik makan roti yg berserat tu dgn susu dutch lady. Sekarang dah bertukar, roti canai (w/pun bukan hari2) dan teh tarik (ni boleh dikatakan hari2)..Tu yg berat naik..Isk kena insaf ni.. no teh tarik dah.....

Stock EBM - 2 bulan lepas

Stock EBM - 2 bulan lepas, sekarang ni dok pulun perabih stock Oct nye

Aryssa demam

Aryssa ni antibodi dia boleh dikatakan kuat jugak la compare dgn kakak dan abg masa kecik2 dulu.. Dia jarang demam kecuali lepas cucuk, tu pun suam2 kuku ja suhu dia. Tapi semalam, pukul 1.30 pagi aku terjaga, badan dia panas, tetiba je demam, sebelum tu ok je, kat taska pun ok. Aku bg la PCM, 1.25ml. Mula2 kejutkan dia, nak bg ubat, tapi tak jaga. Last2 aku tolak sikit2 masuk dlm mulut guna syringe. Nasib baik dia telan juga w/pun dgn muka berkerut. Dia la paling senang makan ubat , abg dan kakak dulu melalak mcm kena cubit.

Aku tido2 ayam je semalam. Aryssa kejap2 jaga..Pagi tu suhu badan dah ok...Pukul 5 dia dah jaga, tak mo tido dah sbb berak...Lepas salin pampers, aku letak dia atas tilam, kira dlm 4 inci dr lantai. Kakak aisha terjaga dan turun tido atas tilam Aryssa. Aku ke dapor (sebelah bilik tidor saja) nak buat susu aisha, Tetiba dengar bunyi gedebuk dan Aryssa menangis, rupanya dia jatuh atas lantai. Merah sikit kat dahi. Agaknya kakak tolak/tendang kot sbb kaki kakak ada kat tempat dia baring dan dia pulak golek jatuh...Kakak tu mmg tak sedar apa dah.

Pg tadi pun masa dah siap2, kakak dok jaga dia, Lepas tu dgr lagi bunyi gedebuk, nangis lagi. Mula2 aku ingat kakak letak atas sofa dan Aryssa bergolek jatuh, tapi kata kakak dia letak atas tilam kat tgh2, adik yg golek2. Kakak nangis sbb dia rasa bersalah, mama tak marah pun, cuma tanya saja...

Weaning Aryssa

Sedang mengumpul maklumat utk introduce Aryssa to solid food. Next month dah 6 bulan, so boleh la slowly introduce her. Dapat maklumat ni dr Utusan Online. Mcm menarik je Philip Avent ni..
Memudahkan penyediaan makanan pejal


Pengenalan makanan pelengkap bergantung pada umur dan perkembangan fisiologi bayi. Makanan pertama sentiasa bijirin, dengan bubur nasi sebagai permulaan. Ini boleh diikuti dengan puri sayuran dan buah-buahan.

Daging, ikan atau telur putih juga boleh diperkenalkan setelah bayi berusia enam hingga lapan bulan. Bayi seharusnya diberi makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C setiap hari. Begitu juga dengan kandungan lemak mesti mencukupi.

Biasanya, makanan pertama bayi pada usia enam bulan ialah bubur nasi dan bijirin bayi yang kaya dengan zat besi.

Apabila usianya meningkat lebih kurang 11 bulan, si manja boleh diberi nasi lembut dan mi yang dilenyek.

Jus buah-buahan yang dicairkan dan sayuran yang dimasak hingga hancur juga boleh diberi kepada bayi.

Apabila bayi berusia antara enam hingga lapan bulan, berikan buah-buahan lembut yang dilenyek atau dicincang halus serta kacang pis dan sayuran berdaun hijau yang dimasak hingga lembut lalu dilenyek atau disaring.

Antara lapan hingga 12 bulan, si manja sudah boleh mengambil potongan kecil buah-buahan lembut dan sayuran cincang yang mudah dikunyah untuk membolehkan bayi merasai tekstur yang berlainan.

Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ayam, isi ikan yang dicincang dan dilenyek boleh diberikan bila bayi berumur enam hingga lapan bulan dan selepas itu, daging cincang atau keju lembut.

Bagaimanapun ada ibu-ibu merasakan untuk menyediakan makanan pejal ini adalah suatu yang remeh dan memakan masa yang lama. Harus merebus dan melenyeknya.

Sebagai jalan penyelesaian mereka membeli makanan pejal segera yang banyak dijual di kedai dan pasar raya. Masalahnya si manja makan makanan yang tidak segar dan mungkin kurang berkhasiat.

Kini, ibu-ibu tidak perlu melenyek, mencincang atau merebusnya di atas dapur. Dengan teknologi moden dan terkini, jenama yang menerajui dunia kesihatan dan penjagaan badan, Philips Avent telah memperkenalkan dua produk bagi menyenangkan ibu-ibu menyediakan makanan pejal untuk si manja.

Dengan Philips Avent Solid Feeding Starter Set (Model SCF860) dan Philips Avent Combined Steamer and Blender (Model SCF870), ibu-ibu tidak perlu lagi membeli makanan pejal segera tetapi boleh membuatnya sendiri yang lebih berkhasiat dan segar.

Philips Avent Solid Feeding Starter Set membolehkan ibu menyediakan makanan pejal yang segar, sihat dan cepat untuk bayi dengan hanya mengisar dan menyimpan. Dengan pengisar mini dan kering, ibu-ibu boleh menyediakan makanan bergantung kepada usia bayi.

Bagi makanan yang berlebihan bolehlah dimasukkan ke dalam cawan Via yang diberi sekali dengan starter set ini lalu disimpan di dalam peti sejuk.

Sementara itu, Philips Avent Combined Steamer and Blender sesuai untuk ibu-ibu berkerjaya. Ia gabungan pengukus dan pengisar dan sesuai untuk menyediakan makanan bayi dalam jumlah yang sedikit.

Cara pengendaliannya cukup mudah iaitu kukus, terbalikkan, kisar dan hidangkan. Ibu-ibu hanya perlu memotong kecil-kecil sayur atau buah-buahan, daging, ayam, ikan dan masukkan ke dalam peralatan itu untuk dikukus.

Tempoh masa bergantung kepada ibu-ibu, paling maksimum 20 minit. Setelah siap, terbalikkan peralatan itu dan bersedia untuk fungsi kisar pula.

Kedua-dua produk ini hanya boleh diperoleh pada penghujung bulan Januari 2010 di premis peralatan bayi dan pusat membeli belah di seluruh negara.

Pada majlis pelancaran dua buah produk itu, Chef Zam turut mengadakan demontrasi penggunaannya dan menyediakan tiga hidangan iaitu Puri Cranberi dan Ayam Turki, Pasta Bolognaise dan Indian Mango Lassi yang berkhasiat untuk si manja.

Sunday, December 27, 2009

Balik Kampung


Lama kami sekeluarga bercuti, balik kampung sempena cuti sekolah.. puas la Amir dan Aisha berkubang kat kg nun...Bertolak balik 17/12 dan balik sini 25/12. PakNgah Muzri tumpang balik sama. Sampai pg Jumaat, d Jitra dulu, Ptg baru bertolak ke Perlis. Singgah kedai kueteaw abah d Jejawi. Makan dgn Yusni dan Noi dan 3 orng anak. Dorang nak ke Perth ikut Noi buat PHD.

Esoknya, 2 pupu Amir dan Aisha mai.. Tiap kali kalau Amir balik, depa 2 beradik ni mesti mai main, tu yg Amir suka balik Perlis.. Antara aktiviti, naik kandang kambing, ikut paklang main bot, main parit (abis seluar baju berselut) . Ikut tok halau kambing makan rumput, Ajmal sebaya Amir, dan Haikal sebaya Aisha...

Kami ke Imegresen Kangar utk buat passport Aryssa. Kalau utk 1 tahun, RM100, kalau 5 tahun RM150. Kami ambil yg 5 tahun. Nnt tukar gambar saja...
2 hari kat perlis, balik Jitra pulak. Melawat sepupu d Bukit Tangga yg baru bersalin, dah lalu situ, masuk UUM pulak dan aktiviti tetap ke Changlun ialah gunting rambut kat kedai Sakura.. Dah 10 tahun lebih keluar UUM, abang still balik gunting rambut d situ. Esoknya mak sakit. Tak boleh bangun, bisa rasanya esp pinggang.. Kesian tgk, nak tolong angkat pun tak boleh sbb kalau pegang badan dia sakit.. Ambil ubat d klinik dr Wan Zuhdi d Alor Setar, Okay la sikit. Kata doktor tu , uric acid tinggi.. gaut ke? Sebelum balik sempat p beli baju sekolah Amir... Terlupa lak nak beli baju sek agama (KAFA).

Keletihan - 3 beradik tertido d Kedah
Pemandangan Bukit Cuping - Perlis
Rumah baru Mak Tok. Gambar atas kiri, pandangan dr belakang rumah, gambar bwh kiri, dr hadapan. Bawah kanan pula pondok Pak Lang. Atas, kanan, Amir tgh berlari dgn Ajmal dan Haikal, 2 pupu dia.
Gambar atas, kiri, Amir tgh main bot Pak Lang d tali air (aloq). Gambar atas kanan, Putih, masa kenduri akikah aisha Aryssa dulu kecik je, anak kucing baru dtg, sekarang dah jadi teman tok dan pak lang. Gambar bawah, mama dan aryssa.
Sekandang kambing tok, baka Jamnapari
Aryssa menunggang kambing. Tgk kambing kepala coklat tu asyik nak makan stokin Aryssa je...
Cow girl ... yeeehaaa!!!
Eeeii, geli la bulu kambing ni.. Tgk la tgn sebelah tu, kuat di tariknya bulu kambing.. geram kot...

Gambar passport Aryssa

Wednesday, December 16, 2009

Unplanned Holiday @ Kuantan

Abg ada seminar di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Malaysia. Last minute bgtahu. Hari Isnin aku apply emergency leave. Kami ke sana Selasa dan Rabu. Sgt rush. Bertolak malam isnin, sampai sana jam 1 pagi.. Seram je lalu kot Karak Highway memalam...Aku bawak adik aku Cik sekali... Activity kat sana tanpa abg sbb dia ada seminar..Pagi Selasa, lepas breakfast, Amir ngan Aisha apa lagi, activiti tetap bila ke hotel mesti kecebur dlm pool dulu.. Tapi sblm tu jalan2 kat pantai. Bendera merah dah naik so tak boleh mandi, Ombak mmg deras. Aryssa cuma rendam kaki dalam pool sj, tu pun tak mo naik, dok tenung air kolam je...

Aku call Pinie..Dia kata tak jauh la dr umah dia..Kuantan ni kecik ja...kata dia... Aku suh dia mai amik kami.. so dlm pukul 2 dia sampai... Kesian dia, tgh sarat pregnant kena drive keta, bawak askar 4 org.. Pinie due Jan ni...Destinasi pertama, p teluk cempedak..






(bersambung...dgn gambar)

Sunday, December 13, 2009

Aryssa, Amir dah Aisha

Amir dan Aisha di Bangsar Shopping Center
Aryssa , tgh main 'masqerade' (spelling?) Aisha yg dia buat masa kat Taska..
Stroller baru Aryssa. Beli kat Mothercare BSC. Discount 15%, Jenama MacLaren, model Quest Sport. Diam je Aryssa dok dalam tu.. Smooth je roda dia..Semalam, kat dlm rumah, rupanya dia nak tido dlm stroller ni..Nasib baik dia ok dgn seat belt sbb abang ngan kakak, kalau pasang seat belt menjerit2 nak bukak masa kecik2 dulu...So lepas ni tak yah aku dukung lain, sakit pinggang .. dedulu masa aisha mmg berdukung sbb stroller Amir yg naik. Mmg aku enjoy dukung baby ni sbb rasa secured. Nak nenen pun senang tapi bila umur dah bertambah ni daya tahan pun dah kurang.. terpaksa cari stroller jugak.. Kat mothercare ada discount 30% utk baby carrier jenama Baby Bjourn (spelling?). Aku try la carry Aryssa.. Wah mmg selesa, harganya RM399, after less 200++. Yg with back support tu harganya 599 , after less 400++. Memikirkan baru je amik stroller, tak jadilah.. Abg kata kalau nak amik aje...Tapi lepas timbang tara, tak jadi lah...
Aryssa dan Aisha kat playground.. Bestnye adik jenjalan ye......

Air Cond


Air cond baru, Jenama LG yg di beli setahun yg lalu kat Home Deco. Tapi baru d pasang Sabtu lepas.. Last Dec 08, aku bayar deposit 500 dan free installation. Nasib baik valid lagi, so malam tu tido ber air cond, nak pulak sekarang dah start panas... huh best... Yg ni ada ionizer jugak...

Tuesday, December 08, 2009

Saya

Ramai oficemate menegur aku nampak kurus, ketara sangat. Kata aku, penat jaga baby dan uruskan rumahtangga..(alasannnn)..Tapi berat aku mmg turun dr sebelum pregnant lagi. Sebelum pregnant, berat 52kg (jenuh diet tak mo gak turun), la ni turun 4kg jadi 48kg. Kadang2 rasa cam melayang je, bukan sbb ringan tapi mcm tak sihat, entah la....mungkin breastfeed jugak salah satu faktor berat turun..

Gambar adik beradik

Camera Baru

04/12/2009

Abg telah menyambar 1 digicam kat PC Fair Jumaat lepas, jenama Olympus (dulu pun Olympus jugak). So nnt gambar2 clear la sikit. Olympus lama aku tu dah 'weng'. Kekadang 'hang'..Bebudak tu siap posing sakan, frust je gambar tak kuar...