Wednesday, August 19, 2009

Sebulan Sudah

Hari ni genap sebulan usia Aryssa. Sebulan jugak aku berpantang. Pejam celik-Pejam celik lagi sebulan aku nak naik keja. Sunnguh la tak best nya.. Aku enjoy duduk rumah. Layan Aryssa melekakan....Aryssa kena cucuk sebulan (hep B). Apptment pukul 9. Abg hantar aku ke hosp. Mak ikut sekali..Oh ya, mak aku still ada d rumah aku lg, dah 3 minggu dok jaga aku. Tu yg aku 'naik lemak' tu..Dan MIL pulak dah kerumah adik ipar utk jaga biras aku yg baru bersalin haritu. 3 minggu jugak dia jaga aku. so 2-2 mak ada d rumah aku ari tu, best sungguh. aku suka ramai2 org kat umah. Masa tok dia p umah pakngah, Aryssa mcm tercari2 suara tok dia. tok dia rajin bersembang ngan Aryssa..

Hmm berbalik kpd cerita cucuk sebulan, mula2 timbang Aryssa, dah 3.69kg sekarang, naik 0.83kg dr masa bersalin dulu. Then doktor check badan dia, bukak abis baju, tinggal pampers saja..Doktor kata perkembangan Aryssa baik. Aku kena marah sbb tak potong kuku Aryssa...hehe. Then masa cucuk tu, mula2 tak nangis, lepas ubat masuk dlm badan baru dia bersuara..Tapi kejap ja..Jab yg ni tak demam...So next appt cucuk 2 bulan sblm raya..

Oh ya aku p timbang berat jugak. Masa sblm pregnant kat Aryssa, berat aku 52kg. La ni dah 54.4kg. So kena turun lg bbrp kg la ni..Actually, aku tak la beria nak turun kan berat badan sgt sbb aku breastfeeding. aku cuma fokus kat perut sj. Mau kasi ramping gitu...heh bole ke?

Singgah d farmasi. Mak nak beli Bio-Oil. Aku nak cubalah utk kesan regang kat perut aku nih. Aku beli ubat cacing tuk Amir, vitamin C utk Amir dan Aisha dan puting susu jenama doktor brown. yg ni ada jenis2 yg dipanggil level, mcm level1 utk new born, level 2 utk 3 bulan keatas, level 3 utk 6 bulan ke atas. level1 dah abis, aku amik level 2. Td dah cuba. Nampaknya ok la..Aryssa ni selalu tersedak kalau pakai puting biasa. gopoh benar bila minum..Aku tukar2 bg susu badan direct dgn yg diperah..

Masa abg sampai tu aku tgh tgu dekat lobi. Ada this guy ni dok pandang2 sambil senyum2. Muka sungguh familiar tapi di mana ya.. Aku senyum la balik tp tak tegur sbb tak ingat langsung jumpa dmana. Dia dok tunjuk kearah keta abg, tu yg aku berani senyum balik tu. Maknanya dia mmg kenal aku. Aku tanya abg, sapa org tu. Rupanya anak makcik sebelah rumah aku dulu, dia juga ahli pibg sek amir..Ya allah, berapa urat aku putus masa bersalin sampai aku hilang ingatan....hmmm

Thursday, August 13, 2009

Happy Birthday Amir Salihin

Hari ini genap usia Amir 7 tahun. Terasa macam baru semalam aku lahirkan dia.. Cepat sungguh masa berlalu. Nak pulak muka Aryssa mmg seiras abang dia masa kecik2 dulu. Kdg2 aku rasa yg Aryssa tu Amir pulak...Masa mengandungkan Aryssa aku asyik teringatkan Amir ja masa dia kecik2 dulu...

Belum ada apa2 hadiah utk dia lagi..Begitu juga kek harijadi. Abg nak tempah kek Ben10. Apapun Mama doakan yg terbaik utk Amir...semoga Amir jadi anak yg soleh sepertimana makna nama Amir - Ahmad Amir Salihin (Pemimpin yg soleh). Semoga Amir boleh memimpin dan menjadi cth kpd adik2 perempuan Amir ke arah kebaikan.. Mama juga harap semakin Amir meniti dewasa, semakin kuranglah sifat suka mengamuk dan sentap Amir tu...

Happy Birthday Sayang.. Muahhhhh....

Tuesday, August 11, 2009

Kakak Aryssa

Pada usia 2 minggu, Aryssa dah jadi kakak selepas lahirnya sepupu dia pada 2 Aug 2009, anak Pak Ngah Emi (adik abah Aryssa). Baby lelaki seberat 2.1 kg yg sepatut nya lahir pada 31 Aug nih tapi dah tak sabar2 nak tgk donia. Alhamdulillah, bb sihat...Last week kami sekeluarga ke Kapar, melawat bb. Ye, aku masih dlm pantang, tapi dah berjalan jauh (naik keta, takpa, heh)...Gambar umah Dik Mi tak ambil sbb lupa bwk camera...Oh ya nama bb ialah Aniq Dubeis (betul ka eja tu?) Ni gambar Aniq dicilok dr FB abahnya... (ya ampun...)

Breast Pump

Akhirnya dapat jugak breastpump yg aku idam2kan tu...Jenama Medela Free Style.. Aku beli dr Aja (http://mybreastpumpshop.fotopages.com/). Main kutu RM 289 utk dapatkan breastpump ni, aku yg ketiga dan lagi 3 bulan nak habis bayar...Last weekend Aja datang rumah deliver breastpump ni dan dia bagi botol susu jenama Bumble bee (8 botol). Wah, seronoknya....Gambar2 ni dr fotopage Aja, sbb aku malas nak amik gambar...








Reviewnya... Sgt best sbb dia ni double pumping (pump serentak).. dan dalam masa 3 minit saja boleh collect 4 oz. Pada aku buat masa ni itu sudah mencukupi.. Aryssa sekarang ni cuma minum 1 - 2 oz sekali minum dan selang 2 jam..Susu masih banyak jadi perlu di pump keluar, kalau lebih aku campur dgn susu aisha..(Aisha tatau pun..) Sayang nak nbua

Thursday, August 06, 2009

Entry bergambar - d hospital


Bilik di Prince Court. Gambar pertama,
Aisha tgh main dlm almari,
Aku tgh berbaring tgu nurse dtg.
TV, tinggi sungguh jenuh melangut...
Berposing dgn baju hospital..
Bilik air
Mak Ngah Malina, Syira dan Dina dtg melawat...


Amir, dgn mainan transformers
Aku, masih baring dan anak2 tgh main
Bilik air
Mak Mertua dan adik2 ipar (Dik Mi dan Dik As - Adik abg no 2 dan 3)
Syira dan Dina ( Anak Dik Mi)
Dina

Dalam Labour Room...
Tmpt Baby..
Barang2 utk menyambut kelahiran baby, kat atas tu TV, which aku dah tak 'lalu' nak tgk..(abg je yg tgk)
Aku ngan baju bersalin, dan perut masih boncit lagi, tgh menahan sakit.. Kat tepi tu mesin CTG
Info ttg Aryssa

Sunday, August 02, 2009

Aryssa's Info 1

Born on : 18 July 2009 (@ 2.86kg)- 7:50 pm
Length : 45 cm (paling pendek ...)
On : 27 July 2009 - 2.94kg
Blood Type : A+ (Sama dgn abg Amir dan mama)
Obstetrician : Dr Seri Suniza
Paediatrician : Dr Anna Padma
Hospital : Prince Court Medical Centre
Date of BCG : 20/07/09 @ 10:35 am

Hari ni Aryssa dah 16 hari, semakin berisi, pipi pun makin kembang (standard anak2 aku, tak la sekembang anak org lain...)siang dia akan tidur, malam pulak akan berjaga dlm pukul 11 ke atas, biasanya selama 2 jam.. Kalau dia breastfeed mau dekat sejam dia bergayut..sakit gak la pinggang aku ni..

Dah beberapa hari Aryssa batuk dan selsema. Semalam kata mak, dia muntah keluar lendir mungkin kahak... (Masa tu aku kat atas, baik nye landing tgk TV sambil bertungku.. ahaks) Hari ni pun masih batuk, tapi dah kurang, aku tak beri dia apa2 pun, cuma terus bg susu badan sj.. Selsema pun, hari ni dah kurang, Mak mertua aku letak kunyit hidup, sapukan atas batang hidung, so hingus akan kering. So far okay jugak, tapi selsema tu akan berulang.. Aku ada baca yg baby tak boleh di beri ubat utk batuk dan selsema...

Aryssa jugak kerap buang air besar, Utk breastfed bb, dr kata normal. Dan dari pembacaan aku , ianya normal selagi najis tu ada 'isi', kalau cair/air saja tu something wrong. Masalahnya, punggung baby dah merah, aka ruam lampin. Ptg tdi abg baru beli cream utk d sapu kan ke punggung bb.. Hopefully tak teruk...

Esok aku nak ke hospital.. Pusat Aryssa dah merah2 dan tak kering sepenuhnya. Risau gak dgn infection. Harapnya tak ada apa2.

Utk diri aku pulak, aku rasa berpantang kali ni sihat sahaja. Ingat lagi masa berpantang lahhirkan aisha dulu. Hari ke 10 aku kena p interview SPA d Komtar (rumah mak d Jitra , Kedah). So naik bas dr Alor Setar, then naik feri, amik taxi ke Komtar, masa tu jalan pun perlahan sgt, sbb rasa mcm nak 'terjatuh' jer rahim..Tapi sekarang, hari kelima, berjalan dah okay.. mungkin sbb tak jahit kot, entah la..Badan pun rasa sihat.. Cuma perut (rahim) saja kadang2 tak selesa esp bila batuk..Bila la perut aku nak kempis ni... Oh ya lepas Aryssa kena batuk dan selsema, aku pulak dijangkiti, nasib baik hari ni dah okay..

Hmm dah dekat pukul 10 pm ni, kena 'hambat'bebudak tu tido, esok liat nak bangun p sekolah.. Esok la aku tulis pengalaman bersalinkan Aryssa..lain dr 2 kelahiran sblm ni...