Sunday, August 29, 2010
sAya aNAk sELaNgoR Lo~
Saturday, August 28, 2010
tuGAsaN oh tuGAsaN~
Friday, August 27, 2010
sEDikit tENanG~
Thursday, August 26, 2010
BiNGkisAN istimEwA buAt boNDa~
*hari pendaftaran d UPSI~
Sunday, August 22, 2010
tEMoh dE tEmoH~
Hari ini kami buat aktiviti
Di luar kelas,
Belajar ikatan buku sila
Untuk digunakan ketika
Tangan sesiapa yang patah, cedera.
Jadi,
Ikatan buku sila ini
Digunakan untuk mengikat kain anduh
Yang membalut tangan mangsa.
Masa tamat.
Selesai aktiviti di luar kelas,
Saya mahu masuk ke dalam dewan kuliah
Ambil beg untuk ke kelas seterusnya -kewartawanan-
Saya terserempak dengan Prof Bukhari,
Pengerusi Persatuan Bekas2 Pelajar SK Temoh.
Prof, ingat saya lagi?
Saya anak Temoh.
Oh, ha.
Kalau kau tak cakap pun,
Dah tahu.
Sebab kau pakai baju Temoh...
Kebetulan pagi tadi saya memakai
Baju hitam pelancaran 100 tahun SK Temoh.
Saya tersenyum sendirian.
Terus teringat momen2 indah di situ,
Temoh tasik kenangan,
Syahdu Temoh menggamit ingatan.
Saya benar2 rindu akan TEMOH.....
fokuskan mata anda kepada
perkataan TEMOH!!
bukan model di sebelahnya...
saya yang kerinduan~
Thursday, August 19, 2010
sAya yAng bERemoSi~
Setelah bertahun-tahun
Menempuh kehidupan ini,
Dalam erti kata
Semakin menjejak kedewasaan,
Saya terperasan satu perkara
Tentang diri saya.
Rupanya saya ni
Seorang yang beremosi.
Entahlah,
Mudah benar emosi saya
Merangsang diri ini.
Perasaan saya cepat betul
Menyampaikan impuls ke otak.
Saya mudah tersentuh,
Cepat kecil hati
Walaupun perkara itu kecil
Bagi sesetengah orang.
Saya seorang yang
mudah mengalirkan air mata.
Cepat benar terasa
Dengan mereka yang
Buat hati saya terasa.
Mungkin pelik bagi
Sesetengah orang,
Tapi hakikatnya
Inilah diri saya,
Seorang yang beremosi...
Bila saya suruh orang kejutkan
Saya pada pukul 6.30am,
Namun dia kejutkan saya
Jam 6.40am,
Terus emosi saya berubah!
Pagi tu saya jadi tidak stabil.
Saya seorang yang sensetif, bukan?
Bila sms saya tidak direply,
Panggilan saya tidak diangkat.
Terus saya berubah wajah!
Kadang2 kita perlukan jawapan segera,
Namun dia tidak pernah endah
Dengan sms mahupun panggilan
Yang diterima...
Pernah terjadi satu ketika dulu,
Dia pernah berjanji
Untuk menemani saya
Pergi print tugasan.
Tapi bila kelas berakhir,
Saat teman wanitanya [ketika itu, skrg sudah clash]
Mengajak dia menemaninya
Terus saya dilupakan,
Dia pergi menemankan
Teman wanitanya itu,
Sedangkan dia sudah berjanji dengan saya
Terlebih dahulu.
Saya benar2 terasa hati!
Apa perasaan anda
Bila dia pergi ke bazar Ramadhan
Tanpa mengajak anda?
Jika saya,
Saya terus tidak berbuka puasa bersama,
Kerana saya benar2 kecil hati!
Ketika sedang memandu kereta
Untuk ke kelas,
Deejay radio telah memutarkan
Lagu ANDAI KUTAHU [Ungu].
Tiba2 air mata saya mengalir.
Andailah saya tahu
Bila ajal saya akan tiba,
Sedangkan saya tidak bersedia?
Hanya amalan yang biasa2
Untuk dipersembahkan kepada Pencipta,
Saya benar2 terasa banyak dosa!
Lihat,
Mudah benar bukan saya beremosi?
Cepat betul hati kecil saya terasa.
Mungkin bagi anda ianya
hanya perkara yang biasa2,
tapi bagi saya
ianya mampu membuatkan
emosi saya tidak stabil.
Memang saya beremosi!
*Dia bagi situasi2 di atas
Ialah merujuk kepada
Siapa2 yang pernah
Membuatkan hati kecil saya terasa...
Terima kasih~