Tak mudah untuk aku nak menulis berkenaan TUN M, hati aku sentiasa di palu-palu gentar dan khuatir sampai bila ALLAH pinjamkan TUN M kepada rakyat MALAYSIA khasnya dan umat islam seluruh dunia amnya. Membaca posting LUAHAN HATI GAP dalam permohonan maaf beliau kepada TUN dan keluarga menyentuh hati banyak pihak...di platform maya itulah ramai yang menyesali keterlanjuran kata keatas ayahanda TUN M. aku yakin, mereka yang amat rasa bersalah berada dalam lingkungan umur 40an dan 30an, pengundi yang biasanya di saluran 3. aku jua seperti kalian, pernah membenci TUN M, pernah menutup saluran TV tiapkali wajah TUN menghiasi skrin TV...apalah dosa TUN ketika itu? TUN M hanya membuang anwar daripada senarai kabinetnya, sedangkan ia adalah hak mutlak TUN M sebagaimana TUN M melantik anwar sebagai orang no 2. dan tindakan TUN adalah bersebab, dan kini sebabnya makin ketara kelihatan.
Minggu yang lalu aku berkemampuan untuk membeli buku karangan TUN M, "Doctor in the house" sebenarnya ia bukanlah dalam perancangan, aku amat berharap ia dikeluarkan pula dalam versi bahasa melayu tetapi penantian itu satu penyiksaan. akhirnya dengan azam dan bersama gengaman dictionary aku memulakan misi pembacaan. INDAH MEMBACA dari khabar!!! tulisan TUN amat mudah difahami, tulisan bersifat penceritaan dan aku setuju dengan cadangan panel sofa putih tuan sayed munawar di Pesta Buku KL bahawa membaca bahan berat secara penceritaan memudahkan pembaca memahami isi yang dilontarkan. TUN M bercerita secara jujur tentang dirinya, keluarganya dan perjuangan politiknya.
Menggambarkan bahawa beliau seorang PM yang tak punya apa-apa sangat mengejutkan namun itulah hakikat sebenar. beliau berbeza daripada 3 PM terdahulu yang datang dari istana, anak pentadbir awam yang berjawatan besar di Pahang dan anak pejuang kemerdekaan malaya yang dekat dengan keluarga diraja johor di istana bukit serene. Sedangkan Tun M hanyalah anak seorang guru sekolah inggeris yang tinggal di perkampungan melayu kg seberang perak, Kedah DA. Membesar dan dibesarkan dalam suasana kurang berada dan diasuh dengan disiplin pendidikan menlayakkan beliau diterima belajar di UNI MALAYA,Singapore dalam jurusan PERUBATAN.
Tuan2 dan Puan2, dahulu di MALAYSIA dan di SINGApura, rakyat mempercayai bahawa to be a prime minister!!! you have to be a lawyer...dan Tun percaya akan kepercayaan itu, sehinggalah pada hari beliau mengangkat sumpah sbg PM di hadapan DYMM SPBY dipertuan Agong dan disaksikan Raja Azlan Shah. Beliau naik sebagai PM dalam keadaan Tun Hussein Onn tidak begitu sebulu denganya, ketika kawan2 dan penyokong politik yang sedang dikenakan tindakan undang-undang serta persaingan kuat Ku Li dan Tun Musa untuk jawatan no2. melalui tulisan Tun, saya simpulkan bahawa Tun bukanlah datang daripada kumpulan politik yang kuat dalam UMNO tetapi Tun punya kekuatan grassroot.
Tun M seorang yang serius tetapi saya berpendapat dalam hatinya punya taman firdaus, ini disimpulkan melalui penceritaan beliau sebagai anak kepada pasangan yang sgt secocok. Bagaimana digambarkan ibubapa yang akan bersembang tentang anak2 di ruang tamu sambil bapanya bersandarkan pada tiang seri rumah sangat menyentuh jiwa.Kehilangan ibu tersayang yang menderita kehilangan suami 3 tahun terdahulu menambah sayu hati sang pembaca. Aku dapat rasakan pada usia menjangkan 80an Tun amat rindukan ibu dan ayahnya......[mode sedih komer]......
sabarlah Tun, insyaallah berkat jasa dan perjuangan Tun, ibubapa Tun menunggu Tun di syurga INSYAALLAH!!!!!
begitu juga apabila Tun M memuji pengorbanan isterinya Tun S sebagai isteri yang amat memahami tanggungjawap suami. Tun Siti Hasmah adalah insan disebalik kejayaan Tun dan ia amat jelas diceritakan Tun. Terima Kasih Tun Siti Hasmah, rakyat malaysia terhutang budi pada Tun S kerana menjaga PM kami dengan baik!!
Tun juga bercerita tentang puteri2 dan putera2nya....daripada marina (sgt berdikari dan menegakkan prinsip diri) mirzan (senyap tapi brilliant) mohzani ("u look gorgeous")mukhriz(suka melihat orang lain senang dan pejuang politik seperti tun) serta melinda, mazhar dan maizura....
cukup dahulu buat masa ini, insyaallah memoir tun versi aku akan bersiaran dalam part 2 (huhu walaupun dah keluar part 4 hadoiiiyaiiii) kepada yang tak beli lagi...komer beli la tak rugi, kalau keluor versi BM pun kita beli jugak nnti......