Saturday, June 20, 2009

Bertemu Kembali..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar dan dapat menjalankan aktiviti harian.

Sudah lama saya tidak tumpu kepada blog ini,kesian rasanya kpd blog ni.Ini adalah satu kelemahan yang ada pada diri saya.

InsyaAllah saya berazam selepas ini akan memastikan blog ini sentiasa di update untuk tatapan semua yang mengenali diri saya...

Sekian, wassalam

Saturday, November 8, 2008

Siri 2 ( Pendirian Islam Terhadap Penglibatan Wanita Dalam Sektor Umum )

Peranan kaum wanita dalam membina kehidupan sejak dahulu kala

Al Quran telah menjelaskan beberapa kisah yang secara langsung berlaku kepada kaum wanita, antaranya :

( a ) Isteri firaun meminta supaya firaun tidak membunuh budak lelaki yang dihanyutkan di dalam sungai ( Nabi Musa a.s ) di sebabkan emak Nabi Musa a.s takut Baginda akan dibunuh, firman Allah SWT

Maksudnya : “Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul # Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah # Dan berkatalah isteri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedang mereka tiada menyadari “ Surah al Qashaas, ayat 7 – 9

( b ) Penglibatan kaum wanita dalam memberi pandangan dalam masyarakat Nabi Syuaib a.s.

Firman Allah SWT

Maksudnya : “ Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya # Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, ke- mudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku # Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syu'aib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya), Syu'aib berkata: "Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu # Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya “ Surah al Qashaas, ayat 23 - 26

( c ) Kerajaan Saba’ yang dipimpin oleh Ratu Balqis yang mana beliau menerima cadangan daripada pembesarnya untuk mengamalkan system syura.Mereka mengambil iktibar daripada firaun yang mementingkan pendapat peribadi dan menolak pandangan rakyat.

Firman Allah SWT

Maksudnya : “Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia # Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang # Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri # Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku) # Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada ditanganmu: maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan # Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat # Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu “ Surah an Naml, ayat 29 – 35

Monday, November 3, 2008

Siri 1 ( Pendirian Islam Terhadap Penglibatan Wanita Dalam Sektor Umum )

Muqaddimah

Wanita merupakan di antara aset yang terpenting dalam pembangunan sebuah Negara.Ianya tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga berperanan dalam menggerak jentera bagi memastikan kaum mereka tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.

Ini dibuktikan oleh kaum wanita di zaman Nabi SAW yang mana mereka berperanan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan pendidikan.

• Saidatina Khadijah r.a sendiri yang merupakan jutawan pada ketika itu yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Nabi SAW dalam mengurus perniagaannya.

• Saidatina Aisyah r.a merupakan pendidik bukan sahaja untuk kaum wanita, malah beliau beberapa kali di datangani oleh sahabat – sahabat lelaki untuk mendapat pandangan dan penjelasan.

• Asma’ binti Abu Bakar r.a yang sanggup merentasi padang pasir yang panas terik untuk memberi makanan kepada ayahnya sendiri dan Nabi SAW semasa hijrah Nabi SAW ke Madinah Munawwarah.

Oleh yang demikian, sejarah tidak dapat menafikan keterlibatan secara langsung kaum wanita untuk berganding bahu dengan kaum lelaki seiring dengan perintah Allah SWT dan peraturan – peraturan yang terdapat dalam Syariat Islamiah.

Pun begitu, walaupun berperanan besar bersama kaum lelaki tetapi mereka menjaga batas – batas dan adab – adab pergaulan sepertimana yang dijelaskan di dalam al Quran dan pesanan daripada Nabi SAW.

Jika di perhatikan pada masa kini, musuh Islam cuba untuk menimbulkan keraguan dan melemparkan tuduhan terhadap umat Islam sendiri khususnya kepada kaum wanita di antaranya :

( a ) Islam mendiskriminasikan kaum wanita
( b ) Tidak mengiktiraf kedudukan kaum wanita

Justeru dapat dilihat mereka menuntut beberapa perkara yang besar tehadap kaum wanita antaranya :

( a ) Pembebasan wanita
( b ) Wanita setaraf dengan lelaki

Dengan tegasnya, Islam menjelaskan prinsip – prinsip dan pendirian terhadap kaum wanita, Islam tidak pernah sama sekali mendiskriminasikan kaum wanita bahkan memberi hak yang adil kepada mereka berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Wednesday, October 22, 2008

Mesir !! Juga Bumi Para Wali

Bila sebut Mesir, mungkin di sana terbayang tamadun yang hebat dengan terbinanya Piramid dan beberapa ukiran - ukiran yang unik terpahat di batu - batu.

Keunikan Tamadun Mesir telah mendapat perhatian daripada pelancong - pelancong dari luar untuk melawat ke tempat - tempat tersebut bagi melihat sendiri keajaiban yang wujud di Mesir.

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai asas agama Islam yang kuat, semangat untuk menjejaki para wali berkobar - kobar kerana di sana ada keberkatan jika berkesempatan ke Mesir.

Antara maqam ( tempat persemadian ) para wali di Mesir


" Maqam Ibn A'toillah as Sukandary "

" Maqam Imam Syafie r.a "


" Maqam Sheikh Soleh Ja'fary "

Justeru, jika berkesempatan ke Mesir janganlah lupa menziarahi maqam para auliya dahulu sebelum ke tempat - tempat yang lain, mudah - mudahan kita tergolong di dalam golongan as Solihiin,,,Amin







Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru


" Barakallahu Lakuma, Wa Jamaa' Lakuma Bil Khair "

Semoga kekal hingga akhir hayat..

Azhar & Rohana

Dari : Abg Meq & Kak Idah & Athirah

Tuesday, October 7, 2008

Athirah dah boleh berjalan


Sejak boleh berjalan ni, dia tak mau langsung didukung..maklumlah dah boleh berjalan..

Sebaik saja bangun dari tidur, terus turun daripada katil dan ajak tok dia jalan di kawasan depan rumah,,

Permata hati kami,,,

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Kepada sahabat - sahabat yang mengenali saya,,,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

daripada kami sekeluarga,,

,,Eid Saed,,