Dari zaman sekolah sampai lah sekarang,aku memang tak hebat dalam sukan,tak kiralah sukan apa..baik bolasepak,rugbi,badminton dan lain-lain lagi.Aku cuma reti main je.Walaupun tak hebat,tapi dapatlah wakil maktab walaupun cuma sebagai pemain simpanan.Kira OKEYLAH kan daripada tak dapat langsung.
Tapi bila jadi pemain simpanan ni atau substitution,memang tak akan pernah rasa puas.Macam tak rasa apa-apa pun.Kalau team maktab aku kalah ke menang ke,aku rasa biasa je.Kadang-kadang..dalam sesetengah game,aku tak dapat peluang langsung untuk main,kalau ada kawan aku yang injured barulah cikgu bagi aku masuk padang.
Oleh sebab itu,aku pun carilah sukan atau permainan lain yang tak memerlukan sangat penggunaan skills ketika bermain.Jadi jawapan kepada sukan yang tak memerlukan skills sangat ialah berlari dan mendaki(hiking).Paling puas ialah ketika selesai berlari dan hiking.Baju habis basah disebabkan peluh yang mencurah-curah dan badan terasa lebih ringan dan fit.
Kalau kat area KL atau Selangor ni,paling best ialah berlari sambil mendaki kat Bukit Gasing.Bukit Gasing ni terletak dalam daerah Petaling Jaya.Berhampiran dengan PJ Old Town dan Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).Kebanyakan orang yang datang kat Bukit Gasing ni ialah orang Cina(biasalah orang Melayu duduk rumah je sambil pekena nasi lemak sambal sotong,haha)
Biasanya Bukit Gasing ni akan penuh dengan orang ramai pada hari minggu Sabtu dan Ahad(sebab cuti).Kalau nak berlari dan mendaki kat sini,pastikan pakai pakaian yang sesuailah dan pakai hand glove(sebab tangan aku pernah luka masa jalan kat jambatan gantung Bukit Gasing).
Kat sini ada satu menara tinjau,yang daripada atas ni boleh tengok pemandangan sekitar PJ.Paling mencabar dan memenatkan kat Bukit Gasing ni ialah di laluan berbukit yang agak curam(70-75 darjah).Paling seronok,dapat hirup udara segar daripada pokok-pokok hutan.(Banyak bezanya dengan udara kotor yang aku sedut hari-hari pada setiap pagi ketika bawak kapcai untuk ke MAS Kompleks A.)
