December 31, 2010

2010

setiap tahun, ada coretan tersendiri dalam sejarah hidup masing2. ada yang seronok, ada yang tidak. itu biasa. realiti kehidupan. tak boleh lari.

2010 pada aku, aku gambarkan sebagai permulaan rentak baru dalam hidup. berumur 20 tahun (tahun ni hari jadi cantik,101090), bukan budak hingusan lagi. tak boleh bergantung sangat pada orang lain. dah selangkah ke alam dewasa. jadi tak semua perkara boleh adu pada mama dan abah. kena pandai buat keputusan sendiri.

dari januari ke disember, macam2 berlaku. dari segi akademik, cara hidup, family, cinta, duit, semua ada turun naik. tak banyak perkara yang aku sesalkan sepanjang tempoh 12 bulan ni, cuma satu dua benda tu, aku harap kalau berlaku lagi di 2011, aku harap ianya akan jadi lebih baik.

azam. jangan tanya la. sebab belum fikir. pada aku azam ni penting, walaupun ramai kengkawan aku kata tak ada faedahnya pun. pada aku, azam ni ibarat checklist, objektif atau hala tuju, which is good for people like me, yang kadang2 menyimpang jauh dari jalan sebenar. jadi, bila ingat balik azam ni, kita boleh cari jalan untuk berada di arus yang sepatutnya.

azam aku adalah personal. banyak sangat. kalau korang tanya pun, aku akan cakap,"sama macam tahun lepas". haha.

selamat tinggal 2010.

December 30, 2010

penat

4 hari away sebab ke Kuala Berang, praktikal bersama lembu. kesian blog aku, traffic down. huhu

dulu, aku selalu bayangkan Australia, kawasan yang ada ladang luas menghijau, cantik. tapi baru-baru ni, aku baru sedar kat Malaysia pun ada, dekat celah2 kuala berang ni. cantik sangat tempat dia, hijau, luas, bukit2 cantik walaupun asyik hujan je sekarang. best je tengok lembu2 meragut.

ni baru intro. nanti aku  cerita detail lagi apa aku buat kat sana. sekian.

December 25, 2010

Joanna Renisa-penyanyi lagu kalau cinta dengan aliff aziz

ramai dah mula minat dengan lagu alif aziz feat joanna-kalau cinta. so aku nak kasi korang dengar dengar lagu2 yang joanna nyanyi dengan band dia-joanna and co.

dengar ni:




dan ini jugak:



comel kan joanna ni? tapi dia dah kawen la geng..haha

December 24, 2010

cerita sains tingkatan tiga

aku tak tahu la ini rekaan ke dongeng ke, tapi pada aku, ini cuma bahan ketawa, dan bukan serius.

*

manusia selalunya dikatakan lahir sebagai johan/juara/pemenang etc. sebab menurut teori sainsnya, kita adalah hasil dari sperm yang berjaya menembusi ovum. ini sains tingkatan tiga, semua tau.

tapi dalam satu versi yang lain, sebenarnya bukan macam tu. seperti yang semua tau, sperm yang berjuta-juta itu akan berlumba-lumba berenang ke arah ovum. ada di antaranya yang laju, ada yang perlahan. setiap sperm pulak ada bekalan tenaganya sendiri. jadi, ada di antara sperm itu yang pantas bergerak ke arah ovum, tapi bila tiba di ovum, sperm itu habis tenaga. dan bila tak ada tenaga, tak boleh masuk dalam ovum. sperm yang berjaya masuk adalah sperm yang bijak. dia bergerak perlahan, steady je. bila dia tiba di luar ovum, sperm2 yang awal tiba sudah tak ada tenaga. dan, sperm yang datang perlahan tadi, dengan mudahnya masuk. dan terhasillah kita kita semua ni. haha.

pengajarannya, dalam apa2 hal pun, guna otak untuk fikir. (macam tak kena je, lantak la)

*

aku tak reti la cerita. bila baca balik, macam tak best je. haha. layan je la. esok nak balik terengganu dah.

December 23, 2010

review: nyaman si puding roti






hari ini sudah tamat pembacaan buku ini. aku suka buku ni. oh, sebelum itu, teruma kasih la cikha sebab pilih aku sebagai salah seorang pemenang. dapat topap, siap buku percuma lagi. ada sain lag. haha.

penceritaan dalam buku ini, mudah dan ringkas (sama la kan?) dan aku rasa cikha ni minat benar korea, sebab pertama kali, panggilan ibu, kakak, semua guna bahasa korea. (kantoi la aku tengok korea).

thumbs up untuk buku ini!

oh, kalau berminat nak dapatkan buku ni, boleh singgah ke blog cikha sendiri. klik sini je.

December 22, 2010

drama

ketika ini,
apa yang hanya aku mahukan,
cuma teman berbicara.

*

aku membayangkan hidup aku seperti salah satu drama dalam televisyen. dalam drama aku, akulah pengarah, dan akulah hero. dalam drama yang tipikal, hero tak pernah kalah. lagi-lagi kalau tengok cerita hindustan. kalau kalah pun, mesti di akhirnya akan menang jugak. malah, ada hero yang mati, boleh hidup balik.

malangnya, dalam versi aku, hero bukan macam tu. hero boleh kalah bila-bila saja.

dan hari ini, langkah menjadi semakin perlahan. tak tahu sama ada masih boleh bertahan atau tidak. tapi aku cuba. sebab cinta itu memang gila.

December 21, 2010

updated nuffnang

semakin hari, aku rasa semakin bersyukur dengan rezeki Tuhan. sejak kali pertama dapat Buffered Earning dari nuffnang, rezeki aku dengan nuffnang makin okey. buffered datang dan pergi..huhu. alhamdulillah.

tak banyak pun..huhu


ramai kawan2 aku mula mintak tips dari aku untuk dapatkan buffered ni. bagi aku, tips yang ada dekat blogger lain tu jugak la yang aku pakai. korang google jer. aku pun hampir setahun dengan nuffnang ni baru merasa buffered tau. so pesan aku pada blogger2 yang baru join nuffnang, kunci utamanya ialah, sabar. okey? kedua, kena rajin. rajin sikit google, tanya blogger2 otai pasal ni. jangan tanya aku, sebab aku bukan otai.

t-shirt couple

agak lama aku tinggalkan urusan jualan tshirt. so dekat2 ujung tahun ni, dalam tempoh cuti yang tak rasa sangat cutinya, sempat la jugak aku ditawarkan untuk jual design tshirt couple. so korang kalau minat, boleh r tengok sini.












ada lagi design lain. aku letak dekat facebook aku. so boleh tengok la dekat facebook aku. klik sini jer..

ini adalah pre-order. boleh buat order sehingga 31 disember 2010. harga sepasang tshirt ni cuma rm55. free postage aku kasi. haha. so boleh buat order, email je dekat amadkhir@gmail.com.

December 20, 2010

siti

nampak tu? youtube lagu siti..huhu


Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andaiku curah rasa hati
Mungkin kini... ku kan tenang di sampingmu

Belum puasku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai mu
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta
Berbunga
Jadi airmata dijariku

Betapaku cinta padamu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlahku dihatimu
Walau dimana berada
Ingatku dalam doamu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya
Gemerlapan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Aku kan menunggu
Walaupun seribu
Tahun lagi

notakaki: lepas tengok idola kecil 3 konsert 5, aku mula rasa nak dengar balik lagu2 lama siti..huhu

December 19, 2010

wayang: Tron

semalam, aku sekeluarga ke Ipoh. saja jalan2, window shopping. kai ke Jaya Jusco Kinta City. jalan2 mencuci mata. er maksud aku, tengok barang2 la k? huhu. memang menyesal datang tak berduit banyak sebab memang YES la. (Year End Sales). dengan butik2 soda, padinni, semuanya lasi diskaun gila2. haha.

okey berbalik pada tajuk. hajat aku ke sana dengan adik aku, nak tengok narnia, tapi full pulak. datang pun sebenarnya tak terdetik pun nak tengok wayang. dah alang2 kan. so, kitorang pun decide tengok tron. mak ayah aku pergi dating berdua..huhu.

jalan ceritanya agak menarik. kesan2 khas yang digunakan memang sesuai la dengan alam Grid tu. cuma filem ni action-packed nya kurang. lebih banyak dialog untuk cerita semula perjalanan dan sejarah Grid itu sendiri. nak tau cerita penuh, tengok sendiri la. aku tak suka spoil2 ending dia. huhu.


December 18, 2010

tetiba suka dekat bebudak idola kecil ni

satu perkara yang aku terkesan lepas balik dari kemaman; minat tengok Idola Kecil 3 di tv9.

malam sabtu lepas, ketika aku bersama keluarga angkat, hujan turun lebat menyebabkan kami tak pergi ke padang awam kijal untuk tengok persembahan kebudayaan. jadi, kami duduk di rumah, tengok idola kecil.

malam itu, konsert ke 5, nyanyi lagu2 siti nurhaliza. aku suka siti. sapa cakap aku tak suka. tapi several songs la. dan lagu2 yang budak2 tu nyanyi semuanya dalam list lagu siti yang aku suka. dan dua di bawah ni, aku suka. haha. nasib baik budak lagi. haha



Angel. tone suara dia memang sedap. kena dengan lagu ni. aku suka dia based on lagu ni je. konsert2 sebelum ni, lantak la. haha.




yang ni, farra. syawal, adik angkat aku, kata tak best. tapi aku suka suara dia. husky kan suara dia? aku suka vocal macam ni. kalau aku ada band, aku suruh dia jadi vokalis aku. haha itupun kalau dia ni sedap nyanyi lagu2 rock la.

yang lelali sorang tu pun mantap. aku suka stail dia. budak2 lagi dah masuk industri ni. ada pros and cons. tak payah la kita nilai. biar diorang sendiri nilai dan rasa. huhu.

hari ni(since dah sabtu dah pun), insyaAllah aku nak tengok lagi idola kecil ni. haha, tapi, ada match bola kot. malaysia vs vietnam. haha. takpe, kita kan zaman high tech. youtube ada. huhu. idola kecil, layan sorang2 dekat youtube la..hehe

December 17, 2010

review: band Statik

tiba-tiba terasa nak buat review sikit tentang band Statik ni. aku cedok dari blog orang je. maaf la aku save dekat notepad, tapi lupa nak amek link empunya blog..huhu..

Statik berasal dari Skudai, Johor Bahru, dan ditubuhkan pada tahun 2004, dimana antara line-up terawalnya ialah Enol dan Hassan. Ketika itu Enol dan Hassan juga mempunyai komitmen bersama The Official. Oleh kerana itu, Statik hanyalah sekadar band sambilan pada mereka, dan pertukaran line-up sering berlaku.

Setelah berjuang bersama The Official, mereka berundur dari The Official pada tahun 2007.

Dalam masa yang sama, Haziq iaitu adik kepada vokalis The Official pula mempunyai komitmen bersama band yang ditubuh olehnya sendiri iaitu The Related, namun atas sebab-sebab tertentu, Haziq membubarkan The Related.

Setelah masing-masing tiada ikatan pada mana-mana band, mereka bertiga mula berkerjasama untuk menghidupkan semula Statik.

Bermula pada Julai 2008, Statik kembali aktif, dan sehingga kini, dengan gabungan idea dan ilham mereka bertiga setelah masing-masing melalui pengalaman bermain muzik dalam band-band tertentu, Statik masih lagi bekerja keras untuk menghasilkan karya-karya baru untuk anda semua.

*

secara umumnya, aku mula dengar statik pada 2008, influence dari kengkawan dekat myspace. aku mula2 dengar lagu nikmat sementara, cherita kita, aku dan kontroversi.

akhir2 ni, statik ada buat lagu baru, bertajuk Gelap. dalam XFM, lagu ni adalah lagu feveret aku buat masa ni. huhu.. ni aku share dari youtube. dengar la..




 support band kita ok?

tamak

adakalanya, aku rasa aku ni terlalu tamak. tamak untuk jadi semuanya. tamak haloba.

kalau boleh dan kalau mampu, aku nak jadi semuanya. iya, semua. biarlah semua yang hebat2 itu adalah aku. aku nak hebat dalam menyanyi, main gitar, main drum. semua aku nak. bila jumpa manusia2 hebat kata-kata, aku pun nak jadi. terasa mau jadi penulis. terasa mahu bersajak. tak cukup dengan itu, jumpa kawan2 mengusung dslr ke sana sini, aku rasa mau jadi begitu jugak. nampak hebat bila ambil gambar.

tamak. disebabkan tamak, aku berjaya juga jadi sesuatu/seseorang. bodoh atau membodohkan diri. itulah sebenarnya aku.

tapi proses mencuba sesuatu itu adalah sesuatu yang normal dalam proses menjadi dewasa. bagi aku, masa muda sebeginilah kita patut gunakan peluang yang ada untuk mencuba. proses menimba pengalaman. menambah kenalan seramai mungkin dan cuba mencari di mana tempat yang boleh kita katakan sebagai 'zon selesa' untuk kita.

aku sendiri kusut nak menulis malam ni. tak tahu apa aku merapau. sekian saja dulu. bye. haha

December 15, 2010

jam 9 malam

dari awal pagi lagi aku cuba menulis. ada beberapa perkara yang terlintas di kepala. tapi bila diterjemah pada taipan (bukan tulisan), dia jadi tergantung. tak dapat habiskan. adeh.

aku sekarang di perak. nite jam di port dickson aku tolak, sebab masa ada seminggu saja untuk aku luangkan masa di rumah. dalam seminggu itu la aku mahu rehatkan urat-urat saraf dan fikiran aku. seminggu yang berharga ni pulak, akan dibahagikan dengan perkara2 lain. contohnya memancing, jumpa kawan2. bila berada di dalam persekitaran yang tipikal begini. aku rasa selamat. lebih selamat.

sejak akhir2 ni, di facebook atau blog sendiri, aku selalu jumpa orang baru, yang sebenarnya orang lama. haha. macam keling? okey maksud aku, orang2 yang pernah aku kenal masa dulu2 muncul balik. ada yang kenal masa zaman sekolah rendah, ada yang kenal kawan atas kawan. paling tak tahan, ada yang kenal masa form 2, masa kem PRS negeri. semua tu muncul balik dalam hidup aku sekarang. bila cerita2 hidup masing2, macam2 keluar. dari seorang yang bijak di sekolah, terpaksa mula balik dari bawah akibat rosak bercampur kawan. aduh, macam2 kisah hidup manusia.


makin besar, ssesuatu perkara yang senang pun boleh jadi susah kan? makin besar, makin banyak akal fikiran dan makin banyak jawabnya. contohnya, apabila ditanya, jadi baik atau jahat lagi senang? dengan logik akal sepantas cahaya, mesti majoriti akan kata jadi baik lagi senang. betul tak? tapi lepas itu, satu2 pulak kita perincikan. baik. baik tu macam mana? baik sebab selalu pergi masjid? baik sebab taat pada ibu bapa? kalau jahat pulak, jahat macam mana? bunuh orang? rogol orang?

setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap sesuatu. perbezaan pemikiran ini lah yang sebenarnya bagus. bagus untuk kita membanding beza pendapat dan berusaha mencapai kata sepakat.

aku tulis tak ada kaintan langsung dengan unsur politik okey? jangan cuba kau kaitkan.

December 13, 2010

Tilu

mira Tilu.

ada orang tanya di formspring pasal Tilu. so aku amek sebagai idea untuk aku menulis. haha.

ramai tahu Tilu ni adalah satu band yang bernaung bawah KRU. sebulan dua lepas, aku sambar CD diorang. sebelum dengar CD diorang, aku tau dua je lagu Tilu, Ku Bukan Aku dengan Malam Minggu (jumpa dekat youtube). so, kali pertama aku dengar, aku rasa, personally, Tilu macam Sixpence The None Richer. suara kena dengan lagu2 dia. dan, lagu yang berjaya menambat hati aku selain Ku Bukan Aku, ialah lagu Kau Selalu Ada. mula2 dengar, aku kaitkan dengan lagu Hujan, Kau Harus Ada. inputnya lebih kurang, tapi of course, mira nyanyi lagi comei dari noh. haha.

keseluruhan album Tilu ni adalah menarik. semua lagu sedap didengar. korang biasa dengar mocca tak? band dari indonesia tu. aku, kalau boleh, mengharapkan Tilu boleh jadi macam mocca. buat lagu2 macam mocca. mocca punya stail lagu pun boleh dikatakan tak jauh beza dengan Tilu pun. huhu.

notakaki: entri ni sepatutnya mengisi masa ketika ketiadaan aku berblogging sebab ke kemaman, tapi tak tau kenapa tak keluar. huhu. nanti esok balik rumah, aku cerita pulak pasal keluarga angkat dekat kemaman.

December 8, 2010

menjawab soalan formspring

ada satu soalan dari formspring, tanyakan aku, dari mana minat menulis ni tumbuh/orang2 yang buat aku suka menulis. sori aku tak ingat sangat soalan tu. tapi ada sebut perkataan 'inspirasi' kot. sekarang formspring xleh log in formspring. tak tau. slow semacam. haish~

masa zaman matrik, aku tengok fenomena ber-blog ni dah menular pada kengkawan sekolah aku. paling obius, pada encik2 sudeyh semua. (sekarang sudeyh lagi ke weyh? haha). atowk, john, butet, semua menulis. dan aku jumpa blog fatah. fatah ni, dari zaman sekolah lagi, aku cukup kagum dengan esei2 bahasa melayu dia. panjang lebar, input best. kosa kata, jangan tanya. dia memang hebat menulis. itu bakat dari lahir agaknya.

tak percaya? tengok sini beb. sure korang kata dia hebat jugak.

dan dari situ, aku rasa terikut2 juga dengan stail dia. sikit sikit aku tiru. er, tak la tiru. cedok sikit2. haha.

dan tak lama lepas tu, jumpa pulak blog fynn jamal. aku jumpa blog dia lepas pertama kali tengok perfomance dia di wuhuu 09 dekat ipoh. event paling aku kenang, sebab crowd tak ramai. dalam dewan boleh duduk bersila dan bilang orang dalam dewan. tapi masa lepak2, turn fynn jamal, tiba2 buat meremang bulu roma. huhu.

itu inspirasi aku dalam menulis secara serius la. kalau entri2 sebegini, aku tulis ikut suka je sebenarnya. well, blog aku ni adalah blog rojak. tak spesifik pada satu2 kategori. so macam2 korang boleh jumpa. ikut mood la aku nak tulis apa. huhu.

dah menjawab kot? dah cukup panjang dah. ada soalan lagi, formspring kat sebelah ni ha..

December 7, 2010

cerita lembu

kadang-kadang, yang buruk itu menghasilkan yang baik, dan yang baik menghasilkan yang buruk. bukan selalu. kadang-kadang.

Abu ternak seekor lembu jantan. baka Kedah-Kelantan. besar. satu hari, lembu jantannya hilang. gagal dijumpai. orang kampung kesian pada Abu dan tolong mencari. namun gagal juga. ramai yang datang ucap takziah kepada Abu atas kehilangannya. tapi, Abu kata, "Ini belum tentu lagi satu musibah. mungkin ada kebaikannya pada suatu hari nanti".

selang beberapa minggu, lembu jantan itu kembali. kembali dengan membawa seekor lembu betina. besar dan gemuk. orang kampung terkejut dan turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Abu. abu berkata,"tak semestinya hal ini adalah satu kebaikan. mungkin juga ia satu musibah.

betul kata Abu. tidak lama selepas itu, anak buah Abu yang menjaga lembu tersebut patah kaki kanan kerana ditendang lembu betina itu.

kesimpulan dari cerita ni adalah seperti yang tertulis pada perenggan pertama.

December 5, 2010

sendiri

adakalanya, sendiri itu bukannya sesuatu yang tidak baik. sebabnya, ada beberapa kemungkinan. satu, mungkin dengan bersendiri itu buat kita terfikir tentang diri sendiri dan orang di sekeliling kita. boleh bermuhasabah diri. boleh betul matlamat kita sendiri.

aku sendiri sekarang sendiri. musim exam dah habis, tapi dalam entri sebelum ni, aku dah cerita tentang program yang memaksa aku supaya stay untuk beberapa hari lagi. malah, rock the world kali ini pun aku akan terlepas gara-gara latihan sangkut animal science. cilaka! okey, pasal bersendiri tadi. bagi aku, bila duduk sendiri, senang berfikir. dan tiba2, teringat dengan matlamat asal aku masuk UDM/UniSZA ni. ada beberapa target masih belum tercapai. dan alhamdulillah, ada satu dua target dah tercapai. dan ada juga yang masih in progress, dan yang tak ada progress langsung pun ada jugak. adeh..

owh, aku kata beberapa kemungkinan erk? yang lain cari sendiri la. nak bagi arnab2 makan ni. bye!

December 3, 2010

hidup macam roda

aku kira musim peperiksaan kali inilah yang paling besar impaknya pada aku setakat ini. satu, jangan dipersoal dengan level soalan final kali ni. kalau geng selalu-dapat-markah-tinggi pun mengeluh susah, apatah lagi aku ni. terduduk jugak la dengan soalan yang buat aku persoal balik matlamat aku. "mampu ke nak maintain 3pointer ni?"
dua, biology clock aku agak kacau jugak la. sejak akhir2 ni, aku berjaga malam. jadi burung hantu. study. dan perkara ni dah jadi macam new habit pulak. sampaikan aku cuba nak masuk tidur pukul 1pagi, tapi tak boleh tidur. playlist tidur dalam mp3 aku gagal lelapkan aku. haha. sudahnya, main PES sampai ke subuh. lepas tu tidur..jangan tanya la bangun pukul berapa. haha.

ada lagi satu paper hari sabtu ni. animal nutrition. memang, aku ambil kisah dengan pointer aku sebenarnya, tapi kita kadang2 kena paham dengan kemampuan sendiri. ada orang bernasib baik, ada yang tidak. ada yang berjaga sepanjang malam, baca nota gila2 tapi tak boleh jawab. ada yang belajar sikit2, tapi nasibnya baik, apa yang dia baca, itu yang keluar. itu semua nasib.

aku faham benar dengan istilah, hidup macam roda. kejap di atas, kejap di bawah. mungkin pernah sekejap aku ada di atas masa dulu2, sekarang, aku ada di bawah,  sedaang kerja kuat untuk naik ke atas balik. memang, akan ambil masa untuk aku ke atas semula. tapi setidak-tidaknya, roda itu mula bergerak ke atas, kan?

December 1, 2010

konspirasi

habis exam-4/12
taklimat pertama PRS-5/12
Trainers in Training-8/12
program 1 Malaysia- 11-13/12

lepas selesai paper terakhir sabtu ni, aku tak balik lagi. ada komitmen dengan program di atas.dan konspirasi apakah yang berlaku, kerana event2 menarik di ibu kota juga diadakan pada durasi tarikh di atas. evet akar minimalis, sesi bacaan puisi, dan satu dua lagi event berlaku pada tarikh2 itu.


memang jelas benar, ada konspirasi!