TAKRIF DAKWAH:
Membawa manusia beriman kepada Allah Taala dan menujukkan mereka jalan yang telah digariskan-Nya
SEBAB-SEBAB DAKWAH:
Kelahiran Dakwah bukanlah berlaku secara kebetulan sahaja tanpa adanya faktor-faktor penyebab kepada dakwah tersebut. Seluruh alam dan makhlik ini tidak diciptakan secara sia-sia sahaja bahkan ada fungsi dan peranannya untuk mnejadi rantaian kesinambungan alam yang saling memerlukan diantara satu sama lain . Segala perubahan demi perubahan yang berlaku pada alam ada sebab musababnya dan berkait rapat diantara satu sama lain .Dakwah ini yang ditaklifkan kepada para anbiyak dan para mukmin warasatul anbiyak terdapat padanya dakwah ini ditaklifkan antaranya ;
Pertama ; Melahirkan ketulusan Deen dan Aqidah .
Allah s.w.t. menuntut manusia dan jin supaya beribadah kepadanya dengan penuh ketulusan hati . Tuntutan ini tidak dapat dilaksanakan melainkan Allah mengutuskan para Rasul untuk menyampaikan Risalah Allah ini dengan wahyuNya dan dituntut para Rasul menyampaikannya kepada ummah seluruhnya antara taklif itu ialah ;
1 . Menunjukan kepada akal manusia kearah makrifatulla, mengenal zatnya ,sifat-sifatNya , nama-namaNya dan juga mengenali sistem hidup yang tepat untuk kehidupan manusia didunia ini yang membawa kebahagian di akhirat .
2 . Mengajar manusia tentang alam ghaib , malaikat , syurga , neraka dan sebagainya sehingga mereka meyakini bahawa di sana ada lagi kehidupan lain selain kehidupan duniawi ini iaitu kehidupan akhirat dimana segala amal perbuatan akan dipertanggungjawabkan .
3 . Menjelaskan apa yang Allah halalkan dan apa yang Allah haramkan , dimana setiap yang Allah halalkan akan meberikan kebaikan pada manusia didunia dan akhirat manakala yang Allah haramkan akan mendatangkan keburukan pada mereka di dunia dan diakhirat .
4 . Mengajarkn manusia bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja . Mereka saling perlu memerlukan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini kerana manusia secara individunya tidak berupaya hidup dengan sempurna tanpa adanya bantuan dari individu lain .
5 . Mendidik akhlak ummah dengan akhlak mulia serta meyekat hawa nafsu supaya tidak terjerumus kepada larangan-larangan Allah s.w.t. supaya hidup mereka mendapat keredaan Allah didunia dan di akhirat .
6 . Memperjelaskan nizom atau system hidup yang sempurna kepada ummah yang boleh mendatangkan kedamaian hidup dunia dan akhirat .
Kesemua sebab-sebab ini terkandung dalam firman Allah s.w.t.
وما خلقت الجن والأنس الا ليعبدؤن ما اريد منهم من رزق وما اريد ان يطعون ان الله هو الرزاق ذوا القوة المتين
- الذاريات : 56 - 58
Tegasnya Al-Quran menjelaskan bahawa manusia dan jin diciptakan untuk beribadah kepadanya bukan dengan hadaf-hadaf yang lain melainkan berubudiah kepadaNya semata-mata . Ubudiah ini adalah dengan mengakui Rububiah dan Uluhiah Allah s.w.t. Pengakuan ini dituntut secara sukarela bukan dengan terpaksa yang menunjukan bahawa mereka benar-benar mukmin .Mana mungkin ubudiah ini dapat disempurnakan tanpa adanya Rasul Allah yang menunjukan cara peribadatan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hambanya .
Secara lojiknya dengan akal fikiran semata-mata manusia tidak mampu untuk mendatangkan kemaslahatan dan menolak kemudaratan . Juga tidak mampu menjangkau pengetahuan alam ghaib tanpa panduan dari Penciptanya sendiri . Allah yang menciptakan manusia , Allah lah yang lebih mengetahui maslahah dan mudarat pada hamba ciptaanNya . Jadi untuk menyempurnakan ketidak- sempurnaan dan ketidakmampuan yang ada pada hambaNya inilah memerlukan kepada Duah yang mewarisi tugas para Rasul .
Kedua ; Memahami Aqidah dan Deen yang sahih .
Antara sebab lain dakwah difardukan adalah untuk memahami aqidah dan deen yang sahih sepertimana yang dikehendaki oleh Alllah dan Rasulnya , seperti yang diwahyukan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah . Kefahaman yang sahih ini telah ujud sejak zaman lampau lagi yang bermulanya dari sejak kelahiran Islam . Kefahaman ini telah di cetak oleh Al-Quran dan Al-Sunnah . Ianya memerlukan dakwah untuk meneruskan kesahihannya yang tanpa dakwah semakin hari semakin jauh di olah oleh dan ditafsir oleh individu dan kelompok tertentu mengikut selera mereka . Oleh yang demikian dakwah diperlukan untuk menerus dan mengembalikan kesahihannya hingga ke akhir zaman .
Terdapat beberapa asas yang dapat kita gambarkan didalam kefahaman yang sahih ini antaranya ;
1 . Seluruh Ummat Islam adalah ummmah yang satu - ummah yang sama dari sudut aqidah , ibadah , muamalah dan akhlak mereka sekali pun mereka dibatasi oleh sempadan negara , sekali pun mereka berbeza warna kulit dan bahasa mereka .
Seandainya ada factor-faktor yang boleh memecahbelahkan kesatuan mereka ini maka dakwah lah yang berperanan untuk menyatukan mereka kembali .
2 . Kehidupan ummah Islam kini yang berada dalam zuruf politik , ekonomi. masyarakat dan sebagainya yang berbeza –beza yang jauh dari kefahaman yang sahih dan jauh dari syariat Isalam yang sebenarnya .
3 . Secara darurinya ummah Islam dituntut merubah kaadaan yang penuh kefasadan dan munkar ini dengan menggunakan berbagai method yang ditunjukan dalam syariat Islam bagi mendatangkan kemaslahatan kepada seluruh ummah manusia .
Darurinya perubahan ini bukan sahaja kepada kehidupan muslim tetapi juga kepada seluruh alam . Meskipun alam Islami begitu luas dan jauh jaraknya , aqidah lah yang akan mendekatkan jarak antara mereka seluruhnya .
Nabi Nuh A.S.
Nabi Nuh A.S. adalah Rasul ulul azmi yang pertama yang mengajak manusia kepada beriman kepada Allah dan mengingkari penyembahan berhala dan segala bentuk penyembahan selain dari Allah. Dakwah baginda berterusan sehingga 950 tahun lamanya . Namun begitu hasilnya hanyalah sebilangan yang kecil sahaja yang menyahut seruan baginda , malah bilangan kuffar yang menentang dan menolak seruan Iman dan kebenaran ini lebih besar daripada mukmin yang menerima seruan dakwah badinda yang memakan masa hampir seribu tahun. Walaupun begitu Nabi Nuh A.S. tidak pula merasa jemu dan putus asa dalam menyampaikan dakwah . Baginda terus berdakwah dengan penuh kegigihan dan kesabaran sekali pun baginda menerima berbagai ejekan dan cacian dari kaumnya yang tidak mahu beriman dengan Allah .
Disebabkan kerana takut dan bimbang kebatilan akan lebih merebak dan kekufuran bermaharajalela baginda berdoa kepada Allah s.w.t. supaya membersihkan mereka dari bumi Allah seperti mana dalam firman Allah s.w.t.
وقال نوح رب لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا . انك ان تذرهم يضلوا عبادك ولا يلدوا الا فاجرا كفارا.
نوح : 26 – 27 .
Terdapat banyak tentang kisah Nabi Nuh A.S. diceritakan di dalm Al-Quran seperti dalm surah Al-Araf , Hud, Al-Mukminun, Al-Syuara’, Al-Qamar dan Nuh.
Ibar dari kisah Nuh A.S.
1 . Dakwah memerlukan pengurbanan yang besar iaitu dengan mencurahkan segala kemampuan yang ada termasuk jiwa raga, masa yang mengira siang atau malam , harta dan wang ringgit yang terjumlah nilainya ,tanpa ada rasa putus asa , jauh sekali rasa ingin berpatah balik meninggalkan dakwah .Sekalipun seruan dakwah ditolak oleh manusia sejagat dan kaum keluarga sendiri . Ianya tidak mengharapkan balasan maddi dari individu mahu pun masyarakat . Ianya mengharapkan ganjaran dari Allah s.w.t. semata-mata .
2 . Pentingnya kepelbagaian wasilah, uslub dan auqat dalam dakwah .
Seperti mana firman Allah S.W.T.
قال رب انى دعوت قومى ليلا ونهارا ..... ثم انى دعوتهم جهارا ثم انى اعتنت لهم واسررت لهم اسرارا
Disamping keprihatinan yang tinggi terhadap para mad,u dengan sentiasa mengingatkan mereka terhadap segala nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah pada hambaNya yang sewajarnya hamba itu bersyukur di atas segala nikmat tersebut , serta mengajak mereka terus thabat dan istiqamah di dalam iman sekali pun mereka telah menerima seruan dakwah , tidak seharusnya mereka terus ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka menyahut seruan iman .
3 . Dakwah yang dipelopori oleh mukmin duah tidak sama sekali mengharapkan natijah dari usaha dakwah mereka , tidak juga melihat kepada kuantiti atau bilangan ramai yang menyahut seruan dakwah kerana tugas mereka hanyalah berusaha dan hasilnya terserahlah kepada Allah yang memberikan natijahnya . Tetapi seharusnya para duah melihat kejayaan dakwah mereka dengan ukuran kualiti iman yang ada pada mad,u yang menyahut seruan dakwah .
Para Duah tidak seharusnya merasa dukacita , putus asa atau kecewa jika sekiranya hanya sedikit sahaja manusia yang menyahut seruan mereka berbanding dengan mereka yang menolak dakwah . Sesungguhnya mereka yang sedikit bersama iman yang mantap lebih baik daripada mereka yang banyak tetapi kurang iman .
Seperti mana jelas dalam sejarah Nabi Nuh a.s. dan para anbiyak lainnya - hanya sedikit sahaja manusia yang menyahut seruan mereka seperti yang dirakamkan di dalam Al-Quran ;
وما آمن معه الا قليلا ..... هود : 40
Para Duah hendaklah bersabar di atas jalan dakwah yang panjang dan memakan masa yang terlalu lama , dan hendaklah sentiasa meyakini bahawa Allah bersamanya dan Allah lah yang akan memberi pertolongan hari ini , esok atau pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki olehNya . Para Duah tidak seharusnya mengharapkan natijah segera dari usaha dakwah mereka tetapi sebenarnya mereka hanya berusaha dan beramal seperti mana jelas dalam sirah Nabi Nuh a.s. dan para rasul yang lainnya telah menunjukkan tauladan yang baik untuk para Duah supaya bersabar dan berdakwah dengan penuh kegigihan tidak mengiraukan penat lelah dan hasilnya terserahlah kepada Allah yang menentukan hasilnya .
4 . Adakalanya Allah s.w.t. menguji para Duah dengan keluarga dan kaum kerabat yang terdekat mereka yang menolak seruan dakwah . Seperti mana Allah menguji Nabi Nuh a.s. isteri dan anaknya sendiri ynag menolak dakwah baginda .Kisah penolakkan isteri dan anak Nabi Nuh a.s. ini Allah rakamkan di dalam Al-Quran ;
ضرب الله مثلا للذين كفروا امراة نوح وامرأة لوط كانتا تحت عبدين من عبادنا صالحين فخانتاهما
فلم يغنينا عنهما من الله شيئا وقيل ادخلا النار مع الداخلين. – التحريم:10-
ونادى نوح ابنه وكان فى معزل يا بنى اركب معنا ولا تكن مع الكافرين قال سا وى الى جبل يعصمنى
من الماء قال لاعاصم اليوم من امر الله الا من رحم وحال بينهما الموج فكان من المغرقين - هود: 33,32
Sekiranya penolakan dakwah ini berlaku di kalangan keluarga dan kaum kerabat sendiri maka para duat hendaklah bersabar di atas ujian itu dan tidak seharusnya mereka mengundur diri dari medan dakwah serta kecewa atas apa yang berlaku. Tidak ada tawar-menawar dalam perkara kebenaran . keadaan sebegini adalah sunah Allah dalam perjalanan dakwah Islamiah .Manusia tidak mampu untuk mengubah atau menolaknya. Dakwah juga bukanlah satu warisan untuk diwariskan kepada mana-mana keturunan atau kenalan yang rapat dengannya bahkan Allah lah memilih sesiapa yang dikehendakinya untuk mewarisi dakwahnya .
Nabi Nuh alaihi salam menghadapi cabaran yang cukup besar ketika berdakwah . Baginda menghabiskan masa selama 95 tahun untuk menyeru kaumnya kepada kebenaran tetapi hanya beberapa orang sahaja yang menyahut seruan baginda manakala yang selebihnya menolak mentah-mentah termasuklah anak dan isterinya. Semuanya itu baginda terima dengan penuh kesabaran semata-mata mengharapkan keredaan Allah semata-mata .
NABI IBRAHIM A`LAIHIS SALAM
Nabi Ibrahim a.s. adalah Rasul ulul azmi yang kedua selepas Nabi Nuh a.s. mendapat julukan خليل الله yang sampai ke darjah المحبة kerana ketaatan baginda kepada Allah s.w.t.
" واتخذ الله ابرهيم خليلا.... " النسأ : 125
" واذب ابتلى ابراهيم ربه بكلمات فأتمهن قال انى جاعلك للناس اماما " البقرة : 124
Ketaatan dan kepatuhan baginda hingga sampai ke peringkatخير البرية seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadith s.a.w. Banyak kisah Nabi Ibrahim di dalam Al-Quran sehinggga dalam 25 surah .
`IBAR DARI SEERAH NABI IBRAHIM A.S.
1 . Pertembungan aqidah dengan kaumnya .
2 . Pertembungan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah dengan Raja Namrud.
3 . Pertembungan dengan bapanya sendiri supaya meninggalkan penyembahan
berhala .
4 . Hijrah mencari bumi Allah yang sesuai untuk meneruskan dakwah ila Allah .
`Ibar yang amat penting dari seerah Nabi Ibrahim a.s. ini adalah pertembungan diantara hak dan batil yang tiada penghujungnya . Ini difirmankan Allah dalam Al-quran surah Al-Anbiya` ayat 51 - 70 .
Duah ila Allah tidak dapat mengelakkan pertembungan ini yang menjadi sunnah Allah bahkan seharusnya bersedia menghadapinya dengan penuh keupayaan Duah juga mesti mempersiapkan diri dengan keyakinan dan kefahaman yang mantap sebelum terjun ke medan dakwah yang sebenarnya tanpa ragu-ragu dan perasaan takut untuk berdepan dengan pertembungan ini dan bersedia mengembalikan ummah kepada Al-Haq .
1 . Menjadi suatu yang daruri berpegang kepada Al-Haq dan meneruskan dakwah sekali pun ahlul batil amat kuat dan ramai , terdiri dari raja-raja yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan , kaum keluarga atau kaum kerabat terdekat , kerana wala` hanyalah kepada Allah dan Rasul . Firman Allah s.w.t. ;
" قل ان كان أباؤكم واخوانكم وعشيرتكم واموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتى الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين " التوبة : 24
2 . Menghadapi kesulitan (مشقة) di sepanjang perjalanan dakwah denganpenuh kesabaran , mampu bertahammul dengan beban dakwah dan segala masyaqqah yang dilalui . Dalam masa yang sama menolak segala bentuk tawar mmenawar yang berbentuk maddi , maknawi atau `iqabi kecil atau pun besar sepertimana Nabi Ibrahim sanggup menerima ancaman dilontarkan ke dalam api dan api pula menjadi sejuk dengan perintah Allah s.w.t. Bahkan Allah juga berkuasa untuk menyejukkan api pada sesiapa sahaja yang dikehendakinya , dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja .
3 . Hijrah dan dakwah fi sabilillah adalah suatu amalan yang di masyrukkan seperti mana yang ditunjukkan dalam seerah muslimin yang berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan hijrah Rasul ke Madinah . Hijrah juga dapat diaplikasikan oleh duah hari ini ketika mana di tempat sendiri menghadapi kesulitan untuk menyebarkan Islam
Hijrah memerlukan pengorbanan yang tinggi .
NABI MUSA ALAIHIS SALAM
Nabi Musa كليم الله)) adalah Rasul ulul azmi ketiga .Baginda diutuskan kepad Bani Israil yang terkenal dengan degilnya . Kelahiran Nabi Musa a.s. di masa berlakunya perintah Firaun supaya membunuh anak-anak lelaki Bani Israil , tetapi dengan takdir Allah Nabi Musa a.s. membesar di istana Firaun sendiri .
Terdapat dua marhalah dakwah Nabi Musa a.s. iatu ;
Pertama ; Marhalah pertembungan dakwah terhadap Firaun .
Firaun mengakui dirinya sebagai Tuhan . Dengan kekuasaan dan kekuatan yang ia miliki ia memaksa pengikutnya supaya tunduk dengan pengakuannya sebagai Tuhan .
Allah telah memerintahkan Nabi Musa a.s supaya menyampaikan dakwah kepada Firaun dengan lemah lembut dan mengajaknya beriman dengan Allah s.w.t. Tetapi Nabi Musa a.s. ada sedikit gementar dihatinya untuk berdakwah kepada Firaun Walau pun begitu Nabi Musa a.s dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t. terus menyampaikan dakwah kepada Firaun. Dakwah Nabi Musa a.s. di tolak oleh Firaun dengan angkuh dan sombong. Firman Allah s.w.t.
" واذ نادى ربك موسى أن ائت القوم الظالمين . قوم فرعون ألا يتقون . قال رب انى أخاف أن يكذبون .
ويضيق صدرى ولا ينطلق لسانى فأرسل الى هارون " الشعرأ : 10 - 13
Pertembungan dakwah antara nabi Musa dan Firaun ini berakhir dengan kemurkaan Allah terhadap Firaun dan kaumnya . Allah telah menenggelamkan Firaun dan kaumnya di dalam laut dan mengekalkan jasadnya untuk menjadi `ibrah dan sebagai bukti ujud keingkarannya di muka bumi Allah ini.
KEDUA ; Marhalah pertembungan dakwah dengan Bani Israil .
Nabi Musa a.s diutuskan kepada kaumnya Bani Israil yang memang terkenal dengan kedegilan , Secara lojiknya akal manusia dapat menerima bahawa bangsa yang amat degil adalah Bani Israil kerana mereka dapat menyaksikan sendiri mukjizat yang Allah kurniakan kepada nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka seperti nabi Musa a.s. Banyak nabi-nabi lahir dari kalangn Bani Israil, pun begitu merekalah umat yang paling ingkar sekali sehingga datangnya kemurkaan Allah terhadap mereka. Firman Allah s.w.t. ;
" وقضينا الى بنى اسرائيل فى الكتاب لتفسدن فى الأرض مرتين ولتعلن علوا كبيرا " الاسرأ : 4
Pertembungan dalam kedua-dua marhalah ini dapatlah dikatakan bahawa ;
1 . Manusia yang kufur dan ingkar terhadap al-haq itu sama sahaja sama ada Firaun yang angkuh atau Bani Israil yang lahirnya ramai para nabi dari kalangan mereka kecualilah mereka yang mendapat hidayah Allah .
2 . Sesungguhnya kedegilan dan keingkaran itu mewarisi kekufuran dan kemusyrikan . Seperti mana Bani Israil kerana hati dan akal mereka yang degil dan ingkar , mereka menuntut kepada nabi Musa supaya menjadikan untuk mereka asnam untuk mereka sembah sebagai tuhan .
3 . Keingkaran dan kedegilan telah menjadikan mereka buta terhadap kebatilan , tidak dapat membezakan antara hak dan batil , akal mereka tidak dapat membendung kejahilan mereka , Oleh kerana itu berhala yang mereka cipta dengan tangan mereka sendiri menjadi tuhan yang mereka sembah tanpa memikirkan ianya tidak dapat mendatangkan apa-apa maslahah dan mudarat .
`IBAR DARI SEERAH NABI MUSA A.S.
1 . Para duah ila Allah hendaklah menggunakan cara lemah lembut dan hikmah dalam berdakwah dan meraikan zuruf mad`u . Firman Allah s.w.t.
" فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخشى "
" لو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك "
2 . Berhujjah dengan menggunakan hujjah nas dan bukti–bukti kebenaran yang meyakinkan yang boleh mematahkan hujjah ahlul batil.
3 . Para mad`u yang menerima seruan dakwah sentiasa berhajatkan kepada tasyji` dan taujihat dari duah , oleh yang demikian para duah seharusnya prihatin terhadap mad`u dan berusaha dengan berbagai-bagai wasilah dan uslub untuk lebih mendekatkan mereka kepada dakwah ila Allah selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak . Para duah seharusnya bersabar terhadap mad`u dan tidak berputus asa , sekali pun terdapat seddikit keingkaran mereka selama mana mereka itu berada dalam kebenaran .
Beberapa perkara yang patut diambil berat oleh para duah ialah ;
1 . Merasai tamak haloba di dalam usaha dan amal supaya manusia memperoleh hidayah Allah .
2 . Sentiasa berdoa supaya para mad`u memperoleh hidayah Allah .
3 . Mendahulukan nas-nas atau hujjah yang jelas dalam memperkatakan al-haq.
4 Menjauhkan keraguan yang ada pada mad`u .
5 Selamanya tidak berputus asa dalam dakwah ila Allah .
Sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. mendoakan untuk kaumnya ;
“ اللهم اغفر لقومى فانهم لايعلمون . “
NABI ISA ALAIHIS SALAM
Baginda adalah seorang Rasul ulul azmi yang ke empat . Dakwah baginda adalah kesinambungan daripada dakwah nabi Musa a.s. dan juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain mengajak manusia berubudiah kepada Allah s.w.t. . Baginda juga diutuskan kepada Bani Israil .
Beberapa perjalanan dakwah yang boleh dipetik dari seerah Nabi Isa a.s.
Pertama ; Dakwah baginda mengajak manusia beriman dengan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
ولما جاء عيسى باالبينات قال قد جئتكم بالحكمة ولأبين لكم بعض الذى تختلفون فيه فاتقوا الله واطيعون .
ان الله ربى وربكم فاعبدوه هذا صراط مستقيم . فاختلف الأحزاب من بينهم فويل للذين ظلموا من عذاب
يوم عظيم . الزحرف : 63 - 65
Dakwah baginda berjalan dengan penuh hikmah dalam menjelaskan al-haq yang dapat diterima oleh lojik akal. Mereka hanya dituntut menyembah Allah semata-mata . Asas pada dakwah ini ialah ;
1 . Ubudiah semata-mata hanya untuk Allah s.w.t.
2 . Ketaatan mutlak hanya bagi semata-mata .
3 . Bertakwa pada Allah dan takut pada I`qab Allah yang maha azab .
4 . Berpegang hanya dengan tauhid sahajalah yang akan membawa ke jalan yang lurus yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. .
Kedua ; Dakwah baginda dengan kaumnya Bani Israil .
Kaumnya mendustakan nabi Isa a.s. dan ingkar terhadap Allah s.w.t. Bani Israil sebelum kedatangan nabi Isa lagi mereka sudah ingkar dengan Allah juga setelah kedatangannya seterusnya sesudah baginda .
Mereka mengingkari ayat-ayat Allah , membunuh para nabi-nabi dan juga menuduh nabi Isa a.s. dilahirkan oleh Saidatina Maryam dengan jalan zina . Kemudian yang paling dahsyat sekali mereka ingin membunuh dan menyalib nabi Isa a.s. tetapi Allah telah menukarkannya dengan Yahuza dan tidak disedari oleh mereka dan nabi Isa diangkat ke langit .
Ketiga ; Dakwah nabi Isa a.s. dengan golongan Hawariyyin.
Mereka ini adalah pengikut-pengikut setia nabi Isa a.s. Mereka adalah ;
1 . Sam`an atau Butros al-Sayyad dan saudaranya Andrawus .
2 .Ya`qub bin zibdi dan saudaranya Yuhana .
3 . Filbas .
4 . Tuuma
5 . Matal A`syar .
6 . Ya`qub bin Halfi
7 . Libaus
8 . Sam`an Al-Tanwi
9 . Yahuza Al-Iskharbuti
Golongan Hawariyyin ini telah meminta maidah dari Allah s.w.t. semata-mata untuk lebih menguatkan keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah s.w.t. serta ingin menyaksikan sendiri mukjizat dan kebesaran Allah yang akhirnya Alllah perkenankan permuntaan mereka dengan ancaman azab jika mereka kembali kufur kepadanya .
I`bar dari perjalanan dakwah yang ketiga ini dapat disimpulkan kepada ;
1 . Timbulnya keraguan dikalangan Hawariyyin dan keinginan mereka untuk beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah s.w.t.
2 . Ihzar terhadap mereka supaya tidak menuntut lebih dari yang diberi .
3 . Dengan perkenan dari Allah turunnya maidah yang dituntut oleh mereka .
4 . Nabi Isa a.s. menyahut permintaan mereka dan menjadikannay sebagai hari perayan bagi mereka .
5 . Allah memperkenankan permintan mereka tetapi dengan ancaman azab jika sekiranya mereka kembali kufur senganAllah s.w.t.
Ianya dirakamkan dalam Al-Quran;
اذ قال الحواريون يا عيسى ابن مريم هل يستطيع ربك أن ينزل علينا مائدة من السماء قال اتقوا الله ان كنتم
مؤمنين . قالوا نريد أن نأكل منها وتطمئن قلوبنا ونعلم أن قد صدقتنا ونكون عليها من الشاهدين .
قال عيسى ابن مريم اللهم ربنا أنزل علينا مائدة من السماء تكون لنا عيدا لأولنا وأخرنا وأية منك وارزقنا
وانت خير الرازقين . قال الله انى منزلها عليكم فمن يكفر بعد منكم فاءنى أعذبه أحدا من العالمين .
المائدة : 112 - 115 .
Keempat ; Allah telah menceritakan kepada kaum Yahudi akan munculnya kelahiran nabi Muhammad s.a.w. selepas nabi Isa a.s. dan mereka mengenalinya seperti anak-anak mereka sendiri tetapi mereka menyembunyikan kebenarannya .
I`BAR DARI SEERAH NABI ISA A.S.
1. Allah menciptakan nabi Isa ibn Maryam tanpa bapa begitu juga menciptakan nabi Adam a.s tanpa ibu dan bapa sebagai bukti kekuasaan Allah dan Allah kurniakan mukjizat pada para Nabi dan Rasul . Walaupun begitu terlalu ramai manusia yang mengingkarinya lebih-lebih lagi manusia di zaman ini yang sangat jauh dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul . Oleh yang demikian para duah ila Allah hendaklah bersedia menghadapi permasaalahan ini dan menanganinya dengan penuh keimanan dan kesabaran kerana ini adalah sunnah Allah s.w.t.
2. Ahlul Batil tetap kufur terhadap Allah . Mereka tidak mendapat kebenaran dan hidayah Allah . Para duah tidak seharusnya merasa sempit dada dengan kaadan ini . Sebaliknya merasa tamak dengan berusha gigih untuk mengembalikan mereka dari kesesatan kepada cahaya iman . Allah lah yang akan memberikan hidayahnya dan mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendakinya .
3. Dalam seerah nabi Isa a.s. ini terdapat golongan Hawariyyin yang sangat setia dengan baginda menjadi ibrah kepada para duah bahawa pada zaman ini juga terdapatnya golongan Hawariyyin ini . Para Duah sepatutnya mencontohi golongan Hawariyyin ini dan mencurahkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada dakwah ini dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan ganjaran dari Allah s.w.t .
Akhirnya kesinambungan dakwah ila Allah ini diteruskan oleh nabi Muhammad s.a.w. dan para duah warasatul anbiyak hinggalah ke akhir zaman .
TOKOH ISLAM KURUN PERTAMA
HASSAN AL-BASRI
Beliau adalah tokoh di zaman Tabiin .Merupakan anak kepada Yassar hamba kepada Zaid bin Thabit , ibunya Khoirah hamba kepada Ummu Mukminin Ummu Salamah , Hassan Al-Basri adalah dari golongan hamba . Kadang kala ibunya terpaksa meninggalkan beliau kerana menunaikan permintaan Ummu Salamah .Dengan demikian beliau terpaksa menyusu dengan Ummu Salamah dengan sebab itu dikatakan bahawa ini adalah hikmah yang beliau dapat dari barakah menyusu dari orang yang dinasabkan dengan Rasulullah s.a.w.
Ibunya sentiasa dari para sahabat supaya mendoakan anaknya . Berikut adalah doa dari Umar Al-Khattab r.a. terhadap Hassan Al-Basri ;
" اللهم فقهه فى الدين وحببه الى الناس "
Sangat luas pengetahuannya . Kata Rabi` bin Anas terhadap beliau “ aku berbeza umur dengannya 20 tahun , tapi aku dengar daripadanya banyak perkara yang aku belum pernah dengar selama ini “
Beliau juga seorang yang warak dan takwa . Semua orang menyukainya . Beliau menyeru manusia kepada kebaikan memikul amanah dakwah ketika berlakunya fitnah di zaman beliau .
Hassan Al-Basri dilahirkan di zaman Umar Al-Khattab tahun 24 - 644 masihi . Meninggal dunia pada tahun 110 hijrah . Semua ahli Basrah mengiringi jenazah beliau sehinggalah dikatakan tiada seorang pun yang tinggal di masjid .
CARA BERDAKWAH
Hassan Al-Basri menyeru manusia kepada Allah dalam waktu semua manusia sibuk dengan fitnah yang berlaku ketika itu dan masing-masing sibuk dengan urusan dunia . Hanya sedikit sahaja yang melepaskan diri dari fitnah itu .
Ramai dari kalangan sahabat yang tergelincir dari jalan Allah dengan demikian beliau menyeru agar mereka kembali pada jalan Allah bagi menyedari tentang hakikat akhirat dan balasannya . Seruan beliau tidak hanya kepada masyarakat awam sahaja bahkan hingga sampai kepada khalifah dan umarak .Beliau berpendapat bahawa pembesar negara akan memberi kesan yang amat besar pada rakyat . Dakwah beliau adalah dakwah yang hidup . Ianya banyak menyentuh hati-hati yang lalai dan leka dan meninggalkan kesan pada jiwa mereka .
CONTOH DAKWAH BELIAU
Suatu ketika beliau sedang duduk dalam masjid Basrah dan beliau dikelilingi ramai manusia yang ingin mendengar kata-katanya . Ramai antara mereka terdiri dari kalangan para sahabat dan ulamak .Beliau berucap “ wahai anak Adam , janganlah engkau reda dengan orang yang membuat kemurkaan terhadap Allah , jangan engkau mengeji jika dia melakukan maksiat , jangan pula memuji jika dia mendapat nikmat dari Allah dan juga jangan mencaci maki jika dia mendapat apa yang kamu tidak dapat, bagi sesiapa yang menyangka dia akan mendapat rezeki yang banyak dari hasil usahanya , tetapi sepatutunya dia berusaha menambahkan umurnya “ . Ini adalah contoh kata-kata Hassan Al-Basri yang menyentuh hati-hati para pendengar .
ABDULLAH BIN AL-MUBARAK
RIWAYAT HIDUP .
Namanya Abdullah bin Al-Mubarak Al-Hanzali Al-Tamimi. Beliau dari golongan tabi` tabi`in. Ibunya Ummi Abdullah Khawarizmiah dan ayahnya yang berasal dari Turki menjadi hamba kepada peniaga di Hamazan yang soleh dan takwa.
Ibnu Mubarak menghabiskan 20 tahun pertamanya di tempat lahirnya .Kemudian keluar menuntut ilmu pada tahun 147 hijrah . Sejak kecil beliau dianugerahkan ingatan yang kuat . Selepas alam remaja beliau hidup leka dengan muzik dan bercinta . Kesedarannya mulai timbul apabila mimpi melihat seekor burung yang membaca ayat ;
" ألم يأن للذين امنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله وما نزل من الحق "
Apabila tersedar dari tidurnya dia pun berkata “ ya , sudah tiba masanya” , lalu dia mematahkan alat muziknya dan memulai kehidupan zuhud .Begitu juga beliau suka bermain cinta hinggalah pada waktu subuh , mereka berdua mendengar azan subuh lalu mendapa hidayah dari Allah .
MENUNTUT ILMU .
Ibnu Mubarak melakukan rehlah ilmiah ke Yaman, Syam, Mesir, Basrah dan Kufah. Beliau pernah musafir dariMuru مرو) ) ke Ray راى) ) yg jaraknya melebihi 700 km untuk mencari sebuah hadith. Kesungguhan Ibnu Mubarak menuntut ilmu hingga menguasai semua bidang dan dia digelar sebagai “jami’ul ilmi”
AKIDAH IBNU MUBARAK
1. Keutamaan sahabat
2. Memerangi bid’ah
3. Sikapnya terhadap Mu’tazilah dan
4. Sikapnya tehadap Murji’ah
5. Mengkafirkan org yg menyangka al-qur’an adalah makhluk
6. Dia menyuruh manusia meninggalkan riwayat Amru bin Thabit kerana dia mengejek golongan sahabat.
KATA-KATA MUTIARA
1. “ Ramai org yg membaca qur’an tetapi al-Qur’an melaknat dari mulutnya, apabila dia berbuat maksiat kepada tuhan, al-qur’an meninggalkannya dari mulutnya.Demi Allah bukan kerana ini engkau membaca tidakkah engkau malu kepada Tuhanmu.”
2. “ Dunia ini adalah penjara bagi org yg beriman, sebesar-besar amal di penjara adalah sabar dan menahan marah. Seorang mukmin tidak mempunyai keinginan di dunia sebaliknya keinginannya adalah di akhirat”
JIHAD DAN KEPAHLAWANANNYA
Ibnu Mubarak seorang yg alim, beramal dgn ilmunya.Dia adalah seorang mujahid yg terkemuka di medan peperangan dan seorang yg amat berani dalam peperangan. Dia mengajar dan mendorong manusia supaya berjihad di jalan Allah dan memahamkan mereka bahawa beribadah melalui perang lebih baik daripada beribadah di mihrab.
Inilah Ibnu Mubarak yg selalu berjihad ke hadapan dlm menghadapi musuh tetapi apabila waktu pembahagian harta diapun menghilangkan diri sehingga dia pernah ditanya tentang sikapnya itu, lalu ia berkata: Allah mengetahui bahawa aku hanya berperang keranaNya.
DAKWAH DAN USAHA DALAM MENYEBARKAN ILMU
Ibnu Mubarak adalah da’i yg mukhlis. Seorang yg dermawan dan menginfakkan harta ke jalan Allah. Ia mendapat keuntungan tiap-tiap tahun lebih daripada 100 000 dirham. Semuanya diberikan kepada para ilmuwan, ahli ibadat dan mereka yg zuhud. Beliau adalah seorang yg alim yg mengajarkan ilmunya kepada semua umat manusia. Ia melihat bahawa menyebarkan ilmu merupakan marhalah terakhir dari beberapa marhalah ilmu.
Ibnu Mubarak dalam mengajarkan ilmunya tidak mengharapkan sesuatu selain daripada redha Allah sehingga ramai manusia yg memeluk Islam di tangannya seperti Masir Jays, seorang Nasrani. Beliau banyak menginfakkan hartanya utk kemaslahatan manusia. Inilah Ibnu Mubarak salah seorang dermawan yg mencurahkan kekayaan untuk agama dan beribadah kepada Allah.
KURUN KE-3
AHMAD BIN NASRUL KHAZA’IE
Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Nasr bin Malik bin AlKhizam AlKhiza’ie. Datuknya Malik adalah salah seorang da’ie di zaman Abbasiyah manakala Ahmad pula adalah pembesar ulama’ yg menegakkan amar makruf nahi mungkar.
Ahmad adalah org yg mulia lagi dihormati di kalangan kaumnya. Semua orang memberi bai’ah kepadanya dlm menegakkan amar makruf nahi mungkar disebabkan mereka mengetahui bahawa dia adalah seorang yg berani dlm menegakkan kebenaran walaupun di hadapan pembesar-pembesar.
Pada tahun 207 sehingga 876 Hijrah, malapetaka berleluasa di Baghdad. Ada kumpulan perompak yg mengkhianati kanak-kanak dan wanita. Mereka mengetahui bahawa Ahmad yg mampu menyelesaikan masalah ini lalu mereka patuh kepadanya juga mereka tahu kedudukan Ahmad dan keluarganya. Datuknya ketua kumpulan Bani Abbas.
Akhir kehidupan beliau banyak cabaran yg dihadapinya terutama fitnah yg mengatakan bahawa beliau berkata “alqur’an itu makhluk” sehingga beliau menerima tuduhan itu dengan mata pedang di tangan khalifah Wasiq Billah dan beliau akhirnya menemui Allah.
MANHAJ DAKWAHNYA
Ahmad telah mengambil jalan yg berbeza daripada para du’at yg lain sebelum ini dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar. Beliau berpendapat dengan menggunakan cara berkhutbah, tazkirah dan ceramah di mana-mana tempat tidak memadai utk mengubah keadaan masyarakat. Manusia tidak boleh hanya mendengar sahaja tanpa adanya amal di sana. Maka beliau telahpun cuba merubah cara berdakwah beliau dgn menggunakan kekuatan yg ada pd beliau utk jalan dakwah disamping menggunakan khutbah-khutbah yg boleh menyentuh hati pendengar. Ahmad dengan manhaj dakwah ini mengubah masyarakat dengan menggunakan semua yg ada.
Faktor-faktor yg mendorong beliau:
1. Beliau telah melihat kefasadan yg berleluasa di zamannya. Dengan tazkirah dan peringatan sahaja tidak dapat menyelesaikan kejahilan yg menimpa pd masa itu.
2. Beliau juga telah melihat dengan mata dan telah pun mendengar sendiri kekejaman yg dihadapi oleh imam Ahmad bin Hanbal semasa di penjara. Semua itu yg mendorong beliau untuk mencari jalan lain dalam menjalankan dakwah beliau.
MEHNAH YG DIHADAPINYA
Beliau telah menerima tuduhan menyatakan bahawa beliau mengatakan ‘qur’an itu makhluk’ sejak dari zaman khalifah al-Makmun lagi juga tuduhan menyatakan beliau mengkafirkan org yg menyifatkan al-qur’an sebagai kalamullah dan juga org yg mengingkari hadith. Tuduhan ini telah berlarutan sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Al-Wasiq Billah dan khalifah telah menghukum bunuh terhadap beliau dengan memancung lehernya juga menggantung kepalanya di Baghdad.
Berakhirlah riwayat hidup seorang yg memperjuangkan tenaga beliau di jalan Allah. Semoga beliau mendapat ganjaran syahid di atas jasa yg dicurahkan selama ini.
KURUN KE-4
ABU AL-HASAN AL-ASHA’ARI
RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar beliau ialah Ali bin Ismail daripada zuriat Abi Musa Al-Asha’ari. Gelarannya ialah Abu Al-Hasan dan dilahirkan di Basrah pd tahun 270 Hijrah. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih kacil maka ibunya berkahwin pula dengan Abu Ali Al-Jabaie. Al-Jabaie bermazhab Mu’tazilah ketika itu.
Maka Abu Hasan pun dibesarkan dalam keluarga Muktazilah sehingga menjadi ulama dalam mazhabnya. Maka Al Jibaie telah memilih beliau utk menjadi penggantinya.
Di dalam menyebarkan ajaran mazhabnya beliau sentiasa berdamping dgn ulama’ yg sependapat dengannya dan selalu menyeru manusia untuk memahami ajarannya itu. Beliau hidup dengan pegangan Muktazilah hampir lebih kurang 40 tahun.
Hidup Abu Hasan utk berkhidmat kepada mazhab Muktazilah semata-mata sehingga beliau berfikir hendak menguzlahkan diri dari manusia dan beliau telah pun mengambil keputusan utk beriktikat di rumahnya selama 15 hari. Dalam masa itu beliau banyak berfikir tentang mazhabnya itu dan mendapati banyak perkara dlm ajaran Muktazilah yg ketara sekali ialah mazhab ini mentakwilkan al-Qur’an dengan menggunakan akal semata-mata.Selepas itu beliau berazam untuk mengubah ajarannya kepada kaumnya. Beliau terus pergi ke masjid Basrah dan memberitahu kepada semua apa yg beliau fikirkan sepanjang beruzlah dan mengajak mereka berpegang dengan ajaran ahli sunnah wal jama’ah.
MANHAJ JALAN DAKWAHNYA
Abu Hasan Al-Asha’ari adalah seorang pendakwah yg bijak dlm menentukan manhaj dakwahnya. Beliau terpaksa menghadapi tekanan yg berat dari keadaan masyarakat dan juga tekanan dr keluarganya sendiri.
Kemunculan Abu Hasan Al-Asha’ari pd awal kurun 20 menyaksikan bahawa banyak cabaran yg dihadapinya dari segi serangan fikiran untuk menghancurkan umat Islam dan juga ulama’ di zaman moden ini. Semuanya itu terkesan dari falsafah Yunani, Kindi dan Romawi dalam pemikiran mereka.
Pada pandangan beliau ulama’ terbahagi kepada dua
1. Kumpulan yg berpendapat bahawa utk menegakkan Islam wajib menolak penggunaan akal manusia bermakna tidak boleh semata-mata menggunakan akal dlm masalah agama dan berpegang bahawa diam dalam masalah yg berlaku adalah lebih baik.
2. Kumpulan yg mengagungkan pemikiran manusia semata-mata tanpa ada apa-apa sekatan dalam pemikiran tersebut sehinggakan akal manusia boleh berfikir hingga sampai kepada perkara-perkara yg ghaib.
Beliau mengetahui bahawa kedua-dua kumpulan itu ada kelemahannya dan kedua-dua kumpulan itu tidak sesuai digunakan utk menyampaikan dakwah maka dgn menggunakan akal sahaja tidak dapat mencapai hakikat sesuatu dan dengan menolak akal juga tidak dapat mencapai hakikat sesuatu. Dengan demikian beliau telah memilih manhaj pertengahan di antara kedua-duanya iaitu dengan menggunakan akal dan berpegang pd dalil al-Qur’an dan assunnah serta juga sirah salafussoleh. Dengan menggunakan akal kita dapat memahami nas-nas itu sendiri dan untuk mengetahui tentang alam ghaib hanya dengan menggunakan ayat-ayat dari qur’an yg telah thabit. Nas adalah sayyidul adillah dan penggunaan akal adalah utk menolong dlm memahami nas-nas tersebut. Dengan demikian beliau telah menghimpun di antara dalil naqli dan ‘aqli dlm menegakkan mazhabnya.
IMAM GHAZALI
Beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Tusi Abu Hamid Al-Ghazali , dilahirkan pada tahun 450 hijrah di ------. Ayahnya seorang faqih bekerja sebagai pemintal bulu biri-biri . Selalu mendampingi ulamak dan dan sentiasa mendoakan anaknya menjadi seorang faqih . Setelah ayahnya mneinggal dunia ia mewasiatkan anaknya kepada seorang sufi untuk mendidik dan mengajarnya .
Imam Al-Ghazali mempelajari fiqh dari Imam Ahmad bin Muhammad . Ketika umurnya hampir 20 tahun beliau pergi ke Jorjan dan belajar ilmu dari Imam Abu Nazir Ismaili kemudian kembali ke Thur selama 3 tahun .
Pada tahun 473 hijrah beliau pergi ke Naizabur dan belajar dari Imam Juwairi Al-Haramain sehingga beliau fakar di dalam mazhab khilaf .-jidal dan mantiq . beliau diakui oleh Al-Haramain sebagai “lautan dalam “
Akhir hidup belaiu penuh dengan menuntut ilmu dan terus menyebarkan ilmu sehinggalah beliau kembali menemui Allah pada tahun 505 hijrah .
Kaadaan dan suasana masyarakat kurun ke 5 hijrah .
Suasana masyarakat pada masa itu umat masih lagi jahil dari sudut agama tetapi ramai juga yang mengamalkan sikap taqlid buta dalam apa jua masalah .Hasil daripada itu lahirlah golongan yang mengikut fahaman falsafah Greek .
Apabila fahaman ini semakin menebal maka lahirlah golongan yang mendakwa Islam tak sesuai dengan manhaj aqli .
Pada ketika ini muncul Imam Al-Ghazali dengan manhaj dari pemikiran baru bagi menghadapi golongan falsafah pada ketika itu .
Manhaj Imam Al-ghazali
Beliau memperkenalkan semula mazhab syak manhaji untuk menolak syak dalam perselisihan samaada manusia mampu mencapai makrifah sohihah atau tidak . Mazhab syak berpendapat bahawa manusia selamanya tidak akan mampu untuk sampai kepada makrifah hakiki . Manakala syak manhaji mengiktiraf bahawa manusia akan sampai kepada makrifah hakiki dan syak merupakan antara jalan untuk sampai kepadanya .
Antara kata-kata beliau ;
" الشكوك هى المواصلة الى الحقائق فمن لم يشك لم ينظر ومن لم ينظر لم يبصر ومن لم يبصر
بقى فى العمى والضلال "
Beliau telah menggunakan kaedah ini dalam usaha islah di zaman beliau .
Islah Al-Ghazali dalam masalah asabiyyah dan taqlid .
Ketika kemunculan Al-Ghazali telah ramai ulamak dan mazhab yang masyhur terutamanya dalm bidang ilmu Islam , fiqh dan tasauf .Pengikut setiap mazhab mengikut apa yang dibawa oleh Imam mereka dengan dengan menbabi buta tanpa meneliti kesahihannya .
Tindakan Al-Ghazali .
· Melihat kepada apa yang dikatakan bukan orang yang berkata .
Al-Ghazali menyeru kepada masyarakat agar melihat kepada apa yang dibawa atau diperkatakan bukan orang yang memperkatakannya dalam menilai sesuatu pendapat . Dalil adalah suatu yang penting untuk menentukan tepat atau tidaknya sesuatu pendapat tersebut .
· Menimbulkan keraguan terhadap mazhab yang dianuti .
Al-Ghazali menyeru dan mengulang-ngulang pendapat yang boleh menimbulkan keraguan penganut terhadap mazhab yang dianutinya .
· Al-Ghazali menulis beberapa buah buku antaranya ميزان العمل dan معيار العلم
untuk memperbetulkan cara berfikir dan pendapat sesetengah mazhab agar kembali kepada kebenaran .
Kebaikan manhaj islah Al-Ghazali
· Memberi kesan kepada umat Islam sejagat .
_ menyelesaikan konflik serangan falsafah Greek .
_ Islah yang menyeluruh .
_ Islah dalam semua bidang .
_ mengembalikan kejernihan suasana akibat dikeruhkan oleh golongan falsafah .
· Kesan kepada dunia luar .
_ diterima dan diamalkan pendapatnya .
_ mempengaruhi pemikir barat dulu dan sekarang .
_ kagum dengan hasil karya Al-Ghazali .
KURUN KE 6 - AL-SYAIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI .
Riwayat hidup ;
Nama sebenar beliau ialah Abdul-Qadir ibni Abi Soleh Al-Jaili yang masyhur dengan Al-Jailani , gelarang beliau Abu Muhammad . Dilahirkan pada tahun 470 hijrah . Beliau pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu dan berazam untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin . Hidup beliau penuh dengan beribadat selain daripada mengkaji ilmu .
Beliau adaalah seorang warak , zuhud dan juga termasuk salah seorang daripada sheikh yang besar dikalangan kaumnya . Beliau berpegang dengan pendapat Imam Ahmad dan mempelajari ilmu fiqh daripada Abi Said Al-Makhzumi . Beliau menjalankan tugas dakwahnya di Iraq . Beliau juga mempunyai himmah yang tinggi sehinggakan kata seorang alim tentangnya ; “ aku tidak pernah melihat seorang guru pun yang sehebat daripada Abu Muhammad di segi agamanya “
Dakwah yang dijalankan oleh beliau banyak memberi kepada manusia sehinggakan ramai yang memeluk Islam di tangan beliau seperti Yahudi dan Nasrani seramai lebih daripada 5000 orang dan mereka yang bertaubat daripada dosanya seramai 1100 orang . Ini menunjukkan bahawa keikhlasan dan kehebatan beliau dalam menegakkan kebenaran .
Beliau meninggal dunia pada tahun 567 hijrah ketika umurnya 90 tahun dan dikebumikan di sekolah yang dibina oleh beliau sendiri .
Manhaj di dalam dakwahnya .
Kehidupan Abdul-Qadir di Baghdad pada masa yang penuh dengan kefasadan huru hara disebabkan rebutan kuasa diantara Khalifah , Sultan dan kaum Saljuq. Kaadaan ini menjadikan kesatuan ummat Islam lemah dan mereka merebut pangkat dan juga kekayaan dan mementingkan urusan dunia . Ada juga dikalangan mereka yang sanggup menggadai agamanya berbakti kepada umarak hukkam hanya untuk mendapatkan rezeki dan kekayaan . Inilah aqidah yang mereka pegang pada ketika itu . Mereka sanggup menyembah sesama manusia dan di sebut sebagai ; وثنية فى عاصمة الاءسلام
Syaikh Abdul Qadir telah menggariskan manhaj beliau dalam menangani kaadaan tersebut untuk memperbaiki apa yang berlaku ke jalan yang benar dan menentang kezaliman . Beliau telah memilih 4 manhaj ini ;
· Menyeru kepada amal dan mengkaji kebaikan .
· Mengikut sunnah dan memerangi bidah .
· Menghapuskan kemunkaran .
· Mentaujih manusia dan menyeru mereka supaya kembali ke jalan Allah
KURUN KE 8 HIJRAH - SYEIKH IBNU TAIMIYYAH
PENGENALAN
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah merupakan seorang mujaddid dan juga seorang mujtahid yang hidup pada akhir kurun ketujuh dan awal kurun kelapan. Kehadiran beliau telah menyinarkan kembali sinaran Islam yang semakin malap pada masa itu. Beliau dilahirkan dalam situasi keluarga yang penuh dengan keilmuan dan juga nilai-nilai ketakwaan yang tinggi kepada Allah Taala
Nama beliau yang sebenar ialah Ahmad Taqiyuddin Abu Al-Abas bin As- Syeikh Majduddin Abi Al- Barakah Abdus –Salam bin Abi Muhammad Abdullah bin Abi Qasim Al-Khuhdr bib Abi bin Abdullah. Keluarga beliau dikenali dengan nama Ibnu Taimiyyah dan semuanya berpegang dengan mazhab Hambali.
Beliau dilahirkan pada bulan Rabiul Awal tahun 661 H di sebuah bandar yang bernama Hiran iaitu sebuah kawasan yang terletak di antara di antara Sungai Furat dan Dajlah .Mengikut riwayat bahawa bandar tersebut telah dibuka oleh Haran iaitu saudara Nabi Ibrahim A,S .apabila beliau berusia tujuh tahun , keluarga beliau telah berhijrah k ]e Damsyiq disebabkan serangan Tartar.Apabila mempunyai ilmu yang mantap, beliau berhijrah ke Kaherah dan Iskandariah untuk menyampaikan dakwah dan akhirnya beliau kembali semula kepangkuan ibunya setelah berhadapan dengan pelbagai rintangan di sana.
Ulamak berselisih pendapat tentang sebab keluarga beliau dikenali dengan nama di atas. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa nama tersebut diberikan kerana datuk Ibnu Taimiyyah yang bernama muhammad telah pergi menunaikan haji malaluisebuah kawasan yang dikanali sebagai Taima`. Sebelum itu beliau terlihat budak perempun yang bernama Taimiyyah. Sekembalinya beliau daripada mengerjjakan haji , beliau dapati isteri beliau telah melahirkan seorang baji perempuan lalu dinamakan Taimiyyah. Jadi nama Syeikh Ibnu Taimiyyah adalah bersempena nama keluarga beliau.
SIFAT DAN PERIBADI BELIAU
Diantara sifat yang tertonjol pada diri beliau ialah kekuatan menghafal, mempunyai kesedaran yang tinggi di dalam diridan mempunyai idea yang bernas dan pemikiran yang bijak dan terbuka di samping mempunyai kefasihan berkata-kata. Beliau juga merupakan orang yang sabar dan ikhlas di dalam menegakkan kebenaran dan sentiasa bertaqarub kepada Allah, Hal ini menyebabkan beliau tidak teragak-agak untuk berhadapan dengan pelbagai mehnah kerana kekuatan rohani dan juga kekuatan telah terpasak dalam dirinya di samping itu beliau telah dianugerahkan Allah Taala kekuatan firasat sehingga beliau dapat merasakan beberapa perkara yang akan berlaku di sekitarnya . beliau juga mempunyai sifat keberanian dan daya juang yang tingi tinggi. Ini terbukti melalui penglibatan beliau di dalam peperangan berhadapan dengan tentera Tartar.
GAMBARAN UMUM TENTANG SUASANA PADA ZAMAN BELIAU
Pada zaman beliau ,masyarakat telah semakin jauh daripada nilai-nilai dan juga kefahaman Islam yang tulen.Tangan-tangan musuh dari segenap penjuru cba mempora-perandakan ummat Islam dan mejauhkam mereka dari aga maIslam yang Syumul.Ada juga di kalangan mereka yang tenggelam dengan amalan tariqat dan kesufian sehingga tidak menggambil tahu perkara yang berlaku di sekitarmereka.
Berlaku juga pada zaman itu,di kalangan beberapa negara Islam yang cuba membebaskan diri dari naungan khilafah Islamiah dan membentuk negara dan pemeritahan sendiri.
Keadaan ini menjadi lebih parah kerana serangan yang bertubi-tubi daripada tentera Tartarserta serangan salib ke atas baitul Maqdis.
PENGAJIAN DAN CARA PEMIKIRAN BELIAU
Beliau memulakan pengajian dengan ayahnya di Damsyik dengan menghafal Al-Quran dan hadith semenjak usia beliau masih kecil dan diikuti ilmu peqh mengikut mazhab Hambali sehingga beliau mengatahui selok-belok berfatwa.Kemudian beliau terus menimba ilmu daripada ulamak yang lain yang mana sebilangan kecil daripada mereka adalah guru-guru wanita.Di antara gurunya ialah Ahmad bin Abdud Daim, Abu Zakaria dll. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu dan berusaha mamahami sehingga ke akar umbi di samping membuat penilaian dengan fikiran yang terbuka. Di antara ilmu yang di pelajarinya termasuklah ilmu Al-Quran,,hadith, tafsir dll.
Setelah beberapa lama mencari ilmu secara berguru, beliau telah mengubah cara pengajian dengan membaca dan mengkaji kitab-kitab secara persendirian. Hasil kesungguhan beliau di dalam mencari ilmu serta membuat pengkajian dan perbandingan semula ,akhirnya beliau mengutarakanbeberapa pendapat di dalam kitab-kitab dan juga fatwa beliau yang berkaitan dengan ilmi-ilmu Islam tidak sama dengan pendapat di dalam mazhab-mazhab yang ada seperti mazhab Syafie, Hanbali,dan lain-lain.Ini kerana beliau berpagang kepada pendapat para Salafussoleh yang terdahulu. Di antaranya fatwa harus qasar sembahyang bagi orang yang bermusafir jauh atau dekat.
MENIGGAL DUNIA
Ibnu Taimiyyah menemui syahid di Damsyik pada tahun 728H ketika beliau berusia 67 tahun tanpa berkahwin dengan sesiapa.
KURUN KETUJUH-‘IZU/’IZUDDIN ABD. ‘AZIZ B. ABD . SALAM
RIWAYAT HIDUP
Nama sebenarnya ialah Izzuddin Abdul Aziz b. Abd. Salam b. Abi Qasim b. Hasan b. Mohd b. Muhazzib Al-Sulma.Lahir pada tahun 578H di Damshiq dalam keluarga miskin.
Driwayatkan bahawa suatu malam sedang beliau tidur terdengar suara memanggil :Wahai anak Abdul Salam!adakah kau hendakkan ilmu @ amal? beliau terus menjawab :ilmu kerana dengan adanya ilmu dapat menghasilkan amal yang baik ,semenjak itu beliau mula mengkaji ilmu seperti fiqh dan usul.,serta ilmu hadith daripada ‘ulama yang terkenal pada masa itu .Sehingga beliau berkemampuan menjadi imam dan memberi khutbah di masjid juga menentang bid’ah dan kemungkaran yg lain .
KEWAFATANNYA
Wafat beliau pada 9 Jamadil Awal thn 650. pemergian beliau menyedihkan sultan dan telah menghantar askar –askar nya untuk mengiringi jenazah Izzudin.
MANHAJ DALAM DAKWAH
Tiada perbezaan manhaj dakwah yang dibawa oleh syeikh Ibni Salam dengan manhaj du’at-du’at lain sebelum ini ,semua menyeru kepada agama yang satu ,hanya uslub berbeza mengikut keaadaan masing-masing.Manhaj yang dipilih oleh beliau terbahagi kepada 2:
1)Manhaj Nazari
2)Manhaj Amali
1)Beliau berpegang dengan iman yang mendalam juga menyeru kepada manusia ke arah itu,beliau juga adalah orang yang berani terus –terang dalam perkara hak dan berhujjah dengan dalil yangnyata,yang membuatkan masyarakat dapat terima alasan yang dinyatakan oleh beliau.
2)Manhaj Amali yang dibawa oleh paradu’at dapat memberi kesan yang mendalam kepada manusia juga memberi hasil yang baik dalam menegakkan Daulah Islamiah .Oleh sebab itu ,du’at tidak sepatutnya hanya menyeru kepada kebaikan tanpa ada contoh,dengan adanya contoh /qudwah yang baik ,mereka akan mengikuti langkah yang baik itu.
Dengan demikian Ibnu Abdul Salam mengamalkan apa yang beliau seru kepada mereka ,beliau bangun menentang bid’ah dan perkara khurafat yang berlaku melalui keizinan Allah.
Contoh amali:
Ketika beliau menjadi imam masjid Amani Damsyiq ,beliau mula menghapuskan bid’ah yang dilakukan oleh khatib-khatib yang lain,seperti mengetuk pedang atas minbar ketika khutbah dan juga melarang orang daripada solat raghaib dan solat nisfu sya’ban .Ini semua adalah rekaan manusia .
KURUN KESEMBILAN - AHMAD BIN HAJRIL KANANI
PENGENALAN:
Nama sebenarnya ialah Shalahuddin Abu –Fadli Ahmad b. Ali b. Mohd b. Mohd b. Ali b. Mahmud b. Ahmad b. Hajril –Kinani Al-Askolani berpegang dgn mazhab Shafie.
Beliau di lahirkan di Mesir pada bulan sya’ban thn 773H ,beliau berkahwin dan telah dikurniakan cahaya mata .Ayahnya meninggal dunia ketika umur beliau 4 tahun dan ibunya telah pun meninggal beliau sebelumitu lagi.
Selepas kematian ayahnya beliau dijaga oleh Zakiyuddin Ali Bakr Ibnu Nuruddin. Beliau adalah peniaga besar di Mesir,tetapi beliau juga meninggal dunia ketika As-kolani masih kecil.Selepas itu beliau dijaga oleh Shamsuddin Ibni Kittan tetapi beliau tidak ikhlas dalam memelihara As-kolani dan serahkan beliau kepada syeikh.
Semasa umurnya memasuki 9 tahun ,beliau mula menghafal al-quran sehingga beliau mampu menjadi imam terawih pada bulan puasa,tetapi suasana dan adat yang dipegang oleh orang Mesir ketika itu tidak mengizinkan .
Ketika umur beliau 19 tahun ,beliau suka kepada adab dan syair tetapi pada tahun 793H bermulalah perubahan besar dalam hidup beliau,beliau rasa terdorong untuk mengkhususkan dalam bidang ilmu. Allah telah menentukan supaya beliau mahir dalam bidang ulum-hadith,beliau telah berguru dengan ulama terkemuka iaitu Zainuddin Al-iraqi selama 10 tahun.
Beliau banyak bermusafir kerana mencari ilmu disamping mengajar manusia ditempat yang beliau lalui. Akhir kehidupan beliau diserang penyakit usus pada zulkaedah tahun 852 H.
MANHAJ DALAM DAKWAH
Beliau telah memilih manhaj dalam dakwah dengan 2 langkah :
1)manhaj tarbawi dan taujih
2)manhaj ta’lif dan tasnif
MANHAJ TARBAWI DAN TAUJIH
Beliau sentiasa ada di dalam majlis ilmu serta pengikutnya sama ada mereka dari golongan pelajar atau orang awam. Beliau menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
MANHAJ TA`LIF DAN TASNIF
Manhaj ini ada kaitan deangan manhaj pertama, saling melengkapi antara satu sama lain. Tanpa salah satu dari keduanya ,manhaj ini tak akan sempurna.
HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH BELIAU
Banyak halangan dan cabaran yang beliau hadapi sepanjang tempoh berada dalam toriq dakwah, antaranya:
· Persaingan di antara beliau dan musuh-musuhnya, bagi Ibnu Hajar keadaan ini menyusahkan lagi keadaan beliau.Beliau dipecat dari madrasah tempat dia mengajar kerana ada golongan tertentu yang tidak senang dengan beliau.Seterusnya beliau membawa keluarganya berpindah dan bekerja di Darul Hadith.
· Tohmahan terhadap anak lelakinya yang bernama Badruddin Mohd.Bdruddin sentiasa mengikut ayahnya ke masjid untuk solat dan belajar agama tetapi malangnya dia ditiduh menggelapkan duit masjid.
As-Sheikh menghadapi cabaran-cabaran ini dengan hati yang penuh sabar dan tawakkal kepada Allah. Akhirnya ternyata kebenaran berpihak kepadanya, semasa beliau sakit ramai yang dating menziarahinya,lawannya menjadi kawannya dan ramai yang mengambil faedah dari ilmunya.Itulah balasan kepada keikhlasannya ketika berada dalam toriq dakwah.
KURUN KESEPULUH-IBNU HAJAR AL-YATIMI
RIWAYAT HIDUP
Nama beliau ialah Shalahuddin Abu –Abbas Ahmad b. Mohd b. Ali b. Hajr .Dilahirkan pada bulan rejab tahun 909H di Ali Haitam,Mesir.Dipanggil Ibni Hajr di sebabkan datuknya adalah seorang pendiam dan tidak bercakap kecuali penting .
Ayahnya meniggal dunia ketika beliau masih kecil ,beliau dibawah jagaan datuknya dan bermula menghafaz al-quran dan juga banyak hafaz manhaj-manhaj ,kemudian datuknya pula meninggal dunia .Lalu beliau diletak dibawah jagaan dua imam iaitu Ibnu Ali Hamail dan Shanawi ,kemudian Shanawi berpindah ke Tonto dan di sana beliau banyak belajar ilmu .
Pada tahun 924H beliau telah berpindah ke Kaherah ,beliau pun menyambung pelajarannya di Universiti AL-Azhar dan ini meyebabkan beliau berpeluang menuntut ilmu dari para ulama azhar sehingga beliau mahir dalam ilmu seperti tafsir,hadith,fiqh,faraid,nahu,saraf dan lain-lain lagi.
Beliau meniggal dunia pada bulan Sya’ban tahun 971H dan semua muslim solat ghaib keatasnya.Kematian beliau seolah –olah disaksikan oleh seluruh alam islami disebabkan kemasyhuran beliau dalam bidang ilmu dan peribadi yang mulia.
MANHAJ DALAM DAKWAH
Manhaj yang dipegang oleh beliau seperti mana manhaj-manhaj duat yanglalu ,ada halakah di masjid ,memberi peringatan kepada semua tentang tipa dunia dan mengingatkan mereka tentang azab di akhirat .
Dimajlis ilmu ini juga menjadi Darul-Ifta’,bagi sesiapa yang mempunyai masalah akan merujuk kepada beliau dan akan mengemukakan fatwa mengikut kemampuannya .perkara ini telah diterima oleh semua ,jika fatwa yang dikeluarkan salah dan bertentangan dengan agama ,beliau cepat-cepat mengembalikan fatwa itu mengikut al-quran dan sunnah sehigga beliau mengarang sebuah buku yang bertajuk al-‘ilam biqawatie Islam.untuk memberi kefahaman tentang fatwa serta dapat membezakan antara fatwa yang betul atau pun yang salah.
KURUN KE- 13 – AS-SAYYID AHMAD BIN I`RFAN
RIWAYAT HIDUP
As-Sayyid Ahmad dilahirkan pada bulan Safar tahun 1201H di sebuah kampung di pekan Rae Bareli. Nasabnya bersambung dengan Sayyidina Hassan bin Abi Thalib r.a. Beliau dibasarkan dalam keluarga yang fakir tapi penuh dengan ilmu dan penuh dengan ilmu dan dikelilingi oleh para ulamak.Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.Mula membaca Al- Quran ketika umurnya 4 tahun. Di samping itu beliau banyak beribadat dan berzikir .
Disebabkan dia adalah anak yatim piatu,keadaan telah memaksa beliau mencari rezeki sendiri.Dengan tujuan itu beliau musafir ke لكهنوع) ) mencari kerja dalam menyara hidupnya.
Kemudian bekiau meneruskan perjalanan ke Delhi,disinilah beliau dapat berjumpa dengan Sheikh Abdul Aziz bin Wali Allah Dahlawi,apabila sheikh mengetahui nasabnya,beliau telah dimuliakan dan berpeluang belajar dengan syeikh tersebut.
Kemudian beliau bermuqim di Tank 5 tahun dan mula berkhidmat melatih askar negeri tersebut.
Kepulangan beliau ke Delhi telah di sambut oleh Syeikh Ismail yang kemudian menjadi pengikutnya yang setia sehingga mereka berdua syahid bersama di Balakat.
Kesungguhannya dalam menyampaikan dakwah:
Beliau meninggalkan Delhi dan pulang kekampungnya dan mula berbakti kepada masyarakat dengan menyeru mereka kepada jalan Allah dengan mengajar hal-hal agama yang lain ,ramai yang mengikuti ajaran beliau. Semenjak itu beliau merupakan salah seorang dari sahib Harakah Islamiah.
Manhaj dalam dakwah
Beliau dilahirkan dalam negara yang berbeza keislamannya dengan negara Islam yang lain,disebabkan banyak bangsa dan bahasa juga berbagai –bagai agama ,mereka hidup gengan tata cara sendiri dan tidak pernah bersatu walaupun dalam apa jua perkara pun .Oleh kerana banyak kaum dan bahasa sehinggakan pegangan dari segi akidah pun berbeza.Ada yang percaya bahawa orang dapat memberi manfaat dan mudharat .Pegangan lain lagi menyebelahi ajaran agama .Mereka tidak boleh bersuara dalam apa –apa hal saja .Ini membuatkan keadaan di India semakin buruk .Hal ini telah mendorong syeikh Ahmad untuk memulakan dakwahnya juga mengubah keadaan umat Islam.
Beliau telah memilih 2 manhaj dalam menunaikan dakwah ini.
1)Dakwah dari segi Rabbi
2)Dakwah dari segi Jasadi
1)Dakwah dari segi Rabbi:
Beliau mementingkan amalan dari segi rohi,pada pendapat beliau orang muslim tidak sepatutnya menjaga dari segi zat sahaja bahkan menjaga amalan dari segi rohi yang merupakan permulaan untuk jihad pada jalan Allah dan beliau mengibaratkan bahawa persediaan dari segi rohi inilah muqaddimah dan jalan untuk menegakkan Daulah Islamiah .oleh sebab itu beliau banyak bertilawah dan bertadabbur al-quran ,zikrullah ,qiamullail.melakukan ibadat puasa dan bersedekah dan seumpamanya di samping menyeru kaum-kaum yang lain untuk melakukannya.
2)Dakwah dari segi jasadi:
ini merupakan janib yang penting untuk menegakkan matlamat dan untuk mencapai hadaf .Beliau melihat bahawa persediaan dari segi rohi wajib beriringan dengan persediaan jasadi ,demikian itu beliau banyak mencurahkan tenaga untuk menegakkan Daulah Islamiah . Daulah ini tidak mungkin tertegak tanpa jihad .Persediaan dari segi jasadi ,belajar taktik berperang seperti memanah ,menunggang kuda dan sebagainya .Ini semua memerlukan kesihatan yang kuat .Oleh sebab itu beliau sentiasa bersenam semenjak kecil lagi supaya melatih diri untuk menuju medan perang nanti.
Islah yang mengiringi tertegaknya Daulah:
Menegakkan Daulah Islamiah merupakan marhalah baru kepada dakwah yang dibawa oleh Saiyid Ahmad .beliau berusaha untuk mengislah keadaan umat Islam di India supaya menjadi negara Islam dan mempunyai syakhsiah Islamiah.Ia bermula dengan mengislah dari segi peraturan dan sebagainya hingga negara tersebut seakan-akan membentuk Islam yang sahih,diantara islah yang telah dijalankan:
1)Di segi askar ,merupakan Islah yang pertama kerana mareka adalah anggota yang penting dalam menegakkan Daulah ,arahan beliau supaya mereka patuh dalam hal yang ma’ruf dan memberi tahu bahawa jihad itu adalah untuk meninggikan kalimah Allah dan melarang bunuh orang tua ,budak,wanita di medan perang dan lain-lain lagi.
2)Disegi kewangan dan ekonomi ,yang mengambil wang tanpa hak beliau mula mengumpul wang itu dalam bentuk zakat dan dibahagikan kepada mereka yang berhakdan negara yang boleh menerima harta rampasan dari negara –negara mana yang dibuka oleh umat Islam.
Oleh yang demikian ,beliau telahpun kembali Daulah Islamiah di tangan umat Islam.Beliau meluaskan harakah ini dari India ke Turki.
Akhir riwayat hidup beliau telah meniggal dunia pada 24 zulkaedah 1246 H di marakah Balakat.
KURUN KE 11 HIJRAH - SYEIKH NURUDDIN AL-RANIR
Salah seorang tokoh yang tidak asing lagi yang turut memeriahkan dunia ilmu dan dkwah Islam khususnya di Asia Tenggara pada kurun ke 11 hijrah ialah Al-Raniri .Sejak awal kurun tersebut dunia Islam sebelah timur telah mula dilanda gelombang penjajahan Belanda dan Inggeris pula , setelah ia bertarung sengit dengan penjajahan Portugis dan Sepanyol yang masih bertahan dibuminya .
Nama penuh Al-Raniri ialah Nuruddin Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid Al-Raniri Al_Quraisyi . Ayahnya berketurunan Arab Quraish manakala ibunya pula berketurunan melayu. Kitab Jam`ul Fawaid karangn Daud Al-Falani ada menjelaskan bahawa Al-Raniri telah dilahirkan di Ranir, Gujerat, India. Pekan Ranir (kini bernama Render) adalah penempelan bagi orang-orang asing seperti Arab, Farsi, Melayu, Cina dan sebagainya.
Setelah mempelajari ilmu-ilmu asas khususnya fiqh Syafi`, Al-Raniri telah bercadang untuk mendalami lagi ilmunya. Maka pada tahun 1621 masihi beliau telah belayar ke Mekah untuk tujuan ini, sesuai dengan firman Allah . وقل رب زدنى علما " طه : 114
Di Mekah. Al-Raniri telah berkenalan dengan Syeikh abdul Rauf Al-Fansuri , seorang ulamak besar mazhab Syafi` yang telah menterjemahkan tafsir Al-Baidhawi ke dalam bahasa melayu . Telah diriwayatkan bahawa Al-Fansuri yang berasal dari Fansur , Samudera Utara ini, pernah berguru dengan Al-Raniri walau pun beliau lebih tua daripadanya .
Pada tahun 1047 h / 1637 m Al-Raniri telah menjejakkan kakinya di bumi Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh sultan Iskandar Thani Alaudin Muhayat Shah yang memerintah dari tahun 1636 hingga 1641 m . Baginda ialah putera Sultan Ahmad , Sultan Pahang . Di dalam kitab “Bustanus Salitin “ Al-Raniri telah meriwayatkan bahawa baginda adalah seorang sultan yang alim, adil dan sentiasa menyuruh rakyatnya agar mematuhi syariat Islam .
Al-Raniri yang fasih berbahasa melayu dan yang amat dipercayai oleh sultan itu telah dilantik sebagai Mufti kerajaan Aceh pada tahun 1641 m. Sebagai seorang ulamak yang ingin melihat Islam dijadikan nizam dan perundangan hidup di alam sejagat ini, beliau tidak lalai dengan kedudukannya yang akrab lagi dipercayai sultan dan pembesar-pembesar kerajaan . Al-Raniri telah menggunakan peluang yang ada padanya bagi menyebarkan ajaran Islam yang murni dengan sebaik-baiknya , terutamanya melalui karya-karya penulisannya .
Beliau telah mengembangkan dan mengukuhkan I`tikad ahli Sunnah wal Jamaah . fiqh Syafi` dan ilmu tasauf yang cenderung kepada aliran pemikiran Imam Ghazali , Syeikh Abdul Qadir Jailani , Suhrawadi , Abu Talib Al-Makki , Qusyairi dan ulamak-ulamak lain .Ajaran beliau seterusnya telah tersebar ke seluruh Asia Tenggara .
Al-Raniri juga merupakan tokoh yang telah cuba menolak dan membenteras fahaman wahdatul wujud yang telah menyamakan dan menyatukan kejadian alam dan manusia dengan sifat-sifat Allah . Di Aceh fahaman ini telah dipelopori oleh Hamzah Fansuri dan Syamsudin Samutrani. Penganut fahaman ini akan tenggelam di dalam keyakinan tersebut sehingga mereka tidak memperdulikan lagi hal ehwal keduniaan . Akibatnya mereka telah kehilangan semangat buat membangun dan berjuang , suatu kadaan yang sangat tidak sesuai dengan semangat jihad yang diperlukan oleh umat Islam de kala mereka sedang bersiap sedia untuk memerangi Portugis yang masih bertapak kukuh di Melaka pada ketika itu .
Di samping ummat Islam pada keseluruhannya , usaha-usaha beliau di dalam membenteras fahaman wahdatul ujud yang sedang berkembang itu juga turut di sokong oleh sahabatnya Syeikh Abdul Rauf Singkel yang menjadi ulamak Syafi`iah dan tasauf tarikat Syatiriyyah . Sebagai penasihat Sultan , Al-Raniri telah berjaya meyakinkan baginda bagi mengharamkan fahaman tersebut serta membakar hasil-hasil tulisan mengenainya . Akhirnya Hamzah Fansuri telah dihukum bunuh kerana ajarannya dianggap merbahaya . Pada zaman pemerintahan Sultan Safiyatuddin Tajul Alam pula , Al-Raniri telah mengarang beberapa kitab yang berisi mengkafirkan fahaman ini .
Di samping itu Al-Raniri juga bertugas sebagai penulis di raja Aceh yang banyak menumpukan usahanya untuk menulis di dalam pelbagai bidang untukkeperluan Sultan, Kerajaan dan Umat Islam umumnya .
Tun Seri Lanang seorang Sejarawan melayu yang pernah memegang jawatan Bendahara Negeri Johor, telah menimba banyak pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai urusan daripada al-Raniri , berdasarkan hubungan yang rapat diantara kedua-dua tokoh tersebut semasa mereka berada di Aceh .
Daripada kegigihannya berkarya , dunia telah menganggap Al-Raniri sebagai tokoh terkenal dan ahli fikir yang besar.Diantara sarjana-sarjana barat yang telah membuat kajian ke atas dirinya dan karya-karyanya termasuklah G.W.J. Drewes, P.Voorhoeve , Ph.s. Van Ronkel , H. Kromer dan Snouke Hurgronje .
Al-Raniri telah mengarang melebihi 23 buah kitab yang merangkumi bidang-bidang akidah Islam , fiqh , tasauf dan sejarah . Diantaranya ialah ;
1 . Siratul Mustaqim .
Kitab fiqh Syafi` yang telah selesai di karang pada tahun 1054 h bagi menuanikan permintaan Sultan Iskandar Thani . Kitab yang mendapat kududukan yang tinggi dan tersebar luas ini , dijangkakan sebagai ktab fiqh dlam bahasa melayu yang tertua di Asia Tenggara ( lebih 360 tahun lalu ) . Keterangan dalam kitab ini kemudiannya telah diperluaskan lagi oleh Syeikh Arshad Mufti Banjarmasin pada kurun ke 18 m.
2 . Bustanus Salatin .
Mengandungi sejarah kejadian alam , para nabi , nabi Muhammad S.A.W. , Khalifah Al-Rasyidin , Kerajaan Umayyah , Abbasiah ,Raja-raja Melaka, Pahang dan Aceh pada kurun ke 16 dan 17 m .
3 . Al-Tibyan fi Ma`rifatil adyan - kitab ini membicarakan berbagai-bagai agama . Ia telah selesai dikarang pada tahun 1064 h .
Setelah kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641 m . Al-Raniri telah kembali ke Romir , Gujerat. Kemudian beliau datang sekali lagi ke Aceh pada zaman pemerintahan Sultanah Seri Ratu Tajul Alam Shafiyatuddin Shah (pengganti sultan yang mangkat itu ) . Pada ketika itulah beliau telah mengarang kitab Al-Tibyan Fi Ma`rifatil Adyan . Kemudian Al-Raniri kembali ke Romir dan meninggal dunia di sana pada tahun 1068 h . / 1658 m.
Jelaslah betapa Al-Raniri merupakan tokoh dakwah yang telah memberikan sumbanganyang besar kepada ummat Islam khasnya pada pengislahan aqidah ummat Islam di Asia Tenggara . Dalam menghadapi cabaran kurun ke sebelas hijrah iaitu proses perubahan bentuk penjajahan dunia Barat . Sikap beliau yang mudah lalai dengan kedudukannya disisi sultan menjadikan beliau seorang yang disegani oleh kawan dan lawan.
DAKWAH SEBELUM KEJATUHAN KHILAFAH
(1)KERAJAAN UMAWIYYAH
Kerajaan ini diasakan secara rasmi pada bulan Rabi`ul Awal tahun 41H selepas turunnya Hasan bin Ali r.a dari jawatan khalifah.Hasan memberi baiah kepada Muawiyyah sebagai khalifah bagi seluruh umat muslimin.Kerajaan ini diperintah oleh 14 orang khalifah sebelum jatuhnya pada tahun 132H.Khalifahnya ialah:
1.Muawiyyah bin Abi Sufyan
2.Yazid bin Muawiyyah
3.Muawiyyah bin yazid
4.Marwan bin Hakam
5. Abdul Malik bin Marwan
6.Al-Walid bin Abdul Malik
7.Sulaiman bin Abdul Malik
8.Umar bin Abdul Aziz
9. Yazid bin Abdul Malik
10. Hisyam bin Abdul Malik
11Al-Walid bin Yazid
12.Yazid bin Abdul Malik
13.Ibrahim bin Al-Walid
14. Marwan bin Muhammad
DAKWAH DI DALAM KERAJAAN UMAWIYYAH
Sesungguhnya Khalifah-khalifah K.Umawiyyah bukanlah sebaik khuiafa`ar rasyidun(selain Umar bin Abdul Aziz).Dengan itu timbullah kesan-kesannya seperti mana berikut:
1.Kerajaan ini telah ditentang oleh dua puak yang besar iaitu Syiah dan Khawarij. Syiah berpendapat bahawa hak pemerintahan yang sebenar dalam K.Umawiyyah berada di tangan Ali r.a, Khawarij menuntut agar kekuasaan diberikan kepada selain Ali r.a dan Muawiyyah,Manakala Mu`tazilah pula mengatakan bahawa hak pemerintahan terletak di tangan rakyat.
2.Rakyat tidak bebas untuk bersuara. Mana-mana rakyat yang menegur kesalahan khalifah akan dihukum .
3.Payah dalam membicarakan masalah aqidah.Contohnya Puak Murjiah berpendapat bahawa amal adalah tanda kesempurnaan iman,Mu`tazilzh pula berpandangan orang yang a`si( berdosa) adalah fasiq,manakala menggapnya sebagai kufur.
4. Ulama`-ulama` hadith,Al-Quran,adabdan lughah bergiat cergas dalam penyebaran Islam. Dengan ini lahirlah tokoh-tokoh yang terkemuka.
Siasah bagi K.Umawiyyah adalah mengArabkan kerajaan itu sendiri. Bahasa Arab adalah bahasa rasmi ketika penyebaran Agama Islam.
(2)KERAJAAN ABBASIYYAH
Dinasabkan khalifah-khalifah K.Abbasiyyah kapada datuk mereka Abbas bin Abdul Mutalib .Kerajaan ini diasaskan pada tahun 132H dan berakhir pada tahun 656H.Abbas mempunyai anak yang ramai antara mereka yang masyhur ialah Abdullah bin Abbas yang dikenali sebagai(ترجمان القرأن) lantaran keluasan ilmu dan kecerdikannya.Abdullah juga meninggalkan ramai anak,antaranya Muhammad bin Ali yang dikenali sebagai السجادkerana banyaknya ibadat.Beliaulah yang menyusun dakwah di kerajaan Abbaasiah .Pada awalnya dakwahnya berjalan secara rahsia iaitu dari tahun 718M (100H) sehingga tahun 746M (129). Dakwahnya berlegar di tiga kawasan iaitu:
1. Hamimah,sebuah kampung yang kecil dan terpinggir di Selatan Syam.
2. Kufah, di anggap sebagai pusat utama kegiatan dakwah Abbasiyyah
3. Khurasan,di sana para duah telah berjaya menarik beribu-ribu penduduk kepada Islam.
Beliau kemudiannya mengumpul orang-orang yang terpilih(nuqaba`) dan membentuk Majlis Syura dengan diketui oleh Sulaiman bin Kathir Al-Khazaei.Pusat dakwah di Kufah menerima maklumat dari pusat maklumat di Hamimah dan menyebarkannya kepada para pendakwah di setiap tempat khususnya di Khurasan. Selepas kamatian Khalifah Muhammad bin Ali ,tempatnya digantikan oleh anaknya Ibrahim.
Dakwah K.Abbasiyyah mencapai zaman kegemilangnya di tangan Abu Muslim Al-Kharasani.Beliau telah berjaya mengumpulkan ramai pengikut dan pembantunya serta berjaya mencapai kemenangan di beberapa medan perang.
Antara faktor-faktor kejayaan dakwah K.Abbasiyyah ialah:
1.Dakwah yang tersusun dan berterusan selama tiga puluh tahun di tangan pendakwah yang terlatih.
2. Bilangan tentera yang ramai
3.Pemimpin yang mampu menyusun pasukan tentera dan mampu menghalakan mereka ke medan perang yang berlainan.
4.Memecah-belahkan tentera Umawiyyah dengan sebab ketaasuban terhadap kabilah.
5.K.Abbasiyah berjaya menarik beberapa pemimpin perang yang berpengalaman seperti Abu Muslim Al-Khurasani dan Abu Salmah Al-Khilal.
DAKWAH KETIKA & SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH
(1) PERGERAKAN WAHABIAH
PENGENALAN
Ia adalah pergerakan yang bertujuan mengembalikan umat Islam kepada agama Islam yang asal di dalam menghadapi fikrah yang menyimpang dari ajaran Islam dan mengembalikan umat Islam kepada akidah yang bersih dan membuang semua bentuk syirik, bid`ah dan bahagian-bahagiannya yang berleluasa di kalangan umat Islam .Pergerakan ini diberi nama Wahabiyah dinasabkan kepada pengasasnya iaitu MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB.
PENGASAS
Muhammad bin Abdul Wahab Al-musrifi Al-Tamimi An-Najdi [ 1115-1206H] [1703-1791M].Dilahirkan di Bandar yang bernama Uyainah di kawasan Riyad. Mendapat pendidikan awal dari ayahnya bersekitar di dalam pelajaran Fekah Hambali, tafsir, hadis dan menghafal Al-Quran.Umur beliau pada ketika itu 10 tahun.Beliau menunaikan fardhu haji dan terus ke Madinah untuk menimba ilmu. Beliau telah belajar dari Muhammad Hayat Sindi [1165H] pengarang Hasyiah kepada Bukhari.
Beliau kembali ke Uyainah kemudian menuju ke Iraq pada tahun [1136H/ 1724M] untuk menziarahi Basrah, Baghdad dab Mausil.Beliau telah berjumpa dengan sumua alim ulamak di sana dan menimba ilmu dari mereka. Fikrah dan pembawakanya banyak terkesan dengan pembawakan Ibnu Taimiyyah.Sekembalinya dari Basrah beliau pergi pula ke Harimlak mengikut ayahnya yang bertugas sabagai khadhi.
Di sinilah ia mula menyebarkan dakwahya pada tahun 1143H. Akan tetapi beliau terpaksa beredar dari Harimlak kerana beberapa orang dari kerabat beberapa orang dari kerabat brliau ingin membunuhnya. Beliau kembali semula ke Uyainah dan cuba menyebarkan dakwahnya Raja Othman bin Ma`mar iaitu penguasa di situ, amir ini menerima dengan baik dakwahnya dan membantunya dalam meruntuhkan kubur-kubur serta binaan yang dijadikan tempat untuk membayar nazar dan menolongnya merejam perempuan zina.
Penguasa Ihsaa telah mengutus Ariar bin Dajin kepada raja Uyainah dan menyuruhnya menyekat Muhammad Abdul Wahab dari menyebarkan dakwahnya, tetapi beliau terlebih dahulu keluar dari Bandar itu. Beliau telah menuju ke Dar`iyyah iaitu tempat kediaman pemerintahan keluarga Sa`ud. Di sana beliau telah menjadi tatamu kepada anak muridnya, Muhammad bin Suwailam pada tahun 1158H.
Raja Mohd bin Sa`ud yang memerintah antara 1139-1179H telah mengetahui tentang kedatangan Muhammad lalu beliau berjumpa denganya dan berjanji memberi perlindungan kepadanya serta memberi baiah menyokongnya.
Shiekh Muhammad berpendapat ia perlu kepada satu kuasa untuk melindungi dakwahnya.Dengan perlindungan Raja Mohd bin Sa`ud dakwahnya telah tersebar hingga hampir ke satu perempat Najd. Apabila Raja Muhammad meninggal, ia diganti oleh anak beliau , Abdul Aziz bin Muhammad.Beliau juga memberi kerjasama di dalam penyebaran ini. Sehinggalah Muhammad bin Abdul Wahab meninggal dunia dan dikebimikam di Dara`yyah.
Di antara peribadi penting yang membantu dakwah Syeikh Muhammad termasuklah pembantu,anak-anak murid dan anak-anaknya:
1- Saud bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud yang rapat dengan beliau .
2- Husin bin Muhammad bin Abdul Wahab, kadhi Dar`iyyah.
3- Ali bin Muhammad bin Abdul Wahab, alim besar dan seorang yang warak.
4- Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab, Kadhi semasa pemerintahan Abdul Aziz bin Muhammad .
5- Sulaiman bin Abdullah bin Muhamman bin Abdul Wahab, seorang yang pintar , dibunuh oleh Ibrahim Basya selepas dari kajatuhan Dar`iyyah, pengarang kitab Taisir Al-Azizul Hamid syarah kepada kitab tauhid .
6- Muhammad bin Ibrahim, mufti semasa pemerintahan Al-Malik Faizal.
7- Sheikh Abdul Aziz bin Baz, ketua majis penyelikan dan Mufti Mamlakah Saudiyyah sekarang.
PEMIKIRAN DAN PEGANGAN
· Sheikh Muhammad adalah merupakan seorang yang berpegang dengan mazhab Hambali akan tetapi beliau tidak berpegang kuat dengan mazhab itu dalam fatwanya.
· Menyeru supaya dibuka semula pintu ijtihad setelah ditutup selepas kejatuhan Baghdad 656H.
· Menyeru supaya kembali kapada Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak menerima perkara- perkara yang berhubung dengan aqidahjika tidak bersandarkan kepada dalilyang jelas daripada keduanya.
· Berpegang dengan manhaj Ahli Sunnah Wa Jammah.
· Menyeru kepada umat Islam berpegang dengan aqidah umat Islam yang pertama.
· Memberi tumpuan kepada tauhin ubudiah.
· Menghidupkan kembali semangat jihad (seperti apa yang ditunjukkan oleh beliau di dalam membuka negeri dan menyebarkan dakwahnya).
· Memerangi khurafat dan bid`ah yang berleluasa seperti mendakwa kubur nabi adalah tempat menunaikan hajat dan lain-lain.
· Membahagikan tawasul kapada dua bahagian:
1- Tawasul yang dibolehkan iaitu yang menggunakan nama Allah
2- Tawasul yang ditegah iaitu yang menggunakan nama-nama orang soleh yang telah mati.
· Menegah membuat binaan di atas kubur dan memasang kelambu kerana ia termasuk dalam perkara syirik.
· Membahagikan syirik kepada beberapa bahagian:
1. syirik besar- syirik ibadat, niat, taat dll
2. syirik kecil- riak
3. syirik khafi- berlaku tanpa disedari
· Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan dalil yang terang dan mengambil dalilyang kabur adalah merupakan manhaj ahli-ahli dzigh seperti Rafidhah dan Khawarij.
· Telah mengharamkan orang yang bercakap tentang Allah dalam keadaan dia tidak mempunyai ilmu.
· Sesuatu perkara yang tidak disebut atau disentuh oleh syara` maka ia menjadi satu perkara yang telah dimaafkan dan tidak harus bagi seseorang itu untuk mengharamkan atau mewajibkannya.
· Sesungguhnya dakwah ini adalah untuk menyedarkan umat Islam daripada penyelewengan dan taqlid buta dan membuka pemikiran cendiakawan.
DAKWAH PENGISLAHAN
Mohd bin Abdul Wahab melihat bahawa asas tauhid ialah kayakinan bahawa hanya Allah yang menjadikan alam ini dan ianya tertakluk kapada syariat yang diturunkan olehnya.Tidak ada di sana seorang pun daripada makhluk yang boleh berkongsi dengannya untuk menentukan syariat.Ini bermakna bahawa makhluk tidak mempunyai kuasa yang hakiki kkecuali Allah, tidak ada di sana makhluk yang berhak disembah atau diagongkan kecuali Allah.
Inilah sebab yang membawa kepada kelemahan umat Islam serta jatuhnya kekuasaan umat Islam ke tangan bukan Islam.Oleh itu menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk kembali kepada aqidah mereka yang asal sakaligus menghapuskan sagala bentuk bid`ah, khurafat dan sebarang bentuk yang boleh membawa kapada bid`ah.Lalu beliau bertindak memerangi segala bentuk bid`ah yang ada pada masa itu.
Maka dengan asas ini Syeikh Mohd menyatakan bahawa hanya Allah sahaja sumber tasyrik ahkam dan aqaid, di sana tidak ada perkataan yang boleh yang boleh dijadikan hujah kecuali kalamullah dan sunnah Rasulullah.Apa yang dikatakan ulammak bukanlah menjadi hujah kapada kita kecuali apabila ia disandarkan kepada Al-Quran dan As –Sunnah. Sumber ahkam hanya lah dua daripada pperkara ini.Tetapi dalam masalah ijtihad, di sana ada ruang untuk mereka yang mengcukupi syarat untuk mengisbatkan hokum berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Pintu ijtihad tertutup sekiranya tiada lagi orang yang mencukupi syarat tersebut.
Demikianlah dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Mohd di mana beliau menumpukan kepada dua asas utama iaitu tauhid iaitu dakwah yang bersih daripada percampuran dengan syirik dan mengembalikan tasyrik kepada Al-Kitab dan As-Sunnah.
Gerakan Wahabi bukan sahaja menyeru dengan mulut bahkan mengangkat senjata memerangi mereka yang dianggap melakukan bid`ah dengan berpegang dengan amar ma`ruf dan nahi mungkar.
Mohd bin Sa`ud iaitu datuk kepada keluarga Diraja Saudi dan anaknya yang menggantikannya telah mengambil peranan sebagai ketua perang dalam menyebarkan fikrah Wahabi juga dalam usaha menghapuskan bid`ah.
Di antara gerakan jihad yang telah dilancarkan oleh Syeikh Mohd ialah:
1. 1159H-serangan ke atas Manfuhah
2. 1174H- serangan ke atas Raudhah dan Zalafi
3. 1176Hserangan ke ata Riyadh
4. 1192H- serangan ke atas Al-Dalam
Penulis-penulis Barat menyelar gerakan ini dengan mengatakan bahawa pendokongnya berusaha merosak dan meruntuhkan tempat-tempat ibadat. Tetapi sebenarnya Wahabi meruntuhkan tempat-tempat tersebut kerana terdapat amalan bid’ah disana dan sebagai melaksanakan apa yang tertera dalam hadis mengenai orang-orang Bani Israel menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid. (tempat ibadat).
Gerakan ini tidak sahaja meruntuhkan kubur-kubur para solihin bahkan juga kubur-kubur para sahabat RA dan tidak meninggalkan sebarang kesan kecuali tanda menunjukkan tempat tersebut untuk mengelakkkan berleluasanya perkara bida’ah.
Mereka juga mengaitkan perkara-perkara kecil seperti foto sebagai bid’ah dan mempunyai kaitan dengan penyembahan berhala(walhal sebenarnya tidak begitu). Lebih-lebih lagi mereka memperluaskan skop bid’ah hingga kepada perkara-perkara yg luar biasa seperti memasang sitar(langsir) di Raudhah Al-Syarif (masjid Nabawi) sebagai bid’ah. Oleh itu mereka menghalang dari memperbaharui sitar tersebut. Yang lebih pelik ialah mereka mengira bahawa perkataan Imam Muslim menyhebut Sayyidina Muhammad sebagai bid’ah.
Sebenarnya Gerakan Wahabi cuba melaksanakan fikrah yg dikemukan oleh Ibn Taimiah dengan bersungguh dan menyifatkan diri mereka sebagai golongan Salaf. Akan tetapi mereka memperluaskan skop bid’ah dan memasukkan perkara-perkara yg pada hakikatnya hanya meliputi amalan ibadat sahaja. Memasang langsir pada Raudhah bukan perkara ibadah dan ia tidak termasuk dalam skop bid’ah seperti yg disangkakan.
KESAN DAKWAHNYA
· Dakwah ini telah menyatukan qabilah arab yg sebelum ini sentiasa bergaduh antara satu sama lain dan mengembalikan keamanan.
· Mengembalikan agama yg asal kepada umat Islam di Najd setelah sekian lama dicuaikan dan menghilangkan bid’ah yg meliputinya.
· Kesedian pembesar-pembesar Saudi untuk menjaga dakwah ini dan memperkembangkannya memberi kesan dalam menguatkan pusat pergerakannya di Najd, dengan ini terasasnya sebuah daulah yg kuat dan berupaya untuk menyebarkan dakwahnya dengan aman.
· Kejayaan dakwah ini telah memberi saham dalam melahirkan gerakan-gerakan Islah yg lain.
(2)GERAKAN AL-MAHDI (1881-1898)
KELAHIRAN AL-MAHDI
Nama sebenar al-Mahdi ialah Muhammad Ahmad bin Abdullah dan lahir di kawasan Laba 15km dari Danqalah pada tahun 1844. beliau berasal dari kalangan keluarga yg masyhur berketurunan Saidina Hussein r.a. bapanya seorang pembuat sampan dan juga faqeh di mana mengajarnya membaca dan menulis. Beliau menghafaz al-qur’an ketika berusia 12 tahun . Beliau pergi ke Khartoum untuk mempelajari feqh, tafsir dan tasauf.
Beliau terkenal dengan warak, taqwa dan zuhud. Dikelilingi oleh ramai anak murid dan mendirikan madrasah di Khartoum pd tahun 1864. Sangat alim di dalam ilmu feqh dan sentiasa dikunjungi org dari merata tempat untuk meminta fatwa. Setelah bapanya meninggal beliau berpindah ke Semenanjung Aba di Nil Abyad dan tinggal di sana 15 tahun utk beribadan dan mengajar.
Beliau memulakan dakwah di Aba. Pada peringkat permulaan beliau mengasingkan diri dari murid-muridnya utk beribadat kemudian membina masjid dan mengajar. Bermula dari masjid ini tersebarlah dakwahnya iaitu utk mengembalikan kegemilangan Islam. Beliau menyeru supaya diusir para petugas dan pemerintah bangsa asing dan mengembalikannya kepada rakyat Sudan. Beliau menyeru supaya tidak membayar cukai selain zakat. Juga menyeru supaya diagih-agihkan kekayaan dengan sama rata dan melaksanakan syariat Islam.
Beliau mengisytiharkan bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan utk membangunkan semula umat Islam dan menjadi kewajiban berbai’ah dengannya.
Pemerintah Muhammad Raof yg memerintah ketika itu menyifatkan al-Mahdi sebagai sebahagian tariqat sufiah yg tersebar di Sudan. Maka memadailah dengan menubuhkan satu lujnah dari kalangan para fuqaha’ untuk dihantar ke Aba bagi mengkaji hakikat al-Mahdi dan dakwahnya. Beserta lujnah tersebut, seorang utusan Muhammad Raof utk membawa al-Mahdi ke Khartoum. Malangnya lujnah tersebut kembali tanpa mencapai apayg dimaksudkan bahkan mendakwa bahawa dakwaan Muhammad Ahmad itu sebaga Imam Mahdi adalah dusta. Muhammad Ahmad p;ula menolak untuk pergi ke Khartoum. Dengan sebab ini, maka diambil keputusan menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menentang al-Mahdi dan para pengikutnya. Akan tetapi keadaan ketika itu tidak mengizinkan kerana Kaherah ketika itu sedang sibuk berhadapan dengan kebangkitan Ahmad ‘Urabi menyebabkan mustahil utk mengirim sebarang bentuk bantuan ketenteraan ke Sudan.
JIHAD
AL-Mahdi menyedari bahawa petembungan dgn pihak pemerintah dan tentera adalah sesuatu yg pasti. Maka beliau menyeru para pengikutnya utk berjihad. Pertempuran pertama berlaku di Aba pd tahun 1881 di mana dlm pertempuran ini tentera kerajaan telah mengalami kekalahan. Kemenangan al-Mahdi telah memberikan kesan yg besar kepada penyebaran dakwahnya yg mana menjadi bukti kemahdiannya. Setelah beliau menyedari akan terdedah dgn peperangan-peperangan selanjutnya maka beliau mengambil keputusan utk berpindah ke Jabal Qadir di Kurdifan sebagai markas tenteranya di sana.
Tidak lama selepas itu, berlaku pertempuran dgn tentera kerajaan yg berjumlah 500 org. Dalam pertempuran ini tentera kerajaan juga mengalami kekalahan di mana kesannya ribuan rakyat Sudan dtg bergabung dan berbai’ah di bawah pimpinan al-Mahdi.
Pemerintah Muhammad Raof meminta bantuan dari Kaherah di atas kekuatan dan kemenangan al-Mahdi. Malangnya bleiau dilucutkan jawatan kerana dikira tidak mampu berhadapahn dgn al-Mahdi dan diganti dgn Abd. Qaidr Basya Helmi. Sebelum kedatangan Abd. Qadir, diutus satu ketumbukan tntera bagi menentang al-Mahdi. Ketumbukan ini telah tewas dan panglimanya turut terbunuh. Ini menambahkan lagi kekuatan ketenteraan al-Mahdi dgn semakin ramai yg dating menggabungkan diri sehingga mencapai jumlah 20,000 orang. Pada tahun 1883 al-Mahdi berjaya menguasai Kurdifan. Pihak kerajaan Kaherah telah menghantar tentera ke sana utk menentang al-Mahdi, malangnya tentera ini juga mengalami kekalahan berhadapan dgn tnetera al-Mahdi yg berjumlah seramai 50,000 org.
Dalam pada itu, situasi pihak kerajaan di Kaherah sedang berhadapan dgn kebangkitan rakyat di bawah pimpinan Ahmad ‘Urabi yg mana memaksa British campur tangan secara terus melalui ketenteraan bagi mengalahkan tentera Ahmad ‘Urabi. Sebaik sahaja al-Mahdi mengetahui Mesir telah dijajahi British, beliau mengisytiharkan jihad dan berazam akan membebaskan Mesir selepas membebaskan Sudan. Setelah mendengar berita penangkapan Ahmad ‘Urabi beliau menyeru para pengikutnya menangkap Gordon Basya hidup-hidup sebagai tebusan untuk ditukar dgn Ahmad ‘Urabi.
MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM
Selepas keadaan tenang di Kurdifan, beliau mendirikan kerajaan Islam yg terbina di ats syariat Islam. Beliau menjadikan dirinya sebagai khalifah/imam, Abdullah Ta’ayisyi sebagai ketua ketenteraan, mendirikan baitulmal dan sebagainya. Berita ini telah menggusarkan pihak British kerana mereka menyedari betapa bahayanya sekiranya tertegak di mana-mana bahagian jajahan takluk mereka di Afrika sebuah negara Islam. Mereka berusaha menghapuskan gerakan al-Mahdi dgn berselindung di sebalik kerajaan Mesir bukan melalu ketenteraan British secara langsung.
Bagi pihak al-Mahdi pula, gerakannya menjadi bertambah kuat dari sudut maknawi disebabkan kemenangan demi kemenangan yg dicapai dan juga pertambahan bilangan mereka yg bergabung di bawah pimpinannya. Manakala dari sudut persenjataan pula, menjadi semakin kuat hasil dari rampasan-rampasan perang. Manakala pihak tentera kerajaan pula semakin goncang dari sudut maknawi dan lemah utk berhadpaan dgn al-mahdi. Maka dengan sebab itu, pada tahun 1883 dihantar satu ketumbukan tentera yg besar yg diketuai oleh panglima British bernama ‘Haks’ bersama 10,000 org tentera ke Kurdifan.
Al-Mahdi mempunyai badan perisikan di mana mampu mengetahui setiap sesuatu mengenai tentera kerajaan dan pergerakannya. Al-Mahdi mengambil sikap tidak berhadapan secara terus dgn mereka tetapi pada masa dan tempat yg ditetapkan. Mereka hanya melakukan sabotaj seperti menimbus perigi-perigi yg membolehkan tentera kerajaan mendapat air. Sehinggalah menimbulkan rasa putusa asa, penat, lapar, takut dan dahaga ke atas tentera kerajaan.
Maka ketika peluang yg terbaik inilah mereka mengepung ketumbukan tentera tersebu di Wadi Kasyijil dan menyerang mereka dari segenap penjuru dan akhirnya berjaya menewaskan mereka. Kemenangan ini memberi kesan yg besar kepda keseluruhhan rakyat Sudan. Ini adalah kerana al-Mahdi telah berjaya menguasai hampir seluruh bumi Sudan.
Seterusnya al-Mahdi menyeru para tenteranya supaya bersiap sedia utk menguasai Khartoum di mana menyebabkan british terpaksa campur tangan secara langsung dan melantik Gordon Basya sebagai pemerintah Sudan Ketika ini pihak kerajaan British telah menukar taktik setelah kalahmelalui cara peperangan kepada cara perundingan. Tujuannya ialah sekiranya perundingan berjaya maka pertempuran akan terhenti pd jangkamasa yg tertnetu. Pada ketika ini sudah tentu gerakan al-Mahdi akan mula menurun kerana revolusi tidak akan mendapat sokongan tenaga dan material kecuali bila ada musuh yg menentangnya. Dalam masa ini, British akan menggunakan tipu daya sehingga mengkucar-kacirkan bahagian dalaman saf gerakan. Selepas itu barulah ditentang dgn ketenteraan.
Gordon memulakan perundingan dengan menjanjikan bahwa al-Mahdi akan diberi kuasa di Kurdifan dan mengirimkan hadiah kepadanya. Akan tetapi al-Mahdi mengetahui tipu muslihatnya maka dikembalikan hadiah tersebut dan berkata, “Kami tidak melakukan revolusi ini semata-mata tamakkan harta dan kuasa”
Seterusnya al-Mahdi berjaya menguasa Barbar 350 km dari Khartoum. Kejayaan ini menjadikan jalan utk menguasai Khartoum terbentang luas di mana dapat menyekat laluan bantuan dari Kaherah ke Khartoum. Disebabkan jalan darat dikuasai oleh al-Mahdi maka kolonel Steward yg diutuskan bersam Gordon Basya menuju ke Mesir meallu jalan laut dgn diawasi dua buah kapal perang. Malangnya agen perisik tentera al-Mahdi dapat mengesan pergerakannya. Maka ketikamana sampai di Hibbah, mereka diserang oleh tentera al-Mahdi sehingga terbunuhnya kolonel Steward iaitu selepas lapan hari meninggalkan Khartoum.
Tentera al-Mahdi selanjutnya mengepung Ummu Darman. Selepas ianya jatuh maka penguasaan ke atas Khartoum sudah boleh dijangkakan. Akan tetapi al-Mahdi berbelah-bagi kerana bimbangkan tentera kerajaan mara utk menyelamatkan Khartoum Tetapi berlaku sesuatu yg menyemarakkan semangat mereka utk menaklukinya iaitu setelah seorang pegawai tentera kerajaan bernama Omar Ibrahim lari ke kem tentera al-Mahdi dengan membawa maklumat penting bahawa bahagian selatan Khartoum tidak mempunya kelengkapan yg cukup utk bertahan dan mudah diserang. Sebaik sahaja al-Mahdi mengetahui bantuan ketenteraan British sedang mara menuju ke Khartoum, maka diambil keputusan agar Khartoum dapat dikuasai terlebih dahulu sebelum ketibaan tentera tersebut. Maka pd tahun 1884, Khartoum berjaya dijatuhkan di mana Gordon Basya terbunuh dan kepalanya dibawa di hujung lembing.
Ketika di Ummu Darman, al-Mahdi menghantar utusan ke Sultan Abd. Hamid, pemeritntah dan permaisuri Britain dan beberapa buah negara lagi memberitahu tertegaknya daulah beliau. Maka beliau mula menyusun negara, mencetak duit, melatih tentera dan lain-lain lagi. Pada tahun 1885, al-Mahdi mula masuk ke Khartoum dgn gelaran “Al-Mahdi Khalifah Rasulullah S.A.W”. Kemudian menjadikannya 4 org khulafa’ lagi iaitu Abudullah Ta’ayisyi sebagai khalifah Abu Bakar, Ali Wadahlu sbagai khalifah Omar, As-Sanusi di Libya sebagai khalifah Osman dan Muhammad Syarif(sepupu beliau) sebagai khalifah Ali. Al-Mahdi mementingkan system kewangan dan harta dlm melaksanakan syariat Islam.
Tunjuk perasaan dan rusuhan kemarahan di atas kematian Gordon dan kejatuhan Khartoum meletus di Britain menyebabkankerajaan di bawah pimpinan Gladstone hampir-hampir jatuh. British akhirnya terpaksa campur tangan secara terus dgn mengambil keputusan menghantar bala tentera yg besar utk menentang al-Mahdi kerana para penyokong dan kekuasaan al-Mahdi semakih betambah sehingga menguasai keseluruhan Sudan selain Danqalah. Tetapi British memikirkan bahawa ini memakan belanja yg amat besar dan tidak pasti pula kejayaannya. Kerajaan British telah berhenti dari memikirkan masalah Sudan disebabkan ancaman dari Russia ke atas jajahan takluknya di India yg mana akhirnya British mengambil keputusan utk bertahan sahaja di sempadan Mesir iaitu di Wadi Halfa dan Aswan serta meninggalkan masalah Sudan sementara waktu.
Tetapi berlaku sesuatu yg diluar jangkaan di mana kematian al-Mahdi secara tiba-tiba pd tahun 1885 menjadikan British berfikir mempunyai peluang mengalahkan gerakan al-Mahdi yg diganti oleh Abdullah Ta’ayisyi.
Malangnya Ta’ayisyi tidak mempunyai kelebihan rohani dan kekuatan peribadi yg membolehkannya mengisi kekosongna yg ditinggalkan oleh Al-Mahdi. Sungguhpun Ta;ayisyi banyak terlibat dgn peperangan yg sengit dengan Habsyah dan berjaya membuka beberapa kawasan lagi, cuma dia tidak menyusun negaranya dan dan mempastikan keamanan di dalamnya terlebih dahulu. Dia kemudianhnya telah menghantar ketumbukan tentera untuk membuka Mesir di bawah pimpinan Abd. Rahman An-Nujumi. Maka berlaku pertempuran di Naubah dengan kekalahan berpihak di sebelah tnetera Ta;ayisyi. Kekalahn ini meninggalkankesan yg pahit ke dalam jiwa mereka, tetapi Ta;ayisyi sengaja menguasai bahagian selatan (Habsyah) sebagi menutup kekalahan di Mesir.
Ta’ayisyi mula menghantar risalah-rislaah kepada pemimpin-pemimpin Islam di seluruh tempat untuk menyatukan tenaga, melaksanakan Islam dan menentang penjajah. Sebelum usaha ini membuahkan hasil, British telah menyiapkan satu bala tnetera yg besar utnuk mengalahkan Ta’ayisyi di bawah pimpinan Lord Kasyner pd tahun 1896. Ketika itu Sudan dilanda kemelesetan ekonomi disebabkan bertahun-tahun dilanda kemarau menyebabkan Ta’ayisyi tidak mampu menyediakan tentera yg cukup bagi menghadapi tnetera British. Maka berlakulah pertmpuran di ‘Adbarah., kemudian tentera British mara ke Ummu Darman dan menguasainya pd tahun 1898. Seterusnya menguasai Khartoum dan Ta’ayisyi melarikan diri. Beliau kemudiannya mengumpulkan tnetera dan bertempu di Dibikrat pd tahun 1899 dengan kekalayhan di pihak Ta’ayisyi dan beliau sendiri terbunuh.
Pada ketika tahun 1885, ketikamana British gagal mengalhkan al-Mahdi, maka ia telah mengikat perjanjian dengan Perancis dan itali dengan membahagi-bahagikan kawasan jajahannya. Dimana British meninggalkan Somalia dan Ariteria dan memberi Perancis dan Itali kawasan yg dikhususkan masing-masing. Ini adalah antara factor melemahkan kekuatan tentera Ta’ayisyi kerana terpaksa berperang dengan tentera British di Danqalah dan Wadi Halfa, tentera Perancis di Fasyudah di sebelah barat dan tentera Itali di Musawwa’. Setelah gerakan al-Mahdi tewas, maka Sudan dari segi zahir dikuasai Inggeris-Mesir sedangkan pd hakikatnya dikuasai oleh British.
DAKWAH AL-MAHDI.
Dakwah beliau bermula pd tahun 1871 sehingga 1885 iaitu selama 14 tahun. Pada 10 tahun yg pertama beliau sibuk dgn menyebarkan dakwah, mengumpul pengikut dan mentarbiah mereka dgn tarbiah aqidah Islamiah di samping membina beberapa keperluan masyarakat yg sgt-sgt diperlukan oleh rakyat gerakan al-Mahdi bergantung kepada pertama: kekuatan keperibadian, kedua: ikatan aqidah Islamiah dan yg ketiga: pembinaan keperluan-keperluan masyarakat. Ini dinamakan Peringkat Persediaan. Kemudian masuk pula ke Peringkat Perlaksanaan dgn pengisytiharan jihad. Dalam masa 4 tahun sahaja beliau berjaya membebaskan Sudan dari British.
Daripada sini ada dua pengajaran yg boleh diambil:
Pertama: Marhalah revolusi adalah berbeza dgn marhalah daulah. Dimana tidak cukup dgn hanya memadai revolusi dan jihad menentang musuh tanpa mengambil berat penyediaan kader-kader yg berkemampuan dari pelbagai bidang supaya mampu mengambil alih kuasa dan menyusun perlembagaan sebaik sahaja revolusi tersebut berjaya.
Kedua: Tabiat para penjajah adalah sama bila berhadapan dgn gerakan Islam di mana menghalangnya dari menegakkan daulah Islamiah yg menjadi ancaman besar kepada kemewahan yg diperolehi dari tanah-tanah jajahan mereka.
Boleh dikatakan dakwah al-Mahdi tertegak di atas tiga asass yg merupakan positif pada peringkat awalnya dan bertukar kepada negatif pada akhirnya, iaitu:
Pertama: Mudah dalam memahami Islam.
Sumber kefahaman tersebut ialah al-Qur’an dan sunnah.
Dimana tidak berhajat kepada kaum muslimin untuk tenggelam di dalam masalah furu’ dan khilaf yg merosakkan kebersihan aqidah al-Mahdi memansukhkan beramal dgn mazhab-mazhab dan tariqat-tariqat sufiah.
Dari segi negatif pula, keluar kenyataan dari al-Mahdi, “Jalan kita dan mazhab kita ialah al-Qur’an dan sunnah, segala yg datang dari Rasulullah S.A.W kita pegang manakala segala yg datang dari sahabat jika kita hendak, ambil dan jika tidak, tinggal”.
Kedua: Mempraktikkan Islam.
Al-Mahdi menyedari bahawa kedatangan Islam adalah untuk dipraktikalkan bukan sekadar teori. Dimana Islam mampu menyelesaikan pelbagai masalah di bidang sosial, politik, ekonomi dan antarabangsa. Sebab itu beliau menyiapkan dirinya dari sudut rohani, ilmu dan ketenteraan. Kemudian berpindah ke peringkat perlaksanaan dgn pengisytiharaan jihad sehingga mampu dalam waktu yg singkat mengumpul para penyokong dan membebaskan Sudan.
Dari sudut negatif pula, kesibukan beliau di dalam jihad dan tidak mengosongkan masa menyusun dakwah dan kaedahnya menyebabkan para pengikut tidak faham tentang Islam kecuali menurut perasaan dan secara rambang sahaja. Beliau juga tidak mentarbiah para pendokongnya dgn tarbiah dari sudut aqidah, fikriah dan manhajiah sehingga mampu gerakannya berterusan di sambung selepasnya dan tidak terkecuali dari seorang ulama’ pun.
Sebenarnya al-Mahdi mempunyai niat untuk berbuat demikian iaitu setelah segala perkara berada di dalam keadaan tenang. Cuma beliau melihat peranan tarbiah dan pengetahuan bergerak selepas tertegaknya daulah Islamiah. Malangnya, pemergian beliau terlebih dahulu menyebabkan hasrat tersebut tidak tercapai. Dengan itu diikhtibarkan kematian al-Mahdi adalah merupakan saat kemunduran gerakan beliau sehingga akhirnya jatuh. Ini adalah kernaa Ta’ayisyi merupakan rijal askari dan tidak termasuk di dalam tarbiah dan deeniah. Di mana pemergian al-Mahdi meninggalkan kekosongan di dalam saf dan akhirnya menggoyangkan pembentukan gerakan itu seluruhnya.
Ketiga: Dakwaan sebagai Imam Mahdi.
Tertubuh gerakan al-Mahdi adalah atas asas iktikad al-Mahdi sendiri dan para pengikutnya bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan. Di mana tersebar kepercayaan bahawa Imam Mahdi akan muncul pada ketika itu. Maka sebab itulah ketika As-Sanusi mula bangkit di Libya maka beliau juga digelar oleh para pengikutnya sebagai Imam Mahdi. Al-Mahdi pula memulakan dakwahnya pada akhir kurun ke 13 di mana Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Allah membangkitkan setiap seratus tahun mujaddid yg membangunkan ummah dan agama”
Diriwayatkan bahawa sebenarnya Ta’ayisyilah yg sebenarnya menyakinkan al-Mahdi bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan kerana berkehendakkan kedudukan yg istimewa di sisi beliau. Beberapa tahun sebelum itu ketikamana Dar Fur berjaya di buka, Ta’ayisyi telah pergi menemui Sulaiman Zubair menerangkan kepadanya utnuk diisytiharkan bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan. Akan tetapi Zubair bukan sahaja menolak bahkan mencelanya.
Iktikad Imam Mahdi ini telah meresap ke dalam diri Al-Mahdi semenjak beliau memulakan dakwahnya. Ketika di Aba, beliau mendakwa menemui Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedar dan Baginda memberitahunya bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan yg akan menguasai bumi ini dengan keadilan. Demikian juga ketika mendaki Jabal Naubah, beliau mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w mememrintahnya supaya berhijrah dari Aba ke Jabal Masar di Kurdifan.
Isu Imam Mahdi ini telah berjaya mengumpul para pengikut, orang awam, ulama’ dan ketua-ketua. Mereka semua membenarkan kemahdiannya setelah melihat kemenangan-kemenangan yg dicapainya. Rombongan-rombongan yg dating dari ‘alam Islami seperti dari India, Tunisia dan Hijaz turut membenarkan kemahdiaannya dan seterusnya berbaiah dengannya.
Sebenarnya tujuan beliau mengiklankan hijrah dari Aba ke Jabal Masah dengan perintah Rasulullah s.aw adalah untuk mengambil tempat di antara kabilah-kabilah Al-Baqarah yg merupakan terbesart dan terkuat di antara kabilah-kabilah di Afrika. Dengan ini pilihan beliau ini bertepatan dari sudut strategi keamanan dan ketenteraan.
Negatifnya pula jelas selepas al-Mahdi meninggal di mana tidak tercapai hasil-hasil yg diharap-harapkan oleh para pengikutnya. Menjadikan mereka pada akhirnya mendustakan kemahdiannya seterusnya meninggalkan dakwahnya.
Hadis dari Ummu Salamah,
“ Berlaku khilaf selepas kematian khalifah, maka lari seorang lelaki dari penduduk Madinah ke Mekah. Kemudian penduduk Mekah mengeluarkannya dari rumahnya dalam keadaan tidak disukainya dan berbai’ah dengannya di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim a.s. Diutus satu tentera dari Syam memeranginya dan dia mengalahkannya di Baida’ satu kawasan di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat keajaiban ini maka datang satu golongan dari Syam dan Iraq berbai’ah dengannya. Kemudian bangkit seorang lelaki bangsa Quraish dari bani Kalb memeranginya dan berjaya dikalahkan. Dia kemudian membahagi-bahagikan harta dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w sehinggalah Islam kembali tertegak di atas muka bumi. Kemudian wafat tujuh tahun selepas itu dan disembahyangkan oleh kaum muslimin”
Hadis dari Ibnu Mas’ud,
“ Tidak berlaku kiamat sehinggalah Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahliku, namanya sama dengan namaku”
Jelasnya segala sifat-sifat yg terkandung di dalam hadis-hadis tadi bertentangan dengan apa yg ada pada al-Mahdi. Nasab keturunannya dari ahli bait disangsikan dan sifat-sifat seperti lahir pada akhir zaman, lari dari Madinah ke Mekah kemudian diba’iah oleh orang ramai di antara Hajaral Aswad dan Maqam Ibrahim a.s iaitu selepas kematian khalifah dengan berlaku perbalahan dalam mencari penggantinya serta merasa tidak suka dibai’ah bukan sebaliknya, kesemuanya ini tidak dibicarakan manusia disebabkan kemenangan-kemenangan yg dicapai dalam menentang musuh. Kerpercayaan mereka ini adalah bertitik-tolak dari mengikut perasaan semata-mata dan bukand ari hasil perbincangan.
Maka selepas keamtiannya dan berubah gerakannya dari mencapai kemeanngan kepasa mengalami kekalahan menyebabkan hilangnya ikutan perasaan dan manusia mula berfikir tentang kesahihan dakwaan kemahdiannya khususnya selepas kebanyakan fuqaha’ menafikan dakwaan tersebut. Demikianlah juga penafian yg dibuat oleh As-Sanusi terhadap dakwaan tersebut yg telah mendatangkan kesan yg besar kepada penafian sebahagian besar rakyat Sudan atau berasa syak tentang kemahdiannya.
Perbincangan tentang dakwaan Imam Mahdi ini tidak boleh dipisahkan dari melihat suasana yg menguasai Sudan pada ketika itu khususnya dan ‘alam Islami amnya. Di mana al-Mahdi ini tidak disangsikan dari sudut agamanya bahkan dikenali dengan bersih aqidahnya, bertaqwa dan soleh. Kemungkinan boleh dikatakan tersebarnya tariqwat-tareqat sufiah di Sudan terbina di atas asas taat secara membuta tuli para murid kepada syeikhnya hasil dari keyakinan mereka tentang kelebihan syeikhnya. Perkara ini dapat dicapai dengan cara meyakinkan mereka bahawa syeikh adalah dari kalangan ahli bait dan pembicaraan kekeramatan syeikh. Jadi, dakwaan al-Mahdi ini berlaku dalam suasana seperti ini.
Penyatuan kabilah-kabilah yg berbeza di Sudan dan tariqat-tariqat serta mazhab yg pelbagai tidak akan tercapai kecuali dengan dorongan perasaan dari dalam diri mereka sendiri terhadap urusan agama. Maka dakwaan Imam Mahdi kadang-kadang boleh dikatakan merupakan taktik yg bertujuan menyatukan tenaga para pengikutnya di bawah pimpinannya untuk masuk berjuang di bawah satu arahan dengan keyakinan bahawa mereka berperang di bawah pemimpin yg ikhlas dan naungan yg suci.
Tambahan pula kepercayaan akan kemunculan Imam Mahdi adalah sesuatu yg tersebar luas pada ketika itu kerana Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun mujaddid yg akan mengembalikan semula umat ijni di dalam urusan agama mereka. Bukti luasnya tersebar kepercayaan ini ialah bilamana para pengikut As-Sanusi di Libya turut mendakwa bahawa Muhammad bin Ahmad As-Sanusi adalah Imam Mahdi yg dinantikan. Kemungkinan al-Mahdi melihat bahawa beliaulah yg diharap-harapkan disebabkan kemenangan-kemenangan yg dicapainya sehingga mampu mengalahkan tentera Inggeris-Mesir dan membebaskan sebahagian besar bumi Sudan dari penjajah.
Segala factor-faktor ini disamping factor-faktor lain (seperti keyakinan dari para pengikutnya bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan) yg telah melahirkan perasaan yakinnya bahawa memang beliaulah Imam Mahdi.
Sungguhpun demikian, dakwaan Imam Mahdi adalah merupakan factor penolong gerakan al-Mahdi di dalam mencapai kemenangan dan pada waktu yg sama juga merupakan sebab terpenting lemahnya gerakan al-Mahdi dan seterusnya jatuh. Penguasaan beliau ke atas Khartoum adalah merupakan puncak kejayaannya. Setelah alMahdi wafat dan diganti oleh Ta;ayisyi yg merupakan rijal askari, beliau tidak mampu mememnuhi kekosongan yg ditinggalkan oleh Al-Mahdi. Dalam masa yg sama juga para pengikutnya pula mula berasa sangsi tentang kemahdiannnya kerana selepas kematiannya tidak tercapai perkara-perkara sebagaimana tersebut di dalam hadis-hadis. Dengan wafatnya al-Mahdi maka bermulalah era kejatuhan gerakan al-Mahdi. Tambahan pula Ta’ayisyi langsung tidak menyusun negaranya, menguatkan kekuatannya dan membaiki lagi suasana dalaman Sudan. Bahkan mengambil taktik yg silap dengna menghantar tentera untuk membuka Mesir yg mana ini memberi makna melibat berperang dengan banyak pihak dalam keadaan suasana dalaman gerakan sendiri masih tidak stabil.
Kita tidak mampu untuk menyatukan antara ketaqwaan al-Mahdi, aqidahnya yg bersih dan perjalanan hidupnya yg baik dengan dakwaan Imam Mahdi ini. Cuma mungkin kita boleh katakan bahawa ini semua adalah berpunca dari waham dan was-was syaitan. Kemungkinan beliau berasa waham disebabkan nama beliau yg kebetulan sama dengan nama Baginda s.a.w, hampir genapnya seratus tahun di ketika itu, banyaknya mencapai kemenangan, kepercayaan-kepercayaan manusia ke atasnya, kefasihan dan kuat hujah ketika berbicara dan juga keyakinan yg kuat dari anak-anak muridnya.
Maka sebab-sebab inilah yg mendoroang al-Mahdi merasa bahawa beliaulah Imam Mahdi yg dinantikan.
IJTIHAD AL-MAHDI
· Al-Mahdi mengkufurkan sesiapa yang menentangnya atau berasa syak dengan kemahdiannya.
· Manamakan zaman sebelumnya sabagai zaman jahiliyah dan futur.
· Menyamakan hukum orang yang meringan-ringankan sembahyang sama seperti hukum orang yang meningalkan sembahyang dan hukumnya bunuh.
· Malarang wanita dari mamakai pakaian emas dan perak sedangkan ianya harus di segi syara`
ASAL FIKRAH DAN I`TIQADNYA
· Terkesan dengan Syiah dalam dakwaannya sebagai Imam Mahdi yang akan memenuhu bumi ini dengan keadilan
· Mengambil pandangan Mohd bin Abdul Wahab tentang perlunya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah secara terus.
· Mengambil pandangan Jamaludin Ai-Afghani dan Muhammad Abduh tentang perlunya membebaskan bumi Islam dari cengkaman penjajah dan perlunya melaksanakan syariat Islam.
(3) JAMALUDDIN AL-AFGHANI
PENGENALAN
Beliau belajar dengan ayahnya sehingga umur 10 tahun.Dalam tempoh itu beliau telah menghafal AlQuran di dalam beberapa bulan sahaja. Beliau juga telah mempelajari bahasa arab dengan tekun sehingga dapat menguasainya dengan baik. Semenjak dari kecil beliau telah berani dalam berbincang dalam masalah agama. Ini ditambah oleh peranan bapanya yang sentiasa memberi galakan dalam perkara itu. Kecerdikannya telah nyata semenjak kecil lagi apabila dia berupaya mengajar kawan-kawannya dengan hanya belajar sebahagian daripada kitab ilmu yang hendak diajarkannya. Pada tahap umurnya 10 tahun,bapanya telah membawanya belajar di sekolah tempat bapanya sendiri mengajar. Dengan itu ayahnya dapat mengawasi pergerakan dan perkembangan pelajaran dan perlakuan beliau.
SIFAT- SIFAR PERIBADI BELIAU
1. Berani
-Ketika beliau berusia 10 tahun , beliau telah berani membuat kajian terhadap mangsa taun yang melanda kampung tempat beliau belajar untuk mengetahui punca penyakit tersebut.
- Ketika beliau dalam perjalanan pulang keIran daruipada Mekah, rombongannya telah disamun oleh perompak di pertengahan jalan. Walaupun berhadapan dengan peropak- perompak yang ganas, namun beliau tetap tenang dan berkesempatan memberi nasihat kepada mereka yang mana akhirnya mereka bertaubat dan mengembalikan harta-harta rombongan beliau yang dirampas.
- Ketika berhadapan dengan tekanan kerajaan Iran buat kali kedua, beliau tetap dengan keberanian dalam menegakkan kebenaran di mana beliau tidak tunduk di atas permintaan Syah supaya meninggalkan Iran.
2. Ikhlas
- Ini dapat kita lihat bagaiman telah menyahut jemputan sultan Turki untuk membuat pengislahan walaupun pernah diusir oleh sultan sendiri daripada Turki beberapa tahun sebelumnya.
- Pernah menerima sogokan daripada kerajaan Iran supaya meninggalkan Iran iaitu bermakna meninggalkan kerja-kerja Islam, namun beliau telah menolaknya.
3.Jihad dan pengorbanan
- Lihat sahaja kerja-kerja yang telah dilakukannya tanpa mengenal penat dan lelah. Beliau telah mengenepikan hal-hal keluarga dan perkahwinan. Yang adsa di hadapan matanya hanyalah bagaimana hendak mengembalikan kegemilangan Islam dan kesatuan Islam sejagat.
USAHANYA DALAM MEWUJUDKAN KESATUAN UMAT ISLAM
Sebelum dibentangkan usaha –usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam mengembalikan Islam dan mewujudkan kesatuan Islam dan mewujudkan kesatuan Islam sejagat ,kita perlu melihat bebrapa hakikat yang perlu diketahui, iaitu:
*. Keadaan umat Islam pada zaman haji. Negara Islam pada masa itu masih berada dalam lingkungan Ai-Quran dan As- Sunnah. Perundangan Islam masih dilaksanakan .
*Walau pun pada zaman itu Khalifah Islamiah Othmaniah masih lagi wujud tapi negeri-negeri Islam pada masa itu pada hakikatnya telah terpisah antara satu sama lain.Setiap negeri ada ketua dan corak pemerintahan sendiri.
Di dalam membicarakan tentang usahanya dalam mengembangkan usaha dan kesatuan umah, kita dapat membahagikannya kapada beberapa batasan geografi:
1. Afghanistan
2. Mesir
3. Iran
4. Turki
5. Tempat-tempat lain.
Pada tahun 1273 beliau telah berkesempatan menzizrahi Mekah. Disana beliau telah melakukan perbincangan dengan para ulamak yang ada tantang pentingnya kesatuan umat Islam. Dari Mekah beliau telah kembali ke Iran dan di sana beliau menjalankan usaha menyedarkan umat Islam supaya kembali kepada Islam dan kesatuan umat.
KERJA-KERJA DI AFGHANISTAN
Dari Iran beliau telah menuju ke Afghanistan.Di sana beliau telah berhubung dengan pemerintah Afghanistan yang bernama Dust Muhammad Khan lalu mengeratkan hubungan dengannya. Di samping itu beliua telah mencurahkan tenaganya dalam menyedarkan orang ramai supaya kembali menghayati Islam dan pentingnya kesatuan umat Islam . Beliau telah menetap di Afghanistan selama lebih kurang 5 tahun. Dalam tempoh itu beliau telah berjaya mengarang buku sejarah Afghanistan yang mana ianya banyak membantu beliau dalam membangkitkan kembali kesedaran umat Islam di sana..Beliau telah mendapat tempat di dalam struktur pemerintahan Afghanitan yang mana beliau pernah menjawat jawatan menteri bagi Amir Muhammad A`zam Khan. Amir pada ketika itu akan mengambil pandangan dan mengadakan permesyuaratan dengan beliau di dalam setiap perkara yang hendak di lakukan dalam pemerintahannya . Pada tahun 1285H Syir Ali Khan telah menyerang Kabul untuk merebut kerusi pemerintahan daripada amir yang sedia ada.Amir Muhammad Khan telah lari ke Naisabur dan anak saudaranya Amir Abdul Rahman Khan telah melarikan ke Bukhara , namun beliau tetap menetap di Kabul tanpa rasa takut dan bimbang tentang keselamatanya. Beliau terus menjalankan kerja-kerja menyedarkan orang ramai. Pemerintah yang baru tidak mengapa –apakan beliau tapi akhirnya telah mengusir beliau secara terhormat dengan menghantarnya menunaikan haji ke Mekah. Beliau telah dihantar ke Mekah melalui India dan tidak dibenarkan pulang ke Iran kerana ditakuti beliau akan bergabung dengan Amir Muhammad A`zam Khan yang telah melarikan diri ke Naisabur jetika berlakunya perang saudara merebut jawatan pemerintah Afghanistan.
USAHA- USAHA DI MESIR
1285 Beliau telah menziarahi Mesir selama 40 hari. Di dalam tempoh itu beliau telah mengadakan perbincangan dengan para ulamak dan pemimpin di mesir tentang pentingnya mewujudkan kesatuan Islam. Kemudian beliau telah menuju ke Turki.
Pada tahun yang berikutnya beliau telah kembali ke Mesir untuk melaksanakan usaha-usahanya dengan lebih penumpuan. Di antara usaha- usaha yang telah dilakukan oleh beliau di Mesir ialah :
1. Mengajar para penuntut Al-Azhar dan para ulamak.Pada peringkat permulaan beliau mengadakan pengajaran di rumahnya sendiri.Kemudian telah berpindah ke masjid Al-Azhar.Di antara muridnya pada ketika itu ialah sheikh Muhammad Abduh yang merupakan ulamak terkenal pada ketika itu. Beliau telah menunaikan syahadah qauliahnya di mesir dengan giat dan dalam rupa bentuk yg sebaiknya.
2. Mengasakan Hizbu Watani.Dengan ketokohan yang ada pada beliau, para pemuda dan orang ramai yakin bahawa dengan pimpinan beliau, mereka akan dapat mencapai kemajuan dan keagungan. Penubuhan hizbu ini telah mendapat sambutan yang hebat dari segenap lapisan masyarakat. Penubuhan ini adalah di atas dasar kesedaran beliau bahawa orang ramai atau umat Islam tidak dapat di satukan melainkan dengan wujudnya satu badan atau pertubuhan yang menaungi mereka.
3. Gerakan kesedaran kembali kepada Islam. Melalui pidatodisampaikan , beliau telah menyedarkan kembali umat Islam tentang hakikat yang terkandung di dalam Islam. Beliau kemajuan samada berbentuk kemajuan kebendaan atau maknawi.
4. Usaha tarbiah para ahli Hizbu.Beliau telah mendidik para ahli Hizbu supaya sentiasa bersedia untuk berkorban demi untuk kemajuan dan pengislahan umat. Beliau menekankan pentarbiahan dalam membersiha n jiwa dari kekotoran kerana Islam adalah nur Ilahi dan ianya tidak akan dapat dirasai melainkan oleh 0rang-orang yang jiwanya bersih dari daki-daki dan noda-noda hitam.
5. Membersihkan diri daripada sifat- sifat terkeji terutanya ujub,mementingkan diri dan sebagainya.
6. Menjauhkan perkara – perkara yang melalaikan
7. Mamaafkan kesalahan orang lain
8. Melakukan kerja –kerja makruf di dalam masyarakat
( 4) PERTUBUHAN IM
PENGASAS:
Diasaskan oleh Hasan Al-Banna bin Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna. Beliau dilahirkan pada 14 Oktober 1906 M (25 Sya`ban 1323H) di sebuah perkampungan bernama Mahmudiah.
Ayahnya bekerja sebagai tukang jam di kampungnya., juga seorang ulamak yang banyak mengarang kitab, antaranya: kitab `Al-fawaid Al-Latifah, kitab `Al-Fathu Ai-Rabbani Fi Tartib Musnad Immam Ahmad bin Hambali AL-Syaibani sebanyak 24 jilid. Manakala ibunya bernama Ummu Al- Saad Ibrahim ,Anak seorang peniaga bnatang ternakan.Beliau berkahwin dengan Syeih Abdul Rahman pada25 April1904 ketika berusia 15 tahun.
Hasan Al-Banna adalah merupakan anak sulung dari 8 orang adik-beradik.Beliau sangat menghormati kedua orang tuanya, beliau juga amat mengambil berat perkembangan adik-beradiknya yang lain.Sebahagian dari adik-adik tinggal bersama-samanya di ismailiah.
Hassan Al-Banna mendirikan rumahtangga dengan pada tahun 1932 dengaan Latifah binti Husin Al-Suli. Isterinya adalah seorang mukminah yang sabar dan faham tugas yang dipikul oleh suaminya. Kemuncak kesabaran beliau ditunjukkan hari syahid suaminya. Ketika itu beliau sedang sarat mengandung. Sesudah kematian suaminya, rumah beliau dikepung, talian yalipon dipotong. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan keluar rumah selama dua tahun.Tidak ada sesiapa yang boleh menghubungi penghuni rumahnya, melainkan melalui polis. Hasan Al-Banna dikurniakan enam orang anak, lima anak perempuan dan seorang anak lelaki.
PERIBADI HASAN AL-BANNA
Hassan Al-Banna adalah seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi. Di antara sifat-sifat beliau yang menonjol adalah:
-kecintaan kepada ilmu
- kecintaan kepada ibadat
-kebencian kepada sebarang bentuk kemungkaran.
-cinta dan menghormati manusia
- kecerdikan yang luar biasa
- berjiwa besar
Kesemua sifat itulah yang menjadikan beliau layak untuk menjadi seorang mujaddid di zaman yang penuh cabaran ini.
PENUBUHAN IM
Ia ditubuhkan pada Mac 1928M bersamaan Zulqaedah 1347H,enam orang pemuda menemuinya di rumah beliau. Mereka adalah:
- Hafiz Abdul hamid
- Ahmad Al- Husori
- Fuad Ibrahim
- Abdiul Rahman Hasabullah
- Ismail Izz
- Zaki Al- Maghribi
Keenam- enam pemuda ini beertanya kapada beliau jalan untuk mengembalikan Islam dan menyerahkan kepada beliau agar menjadi ketua mereka. Sesudah ia diterima oleh Hasan Al – Banna , mereka bertanya “apakah nama yang akan kita pakai”Hasan AI-Banna berkata “kita adalah saudara-saudara di dalam Khidmat Islam. Dengan itu kita adalah IM”
Dengan itu tertubuhlah Jemmah IM sesudah bai`ah yang diberikan mereka berenam kepada Hasan Al-Banna untuk bekerja demi Islam.
Dengan kefahaman yang jelas dan semangat yang tinggi, Hasan Ai-Banna mula mengumpulkan muslimin di atas fikrah yang dibawanya dengan penuh hati-hati dan tenang. Tanpa ada di sana sebarang kekecohan yang berlaku, beliau berjaya mengumpulkan ramai muslimin untuk menyertainya. Sesudah dua tahun berdakwah, beliau berjaya menubuhkan cawangan IM di Abu Suwair, Bor Said dan Al- Balah. Setahun kemudiannya beliau dapat menubuhkan sebuah cawangan di Swiss.Setahun kemudiannya jumlah cawangan IM di seluruh Mesir berjumlah sebanyak lebih kurang 10 cawangan dan sebuah ma`had untuk mentarbiyah akhwat yang didirikan di Ismailiah.
MATLAMAT IM
IM tidak mempunyai matlamat yang sengaja mereka reka dan ada-adakan, tetapi Islam telah mewajibkan umat Islam supaya mencapai beberapa matlamat. Mereka diwajibkan bekerja dan mengorbankan segala sesuatu yang berharga demi mencapai matlamat tersebut.
Hasan Ai-Banna telah mengatakan “Ringkasnya kita mahukan individu muslim, kerajaan Islam dan daulah yang memimpin negara Islam, Menyatukan umat Islam yang telah berpecah, mengembalikan keagungan mereka, menyerahkan kembali tanah air mereka yang telah hilang, watan mereka yang telah dirampas dan negeri mereka yang telah dirampuk. Seterusnya daulah tersebut akan bertanggungjawab memikul bendera jihad dan dakwah islamiah sehingga dunia akan bahagia dengan ajaran-ajaran islam”.
Beliau juga mengatakan “Kamu mestilah sentiasa ingat bahawa kamu mempunyai dua matlamat yang asasi:
1. Semua tanah air mestilah bebas dari sebarang kekuasaan asing dan ini merupakan hak yang tabi`e bagi setiap insane yang tidak akan diingkari kecuali oleh mereka yang zalim, kejam dan diktatur. Penjajah telah mewarisi kerajaan –kerajaan buatan,kesemuaini adalah penjajahan yang amat kejam.
2. Di atas tanah air yang telah bebasmerdeka ini mestilah tegak sebuah daulah islamiah yang bebas merdeka. Daulah yang mengamalkan hokum-hukum islam, melaksanakan system syariat islam, mengiklan dan mengissytiharkan prinsip-prinsip kaumiah dan menyampaikan dakwah islamiah dengan bijaksana kepada semua manusia. Selagi daulah ini tidak tegak semua umat islam adalah berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah Taala diatas kecuaian dan kelalaian merekadalam usaha menegakkan daulah tersebut.”
(5) ABU A`LA Al- MAUDUDI
PENGENALAN:
Beliau dilahirkan pada 25 September 1903H(1321M) di sebuah Bandar yang bernama Urnak Abad (أرنك أباد ) di dalam wilayah Hidar Abad Islamiah (حيدر أباد اسلامية ). Beliau membesar dalam keluarga yang mulia, terkenal dengan ilmu, warak dan bertakwa..Dinamakan Abu A`la dengan nama datuknya yang .tertinggi. Ayahnya seorang yang fakir, tidak memiliki sesuatu untuk menyenangkan anak-anaknya. Abu A`la pergi ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh 15 km.
Ayahnya bernama Sayyid Ahmad Hasan Al-Maududi, mempunyai pengetahuan tentang barat dan Islam.Beliau mula belajar di sekolah ( على كرة ). Beliau berhenti dari sekolah tersebut dan belajar di sekolah undang-undang . Beliau kemudiannya bekerja sebagai peguam tetapi meninggalkan kerjayanya untuk menumpukan pada ibadat dan pembelajaran. Abu A`la dilahirkan dalam fatrah tersebut. Ayahnya berusaha untuk mengajarnya ilmu-ilmu islam.Beliau tekun belajar bahasa arab sehingga mampu menterjemah buku-buku Qasim Amin kepada Bahasa Urdu dengan terjemahan yang baik.
Ayahnya meninggal pada tahun 1326H( 1917M).Sesungguhnya kematian ayahnya memberi kesan yang besar kepada Abu A`la Maududi. Beliau terpaksa berpindah dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari rezeki. Akhirnya setahun kemudian beliau bekerja sebagai penulis di suratkhabar. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke bahagian majalah mingguan. Umurnya ketika itu 17 tahun.
MENUBUHKAN JAMAAH ISLAMIAH
Abu A`la Al-Maududi menubuhkan Jammah Islamiah di atas asas untuk mentajdidkan Agama Islam seterusnya menghidpkannya. Beliau berpandangan bahawa seluruh tensga perlu dikorbankan untuk mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang asal.Hadaf Jammah Islamiah adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan islam yang berhukuh dengan Ai-Quran ,haduth Rasulullah dan amal salafulsoleh..Muktamar pertama bagi jammah ini telah di adakan pada 2 Sya`ban 1360H\ 1941M.
MANHAJ DAKWAH
Abu A`la Al-Maududi dalam dakwahnya telah menekan kepada dua perkara, iaitu:
1.sudut ruhi- beliau berpendapat bahawa tidak wajar bagi seorang muslim untuk menekankan pada satu sudut sahaja bahkan perlu memberi penekanan yang lebih kepada ruhi .Ini adalah kerana ia melibatkan hubungan manusia dan penciptanya.Baginya dakwah tidak memadai dengan memberi peringatan sahaja
2.sudut amali – Sesungguhnya manhaj yang berjaya tidak hanya berlegar si sudut teori sahaja bahkan menterjemahkannya dalam bentuk amali.Abu A`l` Al-Maududi memberitahu amal sehariannya dengan berkata setelah “solat isyak aku duduk menelaah buku sehingga masuk waktu subuh kemudian tidur sekejap sekadar mengambil tenaga . Setelah itu aku meneruskan kerja-kerja ku di pejabat.
Begitulah gambaran kegigihan Abu A`la Al-Maududi dalam dakwahnya . beliau adalah seorang pendakwah yang sanggup mengorbankan seluruh hidupnya untuk dakwah ini . Moga Allah mengurniakannya balasan setimpal dengan apa yang telah diusahakan.
PENUTUP:
Sesungguhnya tarikh dakwah adalah satu perjalanan yang panjang bermula dari perjuangan para anbiya` sehinggalah sekarang .Moga kertas kerja ini dapat dimanfaatkan oleh kita bersama dan moga-moga kita tergolong bersama yang masih lagi thabat di atas toriq dakwah ini. WASALAM.
RUJUKAN:
1.Istimrariatul dakwah
2.Ufuk Risalah Ta`lim - Said Hawa
3 As-Syahid Hasan Al-Banna - silsilah dekad
4.Mausuah Tarikh Islami - Safeer
5.Fi Maukib Al- Anbiya
LAMPIRAN
KURUN | TOKOH | PERISTIWA |
1 | Hasan Basri (110 H) | Peperangan Jamal |
2 | Abdullah Ibn Mubarak (118- 181 H) | Timbul aqidah sesat Kejatuhan khilafah Umawiyyah Tertegak khilafah Abbasiah |
3 | Al-Khazai (181- 231H) | Fitnah Khulukul Quran(golongan mu`tazilah) |
4 | Al-Asyaari ( 270- 324H)
| Fitnah Zanji Fitnah pemberotakkan Qaramithah ( Golongan Khawarij) |
5 | Al-Ghazali (450-505H) | Penguasaan Bangsa Turki Daulah Fatimiah di Mesir Daulah Bani Saljuk di Iraq. Serangan Salib Pertama |
6 | Al_Jilani (470-561H) | Kefasadan Daulah Bani Saljuk |
7 | Al- Izz Ibd Salam (578- 660H) | Serangan Salibiyyah Kejatuhan Baghdad Peperangan Ain Jalut |
8 | Ibn Taimiyyah (661-728H) | Serangan Tartar |
9 | Al-Asqalani (773-852H) | Kemaraan Timurlank (tartar) |
10 | Al- Hailani(909-973H) | Serangan Portugis |
11 | Ar- Raniri( 973- 1068) | Fitnah Wahdatul Wujud Penjajahan Portugis Kemaraan Belanda & Inggeris |
ss 12 | Muhd.Ibn.Abd.Wahab (1115-1206H) | Penjajahan Barat Kemuncak Khilafah Othmaniah Revolisi Perancis |
13 | Ahmad Ibn Irfan (1201- 1246) | Penjajahan Inggeris Zaman Pemerintahan Muhd.Ali Basya di Mesir. |
14 | Al-Maududi (1321-1396H) | Kejatuhan Khilafah Othmaniah Perang dunia I & II |