Ianya berlaku pada tanggal 10 Muharam. Pada tarikh inilah Allah telah selamatkan Nabi Musa dan kaum Bani Israil dan Allah tenggelamkan Fir’aun di Laut Merah.
💖 Firman Allah
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْن وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ﴿٥٠﴾ البقرة
Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan tenteranya sedang kamu semua menyaksikannya
Surah al Baqarah ayat 50
SEJARAH PENSYARIATAN PUASA ASYURA
Amalan berpuasa pada Hari ’Asyura telah bermula sejak dari zaman Jahiliyyah lagi bagi masyarakat Arab.
Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, Baginda ﷺ melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari ’Asyura, lalu Baginda ﷺ bertanya:
“ Hari apakah ini? ”
Mereka menjawab:
“Ini adalah hari yang baik, hari Allah selamatkan Bani Israil dari musuh mereka lalu Musa berpuasa pada hari itu”.
🌷Sabda Rasulullah ﷺ
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Maksudnya
Aku lebih berhak terhadap puasa Musa daripada kamu. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa.HR : Bukhari dan Muslim daripada Aisyah Ummul Mukminin
Setelah puasa Ramadhan difardukan, hukum berpuasa Hari Asyura telah bertukar menjadi SUNAT
🌷Sabda Rasulullah ﷺ
من شاء صامه ومن شاء تركه - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya
Barang siapa yang mahu, berpuasalah dan barang siapa yang mahu maka tinggalkanlah (berbuka)”.
HR : al Bukhari dan Muslim daripada Aisyah Ummul Mukminin
PUASA SUNAT 9 MUHARAM
(PUASA TASU’A)
Puasa Tasu’a ( تسوعاء ) adalah amalan puasa Sunat pada 9 Muharram iaitu satu hari awal sebelum puasa ’Asyura
Disunatkan puasa pada hari ini adalah untuk menyalahi amalan berpuasa orang orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
لمّا صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه، قالوا: يا رسول الله، إنّه يوم تعظمه اليهود والنّصارى، رواه مسلم
Maksudnya
Ketika Rasulullah ﷺ berpuasa pada hari ’Asyura, Baginda ﷺ turut mengarahkan orang ramai berpuasa lalu mereka berkata: “Ya Raslullah, Bukankah hari ini hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani”
HR : Muslim dari Ibnu Abbas
Maka Rasulullah ﷺ menjawab
🌷Sabda Rasulullah ﷺ
إذا كان عام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع، رواه مسلم
MaksudnyaSekiranya tahun hadapan jika diizinkan Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan”.
HR : Muslim daripada Ibnu Abbas
Ibnu Abbas berkata lagi
فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول الله ﷺ رواه مسلم
Maksudnya
Belum sempat munculnya tahun hadapan Rasulullah ﷺ wafat terlebih dahulu
HR : Muslim daripada Ibnu Abbas
Ulamak Feqah telah berselisih pendapat mengenai status Puasa Tasu’a dan ’Asyura
💙💖 PERTAMA
💛
Imam Syafie, Imam Ahmad,, Imam Ishaq dan kebanyakan ulamak dari mazhab Hanbali dan Syafie sepakat menyatakan bahawa puasa 9 dan 10 Muharam adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat sangat dituntut.
💙💖 KEDUA
💛
Sebaliknya Imam Abu Hanifah menyatakan ianya adalah wajib.
Pendapat yang menyatakan sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam ( tambah satu hari pada 11 Muharam ) adalah tidak kuat.
Menurut Adz Zahabiy,
Hadith Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam tidak boleh dijadikan hujjah.
Catatan
💙💚💖💛💜
Pendapat yang menyatakan sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam ( tambah satu hari pada 11 Muharam ) adalah tidak kuat.
Menurut Adz Zahabiy,
Hadith Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam tidak boleh dijadikan hujjah.
Ini adalah kerana hadith yang dipegang oleh pendapat ini terdapat perawi yang bernama
Adapun berpuasa pada 10 Muharam sahaja hukumnya MAKRUH kerana menyamai amalan berpuasa Orang orang Yahudi dan Nasara.
- Ibnu Abi Laila seorang yang buruk hafalan
- Daud bin Ali seorang yang tidak tsiqoh atau tidak boleh dipercayai.
Adapun berpuasa pada 10 Muharam sahaja hukumnya MAKRUH kerana menyamai amalan berpuasa Orang orang Yahudi dan Nasara.