Curo
Masih terngiang2 lagi bagaimana bunyi suara kau menjerit2 meminta pertolongan kerana terperangkap di lubang longkang yang dalam airnya. Setiap saat kami pasti mendengar suara kau merayu2 meminta pertolongan. Kami ingin tolong, tapi apakan daya. Itu di kawasan rumah jiran. Longkang jiran, dan jiran itu pula kebetulan tiada di rumah. Kami tidak boleh berbuat apa2 melainkan hanya mendengar suara kau meminta2 pertolongan.
Akhirnya setelah hampir 24 jam kau terendam di dalam air, jiran pulang dan mengeluarkan kau dari longkang tersebut. Kesannya besar sekali terhadap fizikal kau. Along ambil dan mandikan kau.. beri kau makan dan minum. Waktu tu, kami mmg tiada langsung pengetahuan tentang penjagaan haiwan seperti kau Curo.
Bila keadaan kau makin lemah, kami bawa kau ke klinik haiwan yang sepelaung sahaja jaraknya dari rumah kami. Doktor kata, kucing seusia kau ini kalau tiada ibunya yang menjaga, peluang untuk hidup dalam 20% sahaja. Aku terdiam mendengarnya. Aku tahu, ibu kau sentiasa ada di luar dan yang agak geramnya, dia hanya memerhatikan kau sahaja Curo.. tiada usaha untuk menyusukan kau langsung.
Dengan pengetahuan kami yang agak terhad, kami cuba juga untuk jaga kau Curo.. Hari ketiga, kami nampak kekuatan kau mula datang semula. Kau mula ingin bermain... kau mula memberi respon yang positif bila kami sentuh. Alhamdulillah... Along, Haiqal, Mama dan kakak mula tersenyum lega. Tiba-tiba kami ada sesuatu untuk dijadikan bahan sembang dan main.
Semakin hari, kesihatan kau semakin positif.. Bila Angah balik, Angah terus cari adik beradik kau yang lain. Angah ambil A'nger untuk dijadikan kawan kau bermain dan tidak kesunyian. Kekadang aku geram jugak dgn A'nger yang terlalu agresif dan suka membully kau Curo.. Terjerit2 kau meminta pertolongan. A'nger memang agresif. Seronoknya waktu itu. Kami terasa kau dah pulih walaupun kau hanya boleh bergerak pusing arah ke kanan sahaja.
A'nger yang membesar begitu cepat, kami hantar ke klinik untuk di vaksin. Kau tak boleh Curo sbb berat kau masih kurang dari 1 kg.
Rupanya disitulah segalanya bermula. Yang sedihnya, kami nampak kau mula perlahan... mula memandang dan merenung kami tanda sesuatu yg tidak kena dgn kau. Sesungguhnya kami tiada pengetahuan ttg haiwan seperti kau Curo. Kami ingatkan biasa sahaja. Kau buang air besar bercampur darah... kami ingatkan itu tanda biasa. Setiap hari, situasi kau makin pelik.. buang air besar bertabur2... dan kami masih ingat bahawa itu mmg kekurangan kau akibat lama terendam di dalam air dulu..
..dan....
sehinggalah kau tiba2 hilang terus kekuatan.. barulah kami tersedar yg sesuatu tidak kena dgn diri kau Curo.. Abang bawak kau ke klinik dalam jam 3 petang.. Veterinar kata, harapan kau terlalu tipis untuk hidup. Abang whatsapp kami sekeluarga memberitahu situasi kau.. kami terdiam kerana kami tersedar, kami lambat bertindak. Aku pulang dari kerja, aku lihat kau terbaring sepulangnya kau dari klinik. Abang dan kakak cuba memberi susu cair dgn menggunakan alat pump ke mulut kau... tapi keluar semula..
Bila kau tidak bergerak langsung, Abang dan kakak cuba sedaya upaya untuk membantu pernapasan kau.. Macam2 usaha yg mereka berdua buat Curo.. sehingga menggunakan pump tayar basikal utk bantu angin di muka kau.. Kami tiada pengetahuan "medic".. maafkan kami..
..sehinggalah tiba2 aku dapat panggilan telefon dari abang sekitar jam 7 pm, dgn nada sedih dan hampir menangis, abg beritahu; "ayah...Curo dah tak de ayah... Curo dah meninggal.."
Aku terhenti dari meneruskan kayuhan basikal... terdiam sebentar kerana tersentak dgn berita ini. Tanpa membuang masa, aku terus pulang ke rumah. Hati ini terkesan sepanjang mengayuh basikal pulang ke rumah.
Sesampai di rumah, Curo ku lihat dah di bungkus oleh Abang dan Angah. Ku buka bungkusan kain, Allahhuakhbar.... kau pergi jua rupanya. Selamat tinggal Curo...
Malam...Abang dan Angah menguburkan Curo di pasir pantai Tanjung Gemuk.
Selamat tinggal Curo.. Maafkan kami kalau kami ada terbuat salah dimana2 terhadap kau.. terima kasih kerana mengajar kami tentang beberapa perkara baru di dalam hidup.
Peliknya, kami sekeluarga tak pernah rasa sebegini bila makhluk seperti kau "pergi" sebelum ini. Biasa sahaja sebelum ini..
Tapi kali ni, kami menangis Curo... Airmata ku meleleh keluar.. sama juga dgn yg lain. Kubor kau kami lawat beberapa hari selepas itu dan sehingga hari ini, setiap kali lalu di situ, Haiqal akan tunjuk kpd aku, "itu kubur Curo..!!"
Untuk pengetahuan kau Curo... si A'nger agak kesunyian selepas ketiadaan kau. Kami lihat, dia kerap tercari2 kau.. sehinggalah Haiqal mengambil satu lagi adik beradik kau sebagai pengganti kau. Kali ni Haiqal yg bagi nama, "Boruto". Kami ikut sahaja.
Inilah Boruto.. tiada warna lain di badannya kecuali hitam.
Selamat tinggal Curo... untuk kau, ingin kami beritahu; "Walaupun kehadiran kau sekejap sahaja, tapi pemergian kau kami tangisi...kami terpandang2 lokasi yg selalu kau berada..cuma kali ni, kau dah tiada.."
Bye Curo..
Alladiin
Alladiin
Thursday, March 10, 2016
Friday, January 23, 2015
TOUR OF INDOCHINA
Bro,
Tak lama sebenarnya untuk kami merancang tour kali ni. Sebenarnya, TIC ini adalah plan B kami. Plan asal adalah Tour de Lombok Indonesia.
Entah kenapa, secara tiba2, kami mengubah haluan ke negara lain, iaitu mencari cabaran di negara yang payah dgn kemudahan makanan halal.
Di tour2 yang lalu, kami tiada masalah langsung dgn makanan kami. Di negara jiran kita, Indonesia, kemudahan makanan halal adalah lebih mewah
kalau nak dibandingkan di negara sendiri.
Di Indochina, sgt berlainan bro. Kelaparan, tiada tenaga dan stress, semuanya ada.
Berikut merupakan beberapa catatan dari catatan wa sepanjang tour yg telah kami lalui di bulan November 2014 yang lalu.
Untuk TIC kali ini, inilah basikal yang telah wa gunakan. Sejenis folding bike yang lebih popular di kalangan kami dgn panggilan "Amoi" kerana menjadi kegemaran awek china. Walaupun kecil, tetapi performance nya mengalahkan basikal MTB yg lebih besar. Sgt selesa di kayuh di mana sahaja kecuali di offroad.
Sebagai persiapan untuk flight, Amoi perlu dibungkus di dalam kotak.
Sebagai bekalan, sebelum tour, wa telah menukar matawang ke wang Lao (kip), Thai Bath dan USD.
Apabila sampai sahaja di airport Vientiane, perkara pertama yang perlu kami lakukan adalah memasang basikal masing2. Pelik jugak orang2 di airport tu apabila kami begitu tekun dgn tugasan ini.
Petang di Vientine, kami bersiar2 menggunakan basikal. Sebenarnya, kami mencuba basikal masing2 sebelum perjalanan yang jauh di hari2 mendatang.
Amoi di sekitar bandar Vientine, Laos
"Amoi di Sungai Mekong
Makan malam bersama pegawai dari Kedutaan Malaysia di Laos. Perkara yang sangat penting semasa bertouring adalah memaklumkan perjalanan kita kepada pegawai kedutaan. Mereka sangat membantu sekiranya ada masalah yg timbul semasa perjalanan nanti.
Di bawah ini adalah tulisan wa semasa kayuhan sedang berlangsung. Wa ada menulis jounal ini di satu page yang lain.
DAY 2
Day 2: Seawal 5.30am mulakan kayuhan. Hari ni akan melintasi sempadan ke Thai. Cuaca redup dan dingin. Lutut mula sakit di km 70. Rendahkan seat post sikit. Restoran halal tak jumpa langsung, mungkin tutup kerana hari ahad. So, maggi dan milo 3 in 1 jadi penyelamat
Di pintu masuk ke Thailand dari Laos. Di sini, kami telah di paw sebanyak 10000 kip = RM4
Di sempadan Laos - Thailand.
Kami kerap juga tersasar dari haluan semasa berkayuh. Itinerary yang disediakan oleh student wa dan google byk membantu kami sepanjang berkayuh.
Situasi tolong menolong apabila ada rakan yang ditimpa masalah merupakan perkara yang sangat penting semasa tour.
Di pintu masuk ke Thailand. Free entry..
Day Tamat kayuhan hari kedua. Lepak hotel rm25 sorang
Makan berebut begini yg menambahkan seri tour kami. Antara menu yg kerap dan terlalu kerap kami belasah adalah roti, maggi, ikan bakar dan buah2an. Masuk hari ke 4, kesemua makanan itu telah sampai ke level loya kerana terlalu kerap memakannya.
DAY 3

Day 3: Jalan agak sibuk pagi ni sbb hari bekerja. Mulakan kayuhan jam 6.30am = 7.30am waktu Malaysia. Kami masak sendiri sarapan. Telur rebus + maggi bosar. Alhamdulillah.
Day 3: Di Khon Khaen, tetiba jumpa muslim food. Belasah kaw2 sbb inilah makanan paling berat kami makan sejak tinggalkan Laos semlm.
Day 3: Cuaca yg extrem panas mula memberi kesan kepada kami semua. Ia ditambah pula dgn masalah makanan yang kami sedang hadapi, telah menjadikan tour kali ini betul2 mencabar ego kami.
DAY 4
Day 4: Hari ni kita mulakan kayuhan lewat dari smlm kerana ada ahli perlu ke tandas beberapa kali. Seperti biasa, stretching dan doa selamat akan mendahului yg lain.
Hari ni, kayuhan flat dan kengkadang ada sedikit pendakian. Cuaca terlalu panas sepanjang perjalanan sehingga ada ketikanya, kami 'barai' beramai2.
Kami agak laju dari kelmarin terutama ketika panas terik. Di penghujung destinasi, kami terlalu kerap berhenti utk mengelak halusinasi kerana terlalu lama di bawah panas terik. Kami check in hotel di pekan Prathai sekitar jam 3.30pm waktu tempatan.
Kesimpulan hari ni : mampuih...!!!
Day 4: Setiap kali nak bersembang dgn org tempatan, Google translate sgt membantu. Air kelapa muda rm1 sebijik dari nenek ni.
Day 4: Berhenti lagi utk lari dari bahang panas yg melampau.
Day 4: Semut penuh kat situ, tapi kerana terlalu panas, kami dah lupa semua tu
Day 4: Di Politeknik Khon Kaen, Thailand.
Day 4: Muka2 hampir barai....duduk satu kerusi, tapi minda entah ke mana....
DAY 5
Day 5: Sarapan masak sendiri. Roti, jagung, telur 3 biji utk seorang dan sos Brahim yg dibawa dari Malaysia.
Tqvm kpd cheff Alongpd Wdv dan pak lurah. Selera wa = tahap paksa sumbat je.
Doa kami agar semuanya lancar dan dilindungiNya. Amin....
Day 5:
Sampai ke destinasi. Di sebabkan terlalu lapar, kami "mohon" dgn tuan punya kedai utk masakkan seafood tomyam dan udang goreng di bawah seliaan rapi pak lan. Its not a muslim restaurant.. As usual, wa mmg kurang berselera utk makan semasa suhu badan masih tinggi.
Day 5:
5 org punya kos makan.
2 menu seafood. 5 nasi, air mineral sorang sebotol dan beberapa redbull. 295 baht = +-RM30. Murah siot..
Kesimpulan Day 5
Day 5: Rasanya, hari ni hari yg paling memeritkan. Sepanjang tour yg dah masuk hari ke 5 ni, kami tiada masalah langsung dgn jarak. Kesemua kami mmg tlh bersedia dari segi fizikal utk berbasikal melebihi 100km setiap hari.
Apa yg menjadi masalah besar kpd kami adalah cuaca yg ektrem panas yg boleh mencecah melebihi 40°c. Ada kalanya, kami terpaksa berhenti setiap 10km utk berteduh..dan kadang2 setiap 5km.
Waktu ni adalah musim menuai dan menjemur padi walaupun di Malaysia sekarang ni, hujan hampir setiap hari.
Sepanjang aktiviti tour di masa yg lalu, inilah kali pertama kami berkayuh dgn kelajuan purata melebihi 30kmh sehingga timbul istilah baru dikalangan ahli tour iaitu "tour race" dan bukannya "tour pace". Semuanya adalah utk melarikan diri dari bahang jalan naik ke badan.
Masalah ke 2 yg agak besar efeknya adalah tiadanya makanan berat utk kami. Sepanjang jln terlalu kerap berhenti membeli air manis, air tak manis dan buah2an. Itu saja.... karbo = yilek. Wa muntah bila sampai ke destinasi kerana melanggar nasihat doktor physio wa. " Jangan amik caffeine waktu tgh bersukan. Pantang paling besar tu." Tapi, wa belasah Nescape ais bila badan terlalu panas.
Kesimpulan hari ni = "siapo yg mandai2 ngajak wa touring ni haaaaa...!!!!! "
DAY 6
Day 6: Assalamualaikum. Kami andaikan hari ni as recovery ride. Jarak kayuhan hanya sekitar 80km. Ini bukan rancangan asal kami. Plan B bro. Sepatutnya, kami mula masuk ke Cambodia hari ni dgn jarak kayuhan 150km.
Disebabkan kami tidak menggunakan rest day kami di Prathai, maka kami mempunyai "buffer" sehari dan kami gunakan utk kayuhan recovery hari ni.
Harapan kami = " doakan kami selamat sepanjang perjalanan "
Day 6:
Berhenti carbo load dgn menu seafood lagi. Disebabkan kedai makan non muslim, as usual, pak lan akan perhati secara terperinci bila proses masakan berlaku.
Di sini, kelaparan tahap gaban bro...
Day 6:
Kesimpulan Day 6:
Hari ni, kami mulakan kayuhan agak awal iaitu sekitar 5.40am waktu tempatan = 6.40am waktu Malaysia.
Kesan dari sengsara kayuhan smlm masih menghantui beberapa ahli tour. Ia ditambah pula dgn hanya makan roti, buah2an dan minuman manis disebelah mlmnya. Pagi ni pula, kami tidak langsung bersarapan sebelum berkayuh.
Akibatnya, silalah lihat digambar. Barai bro.. Yg baiknya ttg Thailand ni, 7E berlambak2. Senang nak beli minuman dan makanan ringan.
Selepas bersarapan buah2an dan kacang, ceria kayuh mula timbul semula sedikit demi sedikit. Gelak ketawa dan usik mengusik mula kedengaran. Alhamdulillah..... Mulanya, risau gak wa. Almaklum lah, kami tiada support crew.
Terima kasih kpd pak lurah yg agak bertenaga hari ni. Banyak yg beliau bantu dlm serba serbi. Begitu juga dgn MS. Setiap kali kami berhenti, MS tetap ahead dari segi tindakan dgn mencari arah jalan dan lokasi hotel.
Kesimpulan hari ni : "kayuhan yg ada dgn rintangan angin kencang dari depan. Penat, tapi tidak sepanas smlm...den suko..."
DAY 7: Prasat ke Cambodia
Hari ni, kami mula memasuki ke negara Cambodia. Sudah tentu hati sentiasa tertanya2 tentang infrastruktur dan sosio budaya di sana.
Day 7 Prasat ke Cambodia
Ini adalah di pintu masuk Cambodia dari Thailand. Tip di sini agak simple, "cakap melayu dan JGN cakap inggeris. Buat bodoh je bila nak kena pau...senyum...akhirnya, diorg give-up"
Day 7: Prasat ke Cambodia
Lepak sambil mengisi borang imigresen.
Day 7: Prasat ke Cambodia
Di Cambodia, bila terlalu lapar, berhenti utk membeli air manis dan tak manis.. Org2 tempatan di sini sgt mesra dan agak merbahaya kpd lelaki "bujang" hahahaha...
Day 7: Prasat ke Cambodia
Kami berhenti sebentar bila lapar. Tembikai potong bro...
Day 7: Prasat ke Cambodia
Pelajar2 sekolah Cambodia pulang dari sekolah. Yg tak berkemampuan, hanya berjln kaki saja walaupun destinasinya agak jauh. Kebanyakan dari mereka agak pelik melihatkan basikal kami berkemampuan utk mengekori trektor di jalanraya
Day 7: Prasat ke Cambodia
Kami memulakan kayuhan pagi ini ketika suasana masih lagi gelap, sekitar 5.50am waktu Thailand = 6.50am waktu Malaysia.
Tidak seperti hari2 sebelum, hari ni, suhu agak dingin sepanjang kayuhan. Ada ketikanya, suhu berada di bawah 23°c. Air yg wa bawa hampir tidak terusik.
Kami langsung tidak bersarapan dan hanya mengambil roti setelah berkayuh melebihi 30km sebagai sumber carbo utk hari ini.
Ada 2 perkara yg menjadikan kayuhan hari ini agak bertenaga dan sukses.
Pertama, mlm tadi, kami makan berat setelah hampir 48jam hanya memakan buah dan air manis.
Sepanjang perjalanan, kami tak jumpa restoran halal sepanjang lebih 48 jam itu. Restoran2 yg di cadangkan oleh pelajar2 wa agak jauh lokasinya utk kami pergi menggunakan basikal.
Ke2, mlm tadi, kami berkesempatan utk menerima urutan satu badan. Walaupun ia tidak 100% seperti fisiotrapi ahli sukan, tetapi kesannya amat ketara.
Kami masuk ke Cambodia tanpa masalah langsung, cuma di pau oleh imigresen Cambodia sebanyak 100baht seorang = +-RM10.
Di Cambodia, ia merubah segalanya secara tiba2. Dua dunia berbeza. Sayu hati melihat suasana di sana yg mengingatkan wa ketika tahun2 60an dulu. Kanak2 ke sekolah dgn berselipar dll. Laungan "hello" terlalu kerap di laungkan oleh mereka, tak kiralah dari mana mereka nampak kami lalu.
Jarak kayuhan kami utk hari ini hanya sekitar +-90km sahaja walaupun ada niat di kalangan kami utk meneruskan lagi kayuhan memandangkan cuaca sejuk. Tidak berani kami utk mengambil risiko kewujudan hotel sekiranya meneruskan kayuhan.
Petang ni, kami hanya makan maggi dan biskut lemak sebagai sumber carbo. Harapan kami, semoga esok, kami tetap bertenaga utk berkayuh di hari terakhir trip ini iaitu ke Seam Reap, Cambodia. Aminn.... Salam..
DAY 8: HARI TERAKHIR-Seam Reap
Day 8: Seam Reap (tamat tour TIC)
Bro..
Meleleh air mata wa tatkala salam wa di balas oleh penduduk tempatan. Wa terlalu lapar dan bila kilometers2 terakhir, wa asyik berhalusinasi yg wa sedang makan nasi goreng kmpg dan telur dadar. (Hawaw kengkawan wasap yg asyik menghantar gambar makanan kegemaran wa).
Syukur alhamdulillah, akhirnya wa dpt order makanan kegemaran wa tu skrg.
Kpd kengkawan tour wa, wa mintak maaf kalau di akhir2 tour ni, lu org nampak wa lain sikit.
Kpd Pak Lurah, Rahman Madee, MS dan Alongpd Wdv, lu org sangat matang sepanjang tour terutama saat2 kita tertekan. Wa bangga ber"tour" dgn lu org. Semoga silaturrahim berkekalan ke akhir hayat.
Day 8 (Gambar dan ayat dari FB Along)
Misi tercapai....total kayuhan 788km 8hari...bnyk kenangan...pahittt....manisss....gelak....masam muka.....tak bocakap....loteh...sogalo ea ado...tapi biar gambar ni yg berbicara....tahniah buat MK, Rahman Madee, Ms n Yazid u ols d great
Day 8: (Gambar dan ayat dari FB Madee)
Day 8 15/11/14
Sie Reap
The first important thing that we must do when we reach SR is to find halal food.
Been on fruits diet since day before. Nasi goreng ayam,Lembu naik bukit and of course Nescafe 3 in1 from Malaysia
DAY 9: PULANG KE KLIA - TAMAT TIC
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Kami selamat tiba di KLIA. Tour of IndoChina melabuhkan tirainya. Berjumpa lagi di tour2 yang akan datang.
Assalamualaikum.
p/s: maaf sekiranya ayat bertabur kerana nota dibuat secara tergesa2 dan ada yang ditulis semasa tour berlangsung. Belasah je bro.

Subscribe to:
Posts (Atom)