28 February, 2020
Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak berbual di sini. kekangan masa betul-betul jadi punca utama saya tak dapat nak buat apa-apa di sini. maafkan saya. last update tahun lepas... saya masih meneruskan kehidupan sebagai seorang pesakit Rheumatoid. tapi keadaan dah semakin terkawal sekarang, ALHAMDULILLAH.
sebenarnya buka itu cerita utama saya. Jom, saya perkenalkan produk ketiga saya... NUR ASMA' ALIZA.
dah 9 bulan dia sekarang. lagi sekali maaf sebab lewat perkenalkan dia untuk semua kawan-kawan blogger. Asma' penghibur saya sekarang bila Batrisyia dan Qaireen sibuk dengan kehidupan remaja mereka sebagai pelajar. Asma' peneman saya, insya-Allah.
3 orang dah anak dara saya. Alhamdulillah. cuma special Asma'... dia ada lesung pipit di kedua belah pipi. cantikkan...
oklah, saya tak tau nak cerita apa sebenarnya, agak kekok sikit nak menulis dah rasa sekarang, mungkin sebab lama tak bercerita kat sini. insya-allah, saya akan asah semula bakat menulis ya... hahahahah
~mak anak 3~
09 April, 2019
Sekadar ingin bercerita. Sekadar ingin luahkan apa yang terbuku di hati. Pertengahan bulan 8/ 2018.. keputusan ujian darah menunjukkan saya positif Rheumatoid Arthritis. luluh rasa hati, rasa macam tak berpijak di bumi kaki ni. Dr. kata, saya mungkin kena makan ubat seumur hidup. Allahuakbar. Apa tu Rheumatoid Arthritis? mari saya kongsi artikel yang saya ambil dari myhealth.gov.my.
Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.
Ia bukan penyakit keturunan dan selalunya lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita dalam nisbah 3:1. Walaupun rheumatoid arthritis boleh bermula pada bila-bila masa, ia lebih kerap bermula dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun.
Mereka yang mengidap RA megalami kesakitan sendi yang selalunya lebih ketara pada waktu pagi. Sendi-sendi yang terlibat selalunya sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki. Sendi-sendi lain yang terlibat juga termasuk pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Sendi-sendi ini boleh menjadi kaku pada waktu pagi dan susah hendak bergerak.
Penyakit ini adalah suatu penyakit kronik di mana corak penyakit ini kadangkala terkawal dan kadangkala pula ia menjadi aktif di mana sendi-sendi membengkak dan sakit.
Komplikasi
- Kerosakan sendi
- Hilang keupayaan bergerak
- Hilang keupayaan berdikari
- Kesan sampingan ubat-ubatan. Oleh itu, perlu mengikut rawatan susulan yang diarahkan
- Penyakit kardiovaskular jika inflamasi penyakit tidak terkawal
Rawatan
- Penjagaan sendi yang optimum adalah mustahak
- Senaman sendi – ini adalah penting untuk mengelakkan kerosakan sendi. Boleh mendapat nasihat daripada jurupulih anggota
- Splint dan alat modifikasi. Rawatan dan rundingan dengan jurupulih cara kerja adalah penting untuk memberi tunjuk ajar perlindungan dan penggunaan sendi yang lebih berkesan, juga bagaimana untuk menjalankan aktiviti seharian.
- Ubat penahan sakit seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs)
- Ubat-ubatan untuk mengelakkan kerosakan sendi (disease-modifying anti-rheumatic drugs) seperti sulphasalazine, methotrexate dan leflunomide – ia tidak bertindak serta-merta. Antara ubat-ubatan terkini adalah ubat biologik tetapi kos rawatannya adalah sangat mahal.
- Steroid – ubat ini kadangkala diperlukan untuk meredakan keradangan atau sementara menunggu ubatan DMARD bertindak.
- Ia tidak digunakan secara berpanjangan disebabkan kesan- kesan sampingan.
- Pembedahan – kadang-kadang diperlukan bagi kes-kes tertentu di mana terdapat kerosakan sendi yang teruk
Rehabilitasi
- Amat penting untuk mengelakkan kecacatan yang kekal
- Tunjuk ajar dan bimbingan daripada jurupulih anggota dan cara kerja tentang cara untuk menggunakan sendi dan memberi perlindungan yang sewajarnya
- Perlu tekun menjalani aktiviti rehabilitasi dan mempunyai sikap yang positif
- Perkhidmatan rehabilitasi boleh didapati di hospital kerajaan
Walaupun rheumatoid arthritis tidak boleh dielakkan, pengenalan dan diagnosa tepat adalah penting agar pesakit boleh mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang sesuai dan dengan kadar yang segera. Doktor anda boleh membantu anda menjalani ujian-ujian yang sewajarnya.
Menyeramkan bila baca. Saya asalnya sebelum mendapat rawatan, saya langsung tak boleh berjalan, hinggalah saya terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit. Sebulan juga saya bergantung pada ubat tahan sakit. akhirnya dila sudah di diagnos saya positif Rheumatoid, dan dapat ubat yang sepatutnya.. Alhamdulillah sakit dah semakin berkurangan. Doakan saya kuat ya....
On 11:45:00 AM by Aliza in 4th, AdikBatrisyia, AdikQaireen, Alizajunior, mengandung, selepas11tahun No comments
Bismillahirrahmanirahim....
Selepas menyepi hampir 2 tahun dari berblog, saya datang lagi. bukan lupa.. tapi entah, agak malas untuk menulis. lagi-lagi bila dah ada Instagram dan Facebook ni. nampa sangat arena blogger ni dah tertinggal jauh ke belakang.
Pagi ni tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi cerita. Hanya berkongsi di sini saja.. di Facebook atau Instagram langsung tidak.
Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. saya tak pernah sangka untuk semua rezeki ni.
Bulan 8 tahun lepas dapat berita yang mungkin gembira... Alhamdulillah, saya positif mengandung. Selang selepas 2 tahun keguguran, Allah beri lagi sekali rezeki ini. Asalnya saya dah berputus asa, dan jujur saya cakap, dalam setiap doa saya sudah tiada mohon beri zereki anak lagi. saya dah redha yang anak saya hanya Kak long dan Adik saja ketika itu.
Tapi siapa saya untuk menidakkan kuasa dan REZEKI Allah. Kun Fa Ya Kun. Maka jadilah ia. tiada siapa yang tahu, lama juga saya berdiam diri dari memberi tahu suami. Bukan apa, saya takut peristiwa lama ladi lagi. keluarga dan kawan-kawan apatah lagi. Saya simpan sendiri. mujur alahan tak teruk.
Akhirnya saya berkongsi dengan suami dan beberapa orang teman. Alhamdulillah.. gembira mereka. Keluarga?? ramai yang dapat tahu semasa saya konvo. huhuhu.... tercapai juga hasrat untuk konvo bersama-sama baby dalam perut, hahahahahhaha...
Tak banyak yang nak kongsi, cuma nak kongsi berita gembira ni je.. Alahan, saya tak terus sangat, mengidam pun takde yang pelik-pelik. Alhamdulillah. cuma berat badan kali ni tak naik begitu mendadak macam masa kak long dan adik. sekarang berat badan masih di bawah 60kg.
Minggu ni dah cukup 36 minggu. maknanya dah 9 bulan kendungan saya. tak lama lagi lah, lelahnya hanya Allah yang tahu... insha Allah saya bertahan hingga bersalin.
Korang semua tolong doakan saya ya. Rezeki selepas 11 tahun kelahiran adik. apalah kejadiannya nanti ya... hanya Allah yang tahu... Doakan saya ya....

Budak kecik masa 7 atau 8 bulan. tak ingat dah |

03 October, 2017
Bismillahirrahmanirrahim.
Entri terperuk lama, nyaris jadi pekasam. kalau jadi pekasam ok juga, ada juga gunanya. kalau entri jadi pekasam apakah kejadiannya.
meh nak kongsi. Saya kan, kalau makan nasi menu sup tulang, mesti kena pandai cari lawannya, supaya sesi makan-makan tu menjadi hebat. selalunya saya akan kawinkan sup tulang ni dengan sambal belacan, belacan sabah hokay ikan masin perah limau, dan ulam-ulam. peghhhh... kalau ada telur dadar pun ok juga. Tapi rasanya kombinasi keempat-empat menu ni pada kami anak beranak memang dah boleh buat peluh merecik hahahahha.
meh kongsi, korang kalau makan sup tulang apa lawannya? boleh saya try nanti, mana tau lagi power.
nampak tu..nampak tu |
sup tulang ni, tabur daun sup, daun bawang banyak2.. baru harum |
sambal belacan, kalau kak long Batrisyia yang tumbuk memang aumm |
ni antara ulam-ulam yang kami makan |
ini paling win. ikan masin beli dari sabah. sebungkus RM1 sahaja. sebungkus tu ada dalam 4-5 ekor |
Ok, selamat menjamu mata. jangan lupa kongsi tau, korang makan sup tulang lawan dengan apa...
#perutkenyangsenanghati
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
Sedih. Jangan lama.4 months ago
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20168 years ago
-
hati hati8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
cribriform9 years ago
-
-
-
-
-
-
MH37010 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-