31.8.08

Merdeka dan Ramadhan

Salam semua...

Sejarah
bagi mereka yang peduli - Sejarah bukan untuk dibanggakan semata-mata tetapi juga untuk diteladani
bagi mereka yang tidak peduli - Sejarah bukan matapelajaran sekolah wajib-dapat-'A' semata-mata tetapi untuk dihayati

di kesempatan ini, Empunya Laman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan.

Jgn lupa tarawikh malam ni. nak tengok bunga api? boleh tengok kat tv, kan. :P

29.8.08

Keluarga Palsu

slm semua...

mahu kenal siapa Angah, Along, dan Daddy?

mahu kenal keluarga palsu tapi benar Empunya Laman?

sila layari laman ini.



:anongnangyari:

19.8.08

Let's Pretending...

Salam people...

Thursday
shock
gone
sad
very sad
helpless

Friday
i-Quest
emotionally drained
sober
akil hayy
handsome
raihan
happy
excited

Saturday
heartless
lucky

Sunday
coincidence
helpful
alone
free
peace
~lalala~


"word explains everything..."

14.8.08

kenapa...

salam...

angah g syria ahad ni...


xpasti

i hate farewells...

salam people...

today's thursday
Hana's last day
here in IIUM

all of the sudden
out of the blue
she's leaving us
xpasti
sedih
sad...

she's offered to further her studies
in dentistry
in Egypt

that's far away
sooo far away

we had sate last night
all of us were there
wishing congrats and thank yous

i was touched by the moment
...

gosh..
it's hard to find
someone like you
these days

i love you, Hana
i love you with all my heart
and now you're leaving
bringing a piece of my heart with you
to somewhere far from here
there's nothing for you but that small piece
keep the precious piece safe with you
please...

people,
i told you before
i don't like giving love
it hurts when its gone
it hurts me badly

i hate farewells
goodbyes
...

i love you, Hana.
we all gonna miss you.
take care.
hugs and kisses for you.
xoxo

hana's with brown hijab


p/s: Angah pun akan pergi tak lama lagi...

11.8.08

Ini Serius...

salam semua...

Alhamdulillah, akhirnya konvensyen selesai dan semuanya berjalan dengan baik. Terasa berbaloi segala kepenatan yang dihadapi sepanjang persiapan program ini selepas melihat maklumbalas daripada para peserta. Walaupun ada kekurangannya, Empunya Laman berpuas hati dengan segala usaha para komiti. Program satu hari yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11 malam ini benar-benar menguji daya ketahanan mental, fizikal, dan emosi. Allahu Akbar!

Konvensyen ini terbahagi kepada dua sesi – sesi konvensyen dan sesi forum. Keadaan agak bercelaru di awal program memandangkan tenaga kerja yang kurang. Tetapi, alhamdulillah, segalanya dapat diperbaiki sedikit demi sedikit hingga program tamat. Empunya Laman sendiri tidak menang tangan untuk menangani segala macam hal. Takpe, segalanya sudah selesai. Sekarang, kerja yang tinggal hanya laporan program. Ini pun takpe. Ini kerja setiausaha. jelir

Sudah lama Empunya Laman tidak menyertai majlis ilmu sebegini. Empunya Laman bersyukur yang amat kerana diberi peluang untuk berada di konvensyen ini. Serasa macam mahu jadi peserta sahaja sepanjang program. Rugi rasanya tak dapat mengikuti secara langsung sesi pembentangan Prof. Yaakob Isa, Prof Abu Bakar Hamid, dan Cikgu Hafezi. Di celah kesibukan, Empunya Laman sempat ikuti bersama pembentangan beberapa slaid oleh pembentang. Walaupun sekejap, sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja dengan pengisian yang mereka bawakan.

Itu perihal sesi konvensyen. Sesi forum pula diadakan pada malam hari. Alhamdulillah, Empunya Laman dapat ikuti sesi forum ini dari mula hingga akhir. Yang menariknya, szakif yang menjadi moderator bagi forum ini. Beliau nampak sedikit kekok ketika mengendalikan forum ini. Mungkin kerana penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan menyulitkan beliau.hehe..maklumlah, universiti kami sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. maka, berbelit dan tersasul tutur katanya. takpa, berani mencuba daripada malu berbahasa ibunda. jelir

Seusai sesi forum, Empunya Laman sempat bersembang bersama Cikgu Hafezi dan saudara Safwan. Mereka berdua merupakan wakil dari Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM), Kuala Lumpur.

Empunya Laman meminta pandangan Cikgu Hafezi tentang penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang kini kerap di'melayu'kan oleh masyarakat setempat. terpanggil untuk menanyakan soalan ini sewaktu Empunya Laman terbaca sebuah artikel daripada seorang pembaca akhbar bahasa Inggeris yang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap DBP yang membenarkan penggunaan beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti istilah budget kepada 'bajet' dalam penggunaan Bahasa Melayu terutama sekali dalam urusan rasmi. sila baca semula, ya..AKHBAR BAHASA INGGERIS. Menurut beliau lagi, mengapa digunakan perkataan 'bajet' walhal perkataan 'belanjawan' lebih sesuai digunakan.

Menurut Cikgu Hafezi, di pihak DBP dan IPBM, itu bukan satu masalah. Penggunaan bahasa asing ini dipanggil 'serapan bahasa asing' dan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu kala. Prof. Yaakob Isa ada membentangkan penggunaan bahasa asing seperti Sanskrit, Jawa, Belanda, Arab, dan sebagainya ke dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini bukan menunjukkan bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai bahasa, tetapi cara ini memperkayakan lagi Bahasa Melayu yang bahkan pernah menjadi lingua franca atau bahasa antarabangsa pada satu masa dahulu. Walaubagaimanapun, sambung Cikgu Hafezi lagi, serapan ini biarlah berpedoman dan bukan sembarangan. mengulas penggunaan istilah 'bajet', istilah tersebut ada diletakkan di dalam kamus DBP iaitu kamus bahasa rojak. Perkataan 'gue' yang membawa maksud 'aku' juga ada di dalam kamus tersebut.

Kita ambil contoh ayat di bawah:
BM rasmi: "Saya hendak pergi ke tandas." OK.
BI rasmi: "I want to go to the toilet." OK.
BM rojak: "Saya hendak pergi ke toilet." OK lagi...
BM rosak: "Saya wanna go to tandas." err...apa pendapat anda?
BM rosak(dengan izin, istilah ini hanyalah rekaan semata-mata) - penggunaan dua bahasa dalam satu ayat. apa pendapat anda? Kata Cikgu Hafezi, orang yang bercakap dengan dua bahasa dalam satu masa disifatkan sebagai kurang keyakinan. Empunya Laman berpendapat, ini mungkin kerana ketika bercakap, otak berfungsi untuk menterjemahkan kedua-dua bahasa dan ini sebenarnya memeningkan dan merunsingkan orang yang bercakap itu.

Maka di sini Empunya Laman dapat membuat kesimpulan bahawa kita boleh menggunapakai istilah Bahasa Inggeris seperti 'bajet', 'implimentasi', 'serius', dan banyak lagi tetapi biarlah berpada. Janganlah sampai semua perkataan Inggeris kita 'melayu'kan kerana nanti bisa melayukan lagi bahasa kita yang sekarang ini sudah diancam penggunaannya. Dengan itu, Empunya Laman akhiri dengan petikan kata-kata Munsyi Abdullah,
"Bangsa yang paling bodoh ialah bangsa yang tidak menghargai bahasa sendiri."

Tanpa bahasa, tiada bangsa. Tanpa jati diri, tiada identiti.



p/s: oh ya..Empunya Laman tambah satu lagi kategori di laman ini. kategori 'ini serius' (ajuk cakap Abg MK macam dalam cerita kartun Wonder Pet. jelir)

7.8.08

bzzz...

salam...

..3 quizzes..
..konvensyen..
..futsal..

being blur and unfocused for almost the whole week..
:tsk:

can i quit futsal? i play suck..please..
:puppyeyes:
to those who noticed..thank you for your concern. as always, please ignore me. senyum

5.8.08

The True Happiness

salam people...

below are my notes on today's subject: UNGS 2050K - Ethics and Fiqh in Everyday Life.
let us wonder for a moment, shall we? kenyit

questions:
  • is there an absolute good or bad, or is it relative, related to our basic needs, related to our expediency?

  • from where usually we know what is good and what is bad? is it from the religion or the works of the human mind?

  • can the human mind know the absolute good and the absolute bad?

  • why do we need to know what is good and what is bad?

answers? i bet all of you can answer all the questions on your own. senyum


throughout the one-hour class, Ustazah Zakiah popped up a question and wrote on the board.. - this is my favourite part.

the question was:
"what is happiness in Islam?"
and she said:
"the true and complete happiness is when He Accept us as His servant."

oohh...that's strike me straight to the head! sengal! and i just realized..that is the thing i've been working for..which was back then. and now..now? still working on it but not as hard as last time. things change - the atmosphere, commitment, and social..it's different now. i have to cope with that. and i feel the loss.. dan rasa sakit banget...

sometimes, i don't know where i am now. the feeling of lost and confused is haunting and bugging me and that is bad. i miss the 'spiritual touch' like usrah (to those who don't know - usrah is where a group of people meet and discuss about thoughts, current issues, and spiritual and motivational matters) and tazkirah. you know, usrah is the place where to 'recharge' our empty hearts. alhamdulillah, me and my fellow friends are trying to work it up. even my classmates have started the tazkirah session. good for them and us. yeay!




p/s: i need to 'recharge' myself. chaiyok2, girl!! :astig:

2.8.08

kembali ke Syurga

salam semua...

setelah sebulan bertarung secara mental, emosi, dan fizikal di Kuantan, Empunya Laman pulang ke kampung halaman demi mengubat kerinduan dan mencari ketenangan.


oh, rumahku Syurgaku. :woooh:

buat pertama kali Empunya Laman bertolak pulang pada awal pagi iaitu pada jam 9.30. selalunya pulang petang. terima kasih yang teramat buat kak Ela dan maaf atas segalanya. huhu
terima kasih juga kepada Along yang sengal atas pembelian tiket.

OK, sampai sahaja di Pekeliling, Empunya Laman mengambil keputusan untuk mengubah haluan perjalanan pulang. kebiasaannya apabila sampai di Pekeliling, Empunya Laman akan menaiki monorel ke KL Sentral dan seterusnya menaiki komuter ke stesen UKM. tetapi kali ini, Empunya Laman menaiki STAR-LRT ke stesen Tasik Selatan dan transit komuter terus ke stesen UKM. jadi, terpaksalah Empunya Laman korbankan hajat untuk berfoya-foya di KL Sentral.

ternyata, keputusan ini ada imbalannya. hehe..lagipun, setiap perkara itu kan ada hikmahnya. kenyit hikmahnya, Empunya Laman dapat menjimatkan masa dan yang paling penting sekali, menjimatkan perbelanjaan tambang sebanyak RM 2! sangat bagus!! dapat la Empunya Laman beli dan makan cekodok lima biji dan donat tiga biji sambil menunggu Ayah di stesen komuter. sengihnampakgigi

sampai sahaja di rumah, hirup udara segar dan aroma rumput menusuk hidung. alhamdulillah. ucap salam "Assalamu'alaikum" dan Kak Su menjawab dengan nada girang "Wa'alaikumussalam" sambil membuka pintu. kulihat Hafiz merangkak menuju Kak Su. oh..terubat rinduku. love

kemudian, aktiviti pertama yang Empunya Laman lakukan ialah menonton televisyen. sempat la tonton dua filem inggeris. sangat seronok!!

petangnya, Mama dapat tangkap seekor ikan patin yang subhanallah..besar saiznya di kolam depan rumah. MasyaAllah! hah


bangun tidur pagi tadi, dengar bunyi burung mengicau..subhanallah walhamdulillah...tenang.

sukar untuk Empunya Laman dapatkan ketenangan sebegini di Kuantan. dulu senang. tapi sejak propaganda melanda ditambah pula bau kurang enak yang datang entah dari mana, ketenangan itu tiada. kacau. :ayokona:

tidak mengapa. kembalinya Empunya Laman ke Syurga untuk menikmati ketenangan ini. :wala: walau sekejap cuma, syukurlah. pulang ke Kuantan nanti, Empunya Laman kembali sibuk. ada tiga kuiz minggu hadapan. hujung minggu hadapan pula ada konvensyen bahasa dan rehlah. minggu satu lagi Empunya Laman terlibat dengan program anjuran WacKoS.

sibuk atau tidak, yang penting kita nikmati setiap saat yang diberiNya. ops..terasa. :sorry: huhu.. lagi satu sebab Empunya Laman pulang ialah kerana Empunya Laman mahu belajar menjadi rajin semula. huhu :tsk:

di kala menaip tulisan ini, szakif menyapa di YM:
"oit balik kuantan. kat sini meriah2. macam2 ade. lalala~"

baharu Empunya Laman teringat. hari ini di Kuantan ada ARC Biggest Day. szakif menang dalam pertandingan memasak. tahniah buat kamu! tepuktangan esoknya pula ada Hari Sukan Kuliah Sains. agak terkilan juga kerana tidak dapat sertai dan wakili rumah sukan kebanggaan Empunya Laman iaitu Coral. silap komiti juga sebab lambat keluarkan iklan. isk..

tapi tidak mengapa, szakif. keseronokan dan kegembiraan di sana tidak sama dengan nikmat ketenangan yang Empunya Laman kecapi di sini. :inlove:


di akhir tulisan ini, Empunya Laman insafi diri dengan sabda Rasulullah:
ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
bacalah dengan latar lagu Raihan. baharu masyuk. kenyit


p/s: malam ini ada filem Happy Feet. Empunya Laman sudah tonton tapi mahu tonton lagi. peace