7928 email setakat ini tercatat dalam
inbox gmail 2009 ke bawah. Betapa kalau kita kumpulkan segala memori dalam kepala otak kita, mesti tak cukup ruang. Email ni sebenarnya salah satu dokumentasi yang menarik untuk kita imbau kembali apa yang kita lakukan hari yang lepas, minggu yang lepas, bulan yang lepas mahupun tahun yang lepas. Cara kita imbau kenangan melalui email ni samalah gayanya bila kita lihat balik foto-foto kenangan dalam fail elektronik. Al-maklum, zaman sekarang semua dah digital. Al-Quran pun dah lama ada versi digital.
Selamat mencuba.
Hanya satu panggilan tak terjawab. Macam panggilan di akhirat. Tapi kita tahu ada panggilan 2009 begitu sentimental untuk aku. Banyak perkara yang aku belajar daripada persekitaran. Daripada props persekitaran dan juga manusia di sekeliling. Aku sangat menghargai setiap yang mengelilingi aku. Dalam tempoh 20 tahun, sukar sebenarnya nak menjelaskan betapa perlunya kita menghargai kehidupan yang dianugerahkan-Nya. Bermula 2006, aku mula mendekatkan diri dengan kehijauan alam. Merapati dan menghayati keindahan alam semula jadi. Mendaki gunung permai, menghirup udara segar yang percuma dan kaya dengan oksigen. Aku memang tak tersilap langkah. Sejak daripada itu, aku mula kenal minat yang baru. Sedikit sebanyak mencungkil minat yang sebelum ini aku tak pernah tahu. Perasaan teruja dan puas telah banyak memberikan aku motivasi dalam diri dan mengerakkan sedikit demi sedikit titik usia yang dulu mungkin agak statik. Titik itu kemudian membawa aku ke posisi yang seterusnya. Membuatkan matlamat hidup semakin jelas.
Mengembara itu sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Pengalaman daripada setiap satunya sangat berharga. Pilihan kita sangat mudah. Sama ada mahu atau tidak mahu. Mudah.
Benar kata orang, kalau kita bosan, sebenarnya kitalah yang membosankan. Berpegang dengan kata-kata itu, hampir penghujung 2009, aku mula megubah paradigma. Lebih fleksibel, lebih menghargai dan lebih menghayati. Tiga pucuk utama ini telah memberikan aku banyak perubahan dalam menjalani kehidupan untuk tempoh masa sekarang. Aku berharap supaya rentak ini sentiasa menjadi alunan yang merdu didengar untuk tempoh akan datang.
Mencari adalah satu tindakan yang pokok. Daripada proses mencari, kita akan mendapat sesuatu yang dihajati. Yang pasti kita akan terjumpa dengan pelbagai cerita dan pengalaman baru pastinya. Pengalaman dan cerita yang kita tak pernah jumpa sebelum ini. Sesat bukan alasan untuk kita berhenti mencari. Setiap yang berlaku mempunyai jalan penyelesaian. Tarik nafas, dan hembus lega. Positif.
Masalah yang berlaku adalah rempah dan rencah kehidupan. Pedas tapi puas merasainya. Macam sambal belacan, pedas mengigit tapi masih hendak dicolet masuk ke dalam mulut. Sebab puas. Kepuasan adalah kejayaan akhir yang akan kita nikmati, seiring dengan konsep buat sehabis baik.
Yang dapat disimpulkan untuk bantal 2009 yang selalu membelai tidur aku dengan aman ialah memang empuk! 2009 mencatatkan banyak perkara sentimental. Beberapa misi solo berjaya dijalankan. Penghujung 2009 banyak yang tercapai. Dapur baru antaranya. Selepas ini, dapur baru ini bakal menjadi perantaraan dalam setiap bingkai kenangan yang bakal dicipta untuk 2010. 2009 memang empuk!
Email tak kira gmail atau yahoo mail atau oovoo atau sebagainya, hanyalah satu simbolik. Simbolik kepada bagaimana minda kita berfungsi menanam memori dalam sereberum. Uniknya, sereberum kita tak akan menerima spam. Masih lagi boleh delete mesej dan menjalankan aktiviti notifikasi kalau ada email baru. Jadi jangan cuba matikan sel-sel otak dengan benda-benda tajam yang dapat meletupkan otak. Haha