Showing posts with label Zulfa. Show all posts
Showing posts with label Zulfa. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sambutan Harijadi Along Ke-4

assalamu'alaikum...

ini sepatutnya n3 sebulan lepas..
sebab beday Along 11 Mei..
tapi, macam yang puanAA bgtau sebelum ni, masa tak mengizinkan untuk mengarang panjang2..

sempena beday Along yang ke-4, puanAA memang niat nak buat sambutan kat tadika dia..
saje nak seronok2, bagi Along hepi sambut beday dengan kengkawan..
cuma, puanAA harap, puanAA tak terbersalin awal..
almaklum la, EDD puanAA 18/5..
tak jauh jaraknya dengan 11/5..
lagipun, bab2 bersalin beranak ni, bukan boleh kita jangka, kan??

barang2 untuk goodie bags dah siap beli awal2 lagi..
tapi, sehari sebelum sambutan tu, baru ler puanAA packing..
dalam goodie bag tu ada..
satu air kotak laici

sebungkus blueberry swiss roll

sebungkus keropok tam tam
2 batang lollipop

jangan marra aa.. memang ini bukan ler senarai makanan yang sihat lagi menyihatkan..
tapi, budak2 dan mak budak jugak kan suka cikedis canggini.. hehehe..

goodie bags untuk kekanak ribena

beday Along tahun ni jatuh pada hari jumaat..
nasib tak berapa baik, hari khamis Along demam..
pagi jumaat tu, puanAA bgtau pada Along, tak payah sekolah ler..
tapi dia nak pegi jugak..
Along memang jarang nak ponteng sekolah..
sebab dia seronok main2 dengan kengkawan..
tambah pulak dia tahu yang hari tu ada 'something' yang ummi dia nak buat..
lagi ler dia meronta2 nak pegi sekolah..

pukul 9++, puanAA pegi tadika Along..
puanAA bawak salah satu beg besar yang berisi goodie bags, sekali, tak sampai 2 meter berjalan, belum pun masuk pagar tadika, habis semuanya terburai..
tali beg tu putus & beg tu koyak..
nasib baik barang2 tu tak masuk dalam longkang..
kebetulan ada sorang mak budak tadika tu yang baru nak balik, dia la yang tolong puanAA angkat barang..
disusuli dengan cikgu2 tadika yang tolong angkat barang jugak..
bila puanAA bawak jer kotak kek, semua bebudak menjerit..
riuh-rendah satu sekolah..

puanAA masuk kelas Along, puanAA tengok Along still tak bermaya..
rupanya baru lepas muntah..
sian anak ummi..
demam di harijadi..

kita layan gambar2 sambutan kat tadika Along..

kek oren (Along peminat tegar Dora)

semua tak sabor nakkan goodie bag

budak 2 org tepi Along tu dah berkali2 'dihalau' ke tepi oleh cikgu, tp dtg balik..

budak baju biru tu tiup satu lilin

makin lama budak tu makin dekat

dgn sebahagian cikgu Along (budak tu enteprem jugak)

goodie bags diagihkan

beday girl tak bermaya

sempena hari guru 16 mei, puanAA dah siapkan cenderahati untuk cikgu2 Along..
puanAA bgtau cikgu, Along terpaksa bagi hadiah kat cikgu awal sbb takut ummi dia terbersalin awal, sebelum hari guru..

mug yg ditampal mutiara kata & dlmnya ada coklat2

ini ler sambutan harijadi ala kadar untuk anakanda tersayang..
moga along menjadi muslim yang solehah..
jangan nakal2..
dengar cakap walid & ummi, okey..
moga along menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat..
ummi doakan along sentiasa sihat, ceria & bahagia di bawah limpah rahmat dan kasihNya..
moga perjalanan hidup along dipermudahkan & diberkati oleh Allah S.W.T.. amin...


wallahu'alam.....


Saturday, June 9, 2012

Hari-hari di Wad

assalamu'alaikum..

lama tak update blog..
hati mmg meronta nak kongsi2 story..
tapi banyak bebenor halangannye..
alasan fevret, "takde masa"..
maklom la, skrg kan puanAA dah kojer.. maner ader mase..
tambah pulak, skrg ni terpaksa berebut laptop..
ader yg nk tgk fesbuk, ader yg nk tgk dora the explorer, ader yg nk tgk upin-ipin..
maka, puanAA yg berhati mulia ni mengalah ler..
takpe, nnt puanAA simpan duit sikit2 beli laptop sendiri..

menurut tajuk di atas, dapatlah disimpulkan bahawa banyak hari iaitu berhari2 puanAA kena bermastautin dalam wad..
dan duduk dalam wad tu bukan ler satu benda yang best lagi mengebestkan hokey!!
walopun ader privacy & dapat makan free, tak cukup jugak untuk buat puanAA teruja dok dalam wad & tak cukup jugak untuk menghilangkan rindu puanAA pada anak2 kat umah..

22 APRIL - Ahad ...
ayah puanAA terpaksa datang dari tanjung malim ke miri.. urgent..
sbb along & angah muntah2 & cirit-birit sejak 2 hari sebelum tu lagi..
angah ritu sampai tak boleh minum apa langsung..
asal minum je, muntah..
tak kira la minum susu ke, ayor masak ke, teh ke, semua kuar balik..
toto, kusyen, bantal, tilam semua penuh dgn muntah angah..
tuanA pegi kursus kat kuching..
puanAA pulak bengkak sebelah mata sampai berair..
mata kiri tu mmg tertutup terus..
sbb tu puanAA tak berani nak drive bawak anak2 pegi spital..
then, ayah kata, ayah nak dtg memandangkan semuanya tak sihat..

elergik eyedrop


Kemasukan 1
23 APRIL - Isnin ...
kami semua pegi poliklinik miri..
muntah & cirit along dah kurang..
jadi doktor just bagi ubat..
puanAA, depa bagi ubat titis mata..
tapi kena follow up slps 3 hari..
dan dapat jugak MC 3 hari..
angah, doktor ckp kena masuk wad..
sebab muntah/cirit tu dah masuk 4 hari..
puanAA tanya, "kalau tak masuk wad tak boleh ke?"
depa kata better dok dlm wad sbb senang nak monitor.. akur!

mula2 angah kena pasang drip..
sedih nengok tangan kecik tu dicucuk..
tambah pulak angah menjerit2 meronta2..
apakan daya, ummi boleh tgk aje..
lps masuk 'air', depa bawak pi wad kekanak..

angah masih macam biasa, dok cirit-muntah..
tapi kecergasan dia tak macam budak2 sakit yang lain..
dia taknak dok kat katil..
satu wad dia pusing melawat kawasan..
tak larat nak ikut..
las2, puanAA tengok dari jauh je..
maklom la, puanAA masa tu pun dok tunggu hari je lagi..

24 APRIL - Selasa ...
pagi tu pakar datang cek angah..
katanya angah dah boleh discaj..
alhamdulillah.. tak payah dah nak dok dalam wad lagi..
12.30tgh waktu melawat..
ayah puanAA datang bersama-sama mak&pak mertua puanAA..
mertua puanAA pun datang mengejut bila dapat tau cucu depa masuk wad..
ekceli puanAA dah booking tiket untuk depa datang miri 28 april..
kedatangan depa tu untuk menjaga puanAA masa pantang nanti..
tapi bila dengaq2 ja yang sorang cucu tak sihat, sorang cucu masuk wad, menantu pulak sakit mata, terus depa beli tiket lain.. kiranya depa datang awai 4 hari..

lepas siap2 packing barang, kami semua balik umah..

Kemasukan 2 ...
12 MEI - Sabtu ...
pukul 5++ petang, puanAA rasa sakit macam contraction..
makin lama makin kerap..
maka, dalam pukul 6.30ptg, kami pegi spital..
masa register, sorang misi 'perasan', "ni kalau bersalin esok, sama bday dgn mak dia"..
sorang lagi misi yg tgh belek buku merah pun 'perasan, "eh, bapaknya pun bulan 5"..
puanAA pulak menambah "anak yang sulung pun bulan 5 jugak"..

setel registration, terus masuk labour room..
pasang ctg.. pasang drip..
cek jalan, baru bukak tak sampai 1/2cm..
tp contraction mmg ada..
doktor tak bagi balik.. katanya, bila2 masa boleh bersalin..
maka, dok la dalam wad lagi..
disebabkan puanAA demam, depa masuk air sampai 3 botol..
pehtu segala mak nenek ubat depa bagi ikut drip..
azabnya, tak boleh nak habaq, kata orang utara..

13 MEI - Ahad ...
hepi beday to me..
ingatkan dah boleh discaj tengahari ni..
skali doktor cakap kena tunggu sampai esok sbb puanAA demam lagi..
adoyai...
terpaksa la selebret beday dalam wad..
tp nasib baik jugak tak terberanak semalam...
kalo tak, tak dapat makan kek yang menyelerakan tu.. hehehe...

hepi beday dlm wad

sempat jugak makan kek yg sodap nih
14 MEI - Isnin ...
puanAA boleh discaj.. hooreyy..
dapat MC untuk hari ni..

KEMASUKAN 3 (selepas bersalin)
25 MEI - Jumaat ...
selepas 5 kali amek darah, kuning alang razin tak turun2..
ni bacaannya..
isnin = 11.0 (usia 4 hari)
selasa = 12.7
rabu = 13.7
khamis = 14.1
jumaat = 16.7

maka, doktor kat klinik suruh hantar kat spital, masuk wad..
wad lagi?? fobia sungguh puanAA dengan wad..
kalau setahun sekali masuk wad, ok la lagi..
ini, dalam masa tak sampai sebulan, 4 kali dah jadi penghuni tetap wad..

dalam wad, mula2 alang razin payah jugak nak duduk bawah lampu tu..
duduk 5 menet, dia merengek.. puanAA angkat bagi nenen..
bila letak balik, ader la 5-10 menet, dia bunyi balik..
asyik dok angkat je, menyebabkan kuning alang razin tak turun, malah makin naik..
sabtu = 19.2..
oleh itu, depa pasang drip kat alang razin..
masa ni memang puanAA tak bleh tahan..
ayaq mata meleleh jua.. (masa pasang drip kat angah puanAA tak nangeh)
kesian sangat tangan yg haluih tu dah kena cucuk jarum bagai..
alhamdulillah, makin lama, dia boleh 'terima' dok dalam katil bawah lampu biru..

alang Razin dalam katil bawah lampu biru

setiap petang, satu femli datang melawat..
kebetulan waktu melawat tu sama dengan waktu makan..
maka, nasik puanAA, si anak dara puanAA, along zulfa yang perabih..

haa kan puanAA dah cakap, licin!!

dah 3 hari 3 malam kami dua beranak dok dalam wad..
alhamdulillah 'berkat' menyusu & dok bawah lampu sokmo, kuning angah jadi 18.6 (ahad)..
harap2 tengahari esok (hari ke-4) dah boleh discaj..
misi kata, kalau kuning dia turun sampai 16, kompom boleh discaj..
puanAA pikir, macam mana la kuning si alang razin ni nak turun sampai jadi 16??
kalau turun 1 pun dah kira baguih..
sebab kuning alang razin, kalau naik memang banyak..
kalau turun, kosong point berapa je sehari..
bayangkan daripada 18.6 nak turun jadi at least 16.9..
berapa kena turun tu?? haa... kita buat matematik sket.. ehehe..
kena turun 1.7 hokeh!! memang ler tersangat imposibel..

28 MEI - Isnin ...
pukul 6++ pagi dokor amek darah semua baby..
sepanjang pagi tu memang berdebor-debor menunggu result..
pukul 9++ pagi doktor datang cek baby..
doktor kata, kalau takde apa2, alang boleh discaj, tapi semua depends pada result darah tu nanti..
puanAA tanya la bila boleh tau result?
doktor kata dalam 10.30++..
bila result keluar, kuning alang jadi..

.

.

.

.

.

.

.

.

16.9

yer!! 16.9 kawan2..
alhamdulillah syukur sangat time tu..
memang keajaiban Allah tunjukkan..
maka tengahari tu alang boleh discaj..

itu la citer hari-hari puanAA dok dalam wad..
dalam tempoh sebulan, 4 kali masuk wad..
mudah2an lepas ni takde la kena masuk wad lagi..
pesanan puanAA, jagalah kesihatan kita sekeluarga supaya tak perlu sampai masuk wad..
tapi sakit tu pun satu ujian daripada Allah jugak..
apa2 pun, semua ada hikmahnya..
sama-samalah kita berdoa supaya dijauhkan daripada penyakit2 berjangkit & berbahaya..
sesungguhnya semuanya 'kerja' Dia..
Dia yang mengatur & menentukan segalanya..


wallahu'alam...




Wednesday, May 11, 2011

Mainan Along

assalamu'alaikum...

hari ni 11 mei, genap umur anak dara sulung puanAA, zulfa 3 tahun..


along sayang,
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3..
ummi berdoa & berharap...
along menjadi muslimah solehah yang betaqwa,
along menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia,
along menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama & negara.
ummi doakan agar along dikurniakan
kesihatan, kebahagiaan & keberkatan sepanjang usia.
semoga along bertemu jodoh dengan hero hensem ;-)
yang boleh membimbing along ke jalan yang diredha
& bersama-sama beriringan ke syurga..
amin, insyaAllah...

sempena hari kelahiran along ni, puanAA nak buat satu entry pasal permainan dia..
kadang2 bila puanAA peratikan dia main,
rasa nak tergelak pun ada,
kadang2 rasa hiba pun ada..
pernah jugak bergenang ayor mate teman, bila menengokkan 'gajet' permainan dia..

memang puanAA akui, kami memang jarang beli mainan yang mahal2 ratus2 kat anak2..
bukan tak pernah, pernah (kang kata puanAA kedekut pulak).. cuma jarang2..
tak semestinya yang murah tu tak bersifat educational, kan??
kebanyakkan mainan yang kami beli, konon2nya utk bagi depa belajar sesuatu daripada mainan tu..
tapi malangnya, dua2 anak kami jenis 'tak pandang' mainan yang dibeli..
rasanya kebanyakan budak camni kot.. ayat penyedap hati.. hihi
contohnya, depa (anak2 puanAA) lebih suka duduk dalam kotak kengkononnya kereta la..
ataupun susun bantal buat cam kubu, main nyuruks2 dgn si adik.. macam2 lagi lah!!
kesimpulannya, bermain dengan benda bukan mainan yang dikreatifkan menjadi mainan..

pernah kami beli satu mainan yang 'ikan' dok pusing2 dalam 'kolam',
then kita kena tangkap guna magnet yang ada pada 'kail'..
(mainan ni puanAA pun penah ada masa kecik2 dolu)
reganya murah je, RM 12 ..
kengkononnya nak bagi zulfa fokus untuk menangkap ikan tu..
alhamdulillah, memang dia dapat tangkap & fokus..
tapi kemudiannya, ikan2 tu semuanya 'disiang'..
kan ikan tu boleh nganga2 kan.. haaa.. dicabutnya badan ikan tu menjadi 2 bahagian..
banyak lagi mainan yang jahanam akibat sifat ingin tahu & kekreatifan kekanak ini..

ok, ni puanAA share mainan terbaru zulfa..
puanAA kata pada tuanA, "sedih nengok mainan along"
tuanA cakap, "nak buat macam mana, dah dia suka.."
apa yang puanAA peratikan, sekarang ni along suka bermain dengan 'beg'..
semua mainan dia, dimasukkan ke dalam beg..
jom layan gajet2 along.....

ni beg free yg amat la banyak kat umah..
maklom la cikgu cikgi bila jadi hakim, dapat la beg ni..


ni pun beg free, along buat kengkononnya beg sekolah dia..

ni paling bess.. beg plastik..
leh matching dgn byk baju.. haha..

beg CD angah..

tangan yg enteprem tu tgn angah firas

ok, tu je utk kali ni..
ada gajet terbaru nnt, puanAA update.. hahaha...

wallahu'alam...




Saturday, April 23, 2011

Jurufoto Yang Saya Kagumi

assalamu'alaikum...

tak tau macam mana nak bukak citer..
stret aje la ek..
puanAA nak citer pasal jurufoto yg membuatkan puanAA kagum..
orangnya tak jauh hubungannya dengan puanAA..

sedikit tentang profil beliau..
pada awal kemunculannya,
beliau lebih minat pada dunia masak memasak..
kisahnya boleh dibaca di sini..

kemudian, lama-kelamaan,
minat anak jati Perak ini mula berputik untuk berimaginasi dengan kamera..
beliau juga pernah merosakkan sebuah kamera milik bapanya kerana masih belum benar2 mendalami ilmu berkenaan fotografi lebih2 lagi tentang kamera yang diguna..
akibat terlalu asyik mengambil gambar, berbekalkan pula ilmu yang tiada, maka rosaklah kamera bapanya itu..

ini antara hasil gambar beliau yang puanAA kagumi..
byk sebenarnya.. puanAA cuma paparkan sedikit dahulu..

err sebenornye, jurufoto yang dimaksudkan ialah cik zulfa kesayangan kami.. ehehe..
kami memang tak pernah bagi kamera pada dia..
kamera yang lama tu pun rosak pasal dia la..
sebab tu ler, laaaamma puanAA tak update gambar2..
berbulan-bulan simpan duit utk beli kamera baru..
bila dah beli, takkan senang2 je nak bagi dia rosakkan lagi kan??
sindri mau ingat laa..

mungkin kebetulan kami lupa nak simpan kamera baru2 ni,
jadi zulfa tak lepaskan peluang utk amek & guna..
yang puanAA & tuanA hairan, gambar2 yang zulfa amek,
kebayakkannya sharp!! (bagi pandangan mata kami laa)..
rasanya puanAA pun belum tentu boleh amek gambar macam dia..
tu pun jenuh setting bagai..

gambar2 ni zulfa amek masa ummi & walid dia tengah tido..
bermakna kami tak tahu & kami tak suruh..
dia yg pandai2 amek sindri gambar apa yg berkenan di hati..

sarung pen manik

tv

bil2 yg dah direnyukkan oleh adiknya terlebih dahulu

imej dari tv yg blur tp membuatkannya 'ber'shadow..

yang ni lagi la buat puanAA heran, imej ni akan kuor masa iklan kat astro ceria..
kalau kita betul2 stand by pun, rasanya belum tentu dapat snap imej yg kuor 1 saat ni..


disebabkan menengok minat si zulfa bermain dengan kamera..
ditambah pulak dengan 'kejayaan' dia mengambil gambar2 yang menarik..
kami putuskan untuk membeli kamera khas untuk dia, insyaAllah..
so, along sayang, tungguuuuu.....


wallahu'alam.....



Saturday, April 16, 2011

Jam Tangan Omega Ditemui

assalamualaikum..

bagi sesiapa yang baca suratkhabar, yang amek tau pasal perkembangan semasa tanah air, kompem tau pasal jam tangan omega kepunyaan DS anwar ibrahim.. kononnya jam tangan ni ada kena mengena dengan video dot dot dot.. wallahu'alam..

puanAA pun bukannya amek tau sangat pasal jam tangan omega DSAI tu..
yg puanAA nak citer kat sini pasal jam tangan 'omega' anakanda kesayangan..

semenjak dua menjak ni, si zulfa gemor benor pakai jam walid dia..
tiap kali keluar umah je, mesti dipakainya jam tu..
ekceli minat pakai jam cik zulfa ni bermusim..
masa umor dia 1 tahun lebih dulu, dia ada gak main2 dengan jam..
lepas pakai kat tangan, dia suruh pakaikan jam kat kaki pulak..
sampai mandi pun dia bawak jam tu (pakai kat kaki)..
nasib baik la jam ummi dia tu dah rosak..
tak lama lepas tu, dia tak pandang dah jam tu..

sekarang ni, semenjak dia nampak jam tangan walid dia yg tak dipakai tu, dia amek pulak buat reta sindri..
jam tu tak rosak, masih dalam kondisi yg baik..
cuma tuanA pakai jam dia yg satu lagi..
disebabkan risau menengok zulfa ke hulu ke hilir pakai jam longgar tu, takut tercicir, tuanA cadangkan beli jam baru untuk dia..

maka, malam semalam, kebetulan kami ke boulevard utk soping sedikit barang dapur,
terus cari jam dia..

ni gambar sebelum keluar rumah, dgn jam walidnya..

pilih punya pilih, ni la jam yg menawan hati cik adik cilik ni..

mintak mahap, gambor sensored sikit.. ehehe..
ini kes lepas menerai (cuba try test) baju baru beli, then tak nak dah pakai baju yg dipakai sebelumnya tadi..
weh, gila mahal baju budak2..
semalam beli baju untuk anakanda nan dua orang (SEPASANG seorang)..
total hampir2 RM200.. aduyai..

wahai anakanda along zulfa & angah firas..
doakan lah bisnes ummi & bisnes walid sukses supaya tidaklah ibubapa kalian ini tidak mampu untuk membeli makan pakai kalian di kemudian hari.. nauzubillahi min zalik..


wallahu'alam.....




Wednesday, May 12, 2010

Momen Melahirkan Along

assalamu'alaikum..

ok, ni n3 sambungan lagi..
lepas citer panjang pasal pengalaman mengandungkan zulfa, skrg nak citer pasal pengalaman melahirkan pulak..

kalau ikut kiraan manual, edd pnAA 13/05/08 (sama beday la dgn pnAA)..
kalau ikut scan pulak, edd pada 14/05..

pnAA cadang bersalin kat ipoh.. sbb kat ipoh kakak ipor leh tlg jaga..
maka pada 06/05, kak fiza (kakak ipor) datang amek pnAA & ayah..
sepanjang menunggu hari, takde rasa sakit atau tanda apa2 pun..
tanda2 dah dekat nak bersalin ada 3; air ketuban pecah, turun darah, sakit daripada pinggang dibawak ke perut seolah2 menegang..

dipendekkan citer, hari sabtu malam (10/05), pnAA tgk ANTM marathon daripada tengah malam sampai la ke pagi ahad (11/05)..
kira mmg tak tido la malam tu..
lepas solat subuh, ingat nak tido la..
skali tetiba rasa sakit perut.. dan sakitnya datang dalam selang 15 menet..
masa tu tak terpikir pun false alarm ke ape ke.. (lagipun time tu pnAA mmg tak penah tau pun pasal false alarm)
yang tau, rasa sakit!! terus bgtau kak fiza & dia terus suruh siap2 nak gi spital..
maka ayah & abang chor sume kelam kabut..
kak fiza gerak nana & anas (masa tu sorg 10thn, sorg lg 6thn), maklom la pagi lagi time tu, depa tgh sedap tido.. bgtau kitorg nak gi spital, suruh depa dok umah dulu..

sampai spital, time kuor keta ada sorg misi ofer wheelchair..
kak fiza tanya, "larat jalan tak?"
pnAA boleh jalan lg.. sbb kata kak fiza, berjalan akan buat baby senang sket kuor..
setibanya kat kaunter, pnAA bagi la kad merah tu.. & depa suruh duduk dulu..
masa tu rasa sakit tak la berapa sakit..

'bilik' kaunter tu hanya mak2 yg nak bersalin je boleh masuk.. so pemli pnAA tunggu kat luor..
dalam bilik kaunter tu ada satu sudut yang ditutup dengan langsir penghadang..
ada 2 katil kat situ, satu diisi, satu lagi kosong..
kat sebelah pnAA sorg pompuan cina dah siap pakai uniform nak bersalin..
pnAA tgk air ketuban dia dah pecah sbb bangku yang dia duduk tu memang basah..
terpikir jugak "aku tak pecah ketuban lg.. belum nak meletop lg kot"
tetiba suami pompuan cina tu datang bawak makanan nk bg kat bini dia..
skali misi cakap, tak boleh bg makanan tu, masuk2 je kat sini, takde makanan dibenarkan dibawak masuk..
laki tu bgtau yg bini dia tak makan apa lagi dari tadi.. tp misi tu cakap mmg tak boleh!
terus pnAA rasa riso.. "aku pun tak makan apa2 jugak.. dah la tak tido langsung.. larat ke nak teran nanti? macam mana ni?.. ermm takpe lah, lps ni kuor la gi kantin spital, makan dulu"
yg ada kat tangan pnAA masa tu hanya purse & henfon aje..
beg baju dll sume ada kat pemli yg tunggu kat luor..

lepas timbang berat (63kg masa tu), pnAA disuruh naik kat atas katil kosong kat 'bilik' kaunter tu..
pehtu datang sorg misi & sorg dokter muda cina yg ensem sambil cek2 laporan pnAA..
kan org kata, kalau nak anak comey, slalu la tgk org2 yg comey jugak.. tetambah time2 dah nak bersalin nih kan.. hihihi..
pehtu terpikir, tak nak aahh mcm cina, mata sepet.. huhu..

ok, balik pada citer, misi tu pasang amende ntah & lilit kat perut pnAA.. pehtu kuor la kertas panjang2 tuleh graf ape pun tak tau la..
lama jugak pnAA dok atas katil tu..
pehtu dokter cek bukaan rahim.. masa tu dah bukak 4cm..
bila dah setel urusan kat atas katil tu, misi bagi kat pnAA uniform..
pnAA boleh tanya "nak tukar skrg ke?"
misi tu pun jawab, "eh ye la.. nak bersalin dah ni.."
sori la misi, ai kan 1st timer.. huhu..
misi tunjuk toilet, kelam kabut pegi tukor baju mengenangkan ayat "nak bersalin dah ni" tadi..
sambil dalam hati, "betul ke ni? due ada 2-3 hari lagi" mmg tak pecaya.. tak jumpa pemli lg ni, camna? dah la satu apa pun takde kat pnAA..

lepas salin baju, misi bawak gi satu bilik..
bilik tu ialah bilik menunggu sebelum dibawak ke labor room..
ada 10 katil kat situ.. 5 katil mengadap 5 katil..
pnAA diberi katil no5 (mmg my lucky nomo la agaknya).. katil hujung..
katil no1(sebaris dgn pnAA) dah ada org tp 'berkandang' dgn langsir..
katil no6(berdepan dgn katil no1) ada sorg pompuan cina..
pompuan kat katil no1 tu beberapa kali mintak nak teran kat misi.. sbb tak tahan sakit..
sampaikan misi tinggi suara sket la, marah kat dia, tak boleh teran lg sbb bukaan dia baru 5cm..
dia kejap2 jerit2, sebut 'Allah'.. dll..

tetiba dtg misi bg kat pnAA beg barang & satu botol mineral..
botol tu diisi air rebusan genggam fatimah..
kata org, minum air ni, cepat rahim terbukak..
tapi genggam fatimah ni kena rebus betul2 time org tu dah nk b'salin supaya rahim tak terbukak sebelum waktunya & kena jemur sebaik shj org tu bersalin.. (wallahu'alam).. pnAA pun minum la sket2 seteguk2..
then datang 2 org doktor india laki & pompuan.. cek lg repot pnAA & pasang lagi benda lilit kat perut tu..
dokter tanya "baby kat bawah ke (normal)".. mana la pnAA tau!!
dokter tu kata xde rekod tuleh kedudukan baby pnAA dalam buku merah tu..
patutnya dah tuleh masa scan minggu ke 36 ritu.. maybe dokter yg scan dulu tu lupa nk tuleh kot..
depa kata, kena scan skali lg.. alhamdulillah, lepas scan, baby tak songsang.. berpeluang bersalin normal..
then dokter pompuan tu kata nak pecahkan ketuban pnAA.. dia pun cucuk la.. xde la sakit pun..
tapi lepas2 cucuk je, mencurah2 air kuor ala2 kencing atas katil gitu..
lepas tu bermula la kontraksi.. pnAA tak larat nak baring.. duduk kurang sket sakitnya..
dokter tadi bgtau yg jantung baby pnAA dah ok..
ooo itu la guna benda alah yg melilit kat perut tuh..
depa kata memula tadi jantung baby pnAA tak berapa ok, tu yg pasang kali kedua & alhamdulillah, bacaannya ok dah..
lepas tu mcm besa la kena cucuk drip, pakai tag segala..

pompuan kat katil no1 tu dah xde, dibawak ke labor room..
pompuan cina katil no6 tu bersembang2 dgn sorg dokter cina..
dia tunjuk2 balang air besor bawah katil dia & dokter tu seolah2 cakap "tak boleh minum byk air" kot (pd pemahaman pnAA yg tak paham bahasa depa ni, tak tau la betoi ke idak.. hihi)
hadoihh.. camne pulak ni, pnAA dah minum air genggam fatimah tu dah nk dekat abeh.. mmg x leh minum air ke time2 canggini..
org2 kat dalam bilik menunggu tu silih berganti..
dengar2, labor room penuh hari ni..
lebih kurang kul 2ptg, sorg misi india tanya pada tiap org sama ada nak cucuk ubat tahan sakit..
pnAA tanya dia, ubat tahan sakit ni tahan berapa lama? katanya, ubat ni bukan la bg hilang sakit sepenuhnya, cuma bg kita lali sket..
emmm, pnAA pikir sakit mmg sakit tp leh tahan lg, so tak payah lah..
misi tu mcm terkejot.. 2 kali dia tanya, betul ke x nak?
pnAA tanya lagi, bukaan rahim ni bukak habis (10cm) berapa lama utk anak sulung?
dia kata ikut individu, ada yg bukak 1cm sejam, ada yg sejam pun tak berganjak bukaannya..

kemudian misi bawak sorg kakak kat sebelah pnAA (katil no4)..
pnAA sembang2 dgn dia..
dia bakal melahirkan anak keenam..
dia tanya pnAA, anak keberapa? pnAA jawab la sulung..
dia kata, pnAA mcm relax je.. tak nampak muka riso.. padahal dia anak yg nomo 6 pun ada rasa takut lagi..
ingat kawan2, kita kena olweys positif.. jgn pikir sgt pasal sakit.. kdg2 semua tu mainan minda & emosi je..

dalam pukul 2.30, shift misi india tadi tu diganti dgn misi melayu..
pnAA dengar dia bgtau pd misi melayu tu yg pnAA tak amek ubat tahan sakit..
skali lagi, misi melayu tu pun terkejut siap dia tanya pnAA apsal x nak..
dalam 10-15 menet lepas tu, sakit pnAA mmg tak tertahan2 sgt dah..
trus mintak cucuk.. & lepas cucuk tu, pnAA ngantuk sampai tertido..

tgh sedap dok lena, tetiba dtg sakit yg amat.. rasa nak teran..
pnAA terus panggil misi bgtau nak teran padahal tak tau pun lg camne bukaan rahim..
misi tu terus tarik langsir penghadang katil pnAA & cek..
pnAA tak dibawak ke labor room katanya labor room penuh & org2 yg berisiko je yg akan diutamakan bersalin kat sana..dia bg satu jarum lagi, katanya utk teran..
dia kata dah nmpk kepala.. & dia suruh teran..
terus terang cakap, mmg masa tu tenaga x cukup..
kesan ubat tahan sakit tadi + tak makan apa2 seblum datang tadi..
mata mmg tak boleh bukak.. tp misi suruh teran..
pnAA cuba teran, then misi suruh mengiring utk senang baby kuor..
pnAA mengiring & teran.. bila dah kuor sikit, misi tu suruh baring elok2 balik & teran sekuat hati..
pnAA terus teran & alhamdullilah terasa 'benda' meluncur laju..
oh, anakku dah kuor rupanya.. jam 3.37 petang..
tak lama lepas tu, misi suruh teran skali lg utk kuorkan uri..
kali ni, teran tak sekuat hati mcm tadi & uri yg lengkap berjaya dikeluarkan..

lepas tu pnAA terus tanya misi "misi, laki ke pompuan?" dalam nada yg lemah+ngantuk..
misi tu kata "kejap ye" & kemudian bg baby pd pnAA..
itu la detik pnAA pegang anak sendiri.. mmg mcm tak percaya..
tgk2 gegirl.. agak kuciwa jugak time tu..
bukan sbb tak nak anak pompuan, sbb sebelum2 ni sumer org dah cakap anak pnAA ni laki, maka dah set kat minda yg anak ni laki.. maklom la, tak scan.. so, bila kuor, tu yg rasa sedikit kuciwa..
lepas tu misi teruskan kerja dia menjahit & pakaikan pad & salin kain pnAA..
sebelum jahit, kene cucuk bius sket..
sambil dia jahit, pnAA sempat borak2 tanya byk ke jahitan? bius ni tahan brp lama?
dia kata tak banyak & bius ni tahan seelok2 setel menjahit..
jahit tu tak la sakit pun, rasa mcm kena gigit semut je..
pnAA terpikir time tu, mcm ni je ke bersalin?
takde la sakit mana pun.. ni bukan ayat riak ye.. ni pengalaman pnAA..
mungkin berkat doa & selalu b'fikiran positif & tak memikirkan sgt pasal sakit..
lepas selesai sume, terus pnAA tertidor tak sedor apa sampai la kul 5++..

kul 5++ pnAA terjaga & tgk sebelah katil dah bertukar org.. pompuan india pulak kali ni..
dia kata masa pnAA bersalin td, dia dah ada kat sebelah..
dia kata yg pnAA bersalin tadi 'nampak' senang & cepat.. oh, ye ke?
pompuan cina kat katil no6 tadi masih ada lg..
yg ada kat situ cuma tiga org & betul2 1malaysia.. hihi..
tetiba pompuan cina tu tunjuk samting kat pintu.. (sbb dia menghadap pintu tu)..
pnAA tak paham apa2 sampai la 2 org misi tolak stretcher bawak ANAKKU..
alahai, dah siap dibersihkan & berbalut selimut..
depa suruh pnAA pindah daripada katil ke stretcher utk dibawak ke wad..
kebetulan time tu tnA pulak tipon..
maybe mmg dia nak jadi org pertama yg tahu anak dia dah selamat dilahirkan..
tnA tanya, "sakit tak?"
pnAA bgtau la, "sakit apenye.. bersalin dah pun, dpt baby girl"..
dia tak caya.. dia kata pnAA tipu sbb pnAA suka main2..
hot jugak time tu.. kita ckp betul2 dia tak caya pulak..
punya nak yakinkan dia, sampai misi tadi sound pnAA suruh sambung nanti..
yg perlu dibuat skrg ialah pnAA perlu mengesot ke stretcher sebelah..
depa tak tlg angkatkan ye kawan2.. kita kena move sindri.. katanya utk biasakan diri kita ala2 berdikari gitu..
sakitnya masa nak move tu tuhan je la yg tau..

rupanya sebelum tnA tipon pnAA, dia dah tipon kak fiza dulu..
kak fiza & abg chor masa tu on de way nak balik umah solat asar & mandi2..
ayah je yg tunggu kat spital time tu..
kak fiza pun bgtau la pnAA tak bersalin lagi.. sbb tiap kali lepas mak2 bersalin, nama mak akan dipaparkan kat LCD skrin.. nama pnAA lom 'naik' lagi..
lps tipon kak fiza, tu yang tnA tipon pnAA pulak..
alih2 pnAA bgtau yg pnAA dah bersalin dah.. tu yg dia kompius tuh..
lps dia tau yg pnAA dah bersalin dah, dia tipon balik kak fiza bgtau yg pnAA dah bersalin..
kak fiza & abg chor pun terkejut.. depa siap2 & bawak skali nana&anas gi spital sama..

balik pada citer, misi 2 org tu pun tolak pnAA ke wad..
depa tanya ada GL tak? pnAA bgtau ada pada pemli..
so, depa singgah jap kat ruang menunggu tu sambil jerit panggil nama pnAA utk cari pemli pnAA..
2-3 kali jugak misi tu panggil, takde sapa pun.. heran jugak pnAA waktu tu.. mana pegi my pemli?
kemudian nampak ayah datang diiringi sorg laki (tak kenal) bawak beg..
rupa2nya ayah eksaited dgr nama pnAA, trus berlari sampai lupa beg tu..hihi.. mujor la laki tu tlg bawakkan.. klu tak, tertinggal je la beg tu kat situ sampai sudah..
kemudian nampak mata ayah merah tgk anak bongsunya selamat melahirkan cucu dia yg ketiga..
depa tanya pasal GL & ayah bgtau GL tu tak boleh pakai sebab tnA belum sah jawatan.. baru gred DC..
GL gred DC tu hanya sah utk kegunaan tnA sorg je.. bila dpt DG baru sah utk sepemli..
maka pnAA ditempatkan kat wad kelas 3..

ayah iqamatkan zulfa..
tak lama lepas tu abg chor sampai..
kak fiza kata muka pnAA pucat giler.. tak nampak mcm pnAA..
habeh waktu melawat, tinggal la pnAA sorg 'belajor' menguruskan anak..
nasib baik ada mak2 lain, leh intai2.. hihi..
misi2 pun banyak membantu..
ni la bagusnya bersalin kat Hospital Rakan Bayi..
mak & baby 'diperdulikan'.. dipantau & diajor menyusukan anak (bg mak2 baru)..
Hospital Rakan Bayi mmg tak benarkan kita bawak botol susu, puting, susu formula..
hanya menggalakkan brestfeeding & kat hospital rakan bayi, mak & anak tak 'dipisahkan'..
bila zulfa start melalak, trus panik.. apa nak buat ni? camne nk bg dia stop melalak? bila pikir2 balik, lawak pun ada.. pengalaman pertama menguruskan baby.. huhu..

waktu melawat malam, pemli pnAA datang lagi..
kak fiza bancuh milo dalam flask & bg biskut empat segi..
masa tu, cicah biskut+milo kul 2-3 pagi rasa sedap yang amat.. seolah2 itu la makanan paling sedap di abad ini.. betul cakap, mmg tgh2 penat, takde selera, makanan2 canggitu je yg tekak paling suka..

kak fiza bgtau, pemli mertua pnAA on de way dari aloq staq..
depa akan tido kat hotel dekat2 spital.. hotel fairpark..
keesokan harinya, pagi2 lg sorg dokter datang cek tetiap mak & baby..
alhamdulillah, pnAA & baby sume ok, dan boleh discaj..
tengahari tu, time melawat, sume pemli datang & pnAA & zulfa pun dibawak balik ke rumah..

Azhan Zulfa An-Najla selamat dilahirkan pada 11 MEI 2008 jam 3.37 petang di Hospital Ipoh..
kebetulan, 11mei tu hari ibu..

ini la pengalaman pnAA melahirkan zulfa..
yg pd pendapat pnAA, kelahiran yg dipermudahkan olehNya..
mudah2an kelahiran anak2 yg seterusnya pun pnAA harap 'sesenang' melahirkan zulfa, amin...



Tuesday, May 11, 2010

9 Bulan Mengandungkan Along

Assalamu'alaikum..

n3 ni adalah n3 menunaikan janji (seperti mana yg dijanjikan dlm n3 sebelum ni).. huhu..
nak citer sket pengalaman mengandungkan Along..

pnAA disahkan mengandung masa kami dok kat sungai mati, muar, johor..
tnA menjalani praktikal latihan mengajor kat sana 3 bulan..
itulah kali kedua kami tinggal sebumbung utk tempoh yg lama..
sbb sebelum2 tu kami pun PJJ jugak.. kerana masalah tempat kerja..

waktu tu bulan puasa..
seminggu sebelum tu, mmg pnAA ada muntah, sekali..
tapi tak syak apa2 sbb plus cirit-birit..
so, pnAA anggap salah makan la kot..
pastu, minggu seterusnya muntah sekali lagi..
hari tu mmg penat yang amat.. badan lembik semacam je.. maybe sbb bulan posa kot..
bila tnA balik dari skolah, dia ajak pegi klinik..
akhirnya dapat tahu yg pnAA pegnan..
MA kat situ ucapla tahniah & tnA kata timekasih..
tp pnAA macam blur giler.. terkesima kat situ..
MA tu pun agaknya leh perasan yg pnAA mcm bengong2 sket.. mmg sesuatu yg tak dijangka..
daripada klinik tu, tnA ajak terus ke bazar ramadan..
tak payah masak katanya (yuuhaa!!) sbb tgk pnAA mcm tak larat je..

sepanjang 9 bulan
januari 2008 tnA dapat porting ke miri..
pnAA tak ikut sbb masa tu pnAA dah 5 bulan..
kalau pnAA ikut pun, dapat dok sama 2 bulan je sbb lepas drpd tu tak boleh naik flight balik semenanjung dah..
so, kami pikir biorlah tnA dok dgn budak2 bujang dulu sampai pnAA datang miri.. leh jugak jimat duit..
maklom la, sewa umah kat sini paling murah rm500 (bertuah kalau dapat)..
umah bujang yg tnA sewa tu rm600, dok berempat.. kan byk dah boleh jimat.. hihi..
maka, sekali lagi kami PJJ.. pnAA dok tanjung malim dgn ayah.. tq byk2 ayah sbb jaga Lee..

sepanjang mengandungkan zulfa, alhamdulillah takde yg buruk2 @ pelik2 berlaku..
muntah2 pun boleh dibilang dgn jari .. mmg takde alahan yg dasat2..
maybe sbb pnAA dah telan ubat muntah (dokter bagi) masa sahur & muntah2 ni kalau tak silap pnAA jadi dalam sebulan lebih je, itu pun bukan hari2.. syukur sgt2..

bab makan, pnAA suka makan yg pedas2..
selera makan, toksah cakap la, selalu 100%..
sbb tu membesor dgn jayanya..
pnAA byk makan sayor hijo espeseli brokoli sbb penah sekali HB dpt 11(blum bahaya lg pun)..
tp sbg langkah berjaga2, sediakan payung sblm hujan..
buah2 pulak mmg santapan wajib..
pnAA minum ovaltine tetiap ptg..
pnAA saja compare'kan nutrition info antara ovaltine, milo, vico..
bg pnAA, ovaltine mcm ok sket.. (sila jgn terpengaruh, ini adalah pandangan bukan pakar & takde tauliah pon ye)
teh, kopi, neskopi, air gas mmg x sentuh langsung!! meggi, junk foods, fast foods pun tak makan!!
tetiap mlm pulak minum anmum perisa coklat (maklom la, ai x lalu susu original)..
kira kesimpulannya, bab makan mmg tip top la..
sume yg berkhasiat & memenuhi gizi seimbang (agaknye la kot-pd pandangan pnAA)..
tq ayah utk sume sayur2an, buah2an, lauk-pauk (bahan mentah) yg ayah beli kat market.. (bukan beli makanan siap ye, masak kat umah laa..)

bab suplemen, sepanjang pegnan, pnAA makan CNI royal jelly..
kakak ipor yg sajes.. utk kesihatan mak & anak katanye..
oklah, pnAA try aje.. dan alhamdulillah maybe berkat makan royal jelly ni,
pnAA mmg olweys bertenaga.. tido siang mmg jarang la..
dan ubat2 yg dapat kat klinik mmg pnAA telan sampai ke sudah..
ada org kata, ubat klinik tu makan sampai 7@8 bulan je sbb takut nnt baby besor, payah nak bersalin nnt.. wallahu'alam..

bab amalan masa pegnan pulak, pnAA rasa, sama mcm yg mak2 lain amalkan..
khatamkan quran seberapa byk yg boleh, selalu sembang2 dgn baby & usap2 perut dan banyakkan membaca.. (maybe mak2 lain ada amalkan benda2 lain lg)..
setiap hujung minggu pnAA akan tipon tnA.. pastu letak gagang kat pewot, bg tnA cakap2 dgn baby..
bgtau kat baby yg bapak die jauh, keje.. so, baby kena berdikari.. bla bla bla..

tiap minggu bermula minggu ke 20 (sbb time tu baby dah boleh mula mendengor) pnAA akan ajor baby tentang ilmu tauhid, feqah dll..
cthnya minggu 20 citer pasal rukun islam, minggu 21 citer pasal rukun iman pertama dan seterusnya..
sepanjang minggu tu, tetiap hari citer benda yg sama..
kira skrip dah boleh hapai la..
kalau rukun iman tu ada nasyid yg bersesuaian, so nyanyikan sekali..
cthnya, utk rukun iman percaya kpd Allah, pnAA nasyidkan asma ul-husna & sifat 20..
kalau rukun iman percaya kepada malaikat, pnAA nasyidkan nama2 malaikat yg pnAA belajor masa tadika dolu..
tetiap minggu kena ajor apa yg dah pnAA rancang sampai la bercerita kisah2 tauladan/sirah, ajor ABC & ali ba ta..
pnAA tak reti nk ajor yg berat2 macam mak2 lain.. ini je yg termampu dek akal..

tetiap malam jumaat pulak, pnAA akan sampaikan pesan pnAA pd baby..
ada 5 pesanan sumenya..
1) jadi muslim yg beriman & bertaqwa. takut kpd Allah dgn melaksanakan suruhanNya & meninggaklan laranganNya
2) jadi insan yg berilmu pengetahuan luas & berkemahiran
3) jadi insan yg berakhlak mulia dgn mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w
4) suka menolong org lain yg memerlukan bantuan tak kira bantuan kewangan, tenaga, buah fikiran
5) bisnes minded
tiap satu pesanan tu akan pnAA eksplen, huraikan kebaikan & kenapa pnAA nak dia jd canggitu..
mudah2an pesanan ni akan 'didengari' olehnya & dipraktikkan bila dia besor nnt, amin....
pnAA jugak tak lupa doa yg baik2 utk baby, doa bagi mudahkan bersalin dan yg seangkatan dengannya..

ini la yg pnAA amalkan masa pegnan..
kalau mak2 lain ada cadangan amalan2 masa pegnan, kongsi2 la dgn pnAA..
mana yg boleh pnAA buat, akan pnAA praktik utk anak2 akan dtg.. (anak2 tuuu.. heheh)

masa zulfa dalam perut, kami bahasakan diri dia ALONG sejak dari mula..
mmg la dah ada simpan nama utk laki & pompuan, tp kami tak tau jantina..
pnAA mmg tak scan jantina baby dalam perut pun dulu..
makanya, skrg kami panggil dia Along..

berciter pasal jantina, ramai yg kata baby pnAA nnt laki..
kalau ikut tanda-tanda jantina anak pun, mmg byk menyebelahi lelaki..
cuma kakak ipor pnAA kata gegirl sbb pnAA rajin buat kuih..
agaknya sbb seblom2 ni pnAA jarang buat kuih, tu yg bila sesekali buat kuih dah org labelkan rajin.. hihi
tapi masa dok kat muar mmg pnAA rajin baca buku2 resepi.. siap scan lg sbb maleh menyalin..
kat taman perumahan kami dok dolu tu ada mini library..
kalau ada masa kami gi lepak sana baca2 apa yg nak baca..
tp kebanyakan yg gi library tu budak2 skolah rendah (sedih jugak, library dah dekat dgn umah, tp xde org dewasa pun yg dtg)..
selalunya mmg kami berdua je yg dewasa + adik jaga library tu.. tp ok la, sbb takde saingan utk berebut buku2 utk org tua.. heheh..

utk pengetahuan yuoll, pnAA hanya beli 2 buku ttg pegnancy..
mmg tak penah terpikir pun majalah pa&ma (apsal ek?)..
tak penah beli langsung!! besanya mak2 yg pegnan akan beli pa&ma utk rujukan, kan?..
pnAA banyak google maklumat kat tenet..
disebabkan pc kat umah tak boleh guna walopun tenet ada, terpaksa la gi cc..
cc tu kat dalam kawasan mesjid.. walopun ade beberapa je pc nya & environment tak ekslusif pun, tp pnAA selesa kat ctu..
lagipun murah & senang nak park keta..
pnAA pegi dgn ayah.. sambil pnAA layan tenet, ayah dok dlm mesjid.. besanya pnAA pegi 2 minggu sekali.. mana yg penting2 pnAA print..
nasib baik time tu lom ada lg fesbuk kan.. klu tak, mau hari2 gi cc.. hihi..

sepanjang pegnan jugak, emosi pnAA jarang tak stabil walopun berjauhan dgn tnA terchenta..
pnAA mmg byk pikir yg positif (betoi!! alhamdulillah)..
pnAA jarang marah2 (ye la, nk marah kat sapa kan?) , jarang mengeluh..
bukan apa, takut nnt bagi kesan tak elok kat baby nnt..

cuti skolah seminggu bulan 3 (pnAA 7bulan ++), tnA balik semenanjung..
tu je la time tnA tgk keadaan mak buyung..
sempat la jugak merasa baby tendang2..
time tu kaki pnAA dah mula bengkak.. mmg bengkak giler sampai sume org heran..
org kata, byk ayor..
klu duduk tgk tv, mmg letak kotak kat depan & pnAA lunjurkan kaki..
masuk 8 bulan lebih, tak boleh sembahyang berdiri, terpaksa duduk atas kerusi sbb tak boleh nak duduk tahiyyat, kaki sakit yg amat!!

kalian, sume yg pnAA citer ni adalah benar, bukan utk menunjuk2..
mmg ini yg pnAA buat, yg pnAA amalkan, yg pnAA lalui..
kesimpulannya, sepanjang 9 bulan mengandungkan zulfa, mmg pnAA puas hati dgn pemakanan seharian, keadaan emosi/mental & amalan2 yg pnAA amalkan..
pnAA tau, mak2 lain tentu ada yg jauh lebih baik tentang apa yg dilakukan sepanjang pegnan contonye bersenam ke, byk bersedekah ke, mengajor ke, gi kelas2 apa2 ke dan lain2 lagi..
tapi pada kaca mata (chewah!) pnAA, pnAA rasa dah buat yg terbaik sepanjang tempoh tu & secara peribadi, pnAA bg GRED A utk pengalaman mengandungkan zulfa..

fuhhh... panjang giler!! rasanya cam tak seswai nak sambung pengalaman melahirkan zulfa kat sini..
insyaAllah entri seterusnya pulak ek..

memandangkan sekarang pnAA tengah mengandungkan Angah, insyaAllah akan ada entri pengalaman mengandungkan Angah pulak yg pada pendapat pnAA grednya tak sebagus Along.. kenapa?
nnt pnAA citer sbb skrg kita citer pasal yg diraikan dulu, si beday girl.. maka sume citer hari ni pasal dia.. huhu..


Azhan Zulfa An-Najla 2 Tahun

Myspace Comments
Happy Birthday Comments - 2.0 Myspace Layouts




assalamu'alaikum....


hari ni, 11 MEI, genap ulangtahun ke-2 anakanda tersayang, Azhan Zulfa An-Najla..
maka, menandakan blog pnAA pun genap setahun..
sempena 1 tahun usia blog ni, rasanya rumah ni pun perlu dicat baru..
dan pnAA telah pun selesai mengecat huhu..
inilah hasilnya..
yer tau, mmg pnAA tau!! mmg byk lg layout yg cantik tertarik menarik tp, apa nk buat, ai lebih tertarik pd my pebret kaler.. jgn mara aa...

ok, 2 hari lagi ulangtahun pnAA..
11 hari lagi ulangtahun tnA pulak..
(see, alifKHAMSA...)
2 bulan setengah drpd skrg, insyaAllah akan bertambah lagi sorg ahli dlm pemli kami..
ohho.. ini paling tak sabor..

sebelum2 ni pnAA tak penah lg kongsi2 tentang pengalaman pnAA sepanjang mengandungkan dan saat2 melahirkan zulfa..
mmg takde apa yg menarik pun.. biase2 aje..
cuma, bersempena ulangtahun kedua zulfa, saja pnAA nak bercerita..
mana tahu, boleh dijadikan tauladan atau sempadan bagi sesetengah org, kan?
pnAA akan berceloteh pasal pengalaman mengandungkan zulfa dlm entri seterusnya.. promis!!

buat anakanda zulfa,
selamat ulangtahun kedua sayang..
ummi & walid sayang Along..
jadilah anak yg solehah yang akan sentiasa mentaati suruhan Allah..
semoga anak ummi menjadi anak yang bijak & cerdik..
semoga anak ummi menjadi anak yang senang diasuh & dididik..
semoga anak ummi diberikan kesihatan yang baik..
semoga anak ummi sentiasa di bawah rahmahNya & sentiasa dilindungi olehNya..

ketahuilah duhai buah hati,
membesarkan Along mengajar ummi erti sabar..
menjadikan ummi lebih kuat setiap hari..
kehadiran Along menjadikan ummi lebih berilmu..
membuatkan ummi lebih pandang kedepan..
walaupun kerenah Along KADANG2 buat ummi & walid marah dan lelah,
tapi keletah Along SANGAT2 menceriakan dan membahagiakan ummi & walid dan ummi amat bangga..
ummi & walid akan cuba memberikan yang terbaik utk Along..
ummi & walid akan cuba menjadi yang terbaik utk Along..
segala yang baik daripada ummi & walid, Along jadikan tauladan..
segala kekurangan atau yg buruk daripada ummi & walid, Along buanglah jauh2..
ummi harap Along akan amalkan apa yg ummi pesan sejak dari Along dalam kandungan lagi..
dan ummi harap along tidak akan lupa mendoakan ummi & walid bila Along besar nanti..
selamat ulangtahun sayang..
kaulah penyeri hidup kami..
kaulah anugerah & amanah Allah yg terindah..
saaaaaaaaayyyaaaaannnggg Along... muah muah..


Friday, August 21, 2009

15 Gaya Tidur

lain org, lain pesen tido nye..
kate org, tiap pesen ade makne nye.. wallahu'alam..

nak share pesen tido anakande pnAA dr kecik sampai skrg..
kami mmg byk koleksi pesen tido die..
cume sebahagian je yg lulus tayang kat sini..

yg ni mase umor 2 hari.. kat ipoh, umah ayah chor & mak chor zulfa (abg pnAA).. gaya baik lagi sbb dibedung..

13 hari.. kat aloq staq, umah wan&mak tok zulfa (mertua pnAA).. takbiratul ihram..

2 bulan 12 hari.. kat tg.malim, dalam boyan buatan atok.. stat tido menyenget..
4 bulan ++..
4 bulan ++.. mule lasak..
8 bulan ++.. sini pon jadik..
8 bulan ++.. telungkup atas lantai.. uiks kaki sape tu..
8 bulan.. baru sampai umah.. sbb tu kasut x bukak lg.. zulfa klu dok dlm keta, mmg 99% akan tido..
10 bulan.. dalam playpen..

10 bulan.. mmg tepat pilihan kami utk letak sofa bed ni kat luor & simpan sofa kat dlm bilik.. zulfa termasuk ummi&walid nye mmg selalu menghabiskan mase a.k.a tido kat sini..
11 bulan.. berdiri pon berdiri la.. tak tahan nk tido punye pasal..
1 tahun 3 bulan.. ni ok sket.. cume benteng pertahanan & kubu2 x nmpk dlm gmbr..
1 tahun 3 bulan.. gambo ni sepatutnye melintang.. kaki sebelah terangkat..
1 tahun 3 bulan.. tido kat bawah sbb x dpt panjat meja.. sume kerusi dh disimpan dlm bilik.. 1 je krusi yg ditinggalkan..
1 tahun 3 bulan.. dapat jugak panjat krusi mase ummi masuk bilik.. hanye panjat utk tido..
ni je utk kali ni.. lps pnAA tgk balik gmbo2 ni, pnAA terpikir.. "anak sapa la ni...."