Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

10 Langkah Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamu'alaikum..

info berkaitan breastfeeding ni puanAA dapat lama dah..
alkesahnya canggini..

masa mengandungkan Angah Firas (2010), puanAA pegi scan kat klinik Yee, Miri..
tujuan scan tu bukan utk tahu jantina baby tau..
puanAA kena scan untuk dapat surat doktor sebelum isi form utk terbang balik semenanjung (untuk bersalin)..
kalau keadaan kandungan & maknya sihat & takde masalah, baru depa bagi naik flight utk kandungan melebihi 7 bulan..

kat klinik tu lah artikel tu ditampal..
maka, puanAA copy dengan menaip pd henpon..
dari sehari ke sehari nak update dalam blog, sudahnya jadi pekasam..
sampai la henpon tu pun rosak..
kuciwa jugak sebab tak dapat nak share info tu..

nak dijadikan cerita, awal tahun lepas, tuanA demam teruk..
malas nak tunggu lama2 kalau pegi klinik gomen, dia ajak pegi klinik Yee..
untuk pengetahuan kalians, kami jarang 'melawat' klinik berbayar..
biasanya pegi spital/klinik gomen je..
dikesempatan itulah puanAA salin balik info tu..
mujur ler artikel tu ada lagi..

sorang nurse kat situ nampak puanAA menyalin..
terus dia bagi byk artikel & bahan bacaan pasal breastfeed ni..
terharu sungguh!!

okeh, berbalik pada topik asal,
kebetulan pulak, bersempena dengan minggu penyusuan susu ibu sedunia,
maka elok lah puanAA share info ni..
moga2 dapat dijadikan panduan bagi mak2 yang menyusukan atau berhajat untuk menyusukan..

10 EASY STEPS FOR SUCCESS BREASTFEEDING

B - best prenatal care to ensure your baby is healthy at birth and will not need special care

R - read all you can about breastfeeding during pregnancy

E - explain to your doctor about any breast injury, surgery or inverted nipples

A - ask to breastfeed your baby soon after delivery

S - stay in the same room as your baby

T - talk to friends who have breastfed successfully

F - feed from the breast exclusively

E - expect your milk to increase after a few days and expect to breastfeed about 8-12 times in 24 hours

E - enjoy lots of rest

D - do not give up! Give yourself and baby a chance to learn to breastfeed


wallahu'alam.....


Thursday, August 19, 2010

Pahit Getir 27/7

assalamu'alaikum...

hoho.. tajuk dah macam tragedi 11/9 la pulok..
tapi tragedi yg ni tragedi yg baik & menggembirakan..
bagi yg tak tau, 27/7 ritu pnAA telah selamat melahirkan seorang hero..
& hari ni dah masuk 24 hari..

kalau ikut EDD, memang pnAA dijangka bersalin pada 27/7..
kali ni, pnAA dah plan nak bersalin kat aloq staq & pantang sepenuhnya kat umah mertua..
maka, 16/7 pnAA dah bertolak ke umah mertua..

sepanjang kat umah mertua, memang takde apa2 tanda nak bersalin..
sampai la pagi 26/7..
lepas solat subuh, pnAA tak tido, saje nak layan tenet jap..
[8.15 pagi] lepas tu rasa nak u'uk.. & ada rasa macam ala2 contraction sket..
apa lagi, trus la mandi (jarang mandi pepagi.. ehehe)..
kang tak pepasal pegi spital tak mandi..
lepas mandi, cepat2 makan nasik lemak..
kengkononnya nak bagi bertenaga bila kat labor room nanti..
kalau diikutkan tahap kesakitan, tak sakit pon lagi..
terdetik gak tanak pegi spital awal2.. kang kompom bersalin hari ni..
kalau bulih ai nak bersalin 27/7, cantik sket nomo ic anak nnt.. ehehe.. (apekah??)
tapi terpikir pulak kang kalau jadi apa2 masalah, lagi haru..
baik cegah sblm parah..

[9.30 pagi] maka terus bgtau mak, nak pegi spital dah..
mak tipon adik ipor yg ada kat tmpt keje utk balik jaga zulfa jap..
mak tipon abah yg ada kat skolah & abah bawak kami pegi spital..
otw ke spital, mesej2 dgn tnA yg diperantauan..

sepuluh minit je, kami dah sampai kat spital sultanah bahiyah..
terus pegi kat PAC.. (patient assessment center)
mak uruskan benda2 yg berkaitan kat kaunter & pnAA terus masuk dalam..
[10.15 pagi] duduk tak sampai 5menet (tym ni manusia tak ramai lg), misi suruh naik katil utk buat CTG (bb's heartbeat & kontraksi)..
tengah dok atas katil tu, datang pulak budak medic nak interview.. layankan aje la..
ctg dah setel tp temumarah temuramah tak setel2 lagi.. sambung pulak kat sofa..
makin lama makin ramai mak2 buyung masuk..
pnAA sempat sembang dgn 2-3 org member 'senasib'..
waktu ni sakit kontraksi dah tak rasa langsung!!
terpikir jugak, false alarm kot pagi tadi tu.. hhmmm wat penat je datang..

tak lama lepas tu, DR-amoi-yg-kiut panggil pnAA utk cek bukaan..
dan2 datang seriau.. sbb masa pegnan dolu, mmg sakit waktu cek ni woo..
skali DR-amoi ni buat tak sakit langsung.. tq ye DR-amoi.. dah bukak 3cm..
DR-amoi kata, pnAA kena masuk wad dulu.. pnAA kata "ok"..
tapi kena buat ctg sekali lagi sbb bacaan jantung baby yg tadi tak berapa ok..
pnAA dah terbayang akan beranak petang ni jugak..
sbb masa zulfa dolu pon, waktu contraction lepas subuh jugak..
pegi spital, lepas cek itu ini bagai, bukaan 3cm jugak..
depa terus pecah ketuban..
lepas2 je pecah ketuban, sakit contraction memang tak boleh blah punye & serviks cepat terbukak & 3.30 petang dah bersalin..
maka pada firasat pnAA, kali ni pon camtu jugak..
tapi mungkin awai sket dalam pukul 2 gitew, sbb anak kedua..
wat tudu? terima aje ler 26/7 pon..

lepas buat 2nd ctg, DR-amoi amek darah..
[12.00 tengahari] kemudian pnAA dibawak ke wad..
misi bawak wheelchair & suruh pnAA duduk..
pnAA-yang-ketegaq kata "xpe lah, larat jalan lagi"..
misi, "haih duduk ja lah" dah ada org nak tolak.. keh3x..
mak membontoti kami kat belakang..
camane la agaknya rupa wad kelas 1 ni..
dolu tak merasa, skrg dah bawak GL, bulih la merasa..
alih2 depa bawak pegi wad kelas 3.. GL guna utk lepas ni.. "ooo"..
memandangkan spital ni spital baru, wad kelas 3 pon tak macam spital lama2 yg ada puluh2 katil berderet..
wad dibahagikan kepada banyak section kiri-kanan..
tiap section ada 4 katil aje.. tiap section ada toilet masing2..
memula pnAA tak dapat katil lagi sebab penuh, orang belum discaj..
depa bagi katil sementara..
bila mummy katil no9 dah discaj, pnAA dok kat situ..
tik tok tik tok dah sampi tengahari & pnAA sempat mamam tengahari..
tapi pnAA tak bersalin2 lg.. kalau dah pecah ketuban ni, kompom skrg tengah timang anak..

[2.30 petang] abeh waktu melawat, mak tunggu kat luor..
ada dalam setengah jam dok kat katil no9, misi suruh pindah katil no16 pulak..
depa nak khaskan section tu utk orang yg bersalin belah aje..
barang2 semua misi yg tolong bawakkan..
pnAA bawak badan je..

pukul 6.00 petang sampai pukul 7.30 mlm waktu melawat lagi.. (dan pnAA masih tak terasa kontraksi lagi sejak dari tadi)
mak, abah, adik ipor & zulfa datang jugak..
tapi budak2 tak boleh masuk wad..
pnAA mintak kat mak guard tu nak kuor jap utk jumpe zulfa..
tetiba baru 15menet, mak guard tu panggil "katil no16, masuk sat, DR nak jumpa"
DR nak cek bukaan sekali lg..
lorr, time melawat ni ler nak buat itu ini..
pnAA tak rasa ngeri dah sbb cek tengahari tadi tak sakit..
skali, ya Allah, sakit giler DR-lawa-tinggi-lampai ni buat!! baru bukak 4cm..
patutnya dah boleh tolak ke labor room..
tapi sebab penuh, kena tunggu bukaan 5cm baru depa tolak..
dah setel semua, pnAA keluor balik utk jumpa pemli..
skali zulfa dah tido la pulak..
[7.00++ malam] mak, abah & zulfa balik umah..
pnAA pun masuk wad balik..
tinggal adik ipor pulak yg tunggu kat luor.. tukor shift dgn mak yg dah tunggu dari pagi tadi..
[9.00++ malam] adik ipor mesej bgtau mak guard 'halau', tak bagi tunggu.. dia pun balik umah..
ekceli memang tak boleh & takde sapa yg tunggu kat luor wad..
waris hanya tunggu kat bilik menunggu yg ada dekat dgn labor room aje..
so, bukan lah salah mak guard tu 'menghalau'.. heheh..

sepanjang dok dalam wad, pnAA byk gebang2 dgn kak nor yang dah selamat cesar anak kedua, fauziah yg baru pegnan 4bulan ditahan wad sbb masalah kesihatan & fikah yg tak sabor2 nak bersalin walopun due lagi sebulan..
dan satu lagi aktiviti pnAA ialah bermesej2an dengan tnA..
pnAA memang banyak jalan kat dalam wad..
sesaje buat muka tak malu turun padang mengalahkan YB..
bertanya khabar itu ini dengan mak2 yang tak tido lagi..
dengan harapan boleh cepat bersalin mengaplikasikan konsep tarikan graviti..
[8.00++ malam] baru mula terasa kontraksi.. dalam selang masa 20 minit sekali..
[9.00++ malam] kontraksi 15 minit sekali..
[10.00++ malam] kontraksi 10 minit sekali..
walopun kontraksi ni bulih dikatakan kerap dah, tapi tahap kesakitannye, pnAA boleh tahan lagi..
[11.30 malam] kontraksi 8 minit sekali, baru mula terasa sakitnya..
tadi fikah suruh pnAA makan sebab dia tengok pnAA tak makan sejak pukul 6.00 petang tadi..
pnAA bukan apa, nanti makan banyak, takut kalau tetiba nak ter'buang' nanti..
fikah bagi pnAA roti-enam-kupang..
pnAA 'niat', akan makan roti ni pukul 12..
kengkononnya sebagai motivasi melawan sakit supaya dapat menjejak 27/7.. hahah..
& bila sampai waktunya, pnAA pun mamam la..

[1.00 pagi] kontraksi 6 minit sekali.. memang sakit..
tapi saje tahan tak nak cek.. ngeri sudah..
depa bertiga dah nyenyak tido.. pnAA dok tahan sakit..
tetiba datang misi cina yg buat rondaan..
dia tanya "apsal tak tido? sakit ka?" apa punya soklan la kan!
dia tanya lagi, "nak cek bawah ka? DR ada"
hmmm pnAA masa tu berbelah bagi.. sakit yang tadi pun terasa-rasa lagi..
cek je lah, mana tau dah bukak banyak..
so pegi la cek & DR-lawa-tinggi-lampai tadi jugak yg buat.. tapi kali ni tak sakit pulak.. sudah 5cm..

[1.20 pagi] maka pnAA sedia ditolak ke labor room..
geng sesection sorang pun tak sedo..
misi suruh bawak baju baby & pampers..
pnAA tanya "nk bawak GL tak?" tak payah...
sempat mesej tnA & mak sebelum pegi sbb henpon tak bulih bawak dah..
sebaik saja mak tau, abah hantor mak untuk tunggu..

sampai kat labor room terkujat jugak acik tgk bilik tu & segala kelengkapan yg ada..
maklom la, sebelum ni tak sempat bersalin kat labor room.. ehehe..
DR aniv*at <-- (wilda, tiru cara u ek), pasang drip..
pehtu dia tanya "dah buang air ke belum?"
pnAA "belum"
DR-aniv*at-yg-adik-ipor-kata-hensem "ok, kita buang air dulu"
pnAA "ok".. ingatkan pnAA akan buang air kat toilet, skali kencing guna tiub..
memang pnAA tak penah try test kencing canggini & tak tau pun ada kekdah ni..
sakit yer kawan2.. maka, pnAA nasihatkan, sebelum ke labor room, kencing la dulu..
kencing guna tiub ni sakit, sampai 1-2 hari lepas bersalin pun terasa sakitnya lagi..
kalau berhajat nak merasa pengalaman ni, silalah kensel.. tak menyumbang apa2..

[tepat 2.00 pagi] DR pecahkan ketuban..
bila dah pecah ketuban, bermula lah tahap kesakitan kontraksi yang memang tak boleh blah..
DR dibantu 2 orang misi.. tapi lepas pecahkan ketuban, semua tugas diamek alih oleh misi2 ni..
bila dah sakit yang amat sangat, misi ofer sedative..
kali ni pnAA tak mampu tolak, tak macam bersalin zulfa dulu..

[2.40 pagi] sedative diinjek pada drip.. yang ni pun sakit jugak..
rasa macam tangan mengembang nak jadi incredible hulk..
lepas tu pnAA rasa mamai & ngantuk sket.. tapi masih boleh dengor lagi misi bergosip.. haha..

[3.00 pagi] pnAA bgtau misi pnAA nak teran.. tak tau la berapa bukaan sebenor waktu tu..
tapi, tak kira! tak tahan dah woo..
pnAA teran lebih daripada sekali, sampai habeh kudrat la orang kata..
memang payah nak keluor.. kata orang, anak lelaki memang susah sikit, wallahu'alan..

[3.14 pagi] meluncurlah hero pnAA..
memang anak yang mendengor kata..
patuh pada keinginan maknya yg nak tarikh 27/7.. hehe..
then keluarkan uri pulak..
lepas tu misi jahit.. pnAA tanya pada misi "banyak ke jahit"..
sampai ke sudah misi berdolak dalih.. ampeh tul la..
tym jahit kali ni mmg sakit giler..
apsal tym zulfa dulu semuanya kurang sakit ek?
kontraksi tak berapa sakit, teran tak sakit, jahit pun tak sakit..
bg pnAA, sakit jahit kali ni lebih sakit drpd kontraksi lepas ketuban pecah..
dah abeh jahit, DR seluk pulak sekali lagi..bulih imejin dak, hadoooihh.. tak tau la untuk apa..
lepas selesai bab ngeri, pnAA ditukarkan baju & itu ini..
baby pun dibawak untuk dibersihkan, ditimbang & diukur..

[4.00 pagi] baby diberi pada pnAA untuk disusukan..
inilah detik pertama paling romantik berharga bagi ibu & anak yang baru dilahirkan..
ibu memeluk anak sambil menghadiahkan kolostrum..
anak menikmati rezeki kurniaan Allah melalui ibunya..
tak lama lepas tu, DR cek pulak keadaan fizikal baby..

[5.30 pagi] pnAA dibawak semula ke wad, ke katil no16 tadi..
misi singgah kat bilik menunggu untuk panggil kalau2 ada waris menuggu..
mak pun keluor & membontoti..
atas stretcher, pnAA menyusukan baby sampai la ke wad..
geng sesection baru sedor yg pnAA dah bersalin..
mak baru nak bancuhkan horlicks utk pnAA, sekali kena halau dgn mak guard..
kata mak guard "pukui 6.30 kang waktu melawat"
tak bulih bertolak ansur btoi la..
bukan nak buat apa, kejap je, nak bancuh ayor minum..
sempat tipon ayah pnAA kat tgmalim, bgtau dah selamat bersalin..
lepas tu trus pnAA terlelap, nangtuk giler, kesan ubat td..

[8.00 pagi] Dokter2 buat rondaan katil ke katil & cek tiap mak & anak..
sampai turn pnAA&baby, DR kata semua ok, boleh discaj hari ni..
teramat gumbira pnAA sbb boleh balik dah..
mesej kat mak, bulih keluor pukul 1 nanti..
punya la azab nak menuggu pukul 1.. jam tu rasa macam slow je jarumnya jalan..

[1.30 tengahari] abah uruskan semua yg berkaitan..
sebelum keluor, sempat ucap TQ  pd DR Aniv*at & misi2..
keluor2 je pintu wad, zulfa menjerit tgk ummi dia..
maklom la sehari tak jumpa..
otw balik umah, zulfa tak berenti2 dok sebut "baby.. baby" justin bieber

itu lah pengalaman bersalin kali ni..
pahit getir yang berakhir dengan kegembiraan & kebahagiaan..
iker casillas pnAA selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada 27/07/10 jam 3.14 pagi dengan berat juga 3.14kg..
dan kali ni masih jugak tak merasa dok wad kelas 1..
hari kelima, baru tnA dapat balik ke semenanjung utk menyambut ahli femli baru..


wallahu'alam.....

Monday, August 9, 2010

Cerita 9 Bulan 10 Hari

assalamu'alaikum..

tetiba hari ni dpt soklan maut drpd cik noona, "pnAA bile nak update blog?"
gguuuummmmm rasa cam kilat tusuk2 jantung.. btui2 rasa bersalah la pulok..
maklom la, on9 tetiap hari tp bila on9 je, ngadap fesbuk.. blog jenguk2 gitu je.. haha..
bkn apa, malas nak buat karangan tengah2 dalam pantang ni.. alasan tak bleh blah..

ok la, update pertama citer pasal ni dulu..
seperti yg pnAA janji sebelum ni, pnAA akan citer pulak pengalaman mengandungkan firas..
sapa yg baca entri pengalaman mengandungkan zulfa, leh tau gred yg pnAA bagi utk pengalaman dulu..

pnAA buat urine test sindri kat umah lps sebulan lebih tak congo2..
masa tu ada kat umah mak mertua, cuti sekolah hujung tahun 2009..
asalnya pnAA sekeluarga akan balik ke miri semula.. tiket pun dah siap tempah lama dah..
skali dpt tau pegnan la pulok..
atas nasihat mak mertua, dia tak bg pnAA balik miri lagi.. takut jd apa2 kat kandungan.. katanya, dah 'dapat' ni, baik jaga elok2. setengah orang, nak dapat pun payah. tunggu sampai kandungan 2@3 bulan baru bulih naik belon..
hangus la tiket yg dah tempah.. tnA balik sorang..
maka berjauhan lagi la pnAA dgn tnA.. kisah PJJ pnAA dgn tnA mmg x sudah2..
februari 2010 baru pnAA & zulfa balik miri.. tp awal bulan 6 dah balik semula ke semenanjung sbb lps tu pnAA dah tak boleh naik belon..

pegnan kali ni mmg byk beza dgn yg lepas..
alahan boleh tahan dasat gak.. muntah2 stop masa bulan kelima.. nak basuh u'uk zulfa pon kena jadi cam zorro.. dekat2 nak bersalin pun ada muntah sekali dua (sbb gosok gigi)..

bab makan, selera makan mmg kurang..
kengkadang satu hari tu makan roti je.. nengok nasik pon tak lalu..
kalau dulu, pnAA mmg makan yg berkhasiat aje..
skrg, yg berkhasiat dgn yg merapu (slurpee, maggi, twisties, kfc, kopi dll) pon bedal jugak..

bab suplemen, pnAA masih makan Royal Jelly CNI utk kesihatan mak & anak sbb menengokkan kesan positif dulu..
susu Anmum coklat pon minum jugak..
ubat-ubatan yg klinik bg pon makan sampai ke sudah..
tapi kali ni badan selalu penat.. letak2 kepala je kompom lelap (pnAA ni jenih payah nak lelap)..
lagi satu (nak bgtau jugak!!), pnAA bukan orang yg kuat tido ok.. cume pnAA tido lewat, bangkit lewat, paham! (tetiba...)

bab amalan, yg ni, mmg sama macam dulu jugak..
secara ringkasnya, apa yg pnAA buat ialah khatamkan quran, bersembang dgn anak dlm perut, usap perut, berpesan2 & 'mengajor' sket2..
pegnan kali ni, pnAA tak penah mis beli pa&ma (dolu x penah beli lgsg!) & beli satu buku Penjagaan Ibu Hamil Sebelum, Semasa, Selepas & Pantang Larangnya.. byk gak info leh dpt..

bab emosi, mmg beza la..
pegnan sblm ni takde anak.. pegnan kali ni dah ada zulfa..
besa la, kengkadang ada gak marah2 anak.. tp lom sampai level tarzan lagi.. maklom la baru sorang..
mungkin bg kesan jugak kot pada anak dalam perut..
tp besanya lepas marah zulfa, pnAA akan bgtau anak dalam perut, apa kesalahan along dia, sebab apa pnAA marah & pesan pulak pada dia, jgn buat macam along dia buat..
pada zulfa pulak, tym dia tido, pnAA akan bisik bgtau yg dia akan jadi kakak, dia akan dapat adik..
nnt kena sayang adik & bgtau yg pnAA sayang dia & adik..
apa yg sama dgn pegnan dolu ialah pnAA sentiasa pikir positif & jarang mengeluh.. dan secara peribadi, pnAA rasa ini (pikir positif & jarang mengeluh) yg lebih penting daripada aspek pemakanan..

bab fizikal, kali ni kaki pnAA tak bengkak..
cuma dalam seminggu sebelum bersalin, baru kaki nampak bengkak sikit..
masuk bulan ketujuh, pnAA rasa sakit pd perut dekat2 dgn pusat..
sakitnya datang skali skala.. rasa macam kena short..
bila sakit tu datang, mmg badan tak boleh tegak..
asal gi klinik je, pnAA tanya..
asal jumpa DR je, pnAA tanya..
macam2 jawapan ada.. tp takde satu pun jawapan yg pnAA pueh ati..
maka sampai ke sudah tak tau apa benda sakitnya & sebab musababnya..

secara keseluruhan, drpd semua bab2 yang ada dalam perjalanan 9bulan 10hari kali ni, pnAA bagi gred B+..
sbb bercampor2 yg elok dgn tidak & yg positif dgn yg negatif..

detik, saat, tika, waktu melahirkan firas, pnAA stori dlm n3 lps ni.. nak mamam jap..



wallahu'alam.....

Tuesday, July 20, 2010

Newborn Checklist

assalamu'alaikum..

seronok ya amat sbb semua keperluan & perkakas untuk bersalin & berpantang plus keperluan baby dah ready..
ekceli takde banyak barang pun yg pnAA beli..
kebanyakannya pakai yang dolu2 punya..
baju baby (newborn) pon beli dua helai je.. baju lama along bulih pakai lagi..
tapi disebabkan beli 2 helai je yang baru, pnAA beli la yg imported.. bukan siam @ china tau.. ehehe..
bukan ape, kesian lak kat baby, pakai baju kakak je, beli la mahal sket sepasang dua..
nanti dah besor sket baru tambah yang baru..

ni checklist pnAA (untuk ke hospital & kat rumah)..
newborn checklist ni pnAA cedok daripada banyak websites..
kalau tak silap, web MyPermataHati, Babies R Us, Johnsons&Johnsons dan lain-lain..
tapi pnAA edit berdasarkan pengalaman anak yang sulung dulu..

UNTUK UMMI
  • Kad Antenatal
  • MyKad
  • Telefon Bimbit
  • Baju
  • Kain Batik
  • Bras & Panties
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Maternity Pad (pnAA pakai dalam 1-2 minggu pertama. lepas tu pakai pad biasa je)
  • Stokin
  • Sweater
  • Tuala
  • Tuala Muka
  • Toilettries
  • Sikat
  • Bedak
  • Selipar
  • Kamera
  • Minyak/Air Selusuh
  • Minyak Angin
  • Makanan & Minuman
  • Thermos
  • Beg Plastik
  • Leesa Formula Confinemum Set (dah siap ada tungku & barut.. pnAA serasi dengan produk ni)
UNTUK BABY
  • Cloth Diapers
  • Baju
  • Mittens & Booties
  • Topi
  • Barut
  • Napkin (pnAA buat bedung)
  • Pin
  • Tuala
  • Sapu Tangan
  • Bedung / Selimut
  • Toilettries
  • Besen Mandi
  • Minyak Yuyee
  • Bedak
  • Losyen
  • Baby Wipes
  • Tisu
  • Cotton Buds
  • Cotsheet
  • Pengetip Kuku
  • Bedding Set
  • Kelambu
  • Bakul / Beg
  • Baby Sling
yg ni pulak sebagai tambahan, ikut keperluan parents:
  • Botol Susu
  • Puting Botol Susu
  • Berus Pembersih Botol
  • Bekas Pemanas Susu
  • Breast Pump
  • Baby Cot / Playpen
  • Stroller

Sunday, May 2, 2010

Raise Your Child's Self-Esteem (Part II)

assalamualaikum...

sekali lg lama pnAA menyepi..
lama jugak gap antara part I dgn part II.. selama iron man 1 & iron man 2.. ehehe..
mmg mengalahkan author nye.. agak2nye, author ni abehkan menuleh satu buku ni pun tak selama gap yg pnAA buat.. huhu..
tp xpe, yg penting, ada sambungannya kan? (ayat pujuk hati sindri)

ok, kita sambung balik topik pengajian kita..

  • create a crystal ball collage. let your child fill it with pictures and stories about what he hopes his future will be
  • pull out a photo album filled with your child's baby pictures. tell him stories about when he was a baby. kan ke seronok mengimbau detik2 nostalgia bersama2..
  • talk out about your disagreements with your child. if you give her the silent treatment now, she's liable to give it back to you later. baru padan muka.. ehehe..
  • don't let your child go to bed angry with you @ thinking that you are angry with him
  • teach your child that all people are entitle to their points of view. depa punya point of view pun kita kena respect jugak
  • keep your child's secret kecuali kalau secret tu tak elok dari apa2 segi
  • always say "good bye" before you leave. jgn blah camtu je, nnt depa kecik hati
  • let your child cry if he needs to. depa kan budak2 lg
  • buat "I CAN" can. tiap kali anak masters a new skill, tuleh atas kertas & bubuh dlm can tu. lepas tu cek kandungan can tu dari semasa ke semasa. so, anak akan tau apa yg dia dah belajar
  • make a feelings chart. tiap hari, suruh  anak tanda apa perasaan depa & tanya kenapa
  • try not to bring your work home with you
  • carry a wallet-sized snapshot wherever you go
  • go for a walk and write a poem about your neighborhood
  • let your child push the button in the elevator
  • let your child tie your shoes @ zip your jacket dll
  • send care package to sleep-away camp. letak sekali special note
  • take a day off to go along on your child's class field trip
  • let your child have an extra dessert once in a while
  • listen to your child's favourite CD & try to like the music
  • have the sleepover at your house sometimes
ok, takat ni dulu.. to be continued..


 

Friday, March 26, 2010

Raise Your Child's Self-Esteem! (Part 1)

assalamualaikum..
huhh lama dah tak berblog..
ada yang kata, zaman berblog dah berlalu, skrg zaman berfb..
atas alasan itulah pnAA dah lama tak update blog.. ehehe.. boleh terima tak?

pnAA skrg sedang gigih baca satu buku ni..
buku yang kecik-dan-dah-lama-beli ni tak dibaca2 pun..
buku ni datang dengan set2 yg kami beli drpd pakej Grolier..

pnAA tak sempat baca habeh lg..
maklom la bizi itu ini..
maka, pnAA copy share sket2 dulu yer.. pastu sindri elaborate & pikir la ek..
buku ni seswai utk mak2, bakal mak..
kenapa mak? sbb biasanya bapak2 x minat,x de masa byk tanggungjawab lain lg..
jadi, marilah kita bersama2 m'jadi mak2 yang 'berilmu' utk anak2 kita jugak..

tajuk: raise your child's self-esteem; 99 easy things to do
author: nancy krulik

" take the time to show your children how wonderful, unique, and special they are. be there for them through the good and the bad. be their cheerleader, teacher, and confidante. and show them that there is nothing you would rather do than be with them"

" if children only receive negative reinforcement, they won't think much of themselves. but if they get praise and encouragement often enough, they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives"

  1. tell your child you love him at least once a day
  2. take your child's feelings seriously
  3. let your child know it's okay to make mistakes. macam la kite pun tak penah buat, kan..
  4. make a board game about your child's life (mark an accomplishment your child has made since he was born e.g; 1st time dia gelak, 1st time melukis conteng dinding etc)
  5. laugh at your child's jokes, walaupun kite tak paham papepun
  6. praise your child's effort, tak kesah la resultnye camne
  7. take your child's picture tym hari pertama sekolah tiap2 tahun
  8. encourage your child to ask questions & research the answers together yg kdg2 kite pun mmg tak tau jawapannye
  9. teach your child that "can't" is not forever. with a little hard work, your child will learn a new skill, and turn "i can't" into "i can"
  10. resist the urge to say "i told you so"
  11. pay attention to your child's random acts of kindness, and be sure to thank her for them
  12. play a memory game with your child
  13. don't treat all of your children exactly alike. each one has different needs
takat ni je yg sempat..
insyaAllah akan disambung lagi mudah2an..

selamat beramal..


Wallahu'alam...

Saturday, January 23, 2010

Petunjuk Jantina Anak

info ni pnAA dpt drpd gosip2 bersama kawan2 & jiran tetangga, 'fatwa' (petua) orang lama & hasil ulangkaji tekun dengan bahan bacaan mahupun cik google..

betul atau tak, wallahu'alam..
mungkin boleh jadikan panduan shj..
sementelah mak bapak hari ni lebih eksaited dgn imbasan 3D/4D..

menyentuh ttg imbasan,
seorang junior merangkap member baik pnAA pun pegi la klinik di Teluk Intan utk imbas jantina anaknya..
DR berkata "awak tahu tak ini (imbas jantina), berdosa"
member pnAA tak terkata apa..
tapi disebabkan keeksaitedan mengatasi rasa 'berdosa', dia pun pegi klinik lain pulak & dapat la keputusan yg dia nak tau tu..

berdosa atau tak, pnAA pun tak tau.. kite boleh tanya pada yg lebih arif..
mungkin rasional berdosa tu (pd pendapat pnAA) sbb kite lebih percaya pd mesin drpd qada' qadar Tuhan..

mujur pnAA tak pernah lalui imbasan jantina..
cuma lalui imbasan wajib shj..

ok, berbalik pd tajuk, pnAA nak share sket ttg konon2nya petunjuk jantina anak yg dikandungkan..

1. alahan/mual/muntah
L: kurang atau sedikit
P: kerap atau teruk

2. keadaan janin
L: lebih aktif. kadang2 sampai boleh songsang, tp akan kembali normal sblm bersalin
P: kurang aktif atau lebih 'cool'..

3. tenaga ibu
L: sentiasa bertenaga, jarang letih
P: cepat letih atau kerap tidur

4. perut ibu
L: lebih tajam atau menonjol ke depan
P: lebih leper

5. penampilan ibu
L: ala kadar atau sama seperti sebelumnya atau lebih 'comot'
P: sgt suke melaram drpd kebiasaannye

6. selera ibu
L: lebih suka makanan masin dan perut cepat lapar
P: lebih suka makanan manis


7. urin ibu

L: warna lebih kuning (kuning pekat)

P: warna kuning cair

8. puting anak sebelumnya

L: timbul

P: seperti ada belahan

takat ni la yg pnAA tau..

tapi kalau ikut zulfa dulu, sume tak btol, sume tunjuk tanda2 yg pnAA ni mengandungkan anak laki.. kecuali no.2 aje..



wallahu'alam

Tuesday, November 17, 2009

Secebis Nasihat Buat Sesiapa Yg Berkenaan

Seorang rakan, Era (bukan nama sebenar) bercerita kpd pnAA..
Begini ceritanya..

Era bersembang dgn ipar duainya, Fazirra (bukan nama sebenar) ttg penyusuan anak..
Sedikit info ttg mereka..
Umur sama , tahap pendidikan setara..
Masing2 mempunyai seorang anak kecil..
Era makan gaji, Fazirra suri rumah sepenuh masa..
Era berhenti menyusukan anak sebaik mula bekerja selepas cuti 2 bulan..
Fazirra masih menyusukan anak ketika perbualan mereka berlangsung (mungkin sehingga ke hari ini)

Fazirra mengatakan alangkah ruginya Era yg tidak menyusukan anaknya
Sedangkan dia sebagai suri rumah sepenuh masa pun turut membeli alat mengepam susu yg beratus-ratus ringgit..
Era memang akur dengan segala kata2 Fazirra..
Tetapi satu kenyataan Fazirra yg betul2 membuatkannya terasa hati..
Fazirra berkata dlm nada gurauan, “baby yg minum susu ibu, anak ibu. Baby yg minum susu lembu, anak lembu”.
Era terkejut Fazirra boleh cakap sampai macam tu..

pnAA mmg penah baca ayat mcm ni dlm satu forum..so xde lah terkujat sangat..

ULASAN pnAA
Semua org tau ttg kebaikan, kelebihan, keistimewaan susu ibu..
Sementelah susu ibu adalah ‘ciptaan’ Allah SWT..
Jadi memang tiada tolok bandingnya..

Ada org memberi susu ibu atas sebab kesihatan..
Ada org memberi susu ibu atas sebab kewangan..
Ada org memberi susu ibu atas sebab memberi pertolongan..(dan mcm2 sbb lg)
Tetapi dalam masa yg sama ada jugak org yg tidak memberikan susu ibu dgn alasan2 tersendiri..
Dan jika ditanya kepada kaunselor laktasi bertauliah mcm pnFarah & pnSuraya,
takde sebab utk tidak menyusukan anak..
semua masalah ade penyelesaiannya..
semua mitos dijawab dgn faktanya..
semua yang difikirkan mustahil boleh terlaksana..

penyusuan bkn berlaku secara semulajadi..
kena betul teknik.. kena cukup ilmu..
kene ade sokongan.. kene byk sabar..
(leh celen paan dgn raye tak?)
sbb tu ada yg tak berjaya menyusukan anak sehingga 2 thn spt pnAA..

berbalik pd kes Era & Fazirra td, apa yg pnAA nk ckp,

kpd Fazirra, tak molek la ckp mcm tu..
ibu2 yg berjaya menyusukan anak2 adalah ibu2 yg bertuah..
jgn lupa, segala yg berlaku adalah dgn kehendak Allah..
sbb tu seharusnya bersyukur dgn anugerah..

kpd Era @ ibu2 yg sepertinya..
yg kurang berjaya (bkn yg mmg x nk menyusukan) menyusukan anak atas apa2 sebab sekalipun..
jgn la sedih2 sgt..
mungkin boleh cuba untuk anak2 yg akan datang..
kita boleh cuba..
tapi kena akur dgn kataNYA.. kun fayakun..

sbnrnya, byk benda lg yg kita kena ‘fikir’ berkaitan anak2..
andaikata panjang umur, sbg contoh anak berumur 18 tahun..
anak menyusu sehingga umur 2thn, lg 16 tahun tu, byk lg benda yg penting..
pendidikan.. sahsiah.. kesihatan.. dan sebagainya

jgnlah 'hanya' krn tidak berjaya menyusukan anak,
terasa diri hina & tidak berguna..
merasa tertekan & seolah2 disisihkan..


Tuesday, August 18, 2009

Mengandung 40 Minggu?

ye ke? biar betul?
mengandung ni 9 bln ke 10 bln?

ye, mmg btul! wanita secara normalnye akan mengandung selama 40 minggu..
pnAA mase 'berdua' dulu pn x penah dgr pasal ni..
& masih ramai jugak lg yg tak tau @ kompius pasal ni..

entri ni mgkin remeh..
tp sebnornye penting utk kite tau ape yg sebnornye dimaksudkan dgn 40 minggu..
pnAA tergerak nk tuleh lepas kwn x phm & bertanye.. nasib baik pnAA tau nak jawab..

bg pompuan yg pegnen, usia & perkembangan kandungannye dikira berdasarkan minggu..
tp kite biasenye akan lebih paham bile disebut berdasarkan bulan..
senang kite nak congak & agak bile seseorg tu akan bersalin..

nape 40 minggu?
40 minggu bukanlah 10 bulan..
tapi 40 minggu adalah bersamaan dgn 9 bulan 10 hari..
canggini....
1 minggu ade 7 hari..
so, 40 minggu X 7 hari = 280 hari
**dgn menganggap 1 bulan ada 30 hari,
so, 280/30 = 9 bulan 10 hari..
paham x? haa.. gitu la kesahnye..

ramai org ingat bile 28 minggu tu = 7 bulan.. padahal bukan..
ramai org ingat bile 15 minggu tu = 3 bulan 3 minggu.. pun bukan..
pnAA pun mase pegnan dulu, bile cek up utk 36 minggu, 'misi' tu kate "ni kene jage2 dh ni. dh masuk 9 bulan"..pnAA yg dh tau 36 minggu bkn bermakne 9 bulan, diam aje..
heran jugak, camne 'misi' bleh x tau pasal ni??
& mmg sebnornye ramai jugak pompuan yg dh jd mak, yg dh banyak anak, pun x tau 'maksud' minggu ni..

alhamdulillah, pnAA dulu mengandung 39 minggu 4 hari = 9 bulan 7 hari..
x cukup 3 hari utk smpi 40 minggu..
dijangke 14 mei, skali kuor 11 mei..

so, muge dgn penerangan ni dpt membantu memahami ape yg dikatakan mengandung 40 minggu..


Monday, May 11, 2009

Susu Formula

sepanjang minggu lepas pn.AA sebok sket meng'compare'kan kandungan nutrisi susu2 formula yg ade kat pasaran..cek jugak kat websites & forum2, nk tau susu mane yg ok..

sbb zulfa dh x BF, so nak carik susu utk 1yr..(hari ni zulfa genap 1yr)

antare susu yg pn.AA kaji (eheheh)
  1. dumex (dugro & mamil gold)
  2. dutch lady (dutch lady 123 & friso gold 3)
  3. enfagrow A+
  4. fonterra (anmum essential 3 & fernleaf 1+)
  5. nestle (neslac 1+ & nespray 1+)

pn.AA buat perbandingan mengikut RNI (Recommended Nutrient Intakes)..

byk giler susu yg pn.AA listed & sudahnye pening nk pilih yg mane..huhuh...

pade sesape yg nk maklumat ttg nutrisi sume susu2 nih, leh la bgtau...

kesimpulan yg pn.AA leh buat, xde susu yg lebih baik daripada satu susu yg lain. sume susu ni ade kandungan yg die lebih & ade kandungan yg die kurang. . sbg cth, klu parents nak anak montel, bg la susu yg kandungan fat nye lebih b'banding susu lain..

yg lain2 terpulang kepada keserasian dgn perut/badan anak & kemampuan parents..

tapi secare peribadi, pn.AA tgk friso gold 3 ade hampir kesemua nutrisi...& die gak ade boost immune..tp ade sesetengah org anti dgn Dutch Lady, maklom la produk Belanda (yg penah hina nabi Muhammad S.A.W)..

hmmm... ekceli pn.AA pn lom buat pilihan lagi.. mayb sehari dua lg kot..

mntk2 zulfa serasi dgn susu yg bakal dibeli...