Aduhai.
inilah yang kami alami sekarang. cuti.cuti.cuti. seingatku, tahun lepas ada juga masalah jerebu yang melanda di negara kita. di sebalik bencana ini, seingatku ada terlintas juga di fikiranku bahawa betapa seronoknya kerana dapat bercuti. namun, tahun ini lain. bencana itu melanda lebih teruk. sekolah terpaksa bercuti dan bercuti. anak-anak berkurung di rumah. aktiviti di luar rumah semuanya terbantut.
anak-anak didik di media sosial meluahkan betapa tidak seronoknya bercuti kerana jerebu. jerebu mengganggu persiapan menghadapi peperiksaan. jerebu mengganggu semuanya.
aku tak boleh bayangkan berada berhampiran tempat punca jerebu itu berlaku. sama sekali tidak.
Ya Allah, kami, hambaMu yang lemah ini memohon kepadaMu agar dinyahkan jauh-jauh bencana ini secepatnya.
nota: Orang dari DBP telefon tadi. Aku dilantik menjadi panel penilai buku teks BM tingkatan 1. Syukur Alhamdulillah.
selamat tinggal tuan2.
Wednesday, October 21, 2015
Thursday, October 1, 2015
manusia dan mangkuk tandas
aku suka satu cikgu ni. aku rasa semua orang pun suka dia. ada satu hari ni, aku berbual dengan dia. dalam perbualan itu beliau bercakap tentang betapa seronoknya menjadi kaunselor.
"Jadilah cikgu berjiwa kaunselor," kataku.
"Cikgu berjiwa kaunselor?" soalnya pula.
aku terangkan kepadanya apakah yang aku maksudkan tentang cikgu berjiwa kaunselor. beliau setujulah. pada aku, lebih seronok agaknya kalau ada pelajar yang datang bertemu kita dan sanggup bercerita masalahnya kepada kita dengan harapan kita akan membantunya menyelesaikan masalah. seronoknya di sini ialah, ada unsur kepercayaan yang tinggi terhadap kita. buat apalah menjadi manusia kalau tidak boleh dipercayai kerana teori manusia berguna aku mudah sahaja;
(1) manusia + kepercayaan=boleh diharapkan dan berguna di sisi masyarakat.
(2) manusia + tiada kepercayaan= tidak boleh diharapkan dan tidak berguna di sisi masyarakat.
dimanakah kedudukan manusia yang tergolong dalam kategori (2)? malu beb. mangkuk tandas pun amat berguna kepada masyarakat. cuba fikirkan. tandas tanpa mangkuk tandas pada era 2015 ni. haru biru kan?
jom tengok gambar. aku dedikasikan gambar2 ini kepada afeefah azman. pelajar ini beberapa kali menunjukkan minatnya terhadap dunia pemprosesan foto dan suntingan video. kalau ada masa dan komitmen yang jitu daripada pelajar ini, aku nak ajar dia sebanyak mungkin kemahiran yang aku ada. manalah tau lahirnya pula azrianna azmil yang kedua dalam hidupku.
edit pakai photoshop cs3 + filter artistic paint. klik kat gambar untuk lihat gambar saiz besar.

gambar ini disnap pada tahun terakhir aku bertugas di sekolah seri cahaya. pasukan bola sepak 1Malaysia sekolahku bertanding di SMK Bukit Jelutong
rumah ini melindungi kami sekeluarga. namun, rupanya sudah berubah sama sekali semenjak 2008.
inilah aksi bola sepak di sekolahku. sinar keceriaan dan kegirangan hati terpancar di wajah para pemain. cikgu yang aku suka yang aku maksudkan dalam entri ini ada dalam gambar ini tapi kemunculan beliau dalam gambar ini amat misteri.
selamat tinggal tuan2.
Subscribe to:
Posts (Atom)