selepas bersahur pagi tadi, hujan yang turun sejak malam tadi belum lagi ada tanda-tanda hendak berhenti. kemudian, sekitar pukul 5 pagi macam tu, hujan bukan main lebat lagi menyimbah bumbung rumahku. bumbung zink ini kalau disimbah hujan lebat bukan main kuat lagi bunyinya. menjelang pukul 6.10 pagi, aku masih belum tertelap sebab memang begitulah rancangannya. aku nak berjaga sekejap sebelum solat subuh, takut terbabas.
selesai bersolat, hujan masih mencurah-curah. saat itulah aku teringat kembali zaman dulu-dulu-zaman aku di bangku sekolah. kalau pukul 6.15 pagi hujan masih turun, aku bukan main gelisah lagi, perasaan rimas dan tidak selesa bukan main lagi waktu itu.
bukannya apa. menjelang pukul 6.20 pagi aku akan bertolak ke sekolah. bertolak itu bukanlah semudah bertolak sekarang. aku kena pakai baju hujan yang amat tak best itu, dan mula berkayuh basikal melalui ban haji samad. kadang-kadang aku terpaksa berperang dengan anjing-anjing yang dengan santainya pula berbaring-baring di atas ban haji samad itu.
selepas sampai di rumah haji samad, aku akan letakkan basikal di situ dan cepat-cepat berlari ke arah bawah pokok pisang untuk menunggu bas. pokok pisang itu terletak di tepi jalan raya. dan berdoa pula agar apabila bas sampai, masih ada tempat duduk yang masih kosong.
aduhai, itulah aku suatu ketika dahulu- zaman persekolahan-zaman arwah emak begitu tegas mengajar kami sekeluarga agar tidak sesuka hati ponteng sekolah. anak-anak zaman sekarang ini lain benar. demam sikit, tak datang. demam sikit di sekolah, telefon mak bapak supaya datang ambik.
gambar hiasan: entah kenapa, waktu nak balik kampung hari tu, irfaan sibuk suruh aku buat kad. nak bagi orang kampung. jadi, dalam sibuk2 kemas barang, aku sempatlah memenuhi keinginannya buat kad sempena balik kampung.
byes korang.